Dengan ini, hamba mempersembahkan
Bodyguard (Bollywood Hindi Movie) - 2011
Hanya terdapat 1 bahagian (Full Movie)
Sinopsis Ringkas :
Mengisahkan seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang pengawal peribadi (bodyguard) yang disegani dan digeruni kerana keikhlasan, kebaikan serta kekuatannya. Lovely Singh (Salman Khan) telah ditugaskan oleh seorang jutawan (bangsawan India) bernama Sartaj Rana (Raj Babbar) untuk mengawal dan menjaga keselamatan satu-satunya anak perempuannya, Divya Rana (Kareena Kapoor); yang menjadi harapannya untuk melanjutkan pelajaran di London dan mengahwini 'bakal suaminya' di sana. Lovely yang sangat terhutang 'nyawa' dan budi kepada Sartaj menjalankan tugasannya dengan sangat amanah serta bertanggungjawab. Keadaan ini menyebabkan Divya dan rakannya, Maya (Hazel Keech) menjadi gelisah dan telah membuat satu rancangan untuk menyenangkan mereka; iaitu me'wujud'kan seorang peminat peribadi (secret admirer) bernama Chhaya, yang memanggil Lovely melalui telefon. Tanpa disangka, Lovely jatuh cinta pada 'Chhaya' dan menyebabkan majikannya mula menaruh syak, lalu memerintahkan Lovely dibunuh sekiranya Chhaya tidak muncul di stesen kereta api seperti yang dijanjikan. Keadaan ini mengejutkan Divya, yang telah mula menyintai jejaka itu. Apakah yang bakal terjadi kepada Lovely dan Divya?
P/s : Cerita ini bertahap sederhana, tetapi masih boleh menghiburkan. Hamba sangat menyukai watak Lovely yang dibawa oleh Salman Khan yang kelihatan naif, lurus, jujur, malu-malu dan berterus-terang apabila menyatakan tentang wanita yang disukainya; walaupun bekerja sebagai seorang bodyguard. Selain itu, hamba tertarik dengan rangkaian lagu-lagu di dalam filem ini, yang mempunyai nafas baru seperti Bodyguard (Lagu Tema Tajuk), Desi Beat, I Love You dan Teri Meri. (Sila tekan nama lagu sebab hamba dah linkkan dengan video lagu). Baiklah, hayatilah filem ini dan hamba akan datang dengan filem seterusnya....
0 ulasan:
Catat Ulasan