Dengan segala hormatnya, hamba dengan ini mempersembahkan
Neko no Ongaeshi (2002)
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Dari kiri : Baron Humbert Von Gikkingen (Baron), Yoshioka Haru (Haru), Toto dan Muta
Dari kiri : Baron Humbert Von Gikkingen (Baron), Yoshioka Haru (Haru), Toto dan Muta
Filem ini memaparkan kisah seorang gadis bernama Yoshioka Haru, seorang pelajar sekolah tinggi yang menjalani kehidupan sederhana bersama-sama ibunya, Yoshioka Naoko; seorang pereka fesyen. Haru seorang yang pemalu, gemar mendiamkan diri serta kurang yakin diri di sekolah dan telah menyukai rakan sekelasnya, seorang pelajar lelaki kacak yang baru bertukar ke sekolahnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakan baiknya Hiromi, dia telah berjaya menyelamatkan seekor kucing berwarna gelap, yang mempunyai warna mata yang berlainan pada salah satu matanya daripada dilanggar lori ketika kucing itu hendak melintas jalan. Tanpa disangka, kucing itu boleh berdiri dan bercakap dengannya!; sambil berterima kasih padanya. Haru yang kebingungan pulang ke rumah, dan berbincang dengan ibunya yang mengimbas kembali kisah di mana Haru pernah memberi makan kepada seekor anak kucing terbuang pada 8 tahun yang lalu. Pada waktu malam, Haru dikejutkan dengan kehadiran 'rombongan' daripada Kerajaan Diraja Kucing (Neko no Jotai). Rupa-rupanya, kucing yang diselamatkannya adalah Putera Mahkota Kerajaan Diraja Kucing , bernama Putera Lune! Sebagai tanda terima kasih atas pertolongan Haru, Raja Kucing (Neko no O) telah memberikan 'hadiah' kepadanya. Namun, apabila bangun pada keesokkan harinya, keadaan bertambah kusut. Apakah yang harus dilakukan oleh Haru? Bagaimanakah penyelesaian kepada masalah ini?
Watak-watak di dalam filem ini :
Yoshioka Haru (Haru) - Manusia Biasa
- Haru (Dalam Keadaan Biasa : Lakaran) -
- Haru (Dalam Keadaan Biasa : Berwarna) -
- Haru (Berpakaian Diraja) -
- Haru (Bertukar Kepada Separa Kucing 1) -
- Haru (Bertukar Kepada Separa Kucing 2) -
- Haru (Ketika kanak-kanak) dan biskut ikan -
Baron Humbert Von Gikkingen (Baron) - Patung Kucing yang 'bernyawa'
- Baron (Lakaran Berwarna) -
- Baron (kanan sekali) dan Haru (biasa dan separa kucing) -
Muta aka Renaldo Moon (Muta) - Kucing jalanan / Penjenayah di Kerajaan Diraja Kucing
Toto - Patung batu burung yang 'bernyawa'
- Toto (Masih Dalam Bentuk Batu) -
Putera Lune - Putera Mahkota Kerajaan Diraja Kucing
- Lune (Semasa berada di dunia manusia) -
- Lune (dalam bentuk kucing) dan hadiah -
- Putera Lune (Semasa berada di Kerajaan Diraja Kucing) -
Yuki - Anak kucing jalanan yang pernah diselamatkan oleh Haru
- Yuki (Semasa kecil) dan Haru (Semasa kecil) -
- Yuki (Semasa berada di Kerajaan Diraja Kucing) -
Raja Kucing - Raja kepada Kerajaan Diraja Kucing
Natori - Penasihat Raja Kucing / Bendahara Kerajaan Diraja Kucing
Natoru - Pembantu Raja Kucing
Yoshioka Naoko (Puan Yoshioka) - Ibu Haru
Hiromi - Rakan baik Haru di sekolah
Pembantu peribadi (Bodyguard) Raja Kucing
Kucing-Kucing Lain
Video Cerita Ini (Selamat Menonton!!)
P/s : Hamba sangat sukakan cerita ini kerana membawa mesej positif yang mampu memberikan kesedaran bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah kepada orang dewasa juga. Filem ini berunsur ringan dan boleh ditonton oleh genap lapisan masyarakat. Hamba mengalami kesukaran untuk memuat naik (download) filem ini, kerana tiada di dalam rangkaian YouTube. Ini sekaligus menyemai kasih sayang untuk menyintai / menyayangi makhluk ini yang juga haiwan kesayangan junjungan kita, Nab Muhammad S.A.W. Tapi, hamba suka dengan watak Baron di dalam cerita ini yang bagi hamba cool dan macho!
0 ulasan:
Catat Ulasan