Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan ini, hamba mempersembahkan,
Mei Tantei Conan 2 : Jūyon banme no Taggetto
Terbahagi kepada 5 Bahagian.
Sinopsis ringkas:
Kisah bermula apabila Inspektor Megure ditembak dengan senjata crossbow, dan ditemui sebilah pisau pemotong kertas dan daun terup bertanda 'King' di atas mejanya. Manakala, Kisaki Eri (bekas isteri pada Mouri Kogorou dan ibu kepada Mouri Ran), telah menerima satu set bungkusan coklat dan diracuni. Di atas mejanya terdapat daun terup bertanda 'Queen' dan bunga buatan kertas. Kemudian, Dr. Agasa pula telah ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali dengan menaiki motorsikal. Ia juga meninggalkan tanda, iaitu sebuah perhiasan berbentuk lapan dan sehelai daun terup bertanda 'Jack'. Kudo Shinichi turut menerima sehelai daun terup bernombor 'Satu' atau 'Ace of The Spade'. Jadi, kini Shinichi harus mencari pemilik kad yang ke-14, bagi menyelamatkan mereka semua dari menjadi mangsa pembunuh kejam itu....
Part 1
Dengan ini hamba mempersembahkan,
Mei Tantei Conan 1 - Tokei-Jikake no Matenrou
Terbahagi kepada 5 bahagian.
Sinopsis ringkas :
Seorang arkitek yang terkenal di Jepun, Professor Moriya Teiji telah menghantar surat jemputan ke rumah Shinichi. Kudou Shinici telah memaklumkan kepada rakannya, Mouri Ran untuk menggantikan tempatnya sebagai untuk tidak menghampakan permintaan tuan rumah. Ran menerimanya dengan satu syarat, bahawa dia hendaklah sama-sama menonton wayang di Bangunan Terulung Beika pada jam 10 malam, bersamaan 3 Mei. Di rumah Professor Moriya, Conan (aka Shinichi) telah berjaya menyelesaikan kuiz dan dibenarkan melihat hasil-hasil karya beliau di galerinya. Kemudian, pada tarikh 3 Mei itulah, segala insiden ini bermula....
Part 1