Swoosh adalah sejenis aliran yang dibuat daripada garisan yang kelihatan seperti aktif atau bergerak. Kali ini secara ringkas hamba akan menghidangkan cara mudah untuk menghasilkan Swoosh.
1. Buat satu fail dengan dimensi seperti pada rajah.
2. Kemudian padamkan Lock pada Layer Background dengan mengklik pada Layer dua kali.
5. Klik pada Pen Tool dan buat garisan seperti pada rajah. Caranya klik pada satu titik dan heret (drag) garisan itu dan tarik sedikit ke sisi kiri (jika hala garis itu ke kiri seperti pada rajah) ini adalah untuk menghasilkan bulat. Kemudian buat seterusnya sehingga menjadi seperti pada rajah.
6. Kemudian klik pada Path Selection Tool dan klik kanan pada garisan dan pilih Stroke Path. Pada tetingkap Stroke Path > pilih Tool sebagai Brush dan tanda pada Stimulate Pressure > klik OK.
7. Inilah hasil setelah langkah 6.
8. Kemudian pergi pada Pallette Action dan klik pada Create New Action. Action ini akan merakam sebarang kaedah yang anda lakukan pada ruang kerja Photoshop dan kemudian apa yang dirakamkan boleh diulang dengan menekan Play pada Pallette Action.
9. Setelah klik Create New Action > pada tetingkap New Action tukar nama kepada Turn dan klik Record.
12. Kemudian tekan Ctrl + T untuk Transform.
13. Kemudian pergi ke sudut dan masukkan 2 untuk dipusingkan sebanyak 2 darjah.
14. Klik semula pada Path Selection Tool dan pilih Stroke Path dan klik OK. Pergi ke Pallette Action dan klik Stop. Hasilnya apa yang anda lakukan pada langkah 10 > 14 dirakam oleh Photoshop.
15. Sekarang pergi ke Pallette Action itu dan klik pada Action bernama Turn yang anda telah buat dan klik Play seberapa banyak kali yang anda mahu. Anda akan dapat lihat yang garisan-garisan selari akan terbentuk.
16. Inilah hasil garisan Swoosh. Anda boleh menukar warna dengan menukar warna pada palet warna daripada hitam ke warna lain sebelum anda lakukan langkah-langkah membuat garisan.
Selamat Mencuba!!
0 ulasan:
Catat Ulasan