Pada kali ini, hamba akan memberi pengajaran tentang penukaran warna dan menambah corak.
A) Tukar Warna
1. Pilih sebuah gambar seperti pada rajah.
2. Kemudian gunakan Pen Tool dan buat Outline di sekeliling kereta itu.
3. Pergi ke palet Path dan Make Selection. Pilih Feather 0. Klik OK.
4. Setelah melakukan Make Selection.
5. Pilih menu Image > Adjust > Hue & Saturation.
6. Sebuah tetingkap Hue & Saturation telah muncul.
7. Sekarang pilih slider Hue dan gerak ke kanan pada nilai 30. Perhatikan perubahan warna kereta.
8. Tukar kepada nilai 60.
9. Tukar kepada nilai 90.
10. Tukar kepada nilai 160.
11. Sekarang tukar kepada nilai -40.
12. Tukar kepada nilai -80.
13. Tukar kepada nilai -120.
14. Tukar kepada nilai -160.
Anda boleh cuba dengan pelbagai objek selain dari kereta seperti rumah (untuk mengubah warna cat rumah), kereta anda atau bangunan (berguna untuk menentukan warna cat di dalam pejabat atau bangunan).
B) Tambah Corak
1. Buka sebuah gambar kereta seperti di dalam rajah.
2. Tukar warna pada palet warna kepada Foreground : FB0420 dan Background : F6D574.
3. Buat satu Layer baru.
4. Gunakan Pen Tool dan mula membuat Selection pada sis kereta itu.
5. Selection bermula pada tayar dan seterusnya ikut corak apa yang anda hendak buat.
6. Begitulah corak yang dihasilkan pada kereta. Anda boleh mencuba corak lain.
7. Pergi kepada Paths palet dan Make Selection.
8. Kemudian pilih Gradient Tool dan pilih Linear Gradient. Tarik penunjuk dari depan ke belakang. Hasilnya adalah seperti pada rajah.
9. Corak yang dihasilkan.
10. Anda juga boleh membalikkan Gradient dari belakang ke depan dan hasilnya seperti pada rajah.
Selamat Mencuba!
0 ulasan:
Catat Ulasan