Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Live-Action The Movie 3 - Monsuta no Tori no Densetsu no Nazo
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Kisah ini berlaku kira-kira 100 hari sebelum kejadian Shinichi dan Ran bersama-sama ke Taman Tema, yang menyebabkan Shinichi bertukar menjadi Conan. Shinichi ketika itu telah menjadi sangat terkenal kerana banyak menyelesaikan kes-kes yang sukar diselesaikan oleh pihak polis. Ketika melawat ibu Ran, Kisaki Eri di rumahnya; sahabat baik Ran dan Shinchi, Suzuki Sonoko telah bertandang untuk menjemput Eri untuk bersama-sama ke perkampungan terpencil Jyugoya, kerana dijemput oleh rakan perniagaan ayahnya (ayah Sonoko adalah seorang usahawan terkenal di Jepun) untuk melawat villa di sana. Villa itu adalah kepunyaan Ketua Syarikat Perusahaan Wakura, Wakura Isamu. Semasa di sana, mereka telah mendapat tahu bahawa perkampungan ini juga terkenal dengan cerita dongeng berkaitan "Burung Besar Lagenda" serta kepercayaan mengenai 'ikatan' yang berlaku antara pasangan yang bercinta sekiranya melafazkan cinta mereka pada sebuah 'berhala' yang berada di dalam gua di perkampungan tersebut. Kisah ini menarik perhatian mereka berempat untuk meneroka kawasan tersebut. Ketika dibawa melawat gua yang dimaksudkan, mereka dikejutkan dengan bunyi siulan yang sangat kuat; yang mana membawa penemuan mayat Kozaka Sho, iaitu pembantu ekspedisi yang dijalankan oleh Wakura Isamu. Kematiannya sangat pelik dan mengerikan, iaitu terpacak pada salah satu cerucuk yang terdapat pada berhala tersebut yang tingginya tidak dapat dicapai oleh manusia biasa. Ini menimbulkan masalah kepada Shinichi untuk menyelesaikan masalah, kerana pada anggapannya ini merupakan pembunuhan yang tidak mungkin dilakukan oleh manusia biasa! Apakah yang akan dilakukan Shinchi? Dapatkah dia menyelesaikan kes yang mustahil difikirkan oleh logik akal ini?
P/s : Pada hamba, kisah kali ini agak menyedihkan sekaligus menyebabkan hamba berfikir sendiri. Setiap manusia berhak untuk hidup gembira dan tidak seharusnya berfikiran singkat dengan mengambil jalan mudah, iaitu membunuh diri. Kisah ini membuatkan hamba lebih berhati-hati dalam mencari atau memilih insan yang dicintai, supaya tidak dikecewakan lagi. Namun, janganlah kerana cinta, segala-galanya diserahkan. Ia memberi pengajaran dan peringatan yang sangat bererti kepada hamba, terutama dalam meniti hidup yang mendatang. Kisah ini juga membuatkan hamba berfikir, bahawa terdapat banyak perkara yang ajaib di dunia ini. Hanya terpulang pada kita sama ada untuk duduk sahaja; atau keluar untuk melihat segala keajaiban yang ada. "Hargailah hidup anda, katakan aku sayangkan kamu pada orang-orang yang anda sayangi"
0 ulasan:
Catat Ulasan