Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Live-Action Drama Series Episode 3 : Misshitsu Hotei de Okita Satsujin Jiken! Hosutesu Satsugai torikku o Abake!
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Shinichi dan Ran telah ke mahkamah untuk menemani Eri yang sedang berdepan dengan kes yang melibatkan seorang pelayan bar bernama Saito Reika yang telah 'pecah amanah'. Kogorou turut berada di sana, untuk memberikan sokongan terhadap tertuduh, yang dianggap 'tidak bersalah kerana kecomelannya' serta dia adalah pelanggan tetap pelayan tersebut. Malah, ibu Kogorou iaitu nenek Ran turut hadir. Keadaan di dalam mahkamah bertambah runcing, apabila Eri yang mewakili pihak Pendakwa telah bertegang urat dengan Reika yang telah mengatakannya 'keluar bersuka-suka' dengan seorang lelaki tua yang lain dan mengatakan Eri tidak layak untuk menjadi peguam untuk mendakwanya di dalam kes ini. Eri telah mengugut untuk menembak kepala Reika sekiranya dia tidak menarik kembali kata-katanya, dan membuat aksi tangan yang mempunyai pistol ke arah pesalah. Kejadian yang tidak disangka berlaku, apabila Reika rebah dan disahkan mati akibat tembakan dari jarak dekat. Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Eri yang benar-benar melakukan jenayah tersebut?
P/s : Satu ketika dahulu, hamba pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam wanita pertama yang tidak pernah kalah kes kendaliannya. Tetapi disebabkan hamba kurang gemar akan cara kerja peguam yang kadangkala terpaksa menyebelahi 'orang yang bersalah' atas sebab profession menyebabkan minat hamba itu hanya sekadar impian. Tapi tidak salah rasanya sekiranya kita sentiasa mengambil tahu perkembangan di dalam mahkamah, sebagai rujukan sahaja dan melambangkan kita sebagai insan yang lebih bersedia dengan segala kemungkinan dan ilmu yang lebih padu.
0 ulasan:
Catat Ulasan