Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati. Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana hamba diberi peluang untuk menulis di ruangan ini kembali setelah beberapa lama menyepikan diri. Alhamdulillah juga, hamba akhirnya menemui 'sejarah' hasil karya hamba yang tertanam di dasar fail yang telah lama disimpan. Ini adalah salinan gambar berkaitan dengan folio Pendidikan Seni Visual (PSV) STPM yang mana merupakan hasil untuk PSV Kertas 3 ketika itu. Ini sekaligus menggamit kenangan hamba terhadap sekolah yang mencatat sejarah kegemilangan tersendiri, iaitu SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Baiklah, hamba akan membiarkan rakan-rakan semua meneliti kesemua gambar yang hamba sediakan.
~ Peringatan ~
Ini merupakan hanya sebahagian daripada bahagian-bahagian di dalam folio
Untuk kertas 3 tersebut, hamba telah mengambil soalan yang menghendaki pelajar untuk membina sebuah rekabentuk landskap bagi sebuah taman permainan kanak-kanak yang bersesuaian dengan taska / tabika. Oleh itu, hamba telah mengambil inspirasi daripada haiwan akuatik untuk dijadikan sebagai sumber idea. Oleh itu, secara logiknya kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
a) Aspek keselamatan kanak-kanak yang bermain
- Rekabentuk peralatan permainan, struktur permainan, bahan / medium yang digunakan untuk pembinaan peralatan permainan dan rekabentuk landskap taman.
b) Aspek keceriaan taman
- Tumbuh-tumbuhan yang sesuai diletakkan di taska : tidak mendatangkan ketidakselesaan pada kanak-kanak, memudahkan penjagaan.
- Warna-warna yang digunakan adalah ceria dan bersesuaian dengan dunia kanak-kanak.
Maklumat isi kandungan - Perlu diisi dengan kemas dan teliti
Permasalahan - Adalah perkara yang berkaitan dengan topik / sesuatu yang kita sedang kaji / teliti. Tujuannya adalah supaya kita akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan tajuk atau perkara yang ingin dikaji / diteliti / diadakan.
Kajian Perpustakaan - Kajian yang diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan (buku, majalah, poster dan sebagainya; yang maknanya boleh dilihat dan dibaca) sama ada milikan sendiri atau diperolehi dari perpustakaan. Nota pelajaran juga boleh dijadikan bahan.
Kajian Gambar - Kajian yang diperolehi daripada gambar-gambar yang diperolehi sama ada menerusi internet, buku dan sebagainya (bukan dari kamera)
Kajian Lapangan - Kajian yang dibuat di kawasan / tempat di mana bahan yang hendak dikaji terletak. (Jika bahan yang hendak dikaji itu wujud)
Contoh hasil kajian lapangan
Sumber Idea - Inspirasi / idea yang diperolehi itu datang dari mana atau apa.
~ Oleh sebab sumber idea hamba adalah haiwan akuatik, inilah hasilnya ~
Olahan motif / Idea - Apabila sudah ada sumber idea, sumber itu akan diolah (diubah, digubah, dijadikan rujukan) untuk dijadikan sebagai hasil untuk bahan yang hendak dihasilkan. Ia lebih kepada olahan rekabentuk dan fungsi bahan.
Penguin & hasil olahan - untuk dijadikan sebagai papan gelungsur.
Dolphin / Whale & hasil olahan - untuk dijadikan papan jongkang-jongkit.
Kura-kura - untuk dijadikan 'rumah permainan' kanak-kanak
Kuda laut - untuk dijadikan permainan kuda-kuda
Kajian Reka Letak - Kajian yang dikhaskan untuk membolehkan pelajar menyusun atau mereka letak susunan objek atau peralatan yang hendak diletakkan pada hasil kerja. Kajian ini hanya ada pada hasil kerja yang melibatkan reka bentuk landskap, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman dan reka bentuk grafik.
Lakaran dibuat berdasarkan bentuk-bentuk yang mudah sahaja
Kajian Warna / Teknik - Memudahkan pelajar untuk memilih warna yang sesuai untuk rekabentuk barangan yang dihasilkan supaya tampak lebih menyakinkan dan bermutu, serta bertepatan dengan tema yang dikehendaki.
Pilihan warna untuk gelungsur
Pilihan warna untuk jongkang-jongkit
Pilihan warna untuk kuda-kuda
Pilihan warna untuk tempat istirehat
Pilihan warna untuk rumah permainan
Teknik yang digunakan ke atas pembinaan taman
Karya Sebenar - Hasil daripada perancangan yang telah dijalankan dalam bab-bab sebelum ini. Gambar ditangkap pada projek yang terhasil dan dirakam dalam setiap sudut, supaya dapat dilihat dengan jelas untuk memudahkan sesi pemarkahan serta jika berlaku perubahan pada karya (terutama ketika penyimpanan di stor).
Bahagian ini juga penting supaya pihak pemberi markah akan lebih faham dan tahu apakah bahan dan alatan yang digunakan oleh kita sepanjang proses.
~ Yang Tidak kedapatan di sini adalah Gambar Proses Kerja ~
Semua boleh melihat gambar proses kerja menerusi link ini, iaitu
Semoga penerangan ini memberikn manfaat kepada semua, terutama adik-adik sekalian. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!
1 ulasan:
Asalamualaikum ... boleh saya minta alat bahan seni?
Catat Ulasan