BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Mac 08, 2012

La Memoria De Diaries - Result STPM

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger yang dihormati. Kini hamba tiba lagi dengan al-kisah yang ingin didendangkan dan dikongsi bersama semua. Pada hari semalam, iaitu 7 Mac merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh calon-calon STPM tahun 2011 bagi mengambil keputusan STPM mereka. Tahniah dan syabas hamba ucapkan kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang baik; manakala pada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa hendaknya; berusahalah lagi sehingga tangga kejayaan itu menyuluh ke hadapan anda. Kisah dan pengalaman seperti ini juga telah hamba lalui dan rasai sendiri. Pada hemat hamba sudah 4 tahun kisah ini berlalu.

    Hamba juga pernah mengambil STPM iaitu pada tahun 2008 yang lalu. Setelah selesai mengambil peperiksaan STPM di Dewan Besar Ibnu Sina SMK Clifford, hamba pulang semula ke teratak hamba dan bekerja sampingan bagi mengisi masa yang ada. Kemudian, setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya dikeluarkan oleh pihak media bahawa keputusan peperiksaan STPM tahun 2007 akan diumumkan pada 2 hari kemudiannya. Setelah mendapat keizinan daripada majikan hamba untuk bercuti selama 4 hari, hamba pun bertolak ke Kuala Lipis dengan menaiki kereta api. Ayahanda menghantar hamba ke stesen kereta api yang terletak di bandar Triang pada awal-awal pagi lagi. Di stesen, hamba sudah mula terasa 'kecut hati' dan mula berfikir yang bukan-bukan, al-maklum keputusan inilah yang bakal menentukan nasib dan perjuangan hamba dalam membuktikan sesuatu kepada ayahanda.

       Pada jam 1 petang, akhirnya hamba tiba di bandar Lipis dan apabila tiba di sekolah hamba disambut oleh guru-guru yang berada di sekolah. Hasrat di hati hamba, ingin menetap barang seketika di Hotel Jelai. Keadaan ini disebabkan hamba ketiadaan kediaman untuk didiami hanya dalam masa yang singkat. Mujur juga hamba sudah biasa dengan kawasan persekitaran hotel tersebut. Namun, hasrat itu terpendam begitu sahaja apabila guru Pendidikan Seni Visual hamba, iaitu Pn. Hamidah mengajak hamba untuk bermalam di rumahnya. mahu tak mahu, hamba terpaksa menerimanya kerana sudah beria-ia benar beliau mengajak. Mujur bagi hamba, hamba sudah mengenali anak-anaknya dan agak mesra dengan mereka. Pada malamnya, usai urusan yang patut diselesaikan, Pn.Hamidah dan suaminya membawa hamba dan anak-anaknya makan di luar. Selepas itu, hamba beradu bersama dengan anak beliau yang sulung di kamar yang telah disediakan oleh mereka.

       Keesokkan harinya, hamba ke sekolah bersama-sama Pn. Hamidah dengan menaiki kereta beliau. Setibanya di sana, hamba bertemu kembali dengan rakan-rakan yang telah lama tidak ditemui dan bertanya khabar. Kemudian, kami diarahkan untuk ke Dewan Makan Asrama bagi menyempurnakan upacara penyampaian keputusan tersebut. Ketika itu, jantung hamba sudah mula berdegup kencang. Dub, dab, dub, dab!! Andai di sebelah hamba diletakkan sebuah enjin motobot, sudah pasti pacuan jantung hamba sudah lebih laju dan dahsyat lagi! Pening sudah mula dirasai, darah gemuruh mula menyerbu pembuluh-pembuluh darah di kepala!! Lalu tindakan refleks terjadi, menyebabkan seluruh anggota badan hamba menggigil seperti terkena demam kepialu lagaknya. debaran makin bertambah apabila satu demi satu nama dipanggil, mengikut angka giliran.

         Akhirnya, nama hamba dipanggil oleh pengerusi majlis. Saat itu, tidak terkata dan kelu jadinya. Masa dirasakan bergerak amat perlahan sekali, dunia pula seolah-olah beku hanya hamba yang berada di situ. Argh!! Seksa rasanya. Dialog pada minda mula bertubi-tubi mengasak otak yang bejat akibat gegeran yang dahsyat melanda jiwa. "Luluskah aku?", "PSV aku dpt A tak?", "Pengajian Am pula?", bertubi-tubi otak ini diketuk dan digoncang dengan perasaan resah yang melanda. Lalu, hamba ke hadapan dengan perasaan yang bercampur baur; ditambah lagi apabila melihat ekspresi rakan-rakan yang telah mengambil slip tersebut sebelum hamba. Hamba deras menarik nafas panjang dan menghulur tangan menggapai 'ijazah' tersebut. Hamba terpaku di situ, dan melalui ekor mata guru-guru yang berada di situ bagai menyuruh aku membuka slip tersebut. Dengan lafaz Bismillah, hamba membukanya dan...

         "Ark?!! Aku...aku ...Yessss!!!! Yehaaa!!!!" Jeritan yang pertama kedengaran dan paling kuat tersebar di seluruh pelusuk dewan tersebut. Ketika itu, hamba sudah tiada rasa malu, takut dan sebagainya. Apa yang difikirkan adalah "Aku Berjaya Juga Akhirnya!!" Malah, hamba melompat setinggi-tinggi yang boleh tanpa rasa malu dan terkandung kegembiraan yang teramat sangat!! (Sedangkan ketika itu, hamba memakai baju kurung) Tanpa segan-segan juga hamba memeluk guru-guru hamba terutama Pn.Hamidah sambil mulut hamba tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih pada mereka semua. Hamba bernasib baik tidak dikenakan hukuman oleh 'Bonda Pengetua', al-maklum beliau tersangatlah tegas dengan akhlak dan pergaulan kami sepanjang di SMK Clifford tersebut.

          "Aisah, bertenang. Bertenang...bagaimana keputusan kamu?" Pn.Hamidah bertanya.
       "Cikgu!! Saya...PSV saya dapat A, cikgu!! Saya tak sangka cikgu!! Kertas 1 saya sangat lemah! Terima kasih banyak-banyak cikgu!!"

          Air mata yang ditahan akhirnya menitis jua. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya, dapat juga hamba membuktikan sesuatu pada ayahanda, bahawa hamba juga boleh berjaya dengan mengambil mata pelajaran yang hamba sukai. Sungguhpun tidak secemerlang rakan-rakan yang mendapat 2A atau 3A, hamba masih mampu berbangga dengan keputusan yang mana hamba telah berusaha selagi daya untuk memperolehinya.  Benar kata pujangga, "Usaha Tangga Kejayaan" dan "Sepahit-pahit kesusahan, kelak akan berbalas dengan semanis-manis kemenangan". Pada hari itu jugalah, mencatat sejarah buat diri hamba dan keluarga, yang mana masih digalas berat sehingga kini; hamba adalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke universiti; sekali gus menjadi kebanggaan keluarga. Sungguhpun begitu, hamba masih sentiasa beranggapan hamba adalah makhluk Tuhan yang biasa dan tidak akan lari dari kesilapan, akhirnya kini hamba telah menamatkan pengajian dan tidak lama lagi akan menjalani majlis konvokesyen. Syukur dipanjatkan kepada Illahi.

          Oleh itu, ingin hamba memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin berjaya, sentiasa berusaha selagi masih berdaya; jangan sesekali mencari alasan untuk berjaya. Sentiasa mencari seseorang yang mesti dijadikan 'penanda aras' untuk dijadikan saingan dalam pembelajaran anda. Sentiasa desak diri anda untuk melakukan yang melebihi had anda, tetapi tidak menjejaskan kesihatan anda. Sentiasa ingat bahawa restu keluarga dan Tuhan sentiasa di sisi anda, insyaallah anda akan berjaya. Semasa Tingkatan 6, hamba sentiasa meletakkan sahabat hamba iaitu Nurul Hayati, Jamiah Ismail dan Mohamad Naim sebagai 'penanda aras' hamba. Manakala di universiti, banyak 'penanda aras' yang hamba letakkan antaranya masih Jamiah Ismail, Tan Jian Siong, Vivien, Jessie, adik beradik kembar; Abdul Rahman dan Abdul Rahim, Ahmad Jamil, Isma Hafiz, Shahrin Azwan, Mastura Ismail, Nurul Atiqah dan Faizal Alexander, Mohd Idrul Fitri serta rakan-rakan yang lain. Baiklah, sekian sahaja penulisan hamba. Diharapkan agar sentiasa berusaha dalam memajukan diri sendiri demi diri, keluarga dan negara.

          

Ahad, Mac 04, 2012

Berita Yang Mengujakan Dan Menggembirakan!!

     Assalamualaikum dan salam sejahtera hamba ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger. Di sini ingin hamba panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana atas berkah dan limpah kurnianya, dapatlah hamba masih bernafas di muka bumi ini bagi meneruskan legasi perjuangan guru-guru dan juga generasi terdahulu di tanah kelahiran hamba yang tercinta ini. Di sini, ingin hamba khabarkan dan kongsi bersama-sama semua mengenai dua berita yang hamba rasakan amat mengujakan diri hamba dan seharusnya dikongsi bersama rakan-rakan semua. 

     Pada 16 Februari yang lalu, hamba dan rakan-rakan telah mendapat perkhabaran daripada salah seorang sahabat hamba yang mengatakan bahawa penulisan berkaitan pameran "On-View" akhirnya telah disiarkan di akhbar. Terima kasih buat akhbar Berita Harian khususnya, kerana sudi membuat liputan akhbar berkaitan pameran yang dianjurkan serta pada rakan-rakan yang telah menghadirkan diri pada sidang penggambaran dan temuramah tersebut. Gambar liputan itu telah hamba upload dari Tan Jian Siong (kredit untuknya) sebagai tatapan kenangan dan penghargaan kerana pelajar Pendidikan Seni UPSI juga mampu hadir dengan rangkaian idea yang bermutu tinggi serta memberi pendekatan baru dalam Pendidikan Seni Visual.


Pelajar-pelajar di dalam gambar (dari kiri) : Patrick Juanis, Tan Jian Siong, Abdul Rahim Ajit, Wilson dan Abdul Rahman Ajit.

      Kemudian, pada hari Jumaat yang lalu; hamba dan rakan-rakan hamba telah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada pihak UPSI yang memaklumkan bahawa Surat Tamat Pengajian telah pun dikeluarkan. Keadaan ini seiiring dengan keputusan hasil mesyuarat senat yang telah dijalankan, dan alhamdulillah; hamba layak untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Kedua Atas. Syukur hamba panjatkan kepada Illahi, walaupun tidaklah secemerlang Kelas Pertama, tetapi hamba mampu membuktikan kepada semua orang bahawa hamba juga mampu untuk berjaya dan menggenggam kejayaan dalam hidup.


Nota : Maaf kualiti gambar ini kurang memuaskan

Pesanan : Pada yang masih belum berjaya atau sedang berusaha untuk berjaya, jangan mudah putus asa dan teruskan perjuangan anda. Sesungguhnya hamba mengerti akan kepayahan dan kesengsaraan bagi mendapatkan kejayaan yang diingini. Telah banyak halangan dan rintangan yang hamba tempuhi sepanjang perjalanan bagi menggenggam kejayaan ini, dan hamba tidak akan sekali-kali melepaskannya kerana itulah usaha hamba yang sangat-sangat berbaloi untuk diraiikan serta dengan berkat dan rahmat dari-Nya. Jangan takut untuk jatuh, kerana dari jatuh itulah kamu akan dapat kekuatan bagi membina kembali keyakinan serta dengan positif mengorak langkah yang baru serta jitu.

Sabtu, Mac 03, 2012

Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Guru - Pendaftaran Di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Assalamualaikum w.r.t kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi. Alhamdulillah, dengan penuh limpah berkah dan kurnianya, hamba telah berjaya menamatkan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Insyaallah, jika dikurniakan rezeki; hamba akan menjalani istiadat konvokesyen mungkin pada bulan September nanti kelak. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh UPSIKINI blogspot menyatakan bahawa kami, bekas-bekas pelajar hendaklah mendaftar atau mengemaskini maklumat berkaitan sekiranya bagi membolehkan kami ditemuduga mungkin dalam masa terdekat iaitu pada bulan 5 atau 6 nanti; iaitu sebelum majlis konvokesyen dijalankan. Di sini ingin hamba berkongsi maklumat dan memberi sedikit link  laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan


1. Sebelum memohon, PASTIKAN anda membaca Panduan Permohonan terlebih dahulu. Ingin diingatkan di sini, bahawa link "Panduan e-permohonan" masih belum dibuka kepada semua bakal pemohon; tetapi sentiasa ambil tahu dan layarilah laman ini selalu bagi memastikan anda tidak ketinggalan untuk memohon kelak. Anda boleh lihat pada gambar di bawah. (Maklumat yang dimasukkan adalah dalam bentuk pdf.)


(SILA KLIK PADA NAMA YANG DI'BOLD' UNTUK TERUS MASUK KE LINK)

2. Setelah selesai melihat Panduan Permohonan, anda semua boleh membuat Daftar Permohonan Baru, seandainya baru kali pertama mendaftar. Jika anda sudah mendaftar, anda boleh masuk melalui link Log Masuk. Anda boleh melihat gambar di bawah.


Nota : PASTIKAN apabila anda memohon, anda memohon jawatan yang betul, supaya tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.

Pesanan :
Setelah selesai mengisi permohonan, anda semua hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan terutama alamat surat- menyurat anda, terutama yang berpindah dan sebab-sebab yang lain. Di sini ingin hamba ucapkan selamat berjaya kepada kawan-kawan yang dihormati dan selalu ambil tahu mengenai  kepentingan semasa.

Buih Yang Berterbangan