BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, Mac 17, 2013

Warisan Kesenian & Pertahanan Diri Masyarakat Melayu! - Human Weapon (Silat) Terbukti!!

    Assalamualaikum w.r.t kepada semua rakan-rakan Bloggers sekalian. Arakian hamba kini sedang dilanda kebosanan walaupun bercuti minggu di rumah. Almaklum, keseorangan. Apapun kini hamba ingin sama-sama berkongsi bahan ilmiah dan juga kebanggaan kita, bukan sahaja sebagai rakyat Malaysia, tetapi juga sebagai salah satu rumpun dalam hidupnya Melayu di Nusantara ini. Sungguhpun negara dan bahasa yang digunakan berbeza, namun secara umumnya seluruh rantau Asia Tenggara ini bersaudara dari aspek hubungan darah. Jangan sesekali dinafikan bahawa sebahagian besar masyarakat di kawasan Asia Tenggara ini berhubung dalam rumpun masyarakat yang sama sejak perpindahan masyarakat kuno Mesolitik dan Neolitik ke sini. Usahlah dicemarkan keindahan warisan turun-temurun in dengan perebutan hak yang tiada taranya. Tiada apa yang hak dan batil, melainkan kesatuan masyarakat dan fakta bahawa rangkaian persilatan di seantero dunia ini adalah hak milik kaum Melayu, yang kental jiwa dan raganya, gagah merah darah pahlawannya. Janganlah direbut, dicaci, dimaki hanya kerana mahukan hak pemilikan cuma; bukankah kita semua bersaudara juga adanya? Walaupun dari sulur jalur keturunan yang jauh jaraknya?

    Adapun pada beberapa minggu yang lalu (sebelum temuduga), pihak TV3 telah menayangkan rancangan bersiri "Human Weapon", yang mana siri pada kali ini menyentuh mengenai "Silat", yang mana terdapat di Malaysia dan serantau. Sungguhpun keseluruhan pengambaran ini dijalankan di Malaysia, namun hakikatnya, berbanggalah wahai semua kaum Melayu tanpa mengira negara mana sekalipun; bahawa kesenian & pertahanan kita ini turut dikenali di luar negara. Walaupun penggambaran ini dikatakan adalah lebih 'lama' berbanding pengambaran yang dilakukan oleh pihak National Geografic (Silat Warrior) pada tahun 2010, namun ia masih releven untuk dikepilkan sebagai pengetahuan kita semua. Malah, ada yang sedia maklum, tidak mudah untuk memujuk dan menyakinkan 'pihak-pihak' berkaitan untuk menunjukkan seni silat mereka, khususnya kepada umum; apatah lagi masyarakat luar yang dianggap mengganggu 'privasi' mereka sebagai badan pesilat. Namun, 2 penggambaran ini boleh dikatakan berjaya membuat ramai golongan luar mula memandang tinggi silat Melayu di arena antarabangsa.

    Baiklah, hayatilah video ini dan sama-samalah kita lihat kesudahannya. Jom Tonton!!

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4



Bahagian 5 (Akhir)




Pesanan :
Pengkisahan mengenai silat di dalam rancangan ini dilihat lebih kepada fakta yang kurang jelas atau lebih kepada fakta. Sebahagian besar perkara yang disampaikan oleh 2 orang pengacara ini adalah lebih kepada carian bahan yang kurang, serta tidak merangkumi pengkisahan sebenar sebab dan mengapa silat ditubuhkan dengan secara mendalam lagi. Oleh itu, hamba minta rakan-rakan seangkatan (terutama sekali saudara-saudari Segayong) janganlah dipanjangkan 'persengketaan' melalui ruangan chatting. Bukan apa, malu bercambah, apatah lagi jika dilihat masyarakat luar ini. Guru hamba, En Azman turut kelihatan; iaitu ketika upacara mandi minyak. Lama sudah tidak bertemu dengannya. Sekian, salam rindu dari anak Gayong.

Sabtu, Mac 16, 2013

Catatan Minggu Penuh Kenangan

Assalamualaikum w.r.t. Alhamdulillah....syukur ke hadrat Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya tiada siapa yang lebih berkuasa berbanding diri-Mu. Kini hamba telah selamat berada di Felda Pasoh 2 untuk mencurah bakti sebagai seorang pendidik sekaligus mengajar dan mendidik anak-anak bangsa bagi menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama, dan negara. Sungguhpun hamba kini mengajar di kawasan yang agak jauh daripada keluarga tercinta, ia tidak sama sekali melumpuhkan semangat hamba untuk hidup berdikari. Syukur juga kepada Illahi atas hikmahnya, kerana hamba ditempatkan di sekolah ini yang rata-rata pelajarnya masih berpegang teguh bahawa guru adalah orang yang memberi ilmu kepada mereka. Alhamdulillah.



Sebahagian gambar anak-anak didik (Form 4) ketika sesi pengajaran berlangsung.

Pada 13 Mac 2013, hamba telah menjalani temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) di BTPN Pahang yang terletak berhampiran dengan SMK Beserah. Hamba telah mendapat pelepasan selama 2 hari daripada bonda pengetua dan telah menaiki bas pulang ke Kuantan. Hamba telah menumpang teduh buat sementara waktu di rumah bonda saudara di Beserah. Hamba telah tiba di tempat temuduga kira-kira jam 7.00 pagi dan merupakan calon terawal yang tiba di situ. Setelah menunggu beberapa ketika, rakan-rakan sekumpulan seperti Khairi (Yeen) dan Fizah tiba. Fizah membawa sekali keluarganya untuk menemaninya. Kemudian, rakan-rakan yang lain menyusul pula antaranya Daus, Fitri Md Noor, Zaki (bersama dengan teman wanitanya/tunang; tak pasti pula), Dayah, Farah Hanim, Haida dan Lela. Pada hari itu, hanya terdapat 24 orang (termasuk hamba) yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan; iaitu bersamaan dengan 6 orang sekumpulan. Hamba tergolong di dalam kumpulan yang ketiga bersama Fitri Md Noor, Daus, Khairi, Farah Hanim dan Fizah. Syukur juga ke hadrat Illahi, apabila dipermudahkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh 2 orang penemuduga tersebut. Salah seorangnya adalah Tan Sri dan seorang lagi pula daripada pihak tertinggi SPP sendiri. Berpeluh jugalah menjawab soalan-soalan yang diberikan (dalam bentuk perbincangan) kerana kebanyakannya memerlukan kami berfikir dengan kritis dan tepat. Seolah-olah soalan-soalan itu cuba 'mempsikokan' kami pula! Kemudian, kami beramai-ramai menjamu selera di sebuah gerai makanan di Tanjung Lumpur sambil berborak-borak dan bergurau senda. Herm, bila lagi nak berbual jika bukan pada masa itu? Riuh rendah dan gamat gerai makanan itu dibuatnya, bila kami semua ketawa beramai-ramai; seolah-olah sudah tiada jurang waktu pula. Dari bercakap biasa, hampir kepada mengumpat pula....



Surat yang dikirim daripada Balai Seni Visual Negara sudah sampai! Jadi, terserlahlah majalah SeniKini!! Tapi, nama gelaran untuk hamba tu salah...hamba masih lagi ber'title' cik, bukannya puan....

Pada keesokkan harinya pula, hamba telah bertolak pulang ke Bahau seawal jam 8 pagi, kerana pengangkutan ke sana hanya disediakan sebanyak 3 kali sehari. Jika terlepas pada ketika itu, hamba terpaksa menunggu bas untuk ke sana pada jam 2 atau 3.30 petang pula. Ini disebabkan ketiadaan pengangkutan untuk membawa hamba ke tempat hamba kini. Setibanya di sekolah, masih kedapatan sebahagian besar peserta/pemain sepak takraw dari pelbagai sekolah di daerah Jempol sedang sibuk berehat atau menunaikan solat Zuhur. Ketika itu, waktu persekolahan telah hampir ke penghujungnya. Hamba mengambil kunci rumah yang ditinggalkan dan kemudian pulang ke rumah atas izin bonda pengetua. Tapi, hamba tetap utuh mengerjakan buku Rekod Pengajaran untuk hari jumaat pula.




Anak-anak buah kelas kendalian hamba. Bersemangat benar menghias kelas. Tahniah semua!!

Sesi persekolahan berjalan dengan baik dan pada jam 3 petang, hamba selaku guru tingkatan 2 Biruni telah mengadakan perjumpaan dengan anak-anak buah hamba dengan tujuan memenuhi jemputan mereka untuk menghiasi kelas. Sungguhpun bahan yang diperlukan tidak dapat dibawa oleh pelajar, namun kerja-kerja menghias tetap dijalankan dan kerjasama yang diberikan amatlah menggalakkan. Setelah jam 4.40 petang pula, hamba singgah sebentar ke bilik kegiatan Budaya & Kesenian untuk melihat para pelajar membuat latihan bagi dipersembahkan semasa Mesyuarat Agong PIBG pada hari Khamis, 21 Mac 2013 nanti. Dikhabarkan juga, bahawa tarikh itu jatuh tepat pada hari keputusan SPM dikeluarkan. Wah, ini sudah bikin kami sibuk ya! Mungkin akan diadakan majlis penyampaikan sijil kecemerlangan buat pelajar-pelajar cemerlang pada hari yang sama juga. Jadi, bertambah meriah la majlis itu nanti!

Sekian sahaja coretan hamba buat masa ini. Bertemu lagi kita di dalam coretan terindah seterusnya.

Ahad, Mac 03, 2013

Guru INTERIM - Guru Yang Memulakan

Kembali lagi di dalam tinta yang seterusnya. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi sekalian. Hamba kini sedang sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa bagi memenuhi tuntutan pekerjaan. Kini, setelah setahun digelar sebagai 'penganggur', akhirnya hamba kini sudah boleh digelarkan sebagai Guru menerusi program terbaru yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu ambilan INTERIM. Sebagaimana yang diketahui umum, kini KPM tidak lagi mengambil Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru Sandaran Terlatih (GST) dan juga Guru Ganti (Replacement Teacher) untuk mengajar di sekolah-sekolah, terutama di sekolah menengah. Bagi menggantikan 'ruang' tersebut, jawatan guru INTERIM telah diperkenalkan bagi mengisi 'kekosongan' tersebut menerusi graduan-graduan Pendidikan (sama ada dari Universiti Pendidikan, Pusat Pendidikan atau Universiti tempatan yang mempunyai bidang pendidikan). Ini memberi peluang kepada graduan-graduan pendidikan memperoleh kerjaya sementara menunggu 'posting' atau penempatan oleh KPM. Sungguhpun begitu, KPM hanya memilih sebahagian daripada graduan-graduan pendidikan ini bagi diserap masuk ke sekolah sebagai guru INTERIM. Malah, INTERIM tidak menjamin seseorang graduan pendidikan itu menjadi seorang guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41), kerana mereka perlu melepasi temuduga SPP terlebih dahulu. Maklumat berkaitan guru Interim boleh dilihat dengan menekan perkataan ini : PELAN STRATEGIK INTERIM KPM 2011-2020


Semakan penempatan Interim menggunakan perkhidmatan atas talian (laman web rasmi KPM)

Hamba pun sebenarnya masih terkejut atas berita ini yang mana diberitahu menerusi laman facebook Kumpulan ISMP yang mana pihak KPM telah mengeluarkan berita mengenai senarai nama bagi guru-guru yang mendapat tawaran INTERIM. Pada permulaannya, kami diarahkan untuk menghubungi JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) di negeri masing-masing untuk mengetahui hal terbabit, namun kemudiannya didedahkan bahawa graduan yang mendapat tawaran akan dihubungi oleh JPN negeri terbabit (sekiranya nombor telefon  ada di dalam fail yang telah diberikan oleh IPT masing-masing dan MASIH AKTIF/DIGUNAKAN). Hamba menerima panggilan daripada JPN Negeri Sembilan dan dimaklumkan untuk menghadiri taklimat di Seremban pada 1 Mac 2013. Apalagi, menjerit hamba mendengarnya. Manakan tidak, ianya sangat 'jauh' dari jangkauan hamba sendiri, yang mana menginginkan untuk mendapat di Kuantan, tambahan hamba kini menetap di Indera Mahkota, Kuantan. Jauh benar, tapi hamba masih bersyukur kerana negeri itu masih 'dekat' dengan kampung halaman di Bera. 


Surat tawaran yang diberikan dalam majlis taklimat Interim yang bermula pada jam 8.30 pagi di Wisma Negeri, Negeri Sembilan pada 1 Mac 2013 (Jumaat)

Lalu, hamba telah ke Seremban dengan ayahanda dengan hanya berbekalkan 3 keping peta ringkas yang hamba perolehi dari Google Map. Apa tidaknya, kawasan negeri itu sangat asing buat hamba yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke situ dengan menaiki kereta. Setibanya di Seremban, kami telah ke Wisma Negeri (untuk melihat tempat sahaja) dan kemudian terus ke hotel bagi menghilangkan penat dan lelah. Malam itu juga, hamba nyaris 'mati kepedasan' disebabkan terlupa (kan orang Minang masak pedas) dan mengambil hidangan kuah asam pedas yang banyak! Rasa mahu 'meletup' rasanya mulut hamba, tapi dek kerana lapar, hamba bedal sajalah!


Nama sekolah yang terdapat di dalam surat tawaran berkenaan

Pada awal pagi 1 Mac 2013, hamba telah ke Dewan Theatre, Wisma Negeri, Negeri Sembilan untuk mendengar taklimat sekaligus mendapat surat tawaran untuk menjadi guru INTERIM. Di sana juga, hamba berpeluang bertemu kembali dengan teman-teman seangkatan yang turut menerima tawaran di negeri bertuah ini. Antaranya Rohaaima, Lela, Khairi (Yeen), Basik, Naem, Naza dan 3 orang rakan lain. Maka, jika mengikut kiraan, hanya 10 orang graduan Seni yang dibawa ke sini. Setelah menerima surat, hamba mendapati hamba ditempatkan di SMK Pasoh 2 (Felda Pasoh 2) yang terletak di Simpang Pertang, iaitu daerah Jempol. Hamba dikira bernasib baik kerana Khairi ditempatkan berhampiran kawasan hamba iaitu di SMK Pertang. Kami diarahkan untuk melapor diri pada hari itu juga dan meminta cuti/penangguhan dari pengetua jika masih perlu menjalani temuduga.

Di SMK Pasoh 2, hamba telah melapor diri dan dimaklumkan akan diserapkan sebagai guru Pendidikan Seni Visual serta guru Teknologi Maklumat. Ini disebabkan ketiadaan guru bagi kedua-dua subjek yang sangat lama. Hamba kemudiannya diberikan 'cuti ehsan' oleh puan Pengetua, iaitu cikgu Zawahir dan dikehendaki mendaftar diri pada hari Khamis ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kini hamba berada di Kuantan untuk menyelesaikan segala perkara sebelum berangkat pulang ke Pasoh semula.


Ini adalah nota pemberitahuan penerimaan BRIM 2.0, bukan surat tawaran

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di rumah nenda di Felda Kampung Awah, untuk menjenguk keadaan nenda. Di sana juga, hamba menerima satu lagi berita gembira apabila permohonan hamba untuk mendapat BRIM 2.0 telah diterima, yang mana hamba berada dalam kelompok Fasa Kedua. Perkara yang baik bertimpa-timpa berlaku, dan ini menyebabkan hamba bertambah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan Pengasih. Alhamdulillah, dapatlah menampung perbelanjaan hamba sepanjang di bumi negeri sembilan kelak. Baiklah, sampai di sini saja ulah hamba buat kali ini. Bertemu kita lagi di dalam tinta seterusnya dengan izin Allah. Amin.

P/s : Proses pengemaskinian mungkin terpaksa dijalankan secara perlahan disebabkan hamba kini sudah bekerja dan masa yang ada akan diperuntukkan bagi mendidik anak bangsa serta membuat perancangan pendidikan yang terbaik. Maaf andai kelewatan dalam menyediakan bahan atau menulis tinta. Tapi, hamba akan cuba sedaya upaya membahagikan masa. Doakan hamba dapat mendidik anak bangsa dengan terbaik dan semoga anak-anak ini kelak menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Berita Gembira Buat Semua Guru ISMP - Semakan Temuduga SPP

Alhamdulillah...bertemu lagi kita di dalam ruangan maya yang tidak seberapa ini. Hamba kini sedang dalam persediaan bagi menghadapi temuduga guru (ISMP) yang mana telah genap setahun sudah menunggu peluang ini. Syukur dinyatakan setelah menerima berita bahawa semakan sudah boleh dibuat menerusi laman web SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) pada tarikh 15 Februari lalu. Namun, penamaan dibuat secara berperingkat mengikut negeri dan telah termaktub bagi hamba, mendapat tarikh keramat iaitu pada 13 Mac 2013.

Semakan temuduga SPP

Tiada apa yang dapat hamba ucapkan melainkan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dikurniakan dengan rezeki dan nasib yang baik. Semoga hamba akan dapat melaluinya dengan baik dan lulus dengan jayanya, insyaallah.

Buih Yang Berterbangan