BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Disember 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011!!! (Shin'nen akemashite omedetōgozaimasu 2011!)

          Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers semua. Hamba berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, bersama-sama yang tersayang serta keluarga. Hamba sekadar ingin berceloteh seketika bagi meraikan Tahun Baru yang bakal tiba beberapa minit sahaja lagi. Malah, sekaligus menutup 'jurnal' hamba pada tahun 2010. Tahun 2010 akan ditinggalkan, penuh dengan nostalgia dan peristiwa yang mungkin akan tersemat di ingatan sampai bila-bila. Buat hamba juga, azam pada tahun ini masih sama, "BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA DALAM HIDUP, BUKAN DALAM UJIAN SEMATA-MATA". Bukan bermakna azam hamba pada tahun ini masih belum tertunai, tetapi sekadar untuk lebih berjaya dalam tahun ini juga.

          Hamba juga dengan sukacita menayangkan anime pertama hamba di layar blog. Iaitu menerusi anime Eye-Shield 21( Episod 1) di ruangan terbaru hamba, iaitu "Video/Anime". Harap anda semua akan menikmatinya!! Malah, di sini hamba sertakan sekali salah satu anime penyiasatan yang hamba gemari, iaitu  Mei tantei Konan atau Detective Conan menerusi  Detective Conan The Movie 14 - The Lost Ship In The Sky. Harap semua terhibur, dan "watashi wa anata no happīnyūiyā 2011 shitai!" (私はあなたのハッピーニューイヤー2011したい 

Kelas Grafik (Photoshop) : Membuat Gambar Dekstop Yang Lebih Menarik (Bahagian II)

19. Klik kanan tetikus pada ruang kerja dan pilih Fill. Gunakan Foreground Color dan klik OK.




20. Sekarang warna latar belakang telah berubah.




21. Pada palet Layers, klik pada New Layer dan Layer 3 akan muncul.




22. Sekarang pada ruang kerja, gunakan Polygonal Lasso Tool dan buat pilihan seperti pada rajah. Buat seperti bentuk segitiga.


Kelas Grafik (Photoshop) : Membuat Gambar Dekstop Yang Lebih Menarik (Bahagian I)

1. Buka sebuah ruang kerja dengan keluasan 1024 x 766 pixel.




2. Inilah ruang kerja anda.





3. Buka dua gambar yang hendak anda gunakan. Seberapa banyak gambar mengikut kehendak anda pun boleh.


 


4. Hamba menggunakan dua gambar kereta seperti di bawah.




Khamis, Disember 30, 2010

Syabas Harimau Malaya!!! Syabas Malaysia!!!

        Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama rakyat Malaysia yang dicintai. Alhamdulillah, dengan berkat limpah dan kurnianya, maka akhirnya Piala AFF Suzuki 2010 menjadi hak milik mutlak skuad Harimau Malaya kita. Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah berkah dari-Nya dapatlah pula negara kita 'merasa' nikmat menjadi juara, terutama menerusi sukan bola sepak kita yang dilihat hambar selama ini. Malah, ini sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Harimau Malaya kita telah lama kehilangan taring. Kehadiran pemain-pemain muda yang mana menjadi tunjang dan penggerak kepada pasukan ini memang wajar mendapat pujian umum, khususnya warga Malaysia sendiri bahawa masih ada pemain negara yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan visi dan misi permainan bola sepak negara, malah mencerminkan kematangan setiap pemain, terutama dalam berhadapan situasi yang kritikal dan tekanan semasa berada di padang.



Pemain-pemain Harimau Malaya sebelum permainan bermula

Ahad, Disember 26, 2010

Menghargai Hasil Karya Seni - 'Street Art'

     Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog yang dihormati dan disayangi. Alhamdulillah, hamba berada dalam keadaan yang baik; walaupun mengalami komplikasi sakit belakang yang kadang-kadang mengganggu hamba. Mungkin inilah kesan akibat terlalu banyak duduk dan kurang membuat senaman, mungkin juga tabiat hamba yang gemar tidur di lantai tanpa beralas. Syukur ia tidak begitu serius, walaupun kadangkala hamba berdecit juga menahan sakit sepanjang semester lepas, sehingga menyebabkan kerja/assignment hamba agak terganggu. Hamba tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu rakan-rakan serta keluarga hamba susah hati. Tapi, sahabat hamba mulai perasan bahawa hamba banyak berubah sepanjang semester lepas, kerana dia mengatakan bahawa hamba agak pendiam dan kurang aktif berbanding semester lain. Herm, tidak mengapalah. Hamba diamkan sahajalah.


      Beralih pula kepada tajuk utama kita. Pada hari semalam, 25 Disember hamba telah berangkat pulang ke Tanjung Malim. Sengaja hamba pulang awal untuk berjumpa dengan pensyarah Kajian Kraf, bagi memulakan kajian tesis. Malah, untuk mengupload semula blog ini serta hal-hal yang lain. Semasa dalam perjalanan ke Pasar Seni, hamba agak hairan apabila melihat agak ramai pelancong yang berada di situ. Mereka sibuk mengambil foto di sekitar kawasan berdekatan LRT Pasar Seni. Setelah diteliti, barulah hamba mengerti bahawa rupa-rupanya ada banyak lukisan Street Art di dinding-dinding di sepanjang terowong berhampiran sungai (hamba tak tahu nama sungai, maaf ya!). Hamba terpegun kerana kawasan sepanjang sungai itu menjadi sangat cantik dengan hasil karya yang pada hamba sangat menarik dan berharga! Oleh itu, hamba persembahkan hasil seni ini sebagai tanda hamba menghargai seni ini.



Kawasan Pertama Berhampiran Jalan Ke Pasar Seni



Kawasan Kedua Berdekatan Stesen KTMB Kuala Lumpur




TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)



Ahad, Disember 05, 2010

Hasil Karya Hamba Yang Terulung!!!

      Assalamualaikum sekali lagi dan selamat sejahtera kepada semua!!! Di sini, hamba lampirkan beberapa buah gambar yang menunjukkan proses penghasilan karya maha agung hamba dalam penghasilan batik yang dihasilkan secara individu - sepanjang 2 meter. Karya ini telah dipamerkan di dalam pameran batik secara besar-besaran di Studio Batik dan dihadiri oleh Prof. Dato. Dr. Aminah. Karya hamba dan rakan-rakan dijual mengikut harga pasaran dan tetapi boleh dirunding bersama pembuatnya. Sekiranya berminat untuk membelinya, mungkin hamba akan pertimbangkan tawaran berdasarkan harga. Kerana batik ini bukan dibuat dengan menggunakan cop, tetapi menerusi penggunaan pembuatan 'canting'; yang mana telah memakan banyak masa dan usaha hamba untuk merealisasikannya. Oleh itu, dengan segala hormatnya hamba persembahkan karya maha agung hamba dalam arena batik, serta gambar proses penghasilannya.



Langkah 1
Melakar dan melukis motif yang dikehendaki di atas kain yang disediakan. Kain yang digunakan adalah kain jenis rayon


Langkah 2
Meneliti dan memastikan setiap motif telah dilakar di atas medium dengan sepenuhnya

TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)



Tinta Kenangan Sepanjang Minggu 2...

      Assalamualaikum kepada semua rakan -rakan bloggers. Semoga dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-kisah hamba kini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman hamba, pada awal keesokkan harinya. Oleh itu, ingin hamba maklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa hamba tidak akan dapat melakar sebarang tinta di laman ini buat sementara waktu kerana ketiadaan line broadband lagi di rumah, setelah ayahanda menamatkan perkhidmatan tersebut 2 bulan yang lalu. Keadaan ini disebabkan ayahanda jarang menggunakan perkhidmatan ini, dek kerana sudah mempunyai line streamix di pejabat.

      Pada 2 Disember yang lalu, hamba telah selesai menghantar tugasan kerja kursus bagi Studio Kayu Asas. Alhamdulillah....selesai sudah seksa hamba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hamba akui, bahawa hamba kurang mahir dalam mengukir kayu. Mungkin disebabkan sikap hamba yang kurang sabar dan tidak mempunyai 'jiwa' atau 'semangat kayu' yang diinginkan. Tapi, syukur segalanya sudah selesai. Kemudian, pada pukul 3 petang, hamba berangkat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Tujuan hamba ke sana sebenarnya adalah untuk menonton wayang bersama sahabat serta berjalan-jalan. Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, rakan-rakan tidak dapat menyusul dan tinggallah hamba seorang sahaja ke sana. Setibanya di KL, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hamba mendail sepupu hamba yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Nur Azlin untuk singgah semalam di rumahnya. Hamba kemudian terus menaiki lrt ke Sentul Timur dan menunggu selama 15 minit di sebuah gerai berhampiran LRT Sentul Timur tersebut. Hujan yang turun agak lebat juga, mengiringi kedatangan hamba ke rumah sepupu yang terletak berhampiran stesen berkenaan.



Hiasan di tingkat paling bawah (ground level) di KLCC bersempena Hari Krismas tidak lama lagi. Tema adalah berwarna ungu. Menarik dan cantik, bukan?

Ahad, November 28, 2010

Tinta Kenangan Sepanjang Minggu...

      Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger semua. Hamba kini sedang berada dalam cuti semester, maka hamba harap semoga sahabat-sahabat sekalian memaafkan hamba yang senantiasa khilaf dalam melaksanakan tugasan ini, juga mungkin sentiasa dianggap memungkiri janji yang telah diberikan. Hamba juga insan biasa yang lemah, berbanding dengan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W serta Pencipta kita Yang Satu iaitu Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia dari-Nya, hamba masih utuh bertapak di muka bumi ini; untuk sama-sama bernafas di muka Bumi ini dan berkongsi pengalaman dan idea dengan semua.

      Al-kisah yang ingin hamba kongsi adalah mengenai kenduri / majlis perkahwinan yang dilangsungkan oleh pensyarah hamba, Professor Zakaria Ali; bagi meraikan beliau dan keluarga yang baru menerima menantu sulung pada 27 November lepas. Majlis dilangsungkan di rumah beliau di Diamond Heights, berdekatan dengan pusat INSTUN Tanjung Malim. Beliau dan isteri baharu sahaja menerima menantu perempuan sulung daripada anakanda sulung mereka iaitu Ijoi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada ulah petangnya hujan turun dengan agak lebat juga. Majlis berlangsung dengan meriah tetapi masih mengekalkan kesederhanaan. Kedua-dua mempelai sama segak, dan sama padan. Mempelai perempuan pula adalah saudara sepupu dengan rakan kepada sahabat baik hamba, Md Din; iaitu Asmah. Di sana, hamba bertemu Asmah dan sempat beramah mesra sambil diiringi oleh Md Din .Terfikir pula di kepala, bila agaknya hamba dapat lihat kedua-dua pasangan yang hamba lihat kena dan secocok ini akan bersatu? Sebabnya, hamba sebagai sahabat sangat berkenan dengan Asmah, yang pada hamba mempunyai ciri-ciri isteri solehah; dan kena pula dengan sikap Md Din sendiri. Herm...alameknyo eden kono tunggui lagi duo taun setongah la eh nak meraso nasik minyak mereko ni ah...(hahaha....maaf orang Negeri ya!)

Jumaat, November 05, 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali (Happy Diwali Day!)

       

       Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers, terutama kepada rakan-rakan yang menyambut Hari Deepavali pada hari ini. Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kita semua, semua rakyat Malaysia. Di sini hamba ucapkan "Selamat Hari Deepavali" khusus kepada rakan-rakan hamba yang pernah bersama-sama hamba semasa persekolahan di SMK Setiawangsa, Kuala Lipis dan juga SMK Clifford, Kuala Lipis, iaitu Sukanthi, Rajeshwari dan lain-lain. Semoga sambutan Hari Deepavali pada tahun ini akan berlangsung dengan meriahnya dan dapatlah kita sama-sama menikmati keamanan serta kemakmuran di negara bertuah ini bersama-sama.


      Di sini hamba lampirkan sebuah video yang diupload dari Youtube juga bersempena Hari Deepavali ini. Sama-sama kita hayati mesej yang disampaikan dan Happy Diwali!!! Video ini dibuat oleh Petronas dan bertajuk Deepavali Boys. Selamat menonton!

video

Kelas Grafik (Photoshop) : Menggunakan Custom Shape Tool (Bahagian I)

     Shape Tool di dalam Photoshop terdiri daripada beberapa bentuk asas seperti empat segi, bulatan, garis dan juga pelbagai jenis bentuk (shape). Bentuk yang pelbagai ini dimuatkan di dalam Custom Shape Tool. Terdapat puluhan jenis bentuk yang disimpan di dalam pustaka bentuk di dalam Photoshop dan anda perlu bijak menggunakannya. Dengan Custom Shape Tool ini anda boleh menggunakannya untuk pelbagai guna sama ada untuk Selection, untuk membina corak dan sebagainya. Kali ini kita akan melihat penggunaan Custom Shape Tool sebagai Selection dan menggunakan Selection itu pada gambar bagi membentuk corak atau pola pada ruang kerja.



Langkah 1 : Mula-mula buat satu ruang kerja dengan saiz 1024 x 168 pixels.















Langkah 2 : Berikut adalah ruang kerja anda.
















Langkah 3 : Kemudian buka beberapa gambar kegemaran anda. Pada rajah, hamba memilih gambar-gambar kereta.



















Langkah 4 : Kemudian, buka tetingkap semula ruang kerja dan kecilkan semua tetingkap lain. Klik pada Custom Shape Tool.












Kelas Grafik (Photoshop) : Menggunakan Custom Shape Tool (Bahagian II)

Langkah 16 : Garis putus-putus terbentuk.

















Langkah 17 : Heret imej ke ruang kerja (sama langkah 13).













Langkah 18 : Buka gambar kereta lain. Buat pula Shape lain dan lakukan langkah-langkah 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 semula.

















Langkah 19 : Ubah saiz imej itu.



















Langkah 20 : Buka gambar kereta lain. Buat pula Shape lain dan lakukan langkah-langkah 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 sekali lagi.























Jumaat, Oktober 22, 2010

Selamat Bertemu Kembali Semua!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang mengenali hamba di laman maya ini. Terlebih dahulu hamba ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana sudah begitu lama tidak melakar sebarang berita atau ceritera di laman ini. Kesibukan yang menghambat hamba, ditambah lagi dengan bebanan tugas sama ada dari tugasan kerja dari studio dan kelas serta dari persatuan/kelab yang disertai menyebabkan jari hamba kurang pantas untuk menaip tinta di sini. Hamba di sini boleh diibaratkan seperti chipsmore yang seringkali dimakan oleh orang ramai, sekejap ada  sekejap tiada. Tapi, alhamdulillah...dengan dorongan dan doa dari ayahanda dan bonda serta rakan-rakan seperjuangan..hamba cuba harungi perjalanan sebagai seorang mahasiswa yang mencabar ini.

Baiklah, di sini ingin hamba war-warkan mengenai sebuah pameran yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar studio bagi Asas Batik dan Lanjutan Batik. Hamba sebagai salah seorang pelajar yang terlibat serta naib pengarah dan juga ketua bahagian publisiti dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan/cik/ adik-adik/ kakak-kakak/abang-abang ke majlis tersebut. Majlis ini adalah sebagai upacara kemuncak bagi memaparkan hasil karya pelajar yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Tema pada semester ini adalah lebih mencabar berbanding semester lalu, terutama kami (termasuk hamba) pelajar Lanjutan Batik yang diarah menyiapkan tugasan yang lebih menuntut masa, tenaga dan kreativiti yang mencabar diri dan intelektual kami. Oleh itu, hamba menjemput rakan-rakan semua; terutama yang berada di sekitar Tanjung Malim untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. majlis kemuncak adalah pada malam hari dan menjanjikan pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan!

Sekian dahulu daripada hamba. Di sini hamba lampirkan banner dan kad jemputan bagi majlis yang akan dilangsungkan nanti. Semoga bertemu lagi di tinta yang seterusnya. Wassalam.


Gambar 1 : Banner Bagi Majlis Yang Akan Dijalankan


Gambar 2 : Kad Jemputan Bagi Jemputan Dalam Majlis Ini


Jumaat, September 03, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, kini bulan Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Kini deretan perantau, terutamanya pelajar-pelajar universiti sedang/akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu diucapkan selamat jalan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Di sini, hambaucapkan Selamat Hari Raya & inilah kad raya mewakili hamba & keluarga.


Sabtu, Ogos 28, 2010

Kelas Grafik : Tutorial Martview File

       Di sini hamba lampirkan sebuah nota yang akan dapat sama-sama kita kongsi, selain menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Perisian ini adalah perisian yang amat baik dan best bagi pengalaman pembacaan yang lebih interaktif dan menarik; iaitu lebih kepada e-book. Ini adalah cara-cara menghasilkan bahan bacaan menggunakan perisian ini. Sila lihat dan alami cara pembuatan dan bacaannya! Contoh hamba adalah dari sebuah laman blog yang mengeluarkan scanning komik-komik Hong Kong; iaitu saudara Panglima Mojo...

Step 1 : Download and install Martview 





Step 2 :  Klik pada Ikon Create E-Book





Rabu, Ogos 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!

        Assalamualaikum kepada rakan-rakan bloggers sekalian....Maafkan hamba kerana telah lama tidak menulis sebarang tinta kecuali meng'upload' perisian atau nota-nota berkaitan grafik di laman blog ini. Keadaan ini disebabkan hamba kini semakin sibuk dengan kuliah-kuliah & deretan assignment, terutama sekali kerja-kerja di studio seni. Alhamdulillah, setakat ini masih berjalan lancar, dan insyaallah...semua yang berkaitan akan berjalan dengan baik dan sempurna.

      Pada hari ini, bermulalah puasa (1 Ramadhan). Maka,pada malam tadi, telah bermulanya solat terawih di laman KHAR, yang dihadiri oleh ramai jemaah. Hamba tidak dapat ikut bersama disebabkan tugasan yang harus hamba selesaikan, kerana akan berlaku presentation untuk 2 studio. Jadi, mahu tak mahu hamba terpaksa menyudahkan tugasan. Insyaallah, hamba akan ke laman KHAR untuk berjemaah nanti. Pada semester ini, suasana berpuasa agak berlainan. Mungkin disebabkan hamba kini menetap di rumah sewa. Makanan pun dimasak sendiri, berbanding dahulu; sekadar hanya membeli di gerai-gerai makan. Selain dari menjimatkan kos perbelanjaan, ia juga dapat mengeratkan hubungan hamba dengan teman-teman serumah. Sekiranya ada bahan dan rajin, hamba akan memasak. 

      Pada semester ini juga, bermacam-macam perubahan yang berlaku. Fakulti hamba kini bukan lagi Fakulti Seni Dan Muzik, tapi adalah Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif. Hamba juga telah usai menghantar ROS hamba pada supervisor, iaitu Dr Halim. Lebih ketara lagi, ramai rakan-rakan hamba yang kelihatan bertambah 'matang', mungkin disebabkan pengaruh ROS yang dialami di sekolah masing-masing. Malah, ada juga sebilangan rakan-rakan yang kini sedang galak memikirkan tentang 'pencarian teman hidup'. Hai, entahlah. Kadangkala nak tergelak pun ada, terutama bila melihat laman facebook mereka. Dahulu dengan title 'bujang' atau kosong sahaja, tapi kini telah terisi dengan perkataan 'mempunyai hubungan dengan....'.Asalkan mereka bahagia, sudahlah....

      Kadangkala terasa bosan pula bila pada usia ini, hamba telah diajukan dengan soalan seperti, "Bila nak kawin?", "Dah ada calon ke belum?", "Umur macam kau ni, kalau kawin dah patut ada 2 orang anak dah" dan sebagainya. Herm, kedengaran seperti menyibuk sahaja...bukan apa, dah kalau di hati masih belum terlintas nak berkahwin atau punya kekasih, takkan nak dipaksa? Bukan tak ada yang berkenan & masuk merisik, tetapi hamba menolak, kerana masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar; ditambah lagi tanggungjawab hamba sebagai anak masih belum terlaksana, inikan pula nak menambah tanggungjawab lain. Kemudian, hamba sangat-sangat ingin menunaikan impian ayahanda (itu hamba tak boleh ceritakan, itu rahsia hamba). Tapi, hamba kasihan dengan bonda yang nampaknya macam sudah tidak sabar mahu menerima menantu, (entah-entah sampai tak sabar-sabar nak menimang cucu, kot). Ish, ngeri!Jadi, sabar ajalah bondaku.....sampai masa & jodoh, akan jadi juga....(ye ke?)

      Baiklah, sempena bulan yang mulia dan penuh rahmat ini, hamba ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga bulan ini bukan sahaja memberi rahmat, malah mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan; terutama kepada hamba sendiri; yang mana banyak tenaga akan digunakan untuk menyudahkan kerja-kerja studio nanti. Baiklah sampai di sini sahaja coretan hamba, sekiranya terlanjur kata, maafkan hamba kerana hamba ini juga makhluk yang lemah dan tidak sempurna seperti Pencipta kita, Allah S.W.T.

Sabtu, Julai 31, 2010

Kelas Grafik (Photoshop) : Tekstur Dalam Photoshop (Bahagian II)

Langkah 14 : Sekarang pergi ke Filter > Sketch > Chrome



















Langkah 15 : Pada tetingkap Chrome, pilih Detail sebanyak 5 dan Smoothness sebanyak 10. Klik OK.




















Langkah 16 : Inilah hasilnya.




















Langkah 17 : Satu lagi ialah dengan menggunakan Filter > Sketch > Photocopy. (Gunakan hasil daripada langkah 13)






















Langkah 18 : Pada tetingkap Photocopy tetapkan Details kepada 12 dan Darkness kepada 24. Klik OK.




















Kelas Grafik (Photoshop) : Tekstur Dalam Photoshop (Bahagian I)

       Tekstur adalah penting untuk memberikan kedalaman kepada suasana, objek atau bahagian-bahagian tumbuhan atau manusia atau bangunan yang memerlukannya. Biasanya tekstur digunakan banyak di dalam penghasilan permainan video atau komputer terutama sekali  dalam permainan RPG. Kali ini kita akan lihat cara mudah untuk menghasilkan tekstur dalam Photoshop.

Langkah 1 : Mulakan dengan membuka fail baru dengan menggunakan tetapan seperti pada rajah.
















Langkah 2 : Kemudian, tukar warna pada palet kepada biru muda atau anda boleh ikut kod warna seperti pada rajah.




















Langkah 3 : Seterusnya buat satu Layer baru pada palet Layer.



















Langkah 4 : Tekan Ctrl + A untuk Select A pada ruang kerja dan klik kanan pada ruang itu seterusnya pilih Fill.



















Langkah 5 : Fill dengan menggunakan Foreground Color.

















Selasa, Julai 27, 2010

Kelas Grafik (Photoshop) : Bina Tekstur Dinding & Teks Bersinar (Bahagian II)

Langkah 15: Kini kita akan masukkan teks ke dalam tekstur itu. Klik Horizontal Type Tool. Klik pada ruang kerja dan tukar saiz teks kepada 100. Kemudian, taipkan sebarang perkataan yang anda mahu. Saya gunakan 'peace' pada rajah. Oleh kerana ia berwarna hitam ia tidak akan kelihatan jelas.













Langkah 16: Perkataan 'peace' tertera pada rajah.















Langkah 17: Gunakan Move Tool dan letakkan perkataan itu di tengah-tengah ruang kerja.















Langkah 18: Pergi ke palet Layer dan klik pada Layer Text sambil menekan kekunci Ctrl. Garis putus-putus akan muncul di sekeliling teks.
















Langkah 19: Klik pada Rectangular Marquee Tool.















Langkah 20: Dengan Tool itu gerakan garis putus-putus itu ke atas teks asal, seperti pada rajah.



















Jumaat, Julai 16, 2010

Kelas Grafik (Photoshop) : Bina Tekstur Dinding & Teks Bersinar (Bahagian I)

Tekstur adalah salah satu ciri penting dalam Photoshop dan ia memberikan satu kemudahan untuk menghasilkan tekstur bagi gambar atau objek 3D. Ikuti langkah-langkah di bawah :

Langkah 1 : Tekan Ctrl + N untuk buka ruang kerja baru dan gunakan tetapan seperti pada rajah. Klik OK.













Langkah 2 : Ini adalah satu ruang kerja anda.

 















Langkah 3 : Klik 2 kali pada Background Color pada palet.



















Langkah 4 : Tetingkap Color Picker akan muncul. Pilih warna yang anda mahu. Pada rajah, saya pilih hijau (3CB878). Klik OK. Kini warna hijau ada pada palet Background Color.
















Langkah 5 : Klik Filter > Render > Clouds.



Buih Yang Berterbangan