BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Ahad, April 25, 2010

Mahou Sensei Negima aka Guruku Adalah Ahli Magik Negi




Penulis & Pelukis : Amatsu Ken (2003, Majalah Shonen)

Genre : Harem, Aksi, Komedi, Fantasi dan Magik.

Sinopsis Cerita :

Mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Negi Springfield, dan merupakan seorang ahli magik yang berimpian untuk menjadi ahli magik yang terulung iaitu 'Pakar Ahli Magik' (Magister Magi). Setelah menamatkan pelajaran di sebuah sekolah magik di Wales, England; Negi telah diarahkan untuk pergi ke Jepun bagi menjalani latihan sebagai seorang ahli magik berlesen dengan menjadi seorang guru di Akademi Mahora. Keadaan ini menimbulkan pelbagai kesulitan ke atas Negi, kerana dia terpaksa berhadapan  31 orang pelajar yang lebih berusia daripadanya, iaitu kira-kira 5 tahun berbeza daripada usianya serta keseluruhan pelajarnya adalah perempuan. Namun, setelah mengalami pelbagai kesukaran (sekolah ini amat pelik dan mencabar, disebabkan pelbagai pelajar dari pelusuk dunia serta mempunyai pelbagai kelas serta terletak berhampiran universiti dan akademi bagi pelajar sekolah tinggi) dan mengenali pelajarnya dengan lebih mendalam, akhirnya Negi diterima dan dianggap sebagai seorang guru yang berkaliber. Tetapi, semakin banyak masalah yang ditempuhi oleh Negi dan menimbulkan kesukaran padanya, terutama bagi merahsiakan identitinya sebagai ahli magik dan ini membawa kepada beberapa peristiwa yang tidak dijangka.

Watak-Watak Di Dalam Manga :


1. Negi Springfield - Seorang ahli magik yang berusia 10 tahun dan baru menamatkan pengajian di Akademi Magik Merdiana, Wales, England. Impiannya adalah untuk menjadi 'Pakar Ahli Magik' (Magister Magi) yang menggunakan kuasa/kebolehan magik yang dimilikinya untuk membantu orang ramai. Merupakan anak kepada Nagi Springfield (The Thousand Master) dan Puteri Arika Anarchia Entheofushia (keluarga diraja Vespertatia di dunia Magik, Ratu Kerajaan Ostia). Ingin mencari ayahnya yang dipercayai hilang dan mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli magik yang disegani. Diarahkan untuk ke Jepun untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di Akademi Mahora (seperti yang tercatat di dalam sijil) bagi menjalani latihan sebagai ahli magik yang berlesen. Merupakan Guru Kelas 2-A dan 3-A (semusim kemudian). Perwatakannya adalah berlainan daripada kanak-kanak yang seusia dengannya, iaitu terlalu serius, suka memaksa diri dan gigih berusaha menjadikannya disegani di dalam kelasnya. Merupakan anak murid kepada Ku Fei (seni mempertahankan diri China) dan Evangeline A.K. McDowell (ilmu magik gelap tahap tinggi). Masih mempunyai sifat keanak-anakan di dalam dirinya, seperti tidak suka mandi, suka tidur bersama Asuna (kerana Negi sudah biasa tidur bersama sepupunya, Akane Springfield) dan naif. Seorang yang genius, matang dan mempunyai bakat yang luar biasa dalam mempelajari segala ilmu. Sungguhpun begitu, perwatakannya yang menarik perhatian ramai pelajar perempuan di kelasnya, ditambah dengan sebahagian besar daripada mereka telah membuat pactio dengannya membuatkan Negi turut digelar sebagai "Musuh bagi semua wanita" (Enemy of all Womankind). Dikatakan akan berkahwin dan mempunyai anak pada masa hadapan, melalui kewujudan Chao Lingshen; iaitu  keturunan Negi dari masa hadapan. Kuasa magik yang dimiliknya adalah berunsur cahaya, kegelapan, angin, api dan kilat. Mempunyai kad pactio tersendiri, iaitu Magistrulus Magi; artifak sebuah pasport bernama Mile Vincula berbentuk penyimpan kad, yang mana membolehkannya untuk menggunakan peralatan artifak dari rakan-rakannya (yang telah melakukan perjanjian atau pactio dengannya). Namun, kad pactio ini sudah tidak berfungsi kerana ini adalah pactio sementara sahaja, iaitu hanya ketika Negi bertarung dengan Jack Rakan dalam pertandingan terakhir di Dunia Magik. Kesan daripada menyelamatkan Dunia Magik daripada musnah, Negi dikatakan akan mengalami 'kelambatan' tumbesaran atau 'kekal hidup lama' seperti Evangeline, kerana mengamalkan dan memilih jalan menjadi Ahli Magik Kegelapan. Oleh itu, Negi berdepan dengan risiko tidak akan kelihatan tua dan mengekalkan bentuk tubuh 'kecil'nya dalam jangka masa yang lama. Selain itu, Negi mempunyai perasaan dengan seseorang gadis yang mana masih belum didedahkan identitinya, namun diketahui oleh Asuna (Negi memberitahunya secara berbisik). Disebabkan usaha kerasnya serta keazaman untuk bertemu dengan Asuna 100 tahun kemudian, Negi telah berjaya dalam mencipta dunia baru yang aman serta digelar 'Pakar Ahli Magik Negi Springfield' (Magister Magi Negi Springfield), tetapi meninggal dunia pada 12 Jun 2065 pada usia 71 tahun; iaitu kurang daripada 100 tahun yang dijanjikan dengan Asuna (tetapi keadaan berubah apabila 'Asuna 113 tahun kemudian' telah dibawa kembali pada masa lalu, untuk berjumpa semula dengan Negi dan rakan-rakannya oleh Chao dan Evangeline 'dari masa depan' bagi mengubah masa hadapan 'Negi'). Setelah 5 tahun berlalu, dia kini telah membesar menjadi seorang jejaka yang tampan dan matang. Negi telah menjadi penasihat utama bagi projek "Blue Mars" dan bekerjasama dengan Asuna bagi menjadikan kedua-dua dunia mencapai keamanan dan kesejahteraan yang diinginkan.



2. Kagurazaka Asuna - Watak perempuan utama di dalam manga ini. Pelajar No.8 di dalam kelas. Umurnya tidak dikenal pasti (ditambah lagi dengan masa Asuna 'ditidurkan' selama 113 tahun di Dunia Magik), dan merupakan satu-satunya keturunan keluarga diraja Vespertatia yang masih hidup. Nama sebenarnya adalah Puteri Asuna Vesperina Theotanasia Entheofushia, (perhubungannya dengan ibu Negi, Arika tidak diketahui; sama ada adik beradik atau saudara sedarah yang jauh sahaja) dan diselamatkan oleh ayah Negi dan rakan-rakannya (Ala Rubra) semasa peperangan melanda Ostia. Mempunyai kecenderungan untuk meminati lelaki berusia (kerana Asuna menyukai guru kelasnya, cikgu Takamichi), bersikap kasar dan sangat gemar melukis (ahli Kelab Lukisan Akademi Mahora). Mempunyai kelebihan yang amat luar biasa; mampu berlari lebih pantas dari orang lain, mampu mendengar percakapan orang lain dari jauh (walaupun berbisik), pandangan mata yang tajam, tendangan dan pukulan yang sangat kuat serta mempunyai tindak balas refleks yang cepat. Asuna mempunyai kebolehan semulajadi, iaitu 'abiliti untuk membatalkan kuasa magik' dan merupakan musuh semulajadi kepada ahli magik; yang mana sebahagian besar kesan ilmu magik tidak berkesan ke atasnya, kecuali sebab-sebab tertentu. Merupakan orang pertama yang mengetahui rahsia Negi dan merupakan orang pertama yang membuat perjanjian (pactio) dengan Negi, dengan gelaran Bellatrix Sauciata. Artifaknya adalah Ensis Exorcizans; sebuah kipas kertas yang boleh bertukar menjadi sebuah pedang besar yang boleh menghapuskan semua syaitan dan lawan. Pertukaran fizikal senjatanya selalu bergantung kepada perubahan emosinya, tetapi setelah menjalani latihan di bawah Setuna dan Evangeline, Asuna sudah mampu mengawal kuasanya dengan baik. Sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dan digelar sebagai 'Si Bodoh Berambut Merah' atau 'Baka Red'. Raut wajahnya adalah sangat menyerupai sepupu Negi, Akane (apabila Asuna membuka ikatan rambutnya). Berlainan dengan Negi, Asuna menanggung risiko yang lain bagi memastikan Dunia Magik kembali stabil dan kekal. Bagi memulihkan kembali dan menjadikan Dunia Magik lebih 'realiti', Asuna terpaksa berkorban 'kehidupan remaja' iaitu dengan tidur di istana keluarganya di Dunia Magik selama 100 tahun. Keadaan ini memaksa Asuna tidak dapat menamatkan pengajian 'Menengah Rendah' dengan sempurna, selain daripada berpisah dengan rakan-rakannya buat selama-lamanya kecuali Negi, Evangeline dan Chachamaru. Asuna dikatakan hanya akan bangkit dari 'tidurnya yang panjang' 100 tahun kemudian, dengan kemungkinan ingatannya mengenai 'masa lalunya' hilang serta 'pengembalian' identitinya semula sebagai "Puteri Dunia Magik". Tetapi, Asuna telah 'lewat' bangkit dari tidurnya selama 113 tahun kemudian dan mendapati semua rakan-rakannya termasuk Negi telah meninggal dunia. Asuna telah dibawa kembali ke 113 tahun lalu oleh Chao dan Evangeline 'masa hadapan' bagi mengubah masa hadapan 'lelaki yang suram' (berdasarkan kata-kata Evangeline yang merujuk 'Negi masa hadapan' yang sunyi akibat ketiadaan Asuna). Merupakan satu-satunya pelajar yang mengetahui siapakah sebenarnya yang disukai oleh Negi, dan mencadangkan kepadanya untuk meluahkan perasaannya kepada 'pelajar' yang bertuah itu. Sebagai satu-satunya keturunan diraja Kerajaan Lama Ostia, dia berkerja sebagai simbol keharmonian di antara Dunia Realiti dan Dunia Magik. Asuna turut meluangkan sepenuh usahanya untuk memulihkan semula kerajaan. Sungguhpun sangat sibuk dengan tugasan hariannya, dia masih cuba meluangkan masa dengan rakan-rakan sekelasnya terutama bersama Negi. Hubungannya dengan Ayaka sangat baik, walaupun kadangkala masih bergaduh seperti dahulu.



3. Konoe Konoka - Pelajar No.13 di dalam kelas. Sahabat rapat dan teman sebilik Asuna. Merupakan cucu kepada pengetua sekolah Akademi Mahora; Konoemon Konoe dan anak kepada Eishun Konoe; iaitu ketua Persatuan Magik Kansai (merupakan salah seorang ahli Ala Rubra dan teman seperjuangan ayah Negi). Sifatnya adalah penyayang, lembut dan tenang, dan selalu menjadi pelerai konflik di antara Asuna dan Negi. Malah, kelihatan seperti 'ibu' bagi kedua-dua watak ini. Seringkali melarikan diri dari pertemuan jodoh (mengikut adat masyarakat Jepun, sebuah pertemuan diaturkan antara lelaki dan wanita untuk mendapatkan jodoh) yang diaturkan oleh datuknya. Digelar sebagai 'Puteri Dunia Realiti', iaitu berlawanan dengan rakannya Asuna yang bergelar 'Puteri Dunia Magik'. Sangat mengambil berat akan rakan-rakannya. Mempunyai tenaga magik yang kuat dan pernah menjadi 'bahan' untuk menghidupkan 'syaitan' oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kemahirannya adalah menerusi tilikan dan sangat mahir memasak serta pintar. Konoka adalah ahli Kelab Pengembaraan Perpustakaan Akademi Mahora. Merupakan orang ke-4 melakukan pactio dengan Negi, iaitu Regina Medicans. Artifaknya adalah Flabellum Euri; sebuah kipas kecil hiasan Jepun (yang biasa digunakan oleh pendeta di Jepun) yang berkebolehan menyembuhkan semua kecederaan, termasuk kecederaan yang paling kritikal sebelum 3 minit. Berdasarkan gambar yang dilihat oleh Asuna 113 tahun akan datang, Konoka telah lulus dalam ujian bagi menjadi 'Pakar Ahli Magik' bersama Setuna 5 tahun selepas pemergian Asuna. Selain itu, Konoka telah berjaya menyembuhkan kesemua orang-orang kampung Negi yang terkena sumpahan batu. Selepas kepulangan Asuna yang mengubah sejarah, didapati bahawa Konoka telah menjalani ujian sebagai 'Pakar Ahli Magik' dan juga berjaya mengalahkan musuhnya, iaitu Tsukuyomi. Pada tahun 2017, setelah benar-benar yakin dengan kebolehan 'menyembuh' yang ada padanya, dia telah berjaya memulihkan semua penduduk kampung Negi yang terkena sumpahan batu dan pulang semula ke Kyoto untuk mencari jodoh dan berkahwin.

4. Sakurazaki Setuna - Salah seorang pelajar di dalam kelas 2-A dan merupakan rakan baik kepada Konoka sejak kecil. Pelajar No.15 di dalam kelas. Berdarah separuh syaitan, dan merupakan ahli Kaum Syaitan Burung. Boleh menjelma sebagai manusia separuh burung dengan sayap berwarna putih (warna yang berlainan dari kebiasaan kaumnya; disebabkan niatnya yang bersih, iaitu melindungi Konoka). Merupakan seorang pakar pemain pedang Shinmeiryuu dan pakar kendo, dan berupaya bertarung dalam pertarungan jarak dekat, sederhana atau jauh. Turut berkebolehan menggunakan kuasa magik 'ki', iaitu memanipulasi patung kertas dan menjelmakan 'mini Setuna' yang membolehkannya berada di dua tempat pada satu-satu masa. Memanggil Konoka dengan gelaran 'Ojou-sama' (tuan saya) atau 'hime' (puteri) kerana dia bekerja di bawah arahan keluarga Konoka, iaitu sebagai pengawal peribadi Konoka. Setelah mengetahui asal-usul Asuna sebagai 'Puteri Dunia Magik' aka 'Puteri Kerajaan Ostia Yang Hilang', dia turut memanggil Asuna dengan gelaran 'hime' (tidak disukai oleh Asuna); yang kemudiannya hanya memanggil Asuna dengan tambahan 'sama' (Asuna-sama) sahaja. Pactionya adalah bergelar Gladiaria Alata. Merupakan orang ke-3 melakukan pactio dengan Negi dan memperolehi artifak Sica Shishikushiro; membolehkannya memanipulasi sejenis senjata bernama wakizashi sebanyak 16 bilah mengikut kehendaknya dan orang pertama melakukan pactio dengan Konoka, serta memperolehi artifak Tsurugi no Kami : Takemikazuchi (Tuhan Peperangan); iaitu sebuah pedang yang mampu membesar mengikut kadar kuasa magik yang diberikan oleh Konoka. Berdasarkan gambar yang dilihat oleh Asuna 113 tahun akan datang, Setuna telah mengiringi Konoka ketika perlantikan sebagai 'Pakar Ahli Magik' iaitu kira-kira 5 tahun selepas pemergian Asuna. 5 tahun kemudian (iaitu selepas kedatangan semula Asuna dari masa hadapan), dia telah berjaya menjadi seorang pakar pemain pedang dan menjadi pengawal peribadi Konoka yang paling senior. Membeli sebuah kapal angkasa berkelajuan tinggi; mempunyai sebuah bilik yang kecil, dapur, ruang tamu dan bilik kawalan yang menjadi tempat tinggal tetapnya. Namanya terkenal di seluruh Dunia Magik sebagai salah seorang juruterbang galaksi generasi pertama di dalam zaman tersebut. Berkahwin pada tahun 2017, iaitu selepas Konoka mendirikan rumah tangga pada tahun yang sama.

5. Miyazaki Nodoka - Seorang gadis yang pasif, pemalu dan hanya gemar membaca buku. Pelajar No.27 di dalam kelas. Merupakan salah seorang ahli Kelab Pengembaraan Perpustakaan Akademi Mahora. Digelar sebagai "Ulat Buku" (Honya-chan) oleh rakan-rakan sekelasnya. Sangat meminati Negi dan menganggap Negi sebagai idolanya, sekaligus menyintai guru kecil itu. Sangat terbuka dalam pergaulannya, mudah bersimpati serta tidak mudah cemburu (dibuktikan apabila mendapati Yue, rakan baiknya turut menyukai Negi). Merupakan orang ke-2 melakukan pactio dengan Negi, dengan nama Pudica Bibliothecaria dan memperolehi artifak bernama Diarium Ejas, yang membolehkannya membaca fikiran dan perasaan (tidak kira dalam atau luar) orang lain yang mana dipanggil namanya; dan dilakar atau ditunjukkan di dalam diari itu sama ada dalam bentuk tulisan beserta lukisan. Kelemahannya adalah, tidak berfungsi sekiranya tidak diketahui nama orang yang ingin disiasat. Namun, kelemahan itu telah diperbaiki menerusi penemuan artifak (tidak menggunakan pactio) sepanjang pengembaraannya sebagai pencari harta karun di dunia magik; iaitu Comptina Daemonia (membantunya untuk mengetahui terus nama orang tersebut apabila ditanya olehnya) dan Auris Recitants (membolehkannya mendengar pemikiran yang tertulis di dalam diari melalui subang di telinganya; dengan meletakkan clip pada diari tersebut). Selain itu, artifaknya juga boleh dipecahkan kepada beberapa buah diari kecil berdasarkan bilangan musuh (orang) yang disebutkan namanya oleh Nodoka. Ini menjadikannya dapat membaca fikiran dan tindakan beberapa orang musuh sekaligus, menjadikannya paling ditakuti oleh musuh-musuh Negi selain daripada artifak milik Yue dan Kazumi. Pada masa hadapan (berdasarkan gambar yang dilihat oleh Asuna 113 tahun kemudian), Nodoka telah berjaya ke angkasa lepas dan bekerja sebagai pengkaji di stesen angkasa lepas bersama-sama Yue. 5 tahun kemudian, dia telah memohon di bahagian R&D di Ibu Pejabat ISSDA dan terlibat dengan pencarian harta karun dan juga barangan purba. Dia turut terlibat dalam aktiviti detektif yang dijalankan oleh Yue dan menjadi pembantu kepada rakannya itu.

Sabtu, April 24, 2010

Eye-Shield 21 aka Pemain Berhelmet Tertutup No.21

Penulis: Riichiro Inakagi
Pelukis: Yusuke Murata (2002-2009, Shonen Jump)

Genre: Sukan, drama dan komedi

Sinopsis Cerita :
Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah tinggi di Sekolah Tinggi Persendirian Deimon, Kobayakawa Sena yang sering menjadi bahan buli oleh rakan-rakan. Keadaan ini telah terjadi sejak dia masih kecil, dan mempunyai seorang rakan bernama Anezaki Mamori. Kemudian, Sena telah dipaksa untuk memasuki sebuah Kelab Bolasepak Amerika (American football club) oleh Youichi Hiruma; seorang pelajar yang ditakuti oleh semua pelajar di sekolah tersebut. Pada permulaannya, Sena hanya memasuki kelab itu hanya sebagai 'tempat sandaran' bagi membuktikan dirinya adalah 'berguna' dan tidak lagi perlu dilindungi oleh Mamori. Namun, lama-kelamaan minatnya semakin bercambah dan menyebabkannya menjadikan sukan tersebut sebagai kecenderungan utamanya, selain untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih tinggi. Dikalangan pesaing dan rakan-rakan pasukan, Sena dikenali sebagai 'Eye-Shield 21' yang telah dikenali ramai sebagai seorang pemain yang memiliki kepantasan larian di dalam permainan. Bersama rakan-rakannya yang lain, Sena cuba sedaya upaya bagi melayakkan pasukan mereka, Deimon Devil-Bats ke perlawanan Christmas Bowl (Perlawanan Utama Bolasepak Amerika bagi sekolah-sekolah Tinggi di Jepun).

Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Kobayakawa Sena - Watak utama di dalam manga. Seorang yang mudah cemas, mudah dibuli, kelihatan kurang pendirian dan kurang matang, tetapi tidak mudah mengaku kalah, bersemangat setiakawan dan mudah membantu rakan-rakan. Mempunyai kebolehan yang terpendam, iaitu mampu berlari dengan laju, iaitu kira-kira 4.2 saat (rekod menyamai rekod pemain peringkat profesional) yang dipanggil 'Kaki Emas' (Golden Leg); yang terhasil daripada larian yang selalu dilakukan apabila membeli barangan atau membawa barang-barang oleh rakan-rakan yang suka membulinya; sejak sekolah rendah. Sena diberikan nama gelaran 'Eye-Shield' oleh Hiruma, dan dipaksa memakai helmet tertutup (sebagai langkah mencegah Sena diambil oleh persatuan lain). Posisinya dalam permainan adalah 'Running back' bagi Offense dan Defense.

2. Youichi Hiruma - Seorang pelajar tahun ketiga yang ditakuti ramai pelajar di sekolah, terutama orang dewasa. Dikenali dengan raut wajah yang kelihatan seperti syaitan (devil) dan berkebolehan mengenakan orang. Merupakan ketua pasukan Deimon Devil-Bats. Kebolehannya adalah dalam merancang strategi dan menjadi pusat kawalan bagi permainan dalam pasukan. Sering membawa senjata seperti senapang, pistol dan mesingan bersamanya dan gemar mengunyah gula-gula getah. Walaupun kelihatan sangat nakal dan tidak bertimbang rasa (devilish), Hiruma seorang yang sangat pentingkan persahabatan, menjaga kebajikan ahli pasukannya dan bertimbang rasa. Posisinya adalah 'Quaterback' bagi Offense dan Defense.

3. Ryokan Kurita - Pelajar tahun ketiga yang bersifat lembut dan merupakan ahli pertama pasukan Deimon Devil-bats. Mempunyai sikap mudah cemas, sangat cermat, gemarkan makanan manis serta mudah menangis. Badannya yang besar menjadikan dirinya amat sesuai untuk posisi pertahanan dan menyerang pihak musuh. Merupakan satu-satunya ahli kumpulan yang mencatat rekod angkat berat tertinggi, iaitu seberat 160 kg. Misinya adalah untuk bersama dengan Musashi dan Hiruma untuk memenangi Christmas Bowl dan melindungi Hiruma semasa perlawanan. Posisi dalam permainan : Center untuk Offense dan Defense


4. Raimon Taro aka Monta - Pelajar tahun kedua yang berkebolehan menangkap bola dengan hanya menggunakan satu tangan. Merupakan bekas ahli persatuan besbol dan menyertai Deimon Devil-Bats bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa dia juga boleh menjadi penangkap bola terbaik seperti idolanya, Taka Honjyo. Boleh menangkap bola dalam pelbagai keadaan dan situasi. Bersikap tidak mudah mengaku kalah, memberi semangat kepada rakan-rakan dan gemar membuat lawak. Meminati Anezaki Mamori, tetapi tidak dilayan. Boleh melompat dengan tinggi, walaupun berfizikal rendah. Posisinya adalah sebagai Wide Receiver bagi Offense dan Defense.

5. Anezaki Mamori - Sahabat dan jiran kepada Sena. Merupakan pengurus pasukan Deimon Devil-Bats (sebenarnya atas rancangan Hiruma, pada permulaannya untuk dijadikan hamba suruhannya). Merupakan seorang yang bijak dan merupakan salah seorang dari ahli badan disiplin sekolah. Berkebolehan menganalisis maklumat secara manual dan sangat cekap dalam mengendalikan segala urusan kelab - super analog (kerana Mamori lemah dalam penggunaan komputer). Merupakan orang yang penting dalam memberikan maklumat strategi dan mengubah strategi semasa perlawanan. Mamori juga orang yang paling memahami Hiruma, walaupun selalu bergaduh dan tidak sefahaman dengannya. Sering berkomunikasi dengan Hiruma dengan menggunakan isyarat yang tidak pernah dapat dipecahkan oleh pihak lawan, menjadikan cara ini sangat efektif semasa perlawanan.

Nota : Terdapat banyak lagi watak-watak yang akan anda kenali selepas ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membacanya.

Penilaian : Manga yang berkaitan sukan bolasepak Amerika yang popular. Sekaligus akan menarik minat pembaca untuk mengetahui kisah seterusnya. Manga ini seolah-olah berkisar tentang kehidupan seharian sendiri dan turut mempunyai kisah komedi yang mencuit hati.

Naruto (Bahagian 1)


Penulis & Pelukis : Masashi Kishimoto (1999, Shonen Jump)

Genre : Aksi, Pengembaraan dan Fantasi

Sinopsis cerita :
Menceritakan mengenai seorang kanak-kanak bernama Uzumaki Naruto, seorang anak yatim piatu yang berkeinginan menjadi seorang 'Bayang Pawaka' atau 'Hokage' di kampungnya, iaitu Konoha (Konohagakure). Keadaan itu disebabkan dia telah disisihkan sejak kecil dan mahu orang ramai menyedari kehadirannya. Naruto telah menjalani pelbagai kesukaran dalm hidupnya, terutama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ninja. Namun, Naruto semakin berkembang dan mengenali ramai rakan-rakan baru dari dalam dan luar kampungnya dan menjalani kehidupan bersama dengan aman dan gembira. Bersama ahli Kumpulan 7, di bawah pimpinan Hatake Kakashi serta bersama ahli sekumpulan, iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, Naruto telah berkembang dan menjadi matang. Namun suasana itu tidak kekal, dengan pelbagai kesulitan dan akhirnya membawa kepada peristiwa Sasuke mengikut Orochimaru (antagonis). Bagi membawa pulang Sasuke ke kampung, Naruto dan Sakura telah berlatih di bawah Jiraiya dan Tsunade (Hokage ke-5 aka Godaime Hokage). Maka, bermulalah bermulalah pengembaran mereka seterusnya.

Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Uzumaki Naruto - Seorang ninja kanak-kanak berpangkat Genin (Bahagian 1: 12 tahun, Shippuden (2) : 15 tahun) yang aktif, ceria dan agak cerewet (atau banyak cakap). Merupakan seorang anak yatim piatu dan merupakan hos (Jinchurikiri) bagi Makhluk Berekor Sembilan / Kyuubi no Yoko, menyebabkan dia disisihkan oleh orang kampungnya. Bercita-cita untuk menjadi Hokage di kampungnya dan kehadirannya diiktiraf oleh orang-orang di Konoha. Berminat dengan Haruno Sakura, tetapi tidak dilayan; namun masih berkawan rapat. Menganggap Uchiha Sasuke sebagai rakan dan juga 'abang'nya. Identiti sebenarnya adalah anak kepada Yondaime Hokage (Hokage Ke-4), Namikaze Minato dan Uzumaki Kushina. Kelihatan agak kebodoh-bodohan dan tidak serius, namun sebenarnya sangat pintar dan serius terutama dalam melaksanakan tugasan ninja. Mottonya adalah 'Tidak Mudah Mengaku Kalah', 'Aku Akan Menjadi Seorang Hokage Suatu Hari Nanti!' dan 'Itulah Jalan Ninja Saya'. Ayat kegemaran adalah 'Dattebayo!'. Berkebolehan mengawal chakra berunsur 'Angin' dan berguru dengan Umino Iruka (Sekolah Ninja), Hatake Kakashi (Peringkat Genin) dan salah seorang Lagenda Sennin, iaitu Jiraiya.

2. Uchiha Sasuke - Seorang ninja kanak-kanak (seusia dengan Naruto) berpangkat Genin (kemudian menjadi Missing-Nin) yang genius dan agak dingin. Merupakan satu-satunya puak Uchiha yang masih hidup, dan menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi dan ingin membunuhnya. Dikurniakan dengan raut wajah yang tampan, menyebabkan dia menjadi rebutan gadis di kampung, tetapi tidak dilayan. Seorang yang bangga diri, ego dan gemar mengkritik orang lain, tetapi sebenarnya seorang yang mementingkan nilai persahabatan. Mewarisi darah keturunan puaknya dan memiliki 'Mata Sharingan', yang menjadikannya seorang yang mampu untuk meramal dan meniru jutsu ninja-ninja yang lain. Mengikut Orochimaru untuk mendapatkan kuasa yang lebih bagi membunuh abangnya. Berkebolehan mengawal unsur Api dan Guruh.

3. Haruno Sakura - Seorang ninja kanak-kanak (seusia dengan Naruto dan Sasuke) berpangkat Genin (Bahagian 2 : Chunin) yang berkebolehan mengawal chakra dengan baik berbanding dua orang ahli kumpulan 7. Berminat dengan Uchiha Sasuke, tetapi tidak dilayan. Seorang yang agak kasar, mudah marah, garang dan ceria. Mempunyai 'kekuatan luar biasa' dan amat ditakuti oleh Naruto dan Konohamaru (cucu kepada Hokage ke-3). Merupakan pakar perubatan yang mempunyai kebolehan pengubatan yang mengagumkan, disebabkan dia adalah anak murid kepada pakar perubatan terkenal di dunia ninja, iaitu salah seorang Lagenda Sennin, Tsunade (Hokage ke-5). 

4. Hatake Kakashi - Seorang ninja berpangkat Jounin dan merupakan ketua bagi Pasukan 7. Merupakan anak murid kepada Namikaze Minato (Hokage ke-4) dan digelar sebagai 'Ninja Peniruan 1000 Jutsu'. Mata kirinya ditutup, kerana terdapat 'Mata Sharingan' yang telah dihadiahkan oleh rakannya, Uchiha Obito. Sangat mahir dalam menggunakan pelbagai jutsu, serta sangat pantas dalam membuat gerakan tangan sebelum melancarkan jutsu (hand-seal) dan boleh menyeru pasukan anjing miliknya. Berkebolehan mengawal unsur Guruh dan Air. Wajahnya tidak pernah dilihat oleh para pembaca, kecuali oleh orang-orang tertentu (hanya bernasib baik) iaitu pembuat ramen dan anaknya di Ichiraku Ramen serta anjing penyerunya.

Nota : Terdapat banyak lagi watak-watak yang tidak diceritakan...bacalah untuk mengetahui, tetapi sebahagian besar dari kamu mesti telah mengenalinya.

Penilaian : Manga ini menyedarkan hamba mengenai pentingnya kasih sayang dan ikatan persahabatan. Ini dibuktikan oleh Naruto yang bersungguh-sungguh mahu membawa pulang Sasuke ke kampung. Dalam pada itu, kesetiaan serta semangat berpasukan ditonjolkan dengan baik disamping penggunaan jutsu-jutsu yang menarik dan pelbagai aksi pertarungan yang mencabar.

Rabu, April 21, 2010

Sailor Moon aka Gadis Berbaju Kelasi Bulan

Penulis & Pelukis : Naoko Takeuchi

Genre : Penjelajahan, Fantasi, Kehidupan Pelajar dan Percintaan

Sinopsis Cerita :
Mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Tsukino Usagi, pelajar sekolah menengah yang gemar berangan-angan, cuai dan sering bangun lewat pagi ke sekolah. Namun, pertemuannya dengan seekor kucing bernama Luna telah mengubah perjalanan hidupnya yang selama ini hanyalah berkisarkan makanan ringan dan coklat. Usagi (bermakna arnab) sebenarnya adalah reinkarnasi (penjelmaan semula) Puteri Serenity, Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Bulan yang telah musnah beberapa abad dahulu. Bermula dari peristiwa tersebut, Usagi telah membantu menjaga keamanan di Bumi dengan menjelma sebagai 'Gadis Berpakaian Kelasi' bergelar Sailor Moon. Usagi harus mencari rakan-rakannya bagi membantunya menjaga keamanan Bumi, di samping mencari dan  menyambung kembali kisah percintaannya dengan Putera Endymion, Putera Mahkota dari Kerajaan Bumi yang turut telah dilahirkan semula. Usagi juga harus mempertahankan sejenis batu permata berkuasa milik keturunan yang menjadi rebutan musuh, iaitu "Kristal Perak Khayalan" dari jatuh ke tangan musuh yang ingin menguasai alam semesta. Bumi dikatakan akan mengalami "Perang Zaman Ais Ke-2", namun diselamatkan oleh kuasa kristal ini sekaligus membangunkan semula ketamadunan manusia (abad ke-30) yang diberi nama Kerajaan Kristal Tokyo dengan diperintah oleh Raja Endymion dan Ratu Neo-Serenity.

Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Tsukino Usagi - Gadis yang sangat suka berangan-angan, kuat makan, sering lewat bangun untuk ke sekolah dan tidur di dalam kelas. Tetapi, memiliki hati yang baik, agak naif dan semangat yang kuat. Impiannya adalah untuk menjadi seorang 'pengantin perempuan' yang jelita suatu hari nanti. Seorang yang mudah menangis dan akan meraung sekiranya ingin mendapatkan apa yang diingini. Menjelma sebagai gadis berbaju kelasi dengan panggilan "Sailor Moon" melalui pertemuannya dengan Luna secara tidak sengaja. Merupakan penjelmaan semula Puteri Serenity, Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Bulan. Merupakan penyelamat dunia pada abad ke-30, dan kemudian menjadi Ratu Kerajaan Kristal Tokyo di Bumi dengan gelaran Ratu Neo-Serenity (Neo-Queen Serenity) semasa berusia 20 tahun. Mendapat gelaran "Penyelamat Kehidupan Di Bumi" (Abad ke-30) dan "Messiah Yang Sebenar" (True Messiah) oleh Sailor Uranus dan Sailor Neptune. Bakal melahirkan seorang anak perempuan, hasil perkahwinannya dengan teman lelakinya, Mamoru (Putera Endymion /Raja Endymion) pada masa hadapan. Sangat lemah dalam penulisan kanji (tulisan dalam penulisan Jepun) dan lebih gemar menggunakan lukisan dan tandatangan, walaupun setelah bergelar seorang ratu. Malah, dia seringkali berlakon 'tidak sihat' untuk membolehkannya tidak hadir dalam persidangan. Kekuatannya selain bergantung kepada kuasa kristal dan juga kuasa Mamoru, ia juga adalah menerusi kepercayaan dan kasih sayang. Gelaran yang digunakan sebelum menjadi Ratu adalah "Sailor Moon" dan "Eternal Sailor Moon". Usianya pada abad ke-30 tidak pernah diketahui; kerana wajahnya yang tidak 'dimakan' usia disebabkan pengaruh kristal yang mana memanjangkan usia serta mengekalkan wajah yang muda sepanjang masa.


 2. Chiba Mamoru - Jejaka yang kacak, agak kelihatan sombong dan dingin, gemar menyindir dan merupakan ulat buku. Pelajar sebuah sekolah tinggi berhampiran sekolah Usagi. Ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan Mamoru kehilangan ingatan. Pada awalnya, mudah mengalami gejala sakit kepala apabila mendapati Usagi  di dalam bahaya. Gemar memanggil Usagi dengan panggilan 'Odango' yang bermakna 'kepala arnab' (disebabkan ikatan rambut Usagi yang ganjil dari gadis yang lain) atau 'Usako'. Tanpa menyedari perkaitannya dengan Usagi dan beranggapan bahawa "Kristal Perak Khayalan" akan dapat memulihkan semula ingatannya yang hilang, dia menjelma sebagai "Tuxedo Mask" (perwatakannya menyerupai pencuri terkenal, Lupin The Third) dan banyak membantu Sailor Moon dalam perjuangannya melindungi Bumi. Merupakan penjelmaan semula Putera Endymion, Putera Mahkota Kerajaan Bumi dan memiliki kekuatan yang berasal daripada "Kristal Emas", yang mana merupakan sumber kuasa Kerajaan Bumi. Mempunyai kebolehan untuk melihat dan mentafsir mimpi (diwarisi oleh Chibi Usa), menyembuhkan kecederaan serta berupaya untuk membuat pemantauan keadaan persekitaran Bumi hanya dengan menyentuh permukaan Bumi. Seringkali menjadi subjek buruan musuh (selalu dikawal/dikuasai oleh kuasa jahat), kerana dia merupakan insan yang paling rapat serta sumber kuasa yang menyokong kekuatan Usagi. Merupakan bakal suami kepada Usagi pada masa hadapan (abad ke-30), dan memerintah Kerajaan Kristal Tokyo dengan gelaran Raja Endymion (King Endymion). Bakal mempunyai seorang anak perempuan dengan ratu. Wajahnya tidak berubah (kekal muda) namun usia sebenar tidak diketahui, kerana pengaruh kristal Ratu Neo-Serenity yang turut diterima olehnya dan masyarakat Bumi pada abad ke-30.



3. Usagi Chibi - Kanak-kanak yang aktif, periang, tapi pada masa yang sama agak menjengkelkan. Mempunyai permainan bernama Luna P. Nama yang diberikan oleh bondanya (Ratu Neo-Serenity) adalah hampir sama dengan nama sebenar ratu, namun ditambah dengan perkataan "Chibi", bagi membezakannya dengan 'dirinya' pada abad ke-20. Pertumbuhan fizikalnya terbantut, menyebabkannya masih mempunyai fizikal seperti seorang kanak-kanak, walaupun umurnya sudah mencecah 900 tahun (pengaruh kuasa kristal milik bondanya) serta tidak mampu menggunakan kuasa kristal. Impiannya adalah untuk menjadi seorang gadis dan puteri yang jelita, berhemah dan dihormati seperti bondanya, serta mempunyai seorang putera yang baik seperti bapanya. Identiti sebenarnya adalah anak kepada Usagi dan Mamoru pada abad ke-30. Cara dan layanannya terhadap Usagi dan Mamoru adalah berbeza, yang mana dia lebih sopan dan menghormati ayahanda dan bondanya (pada abad ke-30) dan lebih spontan apabila bersama dengan bakal ibu dan bapanya (pada abad ke-20); kerana perbezaan personaliti yang ketara antara kedua-dua mereka. Seorang yang mudah bersosial dan dilantik sebagai ketua kelas semasa berada di sekolah pada abad ke-20. Kurang mempunyai rakan dan bersahabat baik dengan Sailor Pluto dan Sailor Saturn (Hotaru). Merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan Ratu Neo-Serenity dan Raja Endymion serta dimahkotakan sebagai Puteri Mahkota Kerajaan Kristal Tokyo dengan gelaran "Gadis Kecil" (Small Lady) dan Puteri Chibi Serenity (Princess Lady Chibi Serenity). Pernah ditawarkan dengan kuasa kejahatan oleh Wiseman (Kumpulan Dark Moon); dan menyebabkannya bertukar kepada versi gelap; digelar "Gadis Licik" (Wicked Lady). Dihantar ke zaman lampau (abad ke-20) oleh bondanya, untuk dilatih sebagai perajurit dan memperoleh pengalaman bersama 'dirinya'. Menjelmakan diri sebagai "Sailor Chibi-Moon". Mempunyai kekuatan hati yang bersih dan suci serta mimpi yang indah, membolehkannya mendapat kuasa daripada Pegasus (Helios) dan mempunyai cermin mimpi yang berbingkai emas. Ini memberi kuasa padanya untuk memanggil Pegasus melalui panggilan "Twinkle Yell" dengan menggunakan Carillon Kristal. Dikatakan bahawa Helios merupakan 'Putera Yang Ditakdirkan' untuknya pada masa hadapan, namun tidak dijelaskan dengan lebih terperinci.



La Memoria De Dairies - Carte 5

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati sekalian...Alhamdulillah, bertemu kita lagi di dalam lampiran yang tidak sepertinya pada hari ini. Syukran juga hamba tujukan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana masih memberi hamba kesempatan untuk melakar warkah di helaian ini...Hamba sangat bersyukur pada Tuhan kerana sebahagian besar masalah hamba telah selesai dan insyaallah hamba akan ceritakan di dalam tinta ini...

8.00 pagi
Hamba bangun dari tidur dan bersiap sekadarnya, Bib telefon menyatakan dia berada di kedai mamak untuk bersarapan pagi. 

9.00 pagi
Hamba telah ke pejabat KHAR untuk bertanyakan perihal rumah di BAHTERA terrace atau arked. Alhamdulillah masih ada yang kosong. Berkesempatan bertemu dengan Nurra, Farah dan member dari satu course yang lain. Hamba membuat separuh bayaran dan akan melangsaikannya petang ini. Segera menelefon ayahanda dan bonda untuk mengkhabarkan berita tersebut. Rumah tersebut terletak berdekatan dengan sungai. Bayaran RM130 sebagai deposit, keseluruhan RM780. 

11.00 pagi
Pulang ke rumah dan membuat ulangkaji terakhir. Sekadar melihat-lihat nota sepintas lalu, sambil mengingati kembali kata-kata pensyarah semasa di dalam kelas...syukran..semalas-malas hamba, telinga hamba masih berupaya menangkap setiap bibit kata pensyarah, yang mana hamba telah proses di dalam minda dan simpan. Nak cakap macamana, itu cara hamba belajar. Kalau nak baca buku, memang payah...kerana saat-saat akhir ni..hamba lebih suka buat rujukan ringan sahaja...kerana masa awal-awal sem hamba dah bersedia, banyakkan bacaan dan berikan tumpuan semasa berada di dalam kelas (walaupun hamba selalu mengantuk dalam kelas).

2.00 petang
Sudah berada di kawasan Taman Universiti untuk mengambil peperiksaan EDU 3034 (Pengurusan Pembelajaran). Ambil kesempatan mencuri-curi lihat nota pelajar-pelajar lain (tabiat hamba memang begitu), kerana malas hendak buka nota sendiri. Berbual sekadarnya dengan member-member seangkatan. Dapat menghubungi ayahanda, setelah berulangkali mencuba (asyik-asyik dapat sambungan ke peti mel suara) dan menyatakan apa yang perlu. Minta restu dan doa dari ayahanda dan bonda (Sudah jadi kemestian dan kewajipan hamba setiap kali nak masuk exam, dan dalam setiap paper yang hamba nak ambil).

2.30 petang
Exam bermula dan hamba menjawabnya dengan penuh tenang dan senang hati. Prof Habib sampai pelik dengan sikap hamba yang relax dan seolah-olah tak tertekan langsung. Syukran la...Tapi, hamba takut juga...sebab kat dalam kertas soalan itu, hamba telah ter'lukis' suasana di dalam dewan peperiksaan, siap dengan figura pelajar-pelajar sekali!! Ada figura pelajar termenung, dan macam-macam lagi...apa tidaknya, hamba siap tak sampai 15 minit...jadi ruang masa selebihnya, hamba luangkan dengan melakar apa-apa yang patut...(matilah hamba!!!) Hujan turun...sejuknya!!

Isnin, April 19, 2010

Ryuuroden aka Lagenda Anak Naga

Penulis & Pelukis : Yoshito Yamahara

Genre : Sejarah, Fantasi, Aksi, Pengembaraan, Seni Mempertahankan Diri & Percintaan.

Sinopsis Cerita
Mengisahkan 2 watak utama, iaitu Shiro Tenchi dan Masumi Izumi; pelajar tahun ketiga Sekolah Tinggi di Jepun yang telah 'dihantar' ke zaman pergolakan China, iaitu "Zaman Tiga Kerajaan" ketika dalam penerbangan lawatan cuti musim panas. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan yang 'berlainan', terutama berkaitan dengan 'perjalanan' atau jalan cerita yang sepatutnya berlaku di dalam sejarah. Ia secara tidak langsung mengakibatkan Shiro dan Masumi terpaksa mengadaptasikan kehidupan tersebut dengan segera. Mereka terpaksa memastikan bahawa sejarah tetap berjalan seperti yang telah termaktub di dalam buku-buku sejarah moden yang mereka pelajari, supaya tidak berlaku ralat di dalam dunia asal mereka, iaitu pada abad ke-21. Di dalam zaman huru-hara tersebut, mereka telah digelar sebagai 'Anak Naga' dan 'Dewi Naga', berdasarkan kepercayaan masyarakat China pada masa dahulu di samping ketibaan mereka yang diiringi oleh seekor naga yang gagah. Misi mereka kini adalah untuk pulang semula ke abad-21 tanpa meninggalkan kesan sejarah 'kewujudan' mereka di zaman tersebut, selain daripada menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku sebagaimana yang 'sepatutnya' berlaku di dalam sejarah, serta menghalang Chung Ta dari mencapai cita-cita jahatnya; supaya tidak berlakunya percanggahan sejarah pada masa hadapan.


Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Shiro Tenchi - Seorang remaja yang dianggap nakal, sering bangun lewat ke sekolah, anak yatim dan tidak mempunyai wawasan dalam hidupnya. Namun, sebenarnya merupakan seorang yang pintar, yakin diri, bijak menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan serta mampu untuk merancang strategi sekiranya berada dalam keadaan yang terdesak. Berdarah campuran Jepun (ayah) dan China (ibu), serta memiliki sebuah loket pusaka daripada mendiang ibunya, namun loket itu telah terbahagi dua kerana gegaran yang kuat; Shiro kemudian memberikannya kepada Masumi sebagai 'tanda' sama ada menandakan mereka masih hidup dan kembali semula ke dunia asal mereka. Berkebolehan mempelajari seni mempertahankan diri dalam masa yang singkat, dan sekaligus menjadikan dia sebagai seorang Jeneral Muda yang disegani pada zaman tersebut. Dikenali sebagai 'Anak Naga' dan 'Perunding Ketenteraan Anak Naga', yang mana kemahirannya dalam merancang strategi ketenteraan adalah hampir menandingi Kong Ming, iaitu 'Perunding Ketenteraan Berakal Naga'. Namun, sebenarnya tindakan atau 'strategi' yang dilakukannya adalah menyerupai tindakan yang dinyatakan di dalam buku sejarah yang dipelajari dan dihafalnya sejak di sekolah. Sungguhpun begitu, Shiro sangat kecewa kerana tidak dapat mengelakkan peristiwa pembunuhan besar-besaran oleh tentera Cao Cao. Campur tangan Chung Ta dalam kehidupan mereka lebih menyulitkan keadaan, sehingga menyebabkan sejarah hampir lari dari 'landasan asal' membuat Shiro tidak lagi dapat 'meramalkan' apa yang berlaku sebagaimana yang terdapat di dalam sejarah.


2. Masumi Izumi - Seorang gadis yang aktif, pintar, rajin mengemas dan memasak serta telah menjaga Shiro dan ayahnya sejak kematian mendiang ibu Shiro. Dikenali sebagai 'Dewi Naga' (ketika kedatangan seekor naga ke istana bagi menyatakan bahawa Shiro masih hidup, menimbulkan tanda di dahinya seperti Shiro) dan telah diculik oleh Chung Ta ke negeri Wei, yang diperintah oleh Cao Cao. Berdarah campuran Jepun dan China, serta berkebolehan bertutur dalam bahasa Cina, selain bahasa Jepun. Berkebolehan menyembuhkan kecederaan dan mampu menimbulkan kesan psikologi ke atas pihak lawan. Amat dihargai oleh Cao Cao dan dianggap seperti anaknya sendiri dengan memberinya gelaran 'Puteri' atau 'Cik Puan'. Memiliki separuh daripada loket pusaka milik ibu Shiro yang diberikan oleh Shiro. Dia sangat mencintai Shiro dan sanggup berkorban untuknya, menyebabkannya bertindak nekad ketika terjadinya peperangan di antara Cao Cao dan Liu Bei. Mayatnya tidak ditemui dan dipercayai masih hidup, sehinggalah didapati bahawa dia sebenarnya telah dibawa oleh jelmaan Chung Ta ke istana Maharaja Han. Maharaja tertawan dengan kecantikan Masumi dan menghendaki dirinya untuk dijadikan Permaisuri. Masumi terpaksa berada di samping Maharaja bagi mengelakkan 'keinginan' dan 'impian' Chung Ta untuk mencetuskan huru-hara sekaligus menumbangkan pemerintahan menjadi kenyataan. Ini kerana jika perkara itu berlaku, sejarah akan berubah dan bermakna dia dan Shiro tidak akan dapat lagi untuk kembali ke zaman mereka buat selama-lamanya.


3. Liu Bei - Seorang pemerintah dan memainkan peranan yang penting dalam "Zaman Tiga Kerajaan". Merupakan abang angkat kepada pejuang yang sangat handal, iaitu Kuan Yu dan Chang Feng. Sangat setia dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat baik hati oleh pengikut-pengikutnya. Lebih gemar menggunakan cara yang lembut dan berdiplomasi dalam perbincangan mahupun peperangan. Mempunyai 2 orang isteri, yang ditinggalkan di sebuah kawasan yang tersembunyi kerana bimbang akan diburu dan dibunuh oleh musuhnya. Seorang yang dilihat sangat sederhana dalam kehidupan sehariannya, malah boleh diajak bergurau jika keadaan mengizinkan.






Ahad, April 18, 2010

Ouke No Manshou aka Sumpahan Diraja Mesir

Penulis : Hokosawa Chieko (1988; Majalah Princess)

Genre : Fantasi, Sejarah

Sinopsis Cerita
Cerita ini mengisahkan tentang watak utama, Carol Rido (Carol); gadis remaja warganegara Amerika yang berambut perang keemasan dan mempunyai mata berwarna biru laut adalah anak kepada sebuah keluarga ternama yang kaya-raya. Carol menuntut di sebuah universiti di Cairo dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang arkeologi. Apabila keluarganya menemui sebuah makam yang menempatkan seorang Firaun muda, sebuah sumpahan telah berlaku ke atas ahli ekspidisi, Carol dan seluruh keluarganya. Sumpahan ini telah membawa gadis ini kembali ke masa lampau, iaitu kira-kira 3000 tahun dahulu; iaitu pada zaman Mesir Purba. Keadaan in telah membawa kepada perkaitan sejarah dan membawa Carol untuk lebih mengetahui tentang peristiwa sejarah di Mesir, Assyira dan Babylon. Pada zaman tersebut, Carol telah bertemu dengan Memphis, Firaun muda yang tampan (Carol telah memasuki makam miliknya pada abad ke-21) dan kejam. Walaupun Memphis adalah seorang yang keras kepala dan kejam pada awalnya, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah tertarik antara satu sama lain. Ini menimbulkan kemarahan kakak (kekanda) Memphis, Isis yang telah lama menyukai Memphis dan hendak mengahwininya. Manakala, Carol yang pada zaman itu dianggap mempunyai rupa paras yang unik dan mempunyai kebolehan yang diperolehinya dari abad 21, menjadikannya seorang yang memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah ketamadunan Mesir.


Watak-Watak Di Dalam Manga :

1. Carol Rido (Anak Perempuan Kepada Dewi Sungai Nil) - Berasal dari abad ke-21, wajahnya yang eksotik dan berambut perang keemasan menyebabkannya sering menjadi perhatian umum, terutama musuh-musuh yang hendak menjatuhkan Mesir. Dibawa lari oleh Isis ke zaman Mesir Kuno, sebagai sumpahan kepadanya kerana keluarganya telah mencerobohi tempat persemadian Memphis dan dirinya sendiri pada abad ke-21. Pada permulaannya, dijadikan sebagai hamba 'tebusan' oleh Memphis. Menjadi Permaisuri Kerajaan Mesir semasa berusia 18 tahun. Dianggap Dewi oleh semua orang Mesir Purba dengan gelaran Anak Perempuan Kepada Dewi Sungai Nil (Daughter of The Nile). Sikapnya yang ramah mesra, berani dan pintar (kerana mempunyai pemikiran dan idealogi dari abad ke-21), membuatkan ramai orang mengaguminya dan menganggap seolah-olah dia mampu meramal sesuatu yang bakal tiba. Sentiasa cuba dilarikan oleh musuh-musuh Memphis, sama ada untuk dijadikan tawanan atau sebagai isteri mereka. Pernah mengandung, namun mengalami keguguran setelah cuba dibunuh oleh Isis yang mengetahui berita tersebut akibat cemburu. Statusnya kini masih menjadi tanda tanya, iaitu sama ada Carol kini adalah Permaisuri Kerajaan Mesir atau isteri Putera Mahkota Hittite (Ishmin), kerana tipu muslihat yang dijalankan oleh Ishmin semasa Carol disihir oleh seorang ahli sihir yang tidak dikenali namanya. Carol juga kebingungan, kerana dia kadangkala dapat mengingati peristiwa semasa 'disihir', namun berkeras menafikan dan menyatakan bahawa perkahwinannya dengan Memphis adalah yang pertama dan sah berbanding dengan pernikahan kedua dengan Ishmin, yang disifatkan sebagai 'upacara yang tidak selesai'. Hanya Titii, hamba suruhan Carol yang mengetahui rahsia tersebut.


2. Memphis - Firaun yang berusia 17 tahun (semasa berkahwin dengan Carol, berumur 20 tahun) mempunyai wajah yang kacak, menyebabkannya sentiasa menjadi igauan dan idaman kaum wanita. Sangat berkebolehan dalam merancang kerajaannya, peperangan serta berburu. Seorang yang kasar, tetapi penyayang dan romantik. Pengaruh persekitaran banyak membentuk peribadi Memphis, kerana telah menaiki takhta sejak berusia 8 tahun setelah kemangkatan ayahandanya, Firaun Nefenmert dalam usia yang muda. Oleh itu, dia jarang memperlihatkan kebaikan yang ada pada dirinya, namun berubah setelah kehadiran Carol disisinya. Juga seorang yang mudah marah, yang kadangkala menimbulkan konflik antara dirinya dan Carol. Ramai wanita yang ingin memenangi cintanya, termasuk kakaknya sendiri, Isis; Cafra, puteri kepada Raja Libya; Mec, hamba wanita yang dibawa ke istana oleh Kapta (Ketua Paderi Mesir), Milanum, puteri Kerajaan Hittite (adinda kepada Ishmin, tetapi mati dibunuh oleh Isis) dan juga Jamari, gundik kesayangan Argon, Raja Assyria (dihantar sebagai pengintip dalam istana). Sangat menyesal dengan tindakannya yang tidak peka dengan perubahan diri Carol semasa hamil dan bersumpah akan bersemuka dengan Isis untuk menyelesaikan hutang darah tersebut. Sangat melindungi Carol kerana bimbang adanya pengkhianat atau musuh dalam selimut di dalam pemerintahannya. Kemahirannya dalam berpedang dan berperang terbukti setelah berjaya menewaskan Ataurus dan menewaskan Ragashu (suami Isis) dalam peperangan sengit. 


3. Isis - Puteri dan Paderi Tertinggi Kerajaan Mesir Purba (memerintah kerajaan Selatan Mesir) dan merupakan kakak (kekanda) kepada Memphis. Merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Carol ke zaman Mesir Purba sebagai hukuman kepada keluarga Carol yang membiayai ekspidisi membongkar makam Memphis dan dirinya pada abad ke-21. Sangat mencintai Memphis dan sanggup membuat apa sahaja tindakan yang dianggap boleh memenangi cintanya. Pada luarannya, dia adalah seorang wanita yang jelita dan menawan, tetapi dia juga seorang yang kejam, licik serta kurang berperikemanusiaan, terutama jika mendapat tahu ada orang lain yang mencintai Memphis (Melalui tindakannya membunuh Milanun dengan membakarnya di kuil dan percubaannnya untuk membunuh Carol setelah mengetahui Carol hamil). Sentiasa cuba merancang untuk menjatuhkan atau membunuh Carol, tetapi selalu gagal. Berkahwin dengan pemerintah Babylon, Ragashu setelah sangat kecewa dengan keputusan Memphis mengahwini Carol (dia diarahkan oleh Memphis untuk menjadi saksi perkahwinannya). Walaupun sudah berkahwin, Isis masih mengharapkan cinta Memphis dan sentiasa berusaha untuk kembali ke Mesir, dengan harapan Memphis akan memperisterikannya setelah kematian / kehilangan Carol. Ini seringkali menimbulkan syak wasangka suaminya, tetapi tidak didedahkan. Ketika berlakunya peperangan di mana Ragashu ditewaskan oleh Memphis, hamba abdi Isis yang setia telah dapat mengesan perubahan kelakuan Isis dan mendapati bahawa Isis telah mengandung. Ini menyebabkan Isis sangat kecewa dan hampir putus harapan untuk dapat memiliki Memphis lagi - kerana anaknya itu.


4. Ryan Rido - Abang sulung Carol, berumur 30 tahun. Mewarisi syarikat milik ayahnya, Conten Rido setelah kematian ayahnya yang misteri. Sangat mengambil berat dan menyayangi Carol lebih daripada dirinya sendiri. Sangat berkebolehan dalam mengendalikan perniagaan, mengendalikan senjata moden (pistol) dan mempunyai pengamatan yang tajam. Ryan adalah orang yang bertanggungjawab menembak Ishmin sehingga parah dan tidak dapat diubati dengan pistol miliknya, setelah mendapati Carol ditawan olehnya (berlaku kejadian relung masa, yang mengakibatkan Ryan 'termasuk' ke dalam zaman purba buat sementara waktu akibat kebakaran minyak di loji milik keluarganya). Orang yang pertama mengetahui  Carol mengandung setelah pulang dari zaman Mesir Purba dan kurang menyukai Abmando Rapman dan Jimmy Brown yang dianggap kurang serius dalam menjalinkan hubungan dengan adiknya itu. Berdasarkan maklumat yang masih belum sahih, didapati bahawa sebenarnya Ryan bukan anak kandung Conten dan isterinya, sebaliknya anak angkat yang ditemui di hadapan sebuah makan lama. Ryan juga akhirnya berjaya menemui mumia Memphis yang dicuri dan mendapati wajah mumia itu adalah menyerupai dirinya dan sekaligus membongkar pertalian antara Memphis dan Ryan - Ryan adalah 'penjelmaan semula' Memphis untuk bertemu semula dengan Carol pada abad ke-21.


5. Ishmin aka Ishfaq Minhaz - Putera Mahkota Kerajaan Hittite yang terkenal dengan kebolehannya dalam peperangan. Seorang yang kacak, bijak, licik, agak kejam namun berjiwa pahlawan. Sangat memusuhi Memphis, kerana dipercayai telah cuai  dalam menjaga serta terlibat dalam konspirasi membunuh adik perempuannya, Puteri Milanum. Jatuh hati terhadap Carol pada pandang pertama (ketika ke Mesir untuk menyiasat punca kematian adiknya). Pada permulaan, dia mahu menggunakan Carol sebagai 'tawanan' bagi menghapuskan Memphis, tetapi sikap Carol yang berani, sentiasa cuba melarikan diri darinya, tidak mudah mengalah serta tidak takut dengan sistem monarki (pemerintah beraja) menyebabkan Ishmin terpikat padanya. Dia sentiasa beranggapan bahawa perkahwinan antara Carol dan Memphis adalah tidak sah dan mencari peluang untuk membawa pulang Carol ke Hittite, supaya dapat memperisterikannya. Sangat mengambil berat akan keselamatan serta kesejahteraan hidup Carol serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya, meskipun terpaksa menggunakan khidmat ahli sihir untuk 'menghilangkan ingatan' Carol terhadap suaminya sekaligus mengahwininya. Status dirinya dan Carol adalah tidak jelas, iaitu sama ada mereka adalah suami isteri atau tidak kerana Carol sama sekali tidak mengakui kesahihan perkahwinan tersebut. Kecederaan di bahu kanannya yang tidak dapat disembuhkan diakibatkan daripada Ryan, yang mana muncul secara tiba-tiba ketika kebakaran berlaku dan menyebabkan terjadinya 'relung masa'. Kemahirannya dalam peperangan sangat unggul, tetapi mudah teralih sekiranya dikejutkan dengan perkara yang berkaitan dengan Carol. Sebagaimana kaum lelaki Hittite yang lain, Ishmin turut menyimpan rambut yang panjang dan diikat sepanjang masa berdasarkan tradisi bangsanya, yang membuatkannya kelihatan seperti seorang wanita.





Pengumuman Penting!!

Assalamualaikum....syukran kerana banyak kerja-kerja telah beres...kecuali bagi Pengajaran Komunikasi Visual. Memang memeningkan kepala....Baiklah, apa yang hamba ingin catatkan di sini adalah...bagi memenuhi citarasa hamba yang kian membuak-buak di dalam jiwa, hamba akan cuba menerbitkan 'manga' sendiri dan juga insyaallah akan 'menterjemahkan' manga-manga kegemaran hamba, yang hamba sukai... Tidak banyak manga yang hamba minati, dan sememangnya hamba berasa kasihan dengan rakan-rakan hamba yang tidak memahami bahasa Inggeris tetapi ingin membaca manga. Insyaallah, hamba akan cuba menterjemahkan karya-karya tertentu yang hamba sukai dan harap rakan-rakan bloggers menyukainya...Ini sekali gus membantu semua..hamba akan cuba buat perlahan-lahan kerana kebanyakannya perlu ditapis dahulu...



Ouke No Manshou aka Sumpahan Diraja Mesir


Ryuuroden aka Lagenda Anak Naga (cuba untuk dicari sambungannya)


Sailormoon aka Gadis Berbaju Kelasi Bulan


Naruto dan Naruto Shippuden


Eye-Shield 21 aka Pemain Berhelmet Tertutup No.21


Mahou Sensei Negima aka Guruku Adalah Ahli Magik Negi

Selain itu, saya akan cuba memperkenalkan laman 'Mari Belajar Asas Photoshop Dan Illustrator' khusus buat rakan-rakan blog yang ingin mempelajari asas (basic). Malah, saya harap akan ada komen-komen membina dari sahabat-sahabat yang prihatin dan mungkin akan turut sama memberikan nota bagi menguatkan lagi laman tersebut. Ini disebabkan saya juga amat 'hijau' dalam ilmu tersebut dan hanya ingin berkongsi maklumat ringkas dengan rakan-rakan blog yang lain...

Baiklah, tunggu berita daripada hamba dan insyaallah yang lain akan menyusul tidak berapa lama lagi. Semoga bertemu kita di dalam penulisan hamba yang seterusnya. Ja Mata!!!


Buih Yang Berterbangan