BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Selasa, Januari 03, 2012

Kepulangan Yang Dinanti - Diari Sehari!


    Alhamdulillah, akhirnya dapat jua hamba melakar coretan ringkas walaupun berada di kawasan yang kurang mendapat liputan internet yang memberangsangkan, iaitu kawasan pedalaman kampung. Syukur juga dipanjatkan kepada Illahi, akhirnya hamba telah selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta buat sementara waktu bagi melapangkan fikiran dan memperoleh tenaga baru sebelum kembali semula ke teratak Ibu Kandung untuk meneruskan agenda yang 'wajib' dilaksanakan. Hamba sememangnya sudah lama ingin pulang ke teratak ini, tetapi disebabkan kekangan masa dan juga kewangan yang mendesak, menyebabkan hamba terpaksa melupakan seketika hasrat untuk kembali bersama keluarga buat seketika.

     Sebenarnya, hamba tidak merancang untuk pulang pada hari semalam; terutama setelah selesai mengupload Nota Grafik di dalam laman blog ini. Sedang hamba bersantai-santai sambil 'berlegar-legar' di laman sosial Facebook, hamba merasa tersentuh melihat ruangan 'status' sebahagian rakan-rakan yang meluahkan rasa gembira apabila dapat pulang dan bersama-sama keluarga. Keadaan ini mengundang rasa 'cemburu' di hati dan membuatkan hamba terus membuat keputusan untuk pulang ke kampung, selain disebabkan ketiadaan teman sebilik dan kebosanan. Usai mengemas barangan yang hendak dibawa pulang dan mengutus pesanan kepada teman serumah, hamba melangkah dengan yakin ke kaunter bas di kawasan berhampiran rumah hamba. Sambil menunggu bas, hamba mengambil kesempatan mengisi perut di kedai bersebelahan.

     Apabila tiba di Kuala Lumpur, hamba dapat melihat betapa sesak dan padatnya ibu kota itu dengan pelbagai ragam manusia yang sibuk dengan aktivitinya yang tersendiri. Pada hari itu juga, hamba melihat 'keramaian' manusia yang maha dahsyat, sehingga memenuhi ruang jalanan di sekitar Pasar Seni sehinggalah ke Pudu Raya. Setibanya di sana, hamba terpana seketika menyaksikan 'puluhan' orang berasak-asak di dalam sana. Kawasan ini seolah-olah padat dan sibuk seperti tin sardin lagaknya, walhal sudah di'upgrade' baru setengah tahun yang lalu. Kemudian hamba ke sebuah kedai buku sewaktu melalui kawasan untuk ke Stesen LRT Plaza Rakyat, lalu membeli sebuah novel yang dihasilkan oleh penulis idola hamba, Encik Ramlee Awang Murshid yang baru dikeluarkan baru-baru ini, berjudul Seksyen 302. Hai, bertambah lagi koleksi novel hamba dan melengkapkan novel yang dihasilkan beliau di tangan hamba. Gembira sungguh rasanya, seolah-olah beroleh 'harta' yang amat berharga!


Buku terbaru keluaran Alaf 21 : Fiksyen 302

      Perjalanan diteruskan dengan baik dan lebih lancar, disebabkan di setiap kaunter LRT kini sudah boleh didapati 'laluan khas' untuk golongan OKU dan juga yang membawa barangan berat (beg-beg besar). Malah, hamba juga menggunakan kad terbaru yang dihasilkan oleh Rapid KL, iaitu MyRapid atau Rapid Pass. Penggunaan kad terbaru ini sangat baik dan sesuai dengan sesetengah golongan yang ingin bergerak dengan cepat (tanpa membeli tiket di kaunter) atau bersesak-sesak terutama ketika pulang dalam musim perayaan. Kad ini menggunakan kaedah topup dan hanya perlu tambah nilai di mesin yang disediakan oleh pihak syarikat. Kad ini mengandungi nilai minima RM30, RM20 dan RM10, serta tidak mempunyai tarikh tamat tempoh, berlainan sedikit dari kaedah topup. Ini bermakna apabila baki wang di dalam kad tidak lagi mencukupi / habis digunakan, anda boleh topup kad anda semula! Mudah, bukan? Ia sangat sesuai terutama untuk hamba yang jarang bertandang ke KL, serta tidak membazirkan wang untuk topup setiap bulan seperti kad Touch N Go.


Kad transit terbaru keluaran Rapid KL : MyRapid

     Setibanya di Pekeliling pula, satu pula masalah timbul. Tiket bas untuk ke Bandar Pusat Jengka dan Temerloh bagi syarikat Metro Bas, kesemuanya telah habis dijual! Oh! Apa sudah jadi? Mujur masih ada perkhidmatan bas 'angkut-angkut' untuk tiba di Bandar Temerloh, walaupun terpaksa melalui jalan lama, iaitu melalui bandar Karak, Lanchang dan Mentakab. Setibanya di Temerloh, hamba terpaksa ke 'berehat' sebentar kerana mengalami 'mabuk kenderaan'. Bukan bermaksud hamba manja, atau mengada-ada. Tetapi, hamba kurang 'tahan' sekiranya terpaksa menghadap sistem pengudaraan dalam bas yang 'kurang selesa' ditambah dengan memakan makanan berat  dan berminyak sebelum menaiki bas ke KL. Setelah diambil ayahanda di stesen bas, barulah hamba mengetahui bahawa bonda saudara, Mak Chik telah berada di kampung. Ini disebabkan untuk mendaftarkan sepupu hamba, iaitu anakanda keduanya ke sekolah agama di Chenor. Banyak perkara yang dibincangkan, selain bertanya khabar dan berbual panjang. Setelah makan malam, hamba dan keluarga pulang ke teratak asal hamba di Bandar Pusat Jengka. 

     Itu sahaja bingkisan perjalanan hamba untuk pulang ke rumah, bersesuaian dengan kata-kata bahawa "Rumahku Syurgaku" dan juga "Home Sweet Home". Sekian sahaja bingkisan hamba kali ini, bertemu kita di ruangan seterusnya. Wassalam...

Buih Yang Berterbangan