BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Jun 22, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) : Teks 3D Menggunakan Photoshop

Umum mengetahui bahawa untuk menghasilkan objek 3 Dimensi, kita memerlukan perisian khusus untuk permodelan dan animasi 3D. Namun begitu, tidak semua kesan 3 Dimensi yang hendak dihasilkan itu perlu dihasilkan dengan menggunakan perisian khusus terutamanya jika imej tersebut akan digunakan hanya untuk  tujuan penerbitan dan bukannya untuk dianimasikan secara 3D. Majoriti perisian grafik boleh digunakan dan berkeupayaan untuk menghasilkan grafik yang mempunyai illusi kedalaman (depth) terutamanya untuk teks. Tutorial kini akan mendemonstrasikan teknik ringkas yang boleh diaplikasikan menerusi penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan teks 3D yang kemudiannya boleh dipindahkan ke dalam pelbagai dokumen foto untuk digunakan sebagai tajuk atau teks yang pelbagai.

1. Buka perisian Photoshop dan taipkan teks '3D' atau pun apa-apa perkataan yang anda sukai. Hal ini demikian kerana, jika lapisan teks masih disimpan sebagai lapisannya yang asal, maka perkataan yang ditaip sebelum ini boleh tukar dengan mudah.





















2. Klik pada lapisan teks (Layer yang berikan T) untuk mengaktifkan lapisan yang berkenaan. Klip pada ikon teks yang bertanda 'fx' dan pilih menu Blending Options.























3. Rajah ini menunjukkan dialog Layer Style. Di dalam dialog inilah majoriti pilihan atribut perlu dilakukan untuk menghasilkan teks yang kelihatan seperti 3 Dimensi.

























4. Rajah ini menunjukkan atribut secara terperinci. Anda hanya perlu memindahkan pilihan atribut ini ke dalam teks yang dihasilkan. Untuk memulakan proses membina teks berbentuk 3 dimensi, klik pada label yang bertanda Bevel and Emboss > Contuour. Dalam petak Structure pilih Style > Outer Bevel. Seretkan penunjuk Size kepada 30 pixel (px) dan anjakkan penunjuk Soften menjadi 16 px. Dalam petak Shading > Highlight Mode pilih Screen sebanyak 75% dan Shadow Mode kepada Multiply sebanyak 75%.


















5. Klik pada ikon yang berlabel Gloss Contour. Dialog akan memaparkan sejumlah profil yang boleh dipilih bagi membentuk illusi 3 Dimensi yang berbeza.















Kelas Grafik (Photoshop) : Teknik Tukar Warna & Tambah Corak

Pada kali ini, hamba akan memberi pengajaran tentang penukaran warna dan menambah corak.

A) Tukar Warna

1. Pilih sebuah gambar seperti pada rajah.

















2. Kemudian gunakan Pen Tool dan buat Outline di sekeliling kereta itu.














3. Pergi ke palet Path dan Make Selection. Pilih Feather 0. Klik OK.













4. Setelah melakukan Make Selection.

















5. Pilih menu Image > Adjust > Hue & Saturation.












Rabu, Jun 20, 2012

Koleksi Terbaru - Sunan Musafir Digenggaman!


     Assalamualaikum dan selamat malam kepada rakan-rakan Bloggers yang dikenang dan diingati sekalian. Syukur diucapkan kepada Illahi kerana masih 'sudi' kiranya memberikan hamba peluang untuk bernafas di muka bumi milik-Nya ini dan menulis tinta di dalam karya hamba ini. Syukur diucapkan juga ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya juga, hamba dengan ini telah sah memiliki buku novel terbaru karangan penulis kegemaran hamba, iaitu Sunan Musafir. Adapun novel ini hamba perolehi kiranya berdasarkan tempahan yang dibuat oleh hamba pada laman rasmi blog kumpulan peminat RAMians dan kemudiannya dihantar menerusi Pos Laju Prabayar. Tidak disangka kunjungan hamba ke rumah nenda pada hari sabtu yang lalu untuk berkunjung, membuahkan hasil apabila menerima perkhabaran 'kehadiran' bungkusan buku ke rumah. Bergegas hamba meluru ke arah rak buku untuk melihatnya.


Bungkusan PosLaju Prabayar yang masih belum dibuka.

     Bila mendapat buku ini, terasa sayang pula untuk membuka penutupnya. Syukur rasanya apabila permintaan ini diperkenankan. Terima kasih pihak RAMians! Sebelum membukanya, hamba melihat resit yang turut terdapat di dalam bungkusan tersebut. Harga bagi tempahan ini hanyalah RM28 sahaja (Harga buku adalah RM 22 + harga pos RM6). Berpatutan dan khidmat pos yang diberi juga sangat memuaskan! (Tiada cela atau koyak)


Slip penghantaran PosLaju Prabayar yang turut diselitkan. (Pastikan)


SILA TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)



Rabu, Jun 06, 2012

Kuasa Minda - Percaya Atau Tidak?


    Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Hamba berharap bahawa semua sihat walafiat hendaknya bersama dengan rakan-rakan dan keluarga yang tersayang. Tidak ketinggalan juga kepada kekasih hati, bakal-bakal pengantin dan lain-lain lagi. Kita semua hidup di bawah negara yang aman dan tenang  tanpa sebarang perang dan pertumpahan darah yang besar seperti jiran kita, Thailand dan Indonesia. Seharusnya kita bersyukur dengan apa adanya, bukan meminta-minta yang bukan-bukan malah percuma semuanya. Hidup kita ini pun bukannya percuma, kita kena 'bayar' dengan menghambakan diri kepada Pencipta serta melakukan amal-amal yang bertepatan dengan anutan supaya mendapat ganjaran akhirat yang indah kelak.


Adakah otak kita mampu menjadi seperti ini?

   Di sini, ingin hamba berkongsi mengenai keajaiban kuasa minda. Hamba pasti bahawa anda pasti mengenal superhero-superhero yang mana mempunyai kuasa psikik dan minda yang kuat, bukan? Contohnya, Savier dan  Jean Grey (Pheonix) dari adaptasi komik Amerika "X-Men". Nampak sangat realistik apabila diterjemahkan ke layar perak, penuh dengan 'gambaran' bahawa manusia yang mempunyai kuasa ini mampu membaca, menganalisis serta memanipulasi pemikiran manusia lain. Namun, percayakah anda semua jika hamba katakan bahawa kita juga mampu untuk menjana kuasa dari minda kita sendiri? Tetapi ia tidaklah sehebat adiwira-adiwira di pawagam ini, namun kehadiran 'kuasa' ini sedikit sebanyak sebenarnya telah pun membantu dalam kita menghadapi kehidupan sehariannya. Dari konteks ini, sebenarnya kuasa minda yang bertapak kuat di fikiran kita adalah 30% berdasarkan kepada gerak hati (instinct), 20% gerak rasa dan 50% lagi adalah berdasarkan usaha (tenaga fizikal). Malah, kuasa pemikiran kita sebenarnya telah lama mampu untuk berhubung dengan manusia yang lain, iaitu melalui pengalihan tenaga tele-kinetik 'tanpa sedar' yang mana kehendak atau pemikiran kita akan dapat dihubungkan dengan tenaga kinetik yang terdapat pada otak seseorang yang lain. Bukan sahaja pada orang yang berhampiran, malah pada individu yang berada berbatu jauhnya! Mustahil bukan?


Jean Grey ketika menggunakan kuasa mindanya untuk menyelamatkan rakan-rakannya dalam sekuel X-Men 2

Sabtu, Jun 02, 2012

Bandar Bera & Pengangkutan Awam Yang Semakin 'Dilupakan'


     Assalamualaikum, khusus untuk semua rakan-rakan Blogger yang dihormati sekalian. Syukur ke hadrat Illahi kerana hamba masih diberi peluang untuk menulis tinta pada laman ini. Maaf kerana meninggalkan laman ini agak lama tanpa sebarang madah atau berita. Syukur juga ke hadrat Yang Maha Esa, dengan limpah dan kurnia-Nya, adinda hamba yang ke-2, Mohd Husain pada hari ini sedang mendaftarkan diri di salah sebuah institusi pengajian tinggi, iaitu UiTM Jengka setelah 4 bulan 'menganggur' di rumah. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga kerana dikurniakan dengan akal dan minda yang cerdas lagi cergas untuk menempatkan diri di institusi pengajian tinggi. Hamba baru sahaja menamatkan diri dari belajar di UPSI, Angah (Kamal) pula di UTeM, Melaka dan Ude (Husain) pula di UiTM Jengka. Kini, cuma menunggu Wawa dan Qayyum pula menjejakkan kaki ke menara gading.

      Hamba masih berasa lenguh dan sakit-sakit pada anggota badan. Almaklum, baru sahaja pulang dari bandar Bera pada hari Khamis lalu. Ulahnya, bonda mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan di sana. Mahu tak mahu, hamba juga kena menawarkan diri untuk menemaninya ke sana. Tepat jam 9 pagi, kami telah menaiki bas MetroBas ke Temerloh dan kemudiannya ke Stesen Bas Lama Temerloh di Bandar Lama untuk ke Bera (Kerayong). Perkhidmatan bas ke kawasan selatan Pahang itu sebenarnya baru memulakan kembali operasi mereka sebulan yang lalu, setelah mendapat permintaan dan aduan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu supaya perkhidmatan bas ini diwujudkan kembali. Bukan apa, kawasan daripada Felda-Felda di Bera sehingga pinggir sungai Temerloh merupakan kawasan yang agak pedalaman serta pekannya pula adalah kecil dan keperluannya adalah minimum. Maka, tidak hairanlah jika perkhidmatan bas ini sangat-sangat diperlukan terutama oleh golongan warga emas untuk keluar bagi menyelesaikan perkara-perkara berkaitan. Masa menunggu pula terlalu lama, kira-kira 2 atau 3 jam lebih, baru bas yang dikehendaki tiba. Oleh itu, banyaklah 'kereta sapu' yang mengambil peluang mencelah untuk mendapatkan 'wang percuma' dari penumpang. Mahu tak cekik darah, apabila ada pemandu tersebut yang menawarkan harga sehingga RM7 sekepala hanya untuk ke Bandar Bera! Sedangkan menaiki bas, cuma memerlukan RM3.60 (dewasa) dan RM1.60 (kanak-kanak). Bukankah jimat? Bukan tidak mahu menolong, tetapi harga yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak munasabah, kalau RM5 masih boleh dipertimbangkan.

       Menaiki bas mengingatkan hamba banyak kenangan, terutama dengan arwah nenda. Di Bera juga, hamba sempat singgah sebentar di bekas tempat kerja hamba, iaitu Hong Yuan Agency dan Bera Earthwork Sdn.Bhd. Kak Sue masih utuh bekerja di sana, dan kedapatan seorang lagi pekerja baru yang mana umurnya adalah lebih tua dari hamba. Melalui Kak Sue, hamba mendapat khabar bahawa lelaki yang pernah memikat hamba semasa bekerja dahulu telah bertukar ke negeri asalnya Terengganu setelah berkahwin (tak ingat namanya). Syukur, sampai juga jodohnya! Kak Sue mengatakan disebabkan patah hati dengan hamba kerana menolak 'cinta'nya, lelaki itu (sebenarnya dia bekerja sebagai pegawai bank di bank sebelah tempat kerja hamba) telah meminta ibubapanya mencarikan jodoh buatnya. Herm, nak cakap macamana? Hamba ketika itu masih terlalu muda untuk memikirkan soal perkahwinan, apatah lagi ketika itu hamba sedang menunggu kemasukan ke IPTA, memang tak dapat terima. Hamba juga sempat berborak sekadar yang patut dengan Kak Sue dan kemudiannya mengundur diri untuk pulang semula ke teratak di Jengka. Penatnya tak terkata!

        Teringat pula dengan pengangkutan kereta api. Siapa di sini tidak pernah sama sekali menaiki kereta api? Hamba, jika tidak disebabkan keluarga hamba berpindah ke Bera dahulu, hamba tidak akan merasa menaiki kereta api. Apabila hendak pulang ke SMK Clifford, Kuala Lipis; pengangkutan inilah hamba akan naiki, sama ada dari Stesen Kereta api di Triang atau di Mentakab. Kalau pengalaman kena tinggal, berkejar sebab masa dah tamat (perkhidmatan bas tamat); semua hamba dah rasa. Kamu semua pernah tak jalan kaki bersendirian jika mendapati orang yang ditunggu untuk mengambil kita di stesen bas/kereta api tak juga tiba? Hamba pernah, bukan sekali, malah berkali-kali! Hamba pernah berjalan kaki dari Pekan Kg Awah (Some') masuk ke Felda Kampung Awah seorang diri, setelah menaiki bas dari Chenor. Malah, pernah berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Triang, sehingga ke Pekan Kerayong. Ayahanda seringkali memarahi hamba kerana 'sikap semberono' dan 'berani mati' hamba yang padanya, tak kena masa dan tempat. Mana tak risau, bila melihat anak daranya tiba di tempat kerja dengan berpeluh sakan! Ayahanda sudah dapat meneka, bahawa hamba berjalan kaki jika melihat hamba termengah-mengah depan pintu pejabatnya. Lalu, apalagi; hamba kena 'sembur' depan pintu itu jugalah! Pensyarah hamba, En Amir Hashim juga ikut terpelongo bila hamba menceritakan pengalaman ditinggal seorang diri di R&R Tanjung Malim ketika menaiki bas ekspress untuk pulang ke Tanjung Malim dahulu. Mahu nak tercabut telinga hamba kena bebel dengan En Amir, disebabkan 'keberanian' hamba itu. Malah, Nurra, Fitri dan Md Din juga turut 'membasuh' hamba, bila mendapat tahu perkhabaran tersebut. Tapi, hamba gembira; kerana mereka mengambil berat mengenai diri ini.

       Baiklah, tamat sudah al-kisah pada tinta kali ini. Bertemu lagi kita dalam warkah seterusnya. Jika kelapangan, lawatilah blog hamba yang lain. Komen-komen boleh dikirimkan pada ruangan chat yang hamba telah sediakan. Selamat Menjamu Mata! Wassalam.... 

Buih Yang Berterbangan