BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Ogos 06, 2012

Terima Kasih, Dato' Lee Chong Wei!! - Perjuangan Emas Di Olimpik


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati dan dicintai sekalian. Sudah sekian lama juga hamba tidak menulis sebarang tinta setelah pos terakhir di laman ini. Mungkin pada masa kini sudah berpuluh-puluh post telah dikeluarkan mengenai Dato' Lee Chong Wei. Post dari hamba ini juga mungkin salah satu daripadanya. Namun, hadirnya pos hamba bukannya untuk memberi kritikan atau membuat analisis permainan yang telah pun berlalu.


Perlawanan sengit antara Dato' Lee Chong Wei dan Jaguh No.1 Badminton Dunia, Lin Dan dari China untuk menentukan pingat emas Olimpik 2012, badminton perseorangan lelaki.

     Boleh dikatakan sebahagian rakyat Malaysia adanya, terutama peminat setia badminton pasti tidak sanggup melepaskan peluang untuk melihat aksi beliau tepat pada jam 8.00 malam tadi, menerusi TV1 atau siaran berbayar Astro. Hamba juga tidak ketinggalan menyaksikannya, walaupun agak kelewatan menyaksikannya. Terima kasih pada pihak stesen televisyen Malaysia yang telah bersusah payah menyambung siaran langsung perlawanan tersebut. Tatkala melihat adegan pertarungan di layar televisyen tersebut, hamba turut terasa debarnya. Rasa teruja, kalut, gementar, debar kesemuanya brcantum menjadi satu. Tidak selesa rasanya duduk di atas kerusi, menurun ke lantai kemudian di dalam bilik. Keluarga turut tak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut dengan ayahanda dan bonda turut bersorak memberikan sokongan. Hamba tak dapat menahan diri dari menjerit menyatakan sokongan setulus hati pada Dato' Lee Chong Wei, meskipun hanya dari rumah; walaupun tahu tak dapat didengari beliau yang bertarung sehabis daya di situ. Tatkala mendengar sorakan dari pasukan seteru, China kepada pemain mereka rasa panas di hati dan membalas kembali sorakan itu, meskipun tahu bahawa mereka semua tak akan mendengarnya.


Dato' Lee Chong Wei tidak dapat menahan sebak apabila tumpas tipis di tangan Lin Dan, dengan keputusan  15-21, 21-10 dan 21-19

       Tak malu dikatakan sekeluarga bersorak sorai tak ubah melihat perlawanan bola sepak pula. Hampir sakit jantung hamba dibuatnya, setiap kali melihat bulu tangkis tujahan lawan berjaya membolosi pertahanan beliau. Berdiri bulu roma, bila melihat stroke-stroke, lob dan smash kencang yang dilayangkan oleh Lin Dan pada beliau. Hamba turut menghela nafas lega bila hentaman dari Lin Dan dapat ditangkis, dielak oleh beliau. Seiring sekata bak kata orang. Apabila tiba saat-saat penentuan, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya dan kencangnya getaran hati hamba (bahkan seluruh rakyat Malaysia umumnya);  bahkan mungkin Dato' Lee Chong Wei sendiri yang ketika itu bertarung berhabis-habisan untuk dirinya dan rakyat Malaysia. Hanya Tuhan juga yang tahu bila melihat kesayuan dan kesedihan yang terpampang pada wajah jaguh badminton Malaysia itu bila tumpas tipis pada jaguh dari China itu pada set penentuan terakhir. Malah tidak segan juga hamba katakan bahawa hamba dan bonda menitiskan air mata bila melihat wajah sedih beliau kala itu.


Jangan bersedih Dato'! Kami semua sangat bangga dengan Dato'!

       Ayahanda pula bertepuk tangan, bangga katanya kerana beliau telah menunjukkan semangat menentang dan berusaha yang gigih. Hamba turut bertepuk tangan, bangga sebangganya melihat kesungguhan beliau. Walaupun tewas, tapi dengan penuh maruah dan penghormatan sebagai seorang jaguh sejati, sebagaimana orang Malaysia yang tak rela mengaku kalah dan berjuang penuh upaya dalam setiap bidang / usaha yang diceburi. Boleh dikatakan hamba turut kagumi semangat beliau. Bila melihat majlis penyampaian pingat, sekali lagi hamba menitiskan air mata keharuan bilamana melihat wajah duka Dato' Lee Chong Wei kala itu. Di hati, terdetik berkata," Jangan sedih! Anda sedih, kami jua turut bersedih!" Lalu, terus membuka laman Facebook dan Twitter hamba, menyatakan dorongan kepada beliau.

      Insyaallah, semangat ini akan terus berkembang dan menjadi dorongan kepada atlet-atlet pelapis seterusnya untuk maju ke hadapan. Dato' Lee Chong Wei suatu masa kelak akan menjadi jurulatih, yang mana insyaallah juga akan dapat melahirkan pelapis badminton masa hadapan kelak. Bukan sahaja dalam sukan badminton, malah dalam sukan-sukan yang lain juga. Di sini ingin hamba selitkan rasa penghargaan kepada Dato' Lee Chong Wei atas daya usaha anda, keringat anda, susah payah anda dan perhatian anda atas permintaan rakyat Malaysia ini. Terima kasih banyak-banyak atas usaha anda, jangan bersedih atas kekalahan itu, kerana kami rakyat Malaysia sangat-sangat berbangga atas usaha dan semangat yang anda tunjukkan di gelanggang itu. Kami sentiasa di belakang anda, memberikan semangat pada anda untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih Dato' Lee Chong Wei dan hamba bangga kerana kita sama-sama anak Malaysia, di bumi berdaulat ini, bumi bertuah ini. Terima kasih!

Buih Yang Berterbangan