BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Isnin, Oktober 29, 2012

Pengalaman Pahit Untuk Dikenang & Berita Tentang Diri


   Assalamualaikum w.r.t. Bertemu kita lagi di dalam halaman yang luas di alam maya ini. Syukur ke hadrat Illahi hendaknya kerana masih berbesar hati memanjangkan usia hamba untuk menulis lagi tinta di laman maya ini untuk tatapan semua. Adapun demikian hendaklah kita sekaliannya bersyukur kepada Illahi agar sentiasa dipanjangkan umur dan sihat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah di dunia yang serba sederhana ini. Hamba sekadar ingin menyampaikan berita bahawa hamba akan menjalani latihan untuk memantapkan lagi kemahiran hamba serta mendapat kerjaya yang diinginkan ~ Guru.

   Selain itu, hamba dan keluarga menerima dugaan sekali lagi apabila bapa saudara hamba telah pergi selama-lamanya mengadap Illahi pada hari semalam, tepat jam 9 pagi di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang setelah bertarung nyawa sehabis daya. Ini disebabkan kecederaan parah di otak yang tidak dapat diselamatkan lagi dan mengalami keadaan koma selama 1 minggu. Doktor turut mengatakan harapan arwah telah tipis dan hanya menunggu saat degupan jantungnya terhenti. Dikhabarkan oleh bapa saudara hamba yang kedua terakhir, Achik Khamis bahawa ramai kenalan arwah dari seluruh negeri khususnya dari Jabatan Kastam di Pulau Pinang tidak putus-putus melawat arwah dan menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah sepanjang arwah dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) hopital tersebut. Bahkan setelah meninggal dunia, jenazah beliau diiring kembali ke tanah kelahiran arwah di Felda Mayam, Bera oleh beberapa kereta peronda dari Jabatan Kastam yang mana sarat dengan muatan (orang) iaitu rakan-rakan seangkatan bapa saudara. Arwah sememangnya disenangi oleh ramai kenalan beliau kerana keramahannya serta sikap baik hatinya.

     Paling menyentuh hati apabila saat menatap wajah sepupu hamba, iaitu anak arwah yang sulung yang dipanggil Fitri. Fitri yang kini berusia 2 tahun lebih masih belum mengerti apa-apa dan masih pantas untuk mengulum senyum tawa sedangkan ramai yang datang mengendong mahupun memeluknya penuh keharuan kerana mengenangkan status anak kecil itu yang kini bergelar anak yatim. Lebih meruntun jiwa, bila melihat keadaan bonda saudara hamba yang juga adinda kepada bonda hamba yang kini sedang sarat mengandung anak kedua, yang bakal melahirkan anak pada penghujung tahun ini. Besar sungguh dugaan yang diterima oleh keluarga bonda hamba lebih-lebih lagi bonda saudara. Wajahnya kelihatan 'kukuh' memperlihatkan kekuatan sedangkan di hatinya, hamba dapat merasakan betapa hatinya sayat dan pilu apabila kehilangan suami tercinta apatah lagi apabila melihat anak sulungnya, Fitri yang saling tak tumpah dengan wajah ayahandanya. Hampir menitis air mata ini melihat bonda saudara, apatah lagi bonda hamba sendiri yang mula 'banjir' sejak dari awal lagi.

     Apapun, syukur semuanya selamat dengan baik. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 2 pagi setelah agak lama 'tersangkut' di Genting apabila van pertama rosak. Semoga keluarga kami tabah menghadapinya setelah kehilangan nenda berdua (ayahanda dan bonda kepada bonda), yang pergi menghadap Illahi 3 tahun yang lalu. Apapun, hamba berharap hamba akan dapat membantu apa yang patut dan sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan mereka. Sekian, warkah hamba buat masa kini. Esok sinar harapan menanti dan hamba akan meneruskan kehidupan demi masa depan yang tak dapat dibayangkan. Wassalam.

Kelas Grafik (Photoshop) - Merekabentuk Poskad Dengan Menggunakan Photoshop


Pengenalan Adobe Photoshop CS4 menyediakan peluang yang tidak terbatas dalam kalangan pereka dan jurufoto untuk memaksimumkan penggunaan perisian ini bukan sahaja untuk memproses imej digital malah rekaan kreatif juga boleh dihasilkan dengan mudah dan pantas. Atrikel ini akan mengeksplorasi antara muka Photoshop CS4 dan dalam masa yang sama mendemontrasikan bagaimana untuk menghasilkan rekaan poskad untuk kegunaan komersial dan peribadi.

1. Buka perisian Adobe Photoshop CS4. Namakan dokumen ini Poskad atau apa sahaja nama yang berkaitan dalam petak Preset > Photo dan klik OK.















2. Adobe Photoshop telah pun menyediakan sejumlah preset dimensi dokumen yang standard dan sering digunapakai oleh pengguna. Menerusi petak Saiz, pilih menu Landscape 4 x 6. Dalam petak Resolusi, taipkan jumlah resolusi antara 72ppi hingga 300ppi.















3. Jika poskad ini diedarkan menerusi e-mail maka jumlah 72ppi adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun, untuk tujuan cetakan maka resolusi antara 150ppi hingga 300ppi adalah bersesuaian.















4. Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan gambar foto yang akan digunakan untuk poskad yang bakal anda reka. Untuk mendapatkan gambar, kita akan menggunakan perisian Adobe Bridge CS4 (Terdapat dalam pakej Adobe). Perisian ini boleh diakses secara terus menerusi menu File > Browse in Bridge.























5. Sejurus selepas itu, perisian Bridge dipaparkan. Pilih gambar yang bersesuaian (Hamba kebiasaannya menggunakan gambar rakaman imej digital dilakukan menggunakan format RAW). Sehubungan dengan itu, gambar tersebut perlu diproses supaya formatnya boleh diubah dan diakses menerusi perisian Adobe Photoshop CS4. 







Sabtu, Oktober 13, 2012

Tayangan Perdana 30 : Detective Conan Special 3 - The Princess Who Prefers Magic


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan 

Mei Tantei Conan Supersaru 3 : Ojo-sama wa Magikku ga o Suki




Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Puteri Anne, iaitu puteri dari kerajaan Duchy Sabrina telah berangkat ke Jepun untuk mengadakan sebuah majlis keraian untuk ahli-ahli magik. Beliau ditemani oleh seorang detektif dari Eropah bernama Delon, yang terkenal namun bersikap sombong serta tidak suka bekerjasama dengan orang lain. Selain itu, Puteri Anne telah mengemukakan cabaran terbuka kepada Pencuri Terhandal, Kaito Kid untuk hadir ke majlis untuk mencuri rantai permata warisan keluarganya, Beaucoup de Soleil a Paris atau "Mentari Yang Menyinar Di Paris" di dalam media massa dan cetak. Ini menimbulkan keinginan Kuroba Kaito (alias Kaito Kid) untuk mengambil rantai itu, kerana merasakan tercabar dengan kata-kata puteri tersebut. Sementara di hotel, Inspektor Nakamori tidak selesa untuk bekerjasama dengan Detektif Delon yang sombong, diikuti oleh Aoko yang hadir memeriahkan majlis. Kedatangan Kaito pada malam itu nyata membuahkan hasil dan merupakan satu kejutan, bahawa sebenarnya Puteri Anne hanya ingin bertemu dua mata dengannya kerana beliau adalah peminat setianya! Apakah yang bakal berlaku kepada Kaito? Bagaimanakah caranya Kaito melepaskan diri dari kawasan itu?





Tayangan Perdana 29 : Detective Conan OVA 4 - Conan And Kaito Kid And The Crystal Mother


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan

Mei Tantei Conan OVA 4 : Conan to Kaito Kiddo to Kurisuturu Maza


Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Mengisahkan tentang operasi pihak polis Jepun yang diketuai oleh Nakamori Ginzo untuk menghalang Kaito Kid dari mencuri sebuah kristal dari seorang Ratu dari kerajaan Ingram yang bernama Elizabeth. Kristal itu bernama "Crystal Mother" yang bermaksud "Ibu Kristal", yang merupakan kristal yang paling besar di seluruh Eropah. Ini disebabkan Kaito telah menghantar surat menyatakan hasratnya untuk mencurinya ketika Ratu berada di dalam kereta api Royal Express. Selain itu, Inspektor Nakamori telah mengajak anaknya, Nakamori Aoko dan Kuroba Kaito (yang sebenarnya adalah Kaito Kid) untuk menemaninya dalam operasi itu. Peluang itu sebaik-baiknya digunakan oleh Kaito untuk cuba mencuri kristal tersebut, namun setelah berjaya mendapatkannya pada percubaan pertama hasratnya terhalang apabila mendapati anak kepada Ratu Elizabeth, Putera Philip sangat obses untuk menangkap dirinya sebagai memperoleh perhatian dan penghargaan dari ibunya sendiri. Keadaan semakin sulit bila mendapati ada seorang penjenayah bernama 'Jackal' yang terlepas dari penjara, memburu Kaito untuk tujuan tertentu. Apakah yang bakal berlaku? Dapatkah Kaito menghalang kejadian tidak diingini berlaku pada dirinya, sekaligus merahsiakan identitinya?





P/s : Kasih sayang seorang ibu adalah terlalu agung walau sedingin manapun ibu tersebut. Sebagai anak, kita seharusnya memahami dan menyayangi ibu kita, bukan hanya tahu menyalahkan dan menyinggung ibu. sekeras-keras hati seorang ibu, jauh di sudut hati tersorok kasih sayangg yang amat luas untuk anaknya. Jadi, hargailah ibu anda walau siapa ibu kita.

Isnin, Oktober 08, 2012

Perhatian! Kepada Rakan-Rakan ISMP Negeri Pahang!! ~ SILA AMBIL PERHATIAN!


Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan Bloggers. Di sini ingin hamba membuat satu pengumuman berkaitan dengan ISMP. Setelah mendengar dan membaca mengenai kedudukan ISMP di dada akhbar dan juga televisyen sendiri, pihak pelajar yang bernaung di bawah kumpulan Graduan ISMP 2nd  Batch telah sepakat untuk menghantar memorandum kepada pihak berwajib untuk mempertimbangkan perkara berkaitan isu temuduga (interview) guru dan juga isu posting. Maka dijadualkan pada 2 November 2012 bersamaan hari Jumaat kelak, akan dibuat proses penyerahan memorandum kepada pihak berwajib di pejabat mereka d Putrajaya, jam 3.00 petang. Tujuan memorandum ini dibuat adalah untuk:

1. Menjelaskan isu graduan ISMP IPTA yang tamat sebelum Jun 2012 tetapi tidak diberikan kata putus posting seperti yang dijelaskan kepada graduan JQAF.

2. Menuntut KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) memberi penjelasan tentang prosider dan jaminan penempatan guru bagi 4,500 ISMP IPTA sama ada yang tamat sebelum Jun 2012 dan selepas Jun 2012.

3. Memastikan penempatan guru yang dijamin kelak dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mei 2013.

Oleh itu, hamba sebagai salah seorang ISMPian 2nd Batch ingin meminta agar rakan-rakan ISMPian dari semua universiti dan mengambil bidang pendidikan serta telah bergraduat sebelum atau selepas bulan Jun 2012 untuk menjadi ahli kepada Group Facebook Graduan ISMP 2nd Batch. Selain itu, diseru juga kepada rakan-rakan ISMPian yang menetap di Pahang, mendaftar di group Graduan ISMP Pahang 2012. Di sana, rakan-rakan akan dikehendaki memberi maklumat diri kepada wakil daerah masing-masing, melalui INBOX atau PESANAN.

Antara wakil mengikut daerah di Pahang adalah (mengikut nama FB masing-masing):

Daerah Raub - Cik A Tiq
Daerah Maran dan Jengka - Cikgu Haiy
Daerah Rompin/Muadzam Shah - Wa Mei dan Zila Norazilah
Daerah Kuantan - Mikail Azlan dan Hanim Azahar
Daerah Temerloh - Najibah Sham Saiful Bahari dan Dyana Arshad
Daerah Pekan - Anah Barkhia

Anda hanya diminta untuk menyerahkan nama penuh dan nombor telefon kepada wakil-wakil daerah ini. Maklumat untuk perjumpaan pula akan dimaklumkan oleh wakil-wakil tersebut. Oleh itu diminta rakan-rakan semua, terutama rakan-rakan ISMP Negeri Pahang bagi setiap universiti akan dapat memberi respond mengenai pengumuman ini. Di sini hamba lampirkan sekali link ke laman group terbabit.

1) GROUP FB GRADUAN ISMP PAHANG 2012 (TEKAN DI SINI)

2) GROUP FB GRADUAN ISMP 2ND BATCH (TEKAN DI SINI)

Bagi perjumpaan di Putrajaya dikehendaki sekurang-kurangnya 1000 org Graduan ISMP untuk turun padang bagi menyokong tujuan penyerahan ini.

Sekian, terima kasih.

P/s : Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami. Kau permudahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah haluan kami dalam menuntut hak.

Buih Yang Berterbangan