BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Rabu, Januari 09, 2013

Maklumat Temuduga : Soalan-Soalan Yang Selalu Dikemukakan Ketika Temuduga (Khas Untuk Graduan Yang Nak Ditemuduga)



      Assalamualaikum hamba tujukan kepada semua pembaca blog ini. Seperti yang dijanjikan, hamba akan menyenaraikan beberapa soalan yang selalunya atau kelaziman akan ditanya oleh pihak penemuduga. Soalan-soalan ini pada anda mungkin kelihatan sangat mudah dan remeh, tetapi sebenarnya mempunyai makna tersirat yang tersendiri dan bertujuan untuk membolehkan penemuduga ‘mengenali’ siapa anda dan apakah perwatakan sebenar anda. Sumber ini hamba perolehi dari nota yang diberikan semasa menyertai program GCAP. Jadi, apa yang dipaparkan di sini boleh dijadikan panduan untuk semua fikirkan dan buat renungan.

Soalan 1 : Bagaimana perjalanan anda ketika ke sini pada hari ini? Baik?

Ini sebenarnya bukan soalan yang sebenar. Tujuan pertanyaan ini adalah untuk menghidupkan suasana atau memulakan perbualan antara mereka (penemuduga) dan kamu. Selalunya pertanyaan ini dilontarkan apabila mereka melihat kita berada di dalam keadaan kurang selesa atau masih kurang bersedia untuk ditemuduga. Jika ditanya soalan begini, jawab secara spontan dan ringkas, tetapi dengan penuh semangat disertakan dengan senyuman dan mesra.

Soalan 2 : Sila ceritakan tentang diri anda.

Nasihat hamba, JANGAN ceritakan tentang ‘biodata’ anda, siapa ibu bapa anda dan perihal keluarga anda! Soalan ini sebenarnya adalah perangkap! Tujuan soalan ini dikeluarkan adalah untuk mengetahui sejauh mana anda peka dengan ‘makna’ sebenar soalan ini. Oleh itu, hamba sarankan agar anda menjawab  pernyataan ini dengan menceritakan tentang perkara atau keputusan yang anda ingin ambil dalam hidup, jati diri anda, malah cita-cita anda yang mana membolehkan penemuduga melihat anda sebagai seorang yang merancang masa hadapan dan mempunyai kebolehan membuat keputusan dengan baik. Jika anda tiada idea, anda juga boleh bercakap mengenai hobi dan minat anda, namun lebih baik jika kedua-duanya bersangkutan dengan kerjaya yang dipohon.

Soalan 3 : Apakah kekuatan anda?

Ini adalah peluang anda untuk ‘menjual imej dan diri’ anda. Apa yang boleh anda lakukan di sini adalah dengan menekankan mengenai keputusan akademik yang baik, pengalaman kerja yang dirasakan sesuai dan boleh dijadikan sandaran (berdasarkan dengan kerja yang dipohon), bukti ketokohan kamu dalam kepimpinan atau berbagai lagi kemahiran yang mana berkaitan dengan kerja tersebut. Kamu hendaklah menyokong segala hujah atau ‘pin point’ ini dengan contoh-contoh yang menyakinkan (Oleh itu, hasilkan sebuah resume yang baik dan mempunyai segala maklumat yang anda inginkan dan juga boleh membuat papan visi untuk ditatap setiap hari!)

Soalan 4 : Apakah kelemahan yang mungkin kamu miliki?

Jika mengikut cara lama, anda boleh menyatakan kelemahan anda yang sebenarnya diambil dari kekuatan anda. Tetapi, untuk cara yang lebih baik adalah dengan memilih beberapa kelemahan yang mana ingin anda kemaskini dan perbaiki pada masa akan datang dan juga menyatakan serba sedikit tentang bagaimana cara untuk anda memajukan kelemahan tersebut.

Soalan 5 : Ceritakan kepada kami tentang sebarang projek atau kajian yang telah kamu buat.

Kamu sebenarnya sedang ditanyakan tentang bagaimana kamu bekerja di dalam kumpulan (PENTING! Kerana sebahagian besar kerja melibatkan aktiviti kumpulan), cara penyelesaian masalah, proses dan teknik yang digunakan untuk menyelesaikan projek / kajian yang telah kamu jalankan. Oleh itu, PASTIKAN anda telah membaca dan menghafal segala maklumat berkaitan dengan projek atau kajian kamu yang lepas (sebagaimana yang kamu letak di dalam resume) sebelum temuduga untuk mengembalikan ‘ingatan’ kamu.




Soalan 6 : Ceritakan kepada kami tentang pengalaman kerja kamu di / dengan (nama/ syarikat/ sekolah / orang persendirian)

Kaitkan pengalaman kerja kamu dengan kemahiran di dalam kerja yang sedang kamu pohon. Kamu boleh bermula dengan menyatakan tentang perkara-perkara berkaitan dengan institusi yang kamu pohon, bahagian mana kamu ditempatkan ketika bekerja dan juga apa tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kamu. Oleh itu, pada graduan yang telah mempunyai pengalaman bekerja boleh mengaitkan pengalaman kerja yang lepas  atau kini sebagai bonus untuk mencapai pekerjaan.

Soalan 7 : Apakah hobi yang kamu gemari?

Jika boleh, berikan hobi yang mana berkaitan dengan kerja yang dipohon atau sesuatu yang berkait dengan kebolehan diri, pencapaian, gaya hidup, nilai diri kamu dan sebagainya.  Contohnya, sukan, kerja-kerja amal dan kebajikan, membaca, mempunyai kemahiran Matematik atau kemahiran berbahasa asing atau bahasa lain (selain Bahasa Melayu dan Inggeris)

Soalan 8 : Apakah yang membuatkan kamu yakin bahawa kamu adalah calon yang terbaik untuk kerja ini?

Senaraikan dan nyatakan perkara-perkara yang terbaik yang mana telah kamu tulis di dalam resume. Sokong perkara-perkara itu dengan beberapa contoh yang dipercayai dan meyakinkan penemuduga. Ambil juga beberapa syarat atau keperluan yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam iklan (mengenai jawatan yang ditawarkan) dan bandingkan ia dengan personaliti, kemahiran, abiliti atau pengalaman kamu sebelum ini.

Soalan 9 : Di mana kamu lihat diri kamu dalam jangkamasa 5 tahun akan datang?

Tunjukkan bahawa kamu sebenarnya telah pun menetapkan tentang perjalanan kareer kamu dalam pekerjaan tersebut, selain daripada membuktikan bahawa kamu telah membuat carian tentang jawatan tersebut dan serius dengan kerja itu. Kamu boleh menyokong pernyataan kamu dengan menunjukkan pengetahuan kamu tentang ‘perjalanan’ atau tangga kerja dalam jawatan tersebut secara professional dan juga langkah-langkah yang akan kamu ambil untuk mencapai apa yang telah anda nyatakan tersebut.

Soalan 10 : Berapa jumlah gaji yang anda inginkan?

Nasihat hamba, JANGAN TERPERANGKAP! Jangan sesekali mendedahkan tentang jumlah yang anda mahukan kecuali anda ‘dipaksa’ dan berikan pernyataan yang munasabah, seperti “Dari pengalaman dan juga carian saya bahawa gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini adalah dalam lingkungan Rm2000 hingga Rm2800 sebulan”.

Soalan 11 : Ada sebarang soalan?

Nasihat hamba, TOLONG SENTIASA BERTANYA SOALAN! Fokuskan soalan yang menunjukkan bahawa kamu berminat dengan kerja itu, berbanding ‘hasil’ atau ‘tawaran gaji’ yang diberikan. Sila tanya mengenai latihan dan tangga kerja dalam kerjaya itu dan juga mengenai syarikat / pertubuhan itu sendiri berbanding dengan galak bertanya tentang bayaran, cuti dan tempat letak kereta!

Segala perkara ini diambil daripada nota yang diberi oleh pihak yang menjayakan program GCAP bertajuk “S004, 80/20 Global Business English; Lesson 4 : Nailing That Interview” daripada buku Specialist Modules: Student’s Manual GCAP. Hamba harap perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua. Sekian.


0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan