Assalamualaikum w.r.t kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi. Alhamdulillah, dengan penuh limpah berkah dan kurnianya, hamba telah berjaya menamatkan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Insyaallah, jika dikurniakan rezeki; hamba akan menjalani istiadat konvokesyen mungkin pada bulan September nanti kelak. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh UPSIKINI blogspot menyatakan bahawa kami, bekas-bekas pelajar hendaklah mendaftar atau mengemaskini maklumat berkaitan sekiranya bagi membolehkan kami ditemuduga mungkin dalam masa terdekat iaitu pada bulan 5 atau 6 nanti; iaitu sebelum majlis konvokesyen dijalankan. Di sini ingin hamba berkongsi maklumat dan memberi sedikit link laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
1. Sebelum memohon, PASTIKAN anda membaca Panduan Permohonan terlebih dahulu. Ingin diingatkan di sini, bahawa link "Panduan e-permohonan" masih belum dibuka kepada semua bakal pemohon; tetapi sentiasa ambil tahu dan layarilah laman ini selalu bagi memastikan anda tidak ketinggalan untuk memohon kelak. Anda boleh lihat pada gambar di bawah. (Maklumat yang dimasukkan adalah dalam bentuk pdf.)
Nota : Sila lihat Cara Daftar e-Permohonan dan Cara Mohon DG41
(SILA KLIK PADA NAMA YANG DI'BOLD' UNTUK TERUS MASUK KE LINK)
2. Setelah selesai melihat Panduan Permohonan, anda semua boleh membuat Daftar Permohonan Baru, seandainya baru kali pertama mendaftar. Jika anda sudah mendaftar, anda boleh masuk melalui link Log Masuk. Anda boleh melihat gambar di bawah.
Nota : PASTIKAN apabila anda memohon, anda memohon jawatan yang betul, supaya tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.
Pesanan :
Setelah selesai mengisi permohonan, anda semua hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan terutama alamat surat- menyurat anda, terutama yang berpindah dan sebab-sebab yang lain. Di sini ingin hamba ucapkan selamat berjaya kepada kawan-kawan yang dihormati dan selalu ambil tahu mengenai kepentingan semasa.