Imej digital boleh dipross untuk pelbagai aplikasi dan kegunaan yang khusus. Dengan menggunakan teknologi Digital Darkroom, pelbagai kesan khas boleh diaplikasikan pada dokumen foto digital bagi menambahkan impak presentasi dan kesan-kesan ini dapat dilakukan dengan mudah.
Menambahkan bingkai pada foto digital membuatkan ia kelihatan lebih profesional. Menariknya, proses penghasilan bingkai pula dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Di sini hamba akan membuat demonstrasi imej asal yang bersaiz 3504 pixel x 2336 pixel pada kadar resolusi 240 ppi yang dihasilkan dengan menggunakan kamera digital dengan lensa berkapasiti 8.2 megapixel. Imej asal ini akan dikecilkan menjadi 640 pixel x 640 pixel atau 72 ppi sahaja beserta dengan bingkai dan tajuk foto ini. Sila ambil perhatian bahawa imej ini diproses khas untuk tujuan sisipan e-mel dan paparan dala talian terutamanya untuk sesawang web. Proses mengecil, membuat bingkai dan menambahkan tajuk ini dirakam sebagai Action. Action ini boleh diaplikasikan terhadap sejumlah imej foto yang lain yang hendak digunakan untuk tujuan persembahan, sisipan e-mail atau paparan dalam talian.
2. Sebelum meneruskan proses menambahkan bingkai, sebaiknya anda mestilah memeriksa saiz asal dokumen imej digital yang bakal diproses. Pilh menu Image > Image Size. Dalam tetingkap Image Size, dimensi sebenar dokumen yang berkenaan itu dipaparkan sama ada dalam ukuran pixel atau pun inci iaitu 3504 pixel x 2336 pixel (14.6' x 9.733') pada 240 ppi (Pixels per inch). Dimensi dokumen ini terlalu besar untuk kegunaan umum seperti paparan dalam sesawang, dan juga kegunaan berasaskan multimedia.
3. Proses ini dimulakan dengan menghasilkan Action baru yang dinamakan Foto Border. Anda boleh memberikan apa-apa sahaja nama yang difikirkan bersesuaian supaya action ini mudah dikenalpasti kelak. Klik pada ikon folder yang bertanda A. Tetingkap dialog New Set dipaparkan. Taipkan nama folder Action iaitu 'Foto Border'. Tekan OK setelah selesai.
4. Klik pada ikon muka surat (Create New Action) yang bertanda A. Tetingkap New Action dipaparkan, di dalam petak Name, taipkan Border Lanskap. Klik Record.
5. Perhatikan bahawa ikon rakam (Record) bertukar menjadi warna merah. Ini menunjukkan bahawa Action Border Lanskap aktif dan merakam apa-apa sahaja perubahan yang anda lakukan pada dokumen asal (foto harimau tadi).