Arahan:
1.
Berdasarkan
jadual di bawah, kenalpasti tingkah laku yang dianggap merupakan karekteristik
yang “PALING HAMPIR” sehingga “PALING KURANG HAMPIR” dengan anda. Letakkan
markah 1, 2, 3 atau 4 (pada kotak
berwarna kuning) dalam setiap kotak kosong yang disediakan (Sila isi dari
kiri ke kanan, bermula dari baris atas sekali).
2.
Jumlahkan
setiap nombor dalam keempat-empat kolum. Letakkan jumlah nombor di ruangan Jumlah (Berwarna Biru).
3.
Periksa
setiap nombor yang dijumlahkan. Untuk memastikan jumlah itu adalah betul,
setelah keempat-empat jumlah kolum ditambah, jumlahnya adalah sebanyak 50.
Contoh : Jumlah (1) + Jumlah (2) + Jumlah
(3) + Jumlah (4) = 50
Jadual
4.
Lihat
pada kotak (berwarna biru) dan kenal
pasti di kotak jumlah yang mana mencatatkan jumlah tertinggi, sebagaimana
contoh di dalam kotak:
Contoh
:
Jumlah
Tertinggi adalah No.4 (16), Kedua No.2 (14), Ketiga No.1 (11)
Maka,
personaliti dalaman saya (sejak lahir) adalah Burung Hantu; luaran adalah Merak
dan personaliti yang diperolehi dari pengalaman / perubahan hidup adalah
Helang.
Jadi,
sesiapa yang mempunyai perkiraan bagi personaliti Helang, iaitu sama ada tempat
ke-2 atau ke-3, selalunya akan ‘bertindak dahulu’ untuk mengetuai kumpulan,
jika tiada ahli dalam kumpulannya yang berpersonaliti Helang.
Contoh
: Dalam satu kumpulan (4 orang):
A = 1 (Burung Hantu), 2
(Merak) dan 3 (Helang)
B = 1 (Burung Hantu), 2
(Merpati) dan 3 (Merak)
C = 1 (Merpati), 2 (Burung
Hantu) dan 3 (Merak)
D = 1 (Merak), 2 (Helang) dan
3 (Burung Hantu)
Maka, yang akan
bangun dalam memberikan arahan mungkin adalah D atau A (bergantung pada
keadaan)
SILA ISI MAKLUMAT UNTUK MENGIRA
Kumpulan 1 : Helang (Pendorong)
Cara Mengenali :
Penampilan : Lebih ke arah pekerjaan/cara kerja
(selalunya berkaitan perniagaan)
Cara Kerja : Berstruktur
Kelajuan : Pantas / Berkebolehan membuat
keputusan sendiri
Perkara Yang Diutamakan : Tugasan / Kerjaya / Keputusan
Mencari : Produktiviti yang terbaik
Mendapat Kepuasan Dalam
Kerjaya Dengan :
Mengawal / Mengarah
Cara Berkomunikasi Dengan
Mereka :
Mahu Mengekalkan : Kejayaan
Menyokong : Pencapaian yang ingin mereka capai
dalam hidup
Mahu Kamu Melakukan :
Terus kepada perkara utama (straight to the point)
Mahu Untuk Sentiasa : Mengetuai / Mengawal sesuatu
Kurang
Senang Dengan : Tidak
dapat membuat sebarang keputusan / Ragu-ragu dalam keputusan
Keputusan
yang diberikan :
Muktamad / Tidak boleh diubah / Sangat Kuat
Cara
Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan :
Terus
kepada urusan atau perkara utama, beri penerangan yang jelas, lebih terperinci
dan menyeluruh serta memberi pilihan dan langkah yang sesuai kemudian minta
mereka untuk berikan persetujuan.
Ingatan :
Individu
yang berpersonaliti Helang biasanya adalah cerewet, mudah marah dan kurang
sabar dalam melaksanakan pekerjaan. Mereka selalu dikaitkan dengan keupayaan
untuk mengawal melalui kebolehan untuk mengetuai sesuatu organisasi. Satu
perkara yang paling mudah untuk mengesan seseorang yang berpersonaliti Helang
adalah sikapnya yang agak suka mengarah berbanding membuat kerja. Mereka sangat
mementingkan kerja dan mahu kerja itu disiapkan cepat berbanding dengan tarikh
yang diberikan. Mereka juga kurang peka serta agak samar dengan perkara sampingan
dan penting untuk berkomunikasi terus kepada perkara pokok (asal), sekiranya
bercakap dengan mereka. Mereka yang berpersonaliti Helang tidak boleh dicabar
keputusan atau dalam percakapannya kerana mereka adalah jenis yang akan
menyerang anda terus sehingga anda mengalah, walaupun tanpa fakta dan maklumat
yang kuat, semuanya kerana sikap mereka yang menekan dan pandai memanipulasi
keadaan. Namun, mereka adalah orang yang akan mendorong semua orang untuk
memberikan yang terbaik dalam tugasan serta memperoleh kejayaan melalui kawalan
yang dijalankan dalam kumpulan yang diketuainya, melalui cara kerjanya yang
pantas dan cepat.
Kumpulan 2 : Merak (Sentiasa
Berekspresi)
Cara Mengenali :
Penampilan : Mengikuti perkembangan fesyen
semasa / Sentiasa bergaya
Cara Kerja : Boleh beradaptasi dengan kerja
Kelajuan : Spontan
Perkara Yang Diutamakan : Berinteraksi dengan orang lain
Mencari : Perhatian / Penghargaan / Dikenali
orang sekeliling
Mendapat Kepuasan Dalam
Kerjaya Dengan : Fleksibititi
Cara Berkomunikasi Dengan
Mereka :
Mahu Mengekalkan : Status diri mereka
Menyokong : Idea yang diberikan mereka
Mahu Kamu Melakukan :
Boleh beradaptasi dengan keadaan sekeliling
Mahu Untuk Sentiasa : Dikagumi dan disukai ramai
Kurang
Senang Dengan : Keadaan
yang kurang fleksibel
Keputusan
yang diberikan :
Spontan / Kurang Kuat
Cara
Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan :
Jadi
seorang yang enthusiastik, peramah, mudah didekati dan peka serta mudah untuk
memberikan penghargaan kepada mereka.
Ingatan :
Individu
yang berpersonaliti Merak biasanya seseorang yang sangat terkenal sama ada di
dalam kumpulan, tempat kerja atau kelas kerana sikap mereka yang happy-go-lucky
dan juga banyak bercakap dan bertanya. Mereka kurang gemar dengan keadaan yang
tetap, yang mana mereka mampu untuk melaksanakan banyak kerja dalam satu masa,
tetapi pada masa yang sama masih boleh berinteraksi dengan masyarakat serta
meluangkan masa untuk diri sendiri. Sikap mereka yang ceria, hyperaktif dan
juga spontan mendorong ramai orang untuk mendekati mereka, sekaligus
menceritakan masalah atau kehidupan mereka, kerana di sebalik sikap mereka yang
riuh rendah itu, mereka sangat berahsia dan mampu menjadi pendengar yang baik.
Mereka yang berpersonaliti Merak sangat sukakan cabaran dan kesukaran dalam
kerja kerana mampu untuk meningkatkan rasa ingin tahu dan pengetahuan mereka;
yang mana sebahagian besarnya diperoleh menerusi pengalaman bukan bacaan
semata-mata. Mereka juga boleh mencetuskan suasana yang positif dalam kumpulan,
sekiranya berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan namun cepat bosan
sekiranya perkara itu kurang menarik minatnya atau terlalu mudah untuk
diperolehi. Mereka adalah individu yang boleh dibawa berunding, kerana
sebahagian besar keputusannya dibuat secara spontan, tanpa dibuktikan oleh
fakta dan sebagainya.
Kumpulan 3 : Merpati
(Pendamai)
Cara Mengenali :
Penampilan : Kasual (lebih kepada penampilan
biasa) / Terlalu selesa
Cara Kerja : Persendirian / Suka berkawan /
Peramah
Kelajuan : Perlahan / Memudahkan perkara /
Melengahkan sesuatu kerja
Perkara Yang Diutamakan : Menjalinkan hubungan
Mencari : Rasa hormat
Mendapat
Kepuasan Dalam Kerjaya Dengan
:
Hubungan yang rapat dengan rakan sekerja / ahli kumpulan
Hubungan yang rapat dengan rakan sekerja / ahli kumpulan
Cara Berkomunikasi Dengan
Mereka :
Mahu Mengekalkan : Perhubungan sesama rakan
Menyokong : Perasaan mereka
Mahu Kamu Melakukan :
Menyenangkan
Mahu Untuk Sentiasa : Disukai oleh ramai
Kurang
Senang Dengan : Sikap
kurang sabar
Keputusan
yang diberikan :
Boleh dipertimbangkan, berpandu pada sesuatu / Lemah
Cara
Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan :
Membina kepercayaan antara anda dan mereka, berikan sokongan peribadi dan bertanya soalan untuk mengetuai mereka.
Ingatan :
Individu
yang berpersonaliti Merpati adalah golongan yang dilihat sentiasa dalam keadaan
yang tenang, kurang proaktif dan kurang mempamerkan emosi yang berlebihan.
Mereka adalah individu yang sangat menjaga perhubungan antara rakan / keluarga
dan sensitif sekiranya perhubungan itu kurang memberangsangkan. Mereka sangat bergantung
kepada kata hati berbanding pemikiran, menyebabkan mereka dapat memahami
individu yang lain walaupun hanya bertemu sekali sahaja, disebabkan
kesensitifan mereka dengan persekitaran. Mereka juga adalah individu yang perlu
sentiasa dipacu atau didorong untuk melaksanakan pekerjaan mereka dengan
sempurna, kerana mereka kurang motivasi dan agak perlahan dalam melaksanakan
kerja mereka. Tindakan ini dilihat kurang bijak kerana sebahagian besar kerja
selalunya diperlukan dalam masa yang singkat untuk disiapkan. Mereka juga
selalunya terlalu bergantung harap dengan individu di sekeliling mereka untuk
menjalankan kerja, menyebabkan banyak kerja yang terbengkalai disebabkan sikap
mereka yang terlalu bergantung, memudahkan perkara dan melengahkan kerja. Namun,
sekiranya di dalam kumpulan mereka adalah individu yang lebih sukakan
perbincangan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan membuahkan hasil yang
diinginkan, berbanding dengan pertelingkahan dan pergaduhan. Oleh itu, mereka
selalunya menjadi ‘orang tengah’ atau pendamai dalam sesebuah perbincangan,
pertengkaran atau perselisihan faham di kalangan ahli kumpulan atau rakan
sekerja.
Kumpulan 4 : Burung
Hantu (Analitikal)
Cara Mengenali :
Penampilan : Formal / Agak konservatif / Kurang
ambil tahu perkembangan fesyen semasa
Cara Kerja : Berstruktur / Sangat tersusun
Kelajuan : Perlahan / Sistematik dalam
pekerjaan
Perkara Yang Diutamakan : Tugasan / Kerjaya / Proses kerja
Mencari : Ketepatan maklumat yang diperolehi
Mendapat Kepuasan Dalam
Kerjaya Dengan :
Persediaan yang rapi (hidup / pekerjaan)
Cara Berkomunikasi Dengan
Mereka :
Mahu Mengekalkan : Kredibiliti dalam kerjaya
Menyokong : Pemikiran (ideologi) mereka
Mahu Kamu Melakukan :
Mengikut peraturan / Ketetapan dalam pekerjaan
Mahu Untuk Sentiasa : Betul dalam setiap perbincangan
Kurang
Senang Dengan :
Kejutan yang tidak disangka
Keputusan
yang diberikan :
Boleh diubah berdasarkan bukti / fakta yang diberikan / Sederhana Kuat
Cara
Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan :
Boleh memberikan fakta dan sokongan kepada mereka dengan baik, boleh memberikan sebab-sebab yang logik dan diterima oleh idealogi mereka dan peka pada masa.
Ingatan :
Individu
berpersonaliti Burung Hantu selalunya dianggap sebagai golongan ‘nerd’ atau
‘ketinggalan zaman’, baik dalam pemikiran atau penampilan mereka. Namun, mereka
boleh menjadi sangat formal dan kemas, menjadikan mereka kelihatan sangat elit
dan dipandang tinggi oleh rakan-rakan mereka. Mereka adalah individu yang
sangat cerewet, teliti, berstruktur dan mengikut ketetapan yang telah diaturkan
oleh dirinya sendiri dan sukar terpengaruh dengan individu yang lain. Mereka
mempunyai jati diri dan pegangan yang kuat dan sukar digoyahkan, kerana mereka
mempunyai sokongan daripada maklumat, fakta dan info yang kuat; diperolehi sama
ada daripada bacaan atau maklumat ramai. Pemikiran mereka adalah ideologi
mereka, dan mereka akan mempertahankannya dengan sangat aggresif, terutama
ketika perbincangan atau mesyuarat yang diadakan. Sungguhpun cara kerja mereka
adalah perlahan, mereka melakukannya dengan sangat teliti, berstruktur,
bersistematik lalu memperlihatkan kematangan dan pengetahuan luas yang diperolehinya;
menjadikan hasil tugasan yang selalu diserahkan padanya disempurnakan dengan
jayanya dan berkemampuan memuaskan hati ramai pihak, terutama ketua mereka.
Mereka tergolong dalam individu pemikir, yang mana mereka mampu untuk
membahagikan tumpuan mereka kepada dua atau empat bahagian sekaligus,
membolehkan mereka mengorek lebih dalam lagi akan persoalan tertentu, sekiranya
diajukan atau didengari oleh mereka sambil melakukan kerja yang lain. Oleh itu,
mereka seringkali dilihat sedang melakukan pekerjaan, tetapi pada masa yang
sama seolah-olah bermonolog dengan dirinya sendiri bagi memperoleh jawapan
kepada persoalan tersebut. Individu berpersonaliti Burung Hantu juga gemarkan
ketenangan, dan sering dilihat memencilkan diri daripada bergaul dengan rakan
sekeliling. Walaupun mereka berada di dalam kelompok orang ramai, mereka masih
mampu untuk melakukan hal mereka sendiri, tanpa dipengaruhi dengan persekitaran
hatta sebising mana sekalipun. Mereka amat mencari ketepatan dalam maklumat
yang dicarinya dan sangat gemarkan persediaan sebelum melakukan sesuatu
pembentangan/ ucapan/ perbincangan. Individu ini juga pantang dicabar atau
diperlekehkan keputusan dan percakapannya, kerana mereka akan menyerang anda
dengan sangat aggresif dengan menghujahkan segala fakta, maklumat dan info yang
diperolehi berserta contoh dan bukti yang kukuh, yang mana mampu menyebabkan
anda kehilangan kata-kata dan malu dengan diri sendiri. Tambahan, mereka mahir
dalam mengutarakan atau membangkitkan pokok persoalan, lengkap dengan jawapan
dan cara penyelesaian yang pelbagai serta memanipulasi perkataan dan maklumat
supaya membuahkan idea yang bernas atau ‘panahan’ hujah untuk mematahkan buah
bicara pihak yang bertentangan. Mereka adalah lawan yang berbahaya untuk diajak
berhujah, terutama di hadapan umum; yang mana kamu perlu bersedia dengan hujah
yang kukuh, beserta bukti dan maklumat yang tepat untuk berhadapan dengannya.
1 ulasan:
wow bagus la ni dari program GCAP aritukan bagusnya...
btw im a dove ngehehehehe
Catat Ulasan