BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Julai 30, 2009

Amanat Dan Kata-Kata Hikmat kepada Insan Bernama Guru....

Amanat Mantan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Yang saya sebut 'towering personality', saya kata saya kalau boleh biar saya dapat wujudkan beribu-ribu towering personality ini. Bermakna tower itu kita tahulah macam pencakar langit (tapi) kita hendak manusia itu seperti apa orang putih kata stand tall. Berdiri nampak begitu tinggi. Ilmu pengetahuannya tinggi. Pencapaiannya tinggi. Ketokohannya tinggi. Daripada segi keintelektualan dia pun tinggi. Satu kejayaan dan orang hormat.

Amanat Mantan Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kejayaan dan kemajuan sesuatu kaum atau bangsa bergantung hampir sepenuhnya kepada nilai hidup yang dipegang dan diamalkan oleh kaum itu. Jika nilai hidup ini tidak sesuai, kekayaan sumber yang amat tinggi pun tidak akan menjadikan sesuatu bangsa itu berjaya dan makmur.

Hamdan Sheikh Tahir (1979: 146)
Seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti penggal, tetapi memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, khidmat guru bukanlah terhad kepada batasan jam, hari dan minggu. Tugas guru tidaklah terhenti apabila murid-murid tidak berada di hadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berjiwa ikhtisas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana mana ia berada. Inilah bezanya di antara seorang yang menjadi guru dengan seseorang yang bekerja sebagai guru.


Keadaan Yang Agak Membimbangkan....

Ketika ini, ramai pelajar UPSI telah pulang ke rumah masing-masing. Pada permulaannya, pihak universiti telah mengeluarkan arahan bahawa kami tidak dibenarkan pulang. Namun, kira-kira pukul 1 ptg, pihak pentadbiran mengeluarkan arahan bahawa kelas bermula 29 Julai (Rabu) sehingga 31 Julai (Jumaat) dibatalkan serta merta.

Lebih mengejutkan lagi, cuti semester kami turut diawalkan dan berturutan dengan kelas yang dibatalkan. Ini bermakna: kami semua diarahkan untuk pulang dengan serta merta. Keadaan ini mencetuskan sedikit panik, tetapi semasa pengumuman dibuat terdapat juga teriakan gembira dari sesetengah pelajar. Bagi hamba, keadaan ini agak menyusahkan. Keadaan ini disebabkan hamba tidak akan dapat memperolehi ilmu dalam waktu dan keadaan yang sepatutnya (dirancang) serta mengganggu waktu hamba untuk ke studio bagi membuat tugasan amali.

Sungguhpun begitu, hamba mengerti bahawa tindakan ini dijalankan supaya para pelajar tidak 'sewenang-wenangnya' dijangkiti oleh penyakit berbahaya ini. HEPA sememangnya telah menjalankan tangungjawab dengan baik dan akhirnya dapat meyakinkan pihak akademik supaya 'melepaskan' pelajar pulang demi mengelakkan penularan yang lebih serius. Hamba juga tidak menyalahkan pihak Akademik kerana mereka telah bertungkus lumus menyusun jadual dan aktiviti bagi para pelajar; maka semestinya perancangan itu dijalankan atau diikuti. Namun, keadaan nyata tidak mengizinkan.

Hamba merupakan jenis yang tidak mudah mengalirkan air mata; tetapi mudah merasa sayu sekiranya orang yang disayangi dan rapat pergi. Dalam rasa yang bercampur baur itu jugalah, hamba menghantar sahabat hamba yang dikasihi ke pengangkutannya. Rasa itu dipendam jauh-jauh dalam hati, takut tidak dapat bertemu lagi. Mungkin itulah rasa sayang yang sememangnya sudah lama terbit dalam hati setiap manusia, lebih-lebih lagi ikatan persaudaraan sesama manusia. Malam ini juga telah membuatkan hamba 'membongkar' rahsia dalam diri yang dipendam kepada sahabat hamba itu. Biarlah hamba dan dia sahaja yang tahu.


Hamba dan rakan baik hamba ketika menyertai Pameran Batik Tradisional: Inspirasi Tradisi anjuran pelajar-pelajar kursus Studio Batik Tradisional & Studio Batik Lanjutan di Galeri UPSI (kami turut sama kerana kami turut mengambil kursus tersebut) serta Wacana Bersama Kartunis : Dato' Lat di Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik, UPSI

Oleh itu, hamba berharap agar semua berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera selalu.

Sekian, pena hamba merungkai tabir hari ini. Kita bertemu lagi di catatan seterusnya.

Wassalam.

Rabu, Julai 29, 2009

H1N1 Yang Kian Mempamerkan Taring Kejahatannya....

Bertemu kita lagi dalam segmen ini. Hamba sekadar ingin mengatakan bahawa penyakit berjangkit akut atau selesema babi semakin menular di pelusuk merata tempat di negara kita. Hamba juga kini sedang dalam tempoh kuarantin, yang mana baru sahaja bermula pada malam ini. Para pelajar semua tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing sehinggalah arahan seterusnya dikeluarkan. Hamba merasa agak terkejut kerana tidak menyangka bahawa penyakit berjangkit ini akhirnya dapat juga 'menjejakkan kakinya' ke kawasan ini.

Hamba turut merasa khuatir, sekiranya hamba akan menjadi mangsa seterusnya. Tetapi, kiranya itu adalah takdir dari Tuhan, hamba tak dapat mengelakkannya. Kini, kami dikuarantin di rumah kami dan tidak dibenarkan sekali-kali keluar dari kawasan kolej. Kelas kami juga tidak dapat dijalankan kerana 'tempoh' kurungan ini. Hai, nampaknya ada harapan masuk paper esok pagi...

Apa-apa yag berlaku pun, kita semua hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan menjaga kebersian diri. Bukan kerana hendak menjaga penampilan kita di hadapan awek/pakwe sahaja. Sekurang-kurangnya demi diri sendiri....akhir kata itu sahajalah pembuka bicara dari hamba.

Sekian, wassalam......

Khamis, Julai 23, 2009

Bacaan Ayat-Ayat Suci Yang Harus Diamalkan

Bertemu kita sekali lagi, hamba ingin berkongsi perkara yang akan memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian. Hamba ingin menyatakan bahawa Allah itu adalah satu-satunya pelindung dan Maha Mengetahui. Kita hendaklah sentiasa berserah pada-Nya yang satu. Hamba ingin berkongsi mengenai bacaan yang hendaklah sentiasa diamalkan bukan sahaja semasa kita mengerjakan solat, namun dilakukan di mana-mana sahaja.

Manfaat membaca ayat-ayat ini amat banyak. Antaranya menenangkan hati & minda, mendatangkan idea & cadangan yang bernas (terus dari Allah), memberikan perlindungan (terutama kawasan ladang, rumah & sekiranya pergi mengembara atau bermalam di hutan) serta menghalang berlakunya khianat atau perbuatan orang yang tidak menyukai kita. Insyaallah, sekiranya kita sentiasa tawaduk, ikhlas dengan apa yang dilakukan, sentiasa redha dengan ketentuan-Nya serta istiqamah dalam melaksanakannya; ayat-ayat ini akan mendatangkan keberkesanannya.

Hamba telah mencuba ayat-ayat ini semenjak hamba bersekolah rendah lagi (Darjah 3) dan ilmu ini diberikan oleh salah seorang guru hamba; yang kini telah menjadi penceramah bebas di Pahang bernama Ustaz Mohamad Idris bin Haji Derus. Keadaan ini disebabkan hamba pernah menetap di rumah beliau selama 5 bulan disebabkan ketika itu hamba menyertai Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran (Prgkt Negeri-1997) dan Pertandingan Nasyid (Prgkt Negeri-1998) dan sentiasa melakukan latihan di sekolah; tambahan pula rumah hamba jauh dari sekolah & ini menyukarkan hamba sekiranya latihan dijalankan pada waktu malam. Berkat ayat-ayat ini (semuanya diizinkan oleh Allah) hamba berjaya dalam peperiksaan (walaupun keputusan tidak memberangsangkan, namun Alhamdullilah hamba syukur), keluarga hamba sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari malapetaka; contohnya, rumah hamba sentiasa tidak dapat dicerobohi oleh pencuri (mereka hanya dapat masuk ke dapur sahaja).

Pada permulaannya, bacalah Ayatul-Kursi sebanyak 7 kali. Kemudian lanjutkan dengan membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Baqarah (ayat 1-5, ayat 102, ayat 255-257, ayat 285-286), surah Ali Imran (ayat 18-19), surah Al-A'raf (ayat 54-56), surah Al-Mukminun (ayat 115-118), surah Al-Ahqaf (ayat 29-32), surah Al-Soffat (ayat 1-10), surah Ar-Rahman (ayat 33-36), surah Al-Hasyr (ayat 21-24), surah Al-Jinn (ayat 1-9), surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas, melaungkan azan (perempuan cukup dengan secara perlahan) dan surah Al-Zalzalah.

Itulah ilmu yang ingin hamba kongsi bersama-sama rakan-rakan semua. Diharapkan kita semua sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan moga diberkati-Nya selalu, kerana tanpa redha & berkatnya, apa yang kita jalankan di muka Bumi ini tidak akan berhasil. Sekian coretan hamba yang daif lagi miskin ini...

Sekian

Tambahan Aktiviti Di Blog Saya (Sdn.Bhd)

Sekiranya ingin mengetahui aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam kelas/studio yang hamba ambil semester ini, hamba menjemput saudara/saudari melihat-lihat 2 blog hamba; iaitu SSS 1013 (Studio Lukisan) & SSS 1042. Ia mengandungi ayat ringkas & gambar-gambar berkaitan...harap anda semua terhibur & sudi menjadi sahabat hamba di blog-blog tersebut.

Ahad, Julai 12, 2009

Buat Renungan Bersama....


GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


















Guru Adalah Amanah Rakyat


Tanggungjawab serta tugas seorang guru ialah satu ibadah. Konsep ibadah yang tersirat dalam tugas guru inilah yang menjadikan seorang guru itu diakui, dihormati, disegani serta disanjung oleh masyarakat. Guru mestilah mempunyai tekad dan komitmen yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, memberi khidmat yang terbaik serta sanggup mempertahankan keagungan profesionnya, selain terus berusaha untuk meningkatkan mutu, taraf dan imejnya.


Oleh yang demikian, imej profesion perguruan ini hendaklah dipelihara supaya tidak dicemari dengan unsur-unsur negatif, yang boleh memburukkannya. Elakkanlah melakukan perkara-perkarayang bercanggah dengan etika profesion perguruan. Jagalah nama baik guru supaya guru sentiasa dihormati. Kita tentu tidak mahu pelajar menjadi mangsa kepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak mereka dan oleh rakyat untuk mendidik anak bangsa. Oleh itu, janganlah amanah ini dikhianati dan diabaikan.

Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan semangat berkhidmat yang tulen di kalangan guru dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab telah berjaya menyediakan dan membekal sumber tenaga mahir dan berpengetahuan untuk mengisi keperluan negara. Memang kita terhutang budi kepada khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru. Kita sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah cerdik pandai dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang mana hari ini merupakan penggerak kepada program pembangunan negara.

Buih Yang Berterbangan