Papan Pernyataan / Pengumuman
Sila "Like" Jika Suka Sangat!
Nak Tukar Font? Silakan....
Translator Bahasa Hamba!
Jumaat, Januari 01, 2010
Selamat Tahun Baru 2010!!!! Tahun Yang Bakal Menjanjikan Perubahan.
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 8:19:00 PTG 0 ulasan
Label Ucapan Tahun Baru
Selasa, Disember 29, 2009
Hari Demi Hari Yang Kian Berlalu......
Tweet- Permulaan kata, pemanis bicara -
21 Disember 2009 (Isnin)
1 petang - Hamba tiba di Hentian Pekeliling dengan mengheret beg yang berat. Menaiki LRT ke KL Sentral dan terus ke kaunter KTMB untuk membeli tiket keretapi ke Butterworth. Disebabkan tiket pelepasan pada waktu petang telah kehabisan, hamba terpaksa mengambil tiket pada pukul 10.30 malam. Jenuh jugalah nak menunggu dari pukul 2 petang hingga 10.30 malam! Hamba ambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar KL Sentral (sampai boleh hafal semua tempat). Cuci matalah katakan! Beg hamba diletakkan di kaunter penyimpanan beg. Apabila sampai waktu solat, hamba ke surau yang terletak di aras bawah. Kemudian, menjamu selera dengan Cheese Wedges di KFC & membaca komik di kedai buku bertentangan. Hamba tertarik dengan beberapa buku Islamik yang bertajuk "Saidatina Aisyah Ummul Mukminin - Wanita Pilihan", "Kisah-kisah Wanita Pada Zaman Rasullullah" dan "Bagaimana Untuk Menjadi Wanita, Anak & Isteri Yang Solehah" serta mencari buku PC (The Completed Series of Microsoft Photoshop); tetapi disebabkan hamba ketiadaan wang, hamba pendamkan sahaja hasrat untuk memilikinya.
9 malam - Hamba selesai menunaikan solat Maghrib & Isyak di surau. Bersantap sebentar di cafe yang berada di tingkat tiga. Ala kadar sahaja. Tersenyum seorang mengenangkan perbualan telefon antara hamba, Prof Z dan Md Din petang tadi. Duduk berdekatan kaunter pertanyaan, memerhati gelagat pengunjung yang datang dan pergi.
10.30 malam - Kami (penumpang) dimaklumkan bahawa keretapi akan lewat dan tiba pada pukul 11 malam. Hamba tidak kisah, dan mengambil kesempatan mengecas bateri handset hamba di mana-mana soket yang berhampiran tempat pelepasan, Pintu A. Hamba menolong seorang pakcik yang hendak ke surau dengan menjaga beg beliau. Hamba juga berpeluang membantu pelancong-pelancong yang bertanyakan arah, dan hamba membantu dengan seadanya dengan Bahasa Inggeris yang tidak seberapa.
11 malam - Hamba duduk di tempat hamba, 4D. Di sebelah hamba, seorang lelaki yang tidak dikenali, tetapi peramah dan mesra orangnya. Keretapi bergerak dengan kelajuan yang setara dan hamba senang dengan keadaan begitu. Datang pegawai bertugas, memeriksa penumpang. Hamba melihat ke sisi cermin, memerhati tanah tumpah darahku yag kian melabuhkan tirainya....
22 Disember 2009 (Selasa)
3 Pagi - Hamba terjaga dari tidur. Mengambil kesempatan berjalan-jalan dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Suasana pagi yang kelam menyebabkan hamba sukar mengecam lokasi laluan keretapi. Kaki terasa lenguh dan hamba menggunakan Amex Yoko-Yoko. Dari jauh, hamba sedar bahawa diri hamba sedang diperhatikan (pemuda memakai kot, bercermin mata; rasa-rasanya seorang pelajar). Hamba buat endah tak endah, sehinggalah pemuda itu turun di Stesen Bukit Mertajam.
6.15 pagi - Hamba tiba di Stesen Butterworth. Dijemput ke teratak bonda saudara bongsu, oleh Acik Siti dan Acik Apis. Acik Diah pula berada di rumah mereka bersama Aliya, sedang beradu. Setibanya di rumah (berdekatan Kompleks Penjaja Desa Murni, Lorong Murni 5, Sungai Dua), hamba bergegas menunaikan solat Subuh. Penat jugalah... lalu tidur dalam kepenatan. Apabila bangun, menelefon bonda di rumah dan menolong bonda saudara (memasak) dan bermain dengan sepupu, Aliya.
9 malam - Hamba dibawa ke Seberang Prai dan diajak berjalan-jalan di sekeliling kawasan. Besar dan cantik juga bandarnya. Singgah sebentar di pasar malam berhampiran. Kami hanya sekadar berjalan-jalan sahaja. Manakala, Acik Apis ke kedai gunting rambut berdekatan. Hamba kemudian menelefon sahabat hamba, Md Din untuk memberitahu perkara-perkara berkaitan. Kemudian, kami semua menjamu selera di gerai mamak berhampiran pasar malam tersebut. Hamba hanya sekadar memesan teh tarik kurang manis (tarik lebih) kerana masih kenyang. Setelah selesai, pulang ke rumah dan tidur dengan lenanya.
23 Disember 2009 (Rabu)
8 malam - Hamba dan kedua-dua bonda saudara tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di pasar malam berdekatan rumah. Makanan boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan sedap-sedap belaka. Acik Apis pula duduk di rumah, tidak begitu sihat. Pada malam itu, terkorbanlah 2 ketul rangka ayam, tiga cucuk fishball, keropok lekor dan kuih buah melaka di mulut hamba.....
24 Disember 2009 (Khamis)
9 pagi - Hari yang sama penting dengan pengumuman result hamba. Hari ini result PMR akan diumumkan. Membuat panggilan telefon kepada bonda, bertanyakan result adinda hamba Husain. Bonda mengatakan Ude (panggilan Husain di rumah), telah berangkat ke sekolah dengan Cikgu Hadi dan anakandanya yang kebetulan hendak ke SMK Seri Bera. Ini berikutan ayahanda hamba menghadiri kursus di Hotel Seri Malaysia di Kuantan. Hamba hanya mampu berdoa agar adinda hamba bakal mendapat keputusan yang cemerlang.
1 petang - Menerima SMS daripada Ude. Dia mendapat 8A 1D, sekaligus memadam rekod kekandanya, Kamal (Angah) sebanyak 7A 1B. Sungguhpun mendapat D dalam Bahasa Arab, hamba amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memperkenan dan memurahkan rezeki kami adik beradik terutama dalam bidang akademik. Ucapan tahniah hamba utuskan padanya. Berita ini juga hamba kirimkan pada bonda, ayahanda, saudara mara, sahabat baik hamba serta sesiapa yang berkaitan. Amin.....
11.15 malam - Keluarga kami didatangi oleh tamu, yang pada hamba agak kurang menyenangkan. Ini disebabkan kami sudah hendak masuk beradu. Tetapi, sudah adat kita, tetamu yang datang harus disambut dan dilayan mesra. Hamba pula terperap di dapur sambil melayari on-line pada handset hamba, dengan 'berjalan-jalan' di Mysis portal. Tiba-tiba, mata hamba terhenti apabila melihat 'result exam Sem 1 2009/2010'. Lalu terus melayarinya. Alhamdulillah, walaupun mengalami sedikit penurunan, tetapi hamba bersyukur kerana masih dalam ranking yang agak baik. PNGK 3.45 dan PNGS 3.36 dengan result 1A, 2 A-,2 B+,1 B dan 1 B-. Hai, syukran...syukran.....Hamba juga melihat result Nurra, Md Din dan Fitri; kemudian memberitahu mereka menerusi SMS. Sempat berbual dengan Md Din dan Nurra mengenai result exam yang telah dikeluarkan. Apabila hamba ke ruang tamu, tetamu sudah pulang. Kemudian, hamba tidur dengan lenanya.
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 3:40:00 PTG 0 ulasan
Label Pengalaman Pertamaku
Rabu, Disember 16, 2009
Hijrah Diri & Segalanya...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 4:49:00 PTG 0 ulasan
Label Hijrah
Jumaat, Disember 11, 2009
Kisah Di Sebalik "Pertapaan" Yang Panjang.
TweetHamba amat sibuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi tarikh antara kertas adalah terlalu jauh 'jarak'nya. 1 minggu! Lama bukan? Bukannya study last minute, tetapi sekadar meneliti kembali nota-nota yang telah diringkaskan. Ketika itu, hamba amat musykil dengan sikap segelintir pelajar (terutama pelajar perempuan, maaf andai hamba menyinggung perasaan) yang 'sibuk' dengan aktiviti lain yang tak sepatutnya dilakukan dalam waktu-waktu genting begini. Hamba memahami keadaan tersebut, kerana hamba pernah 'dijangkiti' dengan penyakit yang sama pada semester sebelumnya. Mereka sibuk men'download' movie-movie terutama drama korea buat santapan mereka kerana dihantui dengan rasa bosan & sepi. Paling musykil sekali adalah apabila pada masa 'lapang' inilah , banyak laptop tersadai di kedai-kedai komputer kerana perlu diformatkan kembali kerana dimasuki virus-virus yang tidak diingini...Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang buat, dialah yang tanggung...
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 4:52:00 PTG 0 ulasan
Label Kisah Lama
Ahad, Oktober 18, 2009
Majlis Penyampaian Bengkung PSSGM 2009 Yang Meriah...
Tweet




Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 12:10:00 PG 0 ulasan
Label Istiadat
Ahad, Oktober 11, 2009
Istiadat Perlimau Tapak Dan Seni....Istiadat Penerimaan Berguru (Silat Seni Gayong)
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 1:02:00 PG 0 ulasan
Label Pengalaman Pertamaku
Rabu, Oktober 07, 2009
Sekilas Catatan Harianku...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 3:34:00 PG 0 ulasan