Papan Pernyataan / Pengumuman
Sila "Like" Jika Suka Sangat!
Nak Tukar Font? Silakan....
Translator Bahasa Hamba!
Khamis, Mei 10, 2012
Menghitung Detik Menuju Majlis Konvokesyen UPSI Ke-14! - Bab Akhir
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 6:57:00 PTG 0 ulasan
Label Diari Seminggu, Kenangan Terindah Hamba, Luahan Rasa Hati
Menghitung Detik Menuju Majlis Konvokesyen UPSI Ke-14! - Bab 2
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 5:01:00 PTG 0 ulasan
Label Diari Seminggu, Kenangan Terindah Hamba, Luahan Rasa Hati
Khamis, Mei 03, 2012
Menghitung Detik Menuju Majlis Konvokesyen UPSI Ke-14! - Bab 1
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 10:42:00 PTG 0 ulasan
Khamis, Mac 08, 2012
La Memoria De Diaries - Result STPM
TweetAkhirnya, nama hamba dipanggil oleh pengerusi majlis. Saat itu, tidak terkata dan kelu jadinya. Masa dirasakan bergerak amat perlahan sekali, dunia pula seolah-olah beku hanya hamba yang berada di situ. Argh!! Seksa rasanya. Dialog pada minda mula bertubi-tubi mengasak otak yang bejat akibat gegeran yang dahsyat melanda jiwa. "Luluskah aku?", "PSV aku dpt A tak?", "Pengajian Am pula?", bertubi-tubi otak ini diketuk dan digoncang dengan perasaan resah yang melanda. Lalu, hamba ke hadapan dengan perasaan yang bercampur baur; ditambah lagi apabila melihat ekspresi rakan-rakan yang telah mengambil slip tersebut sebelum hamba. Hamba deras menarik nafas panjang dan menghulur tangan menggapai 'ijazah' tersebut. Hamba terpaku di situ, dan melalui ekor mata guru-guru yang berada di situ bagai menyuruh aku membuka slip tersebut. Dengan lafaz Bismillah, hamba membukanya dan...
"Ark?!! Aku...aku ...Yessss!!!! Yehaaa!!!!" Jeritan yang pertama kedengaran dan paling kuat tersebar di seluruh pelusuk dewan tersebut. Ketika itu, hamba sudah tiada rasa malu, takut dan sebagainya. Apa yang difikirkan adalah "Aku Berjaya Juga Akhirnya!!" Malah, hamba melompat setinggi-tinggi yang boleh tanpa rasa malu dan terkandung kegembiraan yang teramat sangat!! (Sedangkan ketika itu, hamba memakai baju kurung) Tanpa segan-segan juga hamba memeluk guru-guru hamba terutama Pn.Hamidah sambil mulut hamba tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih pada mereka semua. Hamba bernasib baik tidak dikenakan hukuman oleh 'Bonda Pengetua', al-maklum beliau tersangatlah tegas dengan akhlak dan pergaulan kami sepanjang di SMK Clifford tersebut.
"Aisah, bertenang. Bertenang...bagaimana keputusan kamu?" Pn.Hamidah bertanya.
"Cikgu!! Saya...PSV saya dapat A, cikgu!! Saya tak sangka cikgu!! Kertas 1 saya sangat lemah! Terima kasih banyak-banyak cikgu!!"
Air mata yang ditahan akhirnya menitis jua. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya, dapat juga hamba membuktikan sesuatu pada ayahanda, bahawa hamba juga boleh berjaya dengan mengambil mata pelajaran yang hamba sukai. Sungguhpun tidak secemerlang rakan-rakan yang mendapat 2A atau 3A, hamba masih mampu berbangga dengan keputusan yang mana hamba telah berusaha selagi daya untuk memperolehinya. Benar kata pujangga, "Usaha Tangga Kejayaan" dan "Sepahit-pahit kesusahan, kelak akan berbalas dengan semanis-manis kemenangan". Pada hari itu jugalah, mencatat sejarah buat diri hamba dan keluarga, yang mana masih digalas berat sehingga kini; hamba adalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke universiti; sekali gus menjadi kebanggaan keluarga. Sungguhpun begitu, hamba masih sentiasa beranggapan hamba adalah makhluk Tuhan yang biasa dan tidak akan lari dari kesilapan, akhirnya kini hamba telah menamatkan pengajian dan tidak lama lagi akan menjalani majlis konvokesyen. Syukur dipanjatkan kepada Illahi.
Oleh itu, ingin hamba memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin berjaya, sentiasa berusaha selagi masih berdaya; jangan sesekali mencari alasan untuk berjaya. Sentiasa mencari seseorang yang mesti dijadikan 'penanda aras' untuk dijadikan saingan dalam pembelajaran anda. Sentiasa desak diri anda untuk melakukan yang melebihi had anda, tetapi tidak menjejaskan kesihatan anda. Sentiasa ingat bahawa restu keluarga dan Tuhan sentiasa di sisi anda, insyaallah anda akan berjaya. Semasa Tingkatan 6, hamba sentiasa meletakkan sahabat hamba iaitu Nurul Hayati, Jamiah Ismail dan Mohamad Naim sebagai 'penanda aras' hamba. Manakala di universiti, banyak 'penanda aras' yang hamba letakkan antaranya masih Jamiah Ismail, Tan Jian Siong, Vivien, Jessie, adik beradik kembar; Abdul Rahman dan Abdul Rahim, Ahmad Jamil, Isma Hafiz, Shahrin Azwan, Mastura Ismail, Nurul Atiqah dan Faizal Alexander, Mohd Idrul Fitri serta rakan-rakan yang lain. Baiklah, sekian sahaja penulisan hamba. Diharapkan agar sentiasa berusaha dalam memajukan diri sendiri demi diri, keluarga dan negara.
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 2:13:00 PG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Ahad, Mac 04, 2012
Berita Yang Mengujakan Dan Menggembirakan!!
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 1:41:00 PG 0 ulasan
Label Berita Panas
Sabtu, Mac 03, 2012
Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Guru - Pendaftaran Di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 11:22:00 PTG 0 ulasan
Isnin, Februari 13, 2012
Catatan Khusus Kepada Kawan - MyCat UPSI
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 11:51:00 PG 0 ulasan
Label Berita Panas