BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, September 15, 2012

Salinan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Dipetik Dari Akhbar UTUSAN Malaysia)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Maaf buat sekelian kalinya, hamba telah lama tidak mengemaskini maklumat di dalam blog ini. Hamba kini telah bekerja dan agak sibuk untuk menulis di laman ini juga agak terhad dek kerana keletihan usai bekerja pada siang hari. Namun, di sini ingin hamba kongsikan bersama-sama semua sedikit gambar dan maklumat yang mana diperolehi dari akhbar mini yang terkandung di dalam suratkhabar UTUSAN Malaysia 2 hari yang lalu. Maklumat ini boleh digunakan sebagai tambahan untuk bakal-bakal guru yang bakal menghadapi temuduga (jika berita gembira yg diumumkan pada 29 September ini terjadi). Di sini hamba sertakan maklumat ini di dalam bentuk dokumen (pdf). Harap dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan sealiran di luar sana.


SILA TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN DOKUMEN (4SHARED)



Isnin, Ogos 06, 2012

Terima Kasih, Dato' Lee Chong Wei!! - Perjuangan Emas Di Olimpik


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati dan dicintai sekalian. Sudah sekian lama juga hamba tidak menulis sebarang tinta setelah pos terakhir di laman ini. Mungkin pada masa kini sudah berpuluh-puluh post telah dikeluarkan mengenai Dato' Lee Chong Wei. Post dari hamba ini juga mungkin salah satu daripadanya. Namun, hadirnya pos hamba bukannya untuk memberi kritikan atau membuat analisis permainan yang telah pun berlalu.


Perlawanan sengit antara Dato' Lee Chong Wei dan Jaguh No.1 Badminton Dunia, Lin Dan dari China untuk menentukan pingat emas Olimpik 2012, badminton perseorangan lelaki.

     Boleh dikatakan sebahagian rakyat Malaysia adanya, terutama peminat setia badminton pasti tidak sanggup melepaskan peluang untuk melihat aksi beliau tepat pada jam 8.00 malam tadi, menerusi TV1 atau siaran berbayar Astro. Hamba juga tidak ketinggalan menyaksikannya, walaupun agak kelewatan menyaksikannya. Terima kasih pada pihak stesen televisyen Malaysia yang telah bersusah payah menyambung siaran langsung perlawanan tersebut. Tatkala melihat adegan pertarungan di layar televisyen tersebut, hamba turut terasa debarnya. Rasa teruja, kalut, gementar, debar kesemuanya brcantum menjadi satu. Tidak selesa rasanya duduk di atas kerusi, menurun ke lantai kemudian di dalam bilik. Keluarga turut tak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut dengan ayahanda dan bonda turut bersorak memberikan sokongan. Hamba tak dapat menahan diri dari menjerit menyatakan sokongan setulus hati pada Dato' Lee Chong Wei, meskipun hanya dari rumah; walaupun tahu tak dapat didengari beliau yang bertarung sehabis daya di situ. Tatkala mendengar sorakan dari pasukan seteru, China kepada pemain mereka rasa panas di hati dan membalas kembali sorakan itu, meskipun tahu bahawa mereka semua tak akan mendengarnya.


Dato' Lee Chong Wei tidak dapat menahan sebak apabila tumpas tipis di tangan Lin Dan, dengan keputusan  15-21, 21-10 dan 21-19

       Tak malu dikatakan sekeluarga bersorak sorai tak ubah melihat perlawanan bola sepak pula. Hampir sakit jantung hamba dibuatnya, setiap kali melihat bulu tangkis tujahan lawan berjaya membolosi pertahanan beliau. Berdiri bulu roma, bila melihat stroke-stroke, lob dan smash kencang yang dilayangkan oleh Lin Dan pada beliau. Hamba turut menghela nafas lega bila hentaman dari Lin Dan dapat ditangkis, dielak oleh beliau. Seiring sekata bak kata orang. Apabila tiba saat-saat penentuan, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya dan kencangnya getaran hati hamba (bahkan seluruh rakyat Malaysia umumnya);  bahkan mungkin Dato' Lee Chong Wei sendiri yang ketika itu bertarung berhabis-habisan untuk dirinya dan rakyat Malaysia. Hanya Tuhan juga yang tahu bila melihat kesayuan dan kesedihan yang terpampang pada wajah jaguh badminton Malaysia itu bila tumpas tipis pada jaguh dari China itu pada set penentuan terakhir. Malah tidak segan juga hamba katakan bahawa hamba dan bonda menitiskan air mata bila melihat wajah sedih beliau kala itu.


Jangan bersedih Dato'! Kami semua sangat bangga dengan Dato'!

       Ayahanda pula bertepuk tangan, bangga katanya kerana beliau telah menunjukkan semangat menentang dan berusaha yang gigih. Hamba turut bertepuk tangan, bangga sebangganya melihat kesungguhan beliau. Walaupun tewas, tapi dengan penuh maruah dan penghormatan sebagai seorang jaguh sejati, sebagaimana orang Malaysia yang tak rela mengaku kalah dan berjuang penuh upaya dalam setiap bidang / usaha yang diceburi. Boleh dikatakan hamba turut kagumi semangat beliau. Bila melihat majlis penyampaian pingat, sekali lagi hamba menitiskan air mata keharuan bilamana melihat wajah duka Dato' Lee Chong Wei kala itu. Di hati, terdetik berkata," Jangan sedih! Anda sedih, kami jua turut bersedih!" Lalu, terus membuka laman Facebook dan Twitter hamba, menyatakan dorongan kepada beliau.

      Insyaallah, semangat ini akan terus berkembang dan menjadi dorongan kepada atlet-atlet pelapis seterusnya untuk maju ke hadapan. Dato' Lee Chong Wei suatu masa kelak akan menjadi jurulatih, yang mana insyaallah juga akan dapat melahirkan pelapis badminton masa hadapan kelak. Bukan sahaja dalam sukan badminton, malah dalam sukan-sukan yang lain juga. Di sini ingin hamba selitkan rasa penghargaan kepada Dato' Lee Chong Wei atas daya usaha anda, keringat anda, susah payah anda dan perhatian anda atas permintaan rakyat Malaysia ini. Terima kasih banyak-banyak atas usaha anda, jangan bersedih atas kekalahan itu, kerana kami rakyat Malaysia sangat-sangat berbangga atas usaha dan semangat yang anda tunjukkan di gelanggang itu. Kami sentiasa di belakang anda, memberikan semangat pada anda untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih Dato' Lee Chong Wei dan hamba bangga kerana kita sama-sama anak Malaysia, di bumi berdaulat ini, bumi bertuah ini. Terima kasih!

Rabu, Julai 18, 2012

STPM Memoria - Contoh Folio Pendidikan Seni Visual STPM (Kertas 3)

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati. Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana hamba diberi peluang untuk menulis di ruangan ini kembali setelah beberapa lama menyepikan diri. Alhamdulillah juga, hamba akhirnya menemui 'sejarah' hasil karya hamba yang tertanam di dasar fail yang telah lama disimpan. Ini adalah salinan gambar berkaitan dengan folio Pendidikan Seni Visual (PSV) STPM yang mana merupakan hasil untuk PSV Kertas 3 ketika itu. Ini sekaligus menggamit kenangan hamba terhadap sekolah yang mencatat sejarah kegemilangan tersendiri, iaitu SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Baiklah, hamba akan membiarkan rakan-rakan semua meneliti kesemua gambar yang hamba sediakan.

 ~ Peringatan ~ 
Ini merupakan hanya sebahagian daripada bahagian-bahagian di dalam folio

Untuk kertas 3 tersebut, hamba telah mengambil soalan yang menghendaki pelajar untuk membina sebuah rekabentuk landskap bagi sebuah taman permainan kanak-kanak yang bersesuaian dengan taska / tabika. Oleh itu, hamba telah mengambil inspirasi daripada haiwan akuatik untuk dijadikan sebagai sumber idea. Oleh itu, secara logiknya kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) Aspek keselamatan kanak-kanak yang bermain
- Rekabentuk peralatan permainan, struktur permainan, bahan / medium yang digunakan untuk pembinaan peralatan permainan dan rekabentuk landskap taman.

b) Aspek keceriaan taman
- Tumbuh-tumbuhan yang sesuai diletakkan di taska : tidak mendatangkan ketidakselesaan pada kanak-kanak, memudahkan penjagaan.
- Warna-warna yang digunakan adalah ceria dan bersesuaian dengan dunia kanak-kanak.



Maklumat isi kandungan - Perlu diisi dengan kemas dan teliti



 Permasalahan - Adalah perkara yang berkaitan dengan topik / sesuatu yang kita sedang kaji / teliti. Tujuannya adalah supaya kita akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan tajuk atau perkara yang ingin dikaji / diteliti / diadakan.

          

Kajian Perpustakaan - Kajian yang diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan (buku, majalah, poster dan sebagainya; yang maknanya boleh dilihat dan dibaca) sama ada milikan sendiri atau diperolehi dari perpustakaan. Nota pelajaran juga boleh dijadikan bahan.





Contoh hasil kajian perpustakaan



Kajian Gambar - Kajian yang diperolehi daripada gambar-gambar yang diperolehi sama ada menerusi internet, buku dan sebagainya (bukan dari kamera)





Contoh hasil kajian gambar



Rabu, Julai 04, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Memahami Tool Extracts Dalam Adobe Photoshop

Latar belakang yang 'bersih' akan menimbulkan impak terhadap subjek utama yang disusun dalam sesebuah komposisi gambar. Namun begitu tidak semua gambar yang dirakam memiliki latar belakang yang bersih atau bersesuaian dengan subjek tersebut terutamanya jika subjek tersebut adalah di luar kawalan kita seperti subjek alam semulajadi serangga, bunga-bungaan dan sebagainya. Jika ini berlaku, jurugambar digital biasanya terpaksa menggantikan latar belakang asal dengan gambar latar belakang yang berbeza semata-mata untuk memantapkan kualiti gambar yang dihasilkan. Untuk menghasilkan proses menukar latar belakang gambar dengan mudah maka Adobe Photoshop telah menyediakan tool yang khusus untuk tujuan ini iaitu tool Extract. Artikel kali ini akan melihat secara terperinci fungsi tool Extract dan seterusnya langkah-langkah mudah untuk menukar gambar latar belakang supaya ia kelihatan serasi atau 'seamless' yakni, keseluruhan komposisi gambar tidak kelihatan seperti kolaj.

1. Rajah ini menunjukkan gambar sebelum dan selepas latar belakang ditukar kepada latar belakang baru.



















2. Sediakan dahulu gambar yang hendak ditukar latar belakangnya. Antara kriteria utama yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu gambar sesuai diaplikasikan dengan tool Extract adalah memilih gambar yang memiliki latar belakang yang tidak terlalu 'bersekali' dengan subjek utama. Gambar yang terdapat perbezaan jelas antara subjek dengan latar belakang adalah antara gambar yang mudah diaplikasikan dengan tool Extract.























3. Pilih menu Filter > Extract.
















4. Rajah ini menunjukkan dialog tool Extract.




















5. Sebelum proses 'melukis' bahagian tepi boleh dimulakan, beberapa pilihan parameter mesti dilakukan. Pertama, klik pada ikon tool Edge Highlighter dan keduanya, pilih saiz berus yang bersesuaian dengan gambar yang anda gunakan.




















Kelas Grafik (Photoshop) - Penggunaan Filter

Photoshop CS3 adalah antara perkakasan yang digunakan untuk merawat gambar atau membina tekstur. Untuk membina tekstur, anda boleh gunakan Filter yang telah disediakan dalam Photoshop bagi memudahkan tugas dan cepat dihasilkan. Mari kita lohat penggunaan Filter.

1. Buka Photoshop.














2. Buka sebuah gambar fail yang mudah dan ringkas. Sebagai contoh hamba gunakan gambar di atas.
















3. Klik pada Filter dan anda dapati ada Extract, Filter Gallery, Liquify, Pattern Maker dan Vanishing Point.























* Extract *

4. Mula-mula kita gunakan Extract. Extract digunakan untuk mengekstrak atau menarik keluar mana-mana bahagian gambar yang dikehendaki.
















5. Klik pada Highlight Pen dan tandakan sekeliling imej yang anda mahu. Anda boleh ubah saiz pen dengan mengubah pada Tool Options.

















6. Teruskan dengan Highlight Pen pada segala objek yang anda mahu.

















Selasa, Julai 03, 2012

'Lawatan Seketika' Di Rancangan "So You Think You Can Dance"

    Sebelum hamba menyambung pembelajaran menerusi Nota Grafik (Photoshop), mari sama-sama 'melegakan' tekanan stress di otak dengan sekadar melihat tarian menerusi rancangan popular televisyen di Amerika iaitu So You Think You Can Dance. Teringin di hati ingin menari seperti peserta-peserta ini, namun lebih molek kiranya untuk pengetahuan dan kesihatan, kerana tarian juga mampu memberikan senaman yang baik buat tubuh, selain daripada berlari di taman dan sebagainya. Jom kenali penari dan 'tarian' yang dilakukan. 

Bryan Gaynor - Manusia 'Robot' Kurang Upaya Terbaik



Robert Muriane - Manusia 'Robot' Terbaik


(Season 7) Lauren & Twitch - Hip Hop (My Chick Bad) 


(Season 7) Lauren & Mark - Tahitian Dance (Jungle)


Isnin, Julai 02, 2012

Bakat Terpendam Yang Mempesona! - I Got Your Talent Bro!

    Baiklah, di sini hamba sekadar ingin berkongsi rasa teruja dengan bakat-bakat terpendam yang mana tidak terjangka oleh kita. Mereka semua ini adalah manusia yang telah berjaya melangkaui pemikiran akal logik yang sepatutnya tidak terjadi. Ini membuktikan bahawa sekiranya kita mahu, kita akan dapat apa yang diidamkan. Maka, berusahalah sehingga jaya tanpa mengira dalam apa-apa bidang sekalipun. Di sini, hamba sertakan beberapa video yang selama ini dijadikan 'sebahagian' inspirasi untuk terus menuju kejayaan dalam hidup.

Britain's Got Talent ( Susan Boyle - 47 Tahun)


Lontaran suaranya sangat soprano!!

Britain's Got Talent (Kieran Gaffney - 12 Tahun)


Permainan drum yang asas, tetapi pantas dan tidak kehilangan ritma lagu latar!

Britain's Got Talent (Ronan Parke - 12 Tahun)


Suaranya adalah umpama 'emas', boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dengan sangat baik dan lancar (nafas yang baik)!

Britain's Got Talent (Robbie Firmin - 7 Tahun)


Kanak-kanak berusia 7 tahun yang mampu menyanyikan lagu lebih 'matang' dari kebanyakan kanak-kanak seusianya; malah kelakar juga orangnya

Korean's Got Talent (Sung-Bong Choi - Gelandangan)


Lontaran suaranya sangat klasik dan sesuai dengan lagu; dan mampu 'mendiamkan' audiens
ANDA PERCAYA ATAU TIDAK?

JIKA TIDAK, NIKMATINYA, DAN PERCAYALAH!


Buih Yang Berterbangan