BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, September 29, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Menambah Bingkai Pada Imej Digital


   Imej digital boleh dipross untuk pelbagai aplikasi dan kegunaan yang khusus. Dengan menggunakan teknologi Digital Darkroom, pelbagai kesan khas boleh diaplikasikan pada dokumen foto digital bagi menambahkan impak presentasi dan kesan-kesan ini dapat dilakukan dengan mudah.

     Menambahkan bingkai pada foto digital membuatkan ia kelihatan lebih profesional. Menariknya, proses penghasilan bingkai pula dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Di sini hamba akan membuat demonstrasi imej asal yang bersaiz 3504 pixel x 2336 pixel pada kadar resolusi 240 ppi yang dihasilkan dengan menggunakan kamera digital dengan lensa berkapasiti 8.2 megapixel. Imej asal ini akan dikecilkan menjadi 640 pixel x 640 pixel atau 72 ppi sahaja beserta dengan bingkai dan tajuk foto ini. Sila ambil perhatian bahawa imej ini diproses khas untuk tujuan sisipan e-mel dan paparan dala talian terutamanya untuk sesawang web. Proses mengecil, membuat bingkai dan menambahkan tajuk ini dirakam sebagai Action. Action ini boleh diaplikasikan terhadap sejumlah imej foto yang lain yang hendak digunakan untuk tujuan persembahan, sisipan e-mail atau paparan dalam talian.

1. Rajah ini menunjukkan imej sebelum dan selepas menambahkan foto harimau.













2. Sebelum meneruskan proses menambahkan bingkai, sebaiknya anda mestilah memeriksa saiz asal dokumen imej digital yang bakal diproses. Pilh menu Image > Image Size. Dalam tetingkap Image Size, dimensi sebenar dokumen yang berkenaan itu dipaparkan sama ada dalam ukuran pixel atau pun inci iaitu 3504 pixel x 2336 pixel (14.6' x 9.733') pada 240 ppi (Pixels per inch). Dimensi dokumen ini terlalu besar untuk kegunaan umum seperti paparan dalam sesawang, dan juga kegunaan berasaskan multimedia.




















3. Proses ini dimulakan dengan menghasilkan Action baru yang dinamakan Foto Border. Anda boleh memberikan apa-apa sahaja nama yang difikirkan bersesuaian supaya action ini mudah dikenalpasti kelak. Klik pada ikon folder yang bertanda A. Tetingkap dialog New Set dipaparkan. Taipkan nama folder Action iaitu 'Foto Border'. Tekan OK setelah selesai.



















4. Klik pada ikon muka surat (Create New Action) yang bertanda A. Tetingkap New Action dipaparkan, di dalam petak Name, taipkan Border Lanskap. Klik Record.


















5. Perhatikan bahawa ikon rakam (Record) bertukar menjadi warna merah. Ini menunjukkan  bahawa Action Border Lanskap aktif dan merakam apa-apa sahaja perubahan yang anda lakukan pada dokumen asal (foto harimau tadi).

















Sekadar Coretan Ringkas ~ Sunshine!



Supreme Commander - Nurarihyon (Datuk Nura Rikuo semasa muda)

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger yang dihormati sekalian. Semoga kalian semua sihat dan sejahtera hendaknya bersama-sama keluarga dan yang tersayang. Arakian kisahnya, hamba  kini masih lagi menunggu saat untuk ditemuduga bagi mendapatkan jawatan guru berijazah DG41. Walaupun ketinggalan kira-kira 2 jam setengah menyaksikan pembentangan Bajet 2013 pada hari semalam, namun hamba dapat mengikuti olahan dan pembentangan YAB Perdana Menteri menerusi penulisan pembantunya di laman Facebook beliau. Nyata agak hampa, kerana ketiadaan sebutan mengenai tarikh atau sebarang 'berita' mengenai nasib kami 10,000 graduan ijazah pendidikan yang tertunggu-tunggu di hadapan peti maya ini. Namun, keseluruhannya, hamba agak berpuas hati dengan pembentangan bajet ini yang dilihat adalah seimbang dan mengambil kira setiap sudut yang dilihat boleh membangun dengan strategik dan baik untuk digunakan dalam masa 5 tahun akan datang. 


Nura Rikuo, Third Commander (Generasi Ke-3) - Versi yokai / malam (belakang, berpedang) dan versi manusia / pagi (depan, bercermin mata)

     Baiklah, kita tinggalkan sejenak persoalan itu. Di sini, hamba sekadar ingin berkongsi akan lagu yang hamba perolehi dari siri animasi (anime) Jepun iaitu Nurarihyon No Mago yang bertajuk "Sunshine". Ini terjadi setelah diperkenalkan oleh adinda hamba, Husain (Ude) yang juga punya kegemaran yang sama dengan kekandanya ini. Jalan ceritanya lebih menarik dan triller, yang mana menampilkan gabungan antara yakuza (samseng di Jepun) dan yokai (hantu/semangat jahat Jepun). Bayangkanlah seorang remaja berusia 13 tahun sebenarnya adalah kelahiran separuh manusia-yokai dan sebenarnya adalah ketua yakuza bagi yokai-yokai di seluruh Jepun? Menarik untuk ditonton bukan? Bila ditonton, hamba bukan sahaja 'jatuh cinta' dengan reaksi bersahaja (cool) watak utamanya, Nura Rikuo yang mana menjadi manusia pada siang hari dan bertukar watak sebagai ketua yakuza yokai pada malamnya; namun lebih berpihak kepada kasih sayang, kesetiaan dan kekukuhan persaudatraan dan persahabatan. Ini nyata berbeza dengan sisi 'gelap' yang telah dibina oleh Jepun sebagai negara pengeluar cerita-cerita seram bertaraf Hollywood. Baiklah, di sini hamba sertakan lagu pembukaan "Sunshine" yang menjadi kegemaran hamba. Paling disukai adalah apabila mereka boleh menyatukan bahasa Jepun dan Inggeris dalam lagu ini. Di sini hamba sertakan video yang telah diedit serta lirik lagu dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun.



Sunshine (Versi Jepun)
Ashita wo terasu yo sunshine
Mado kara sashikomu
Tobira hiraite...iye..iye...iye
Yea....Yea......A.....Wow!
Stop!
‘Cuz you got me thinkin’ that I’m a little quicker (Ow....)
Maybe the rhythm’s up, but I won’t ever let ‘cha (No....)
I wish that you could see it for yourself
It’s not, it’s not your stop, hey yo yada
I never thought that I’d take over it all
Now I know that there’s a windfall
You know it’s on and on and off and on, no one gets away
(Korus)
Boku no yume wa doko ni aru no ka?
Kage mo katachi mo mienakute
Oikaketeta mamorubeki mono
There’s a sunshine in my mind?
Ashita wo terasu yo sunshine
Doko made mo tsudzuku
Me no mae ni hirogaru hikari no saki he
Mirai no sunshine
Kagayaku sunshine
I know it’s hard, just take a chance
Shinjite
Ashita mo hareru kara
Wooo.......Yea..Yea..

Sunshine (Versi Bahasa Inggeris)
The sunshine will shine tomorrow
Pouring in through the window
Open the door...
Yea.....Yea....A....Wow!
Stop!
‘Cuz you got me thinkin’ that I’m a little quicker (Ow....)
Maybe the rhythm’s up, but I won’t ever let ‘cha (No....)
I wish that you could see it for yourself
It’s not, it’s not your stop, hey yo no!
I never thought that I’d take over it all
Now I know that there’s a windfall
You know it’s on and on and off and on, no one gets away
(Korus)
Where is my dream?
I can’t see its shadow or forms
I have to protect the things I chase after
There’s a sunshine in my mind?
The sunshine will shine tomorrow
And will keep on going forever
Beyond the light that is spreading out before my eyes
The future’s sunshine
The radiant sunshine
I know it’s hard, just take a chance
Believe
Because tomorrow will be clear too
Woo....Yea..Yea...


P/s : Menonton anime ni lebih elok dari menonton video "Oppa Gangnam Style", yang nyata menunjukkan perkara yang kurang sopan. Jika tak suka, hamba hanya beri pandangan.

Sabtu, September 15, 2012

Salinan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Dipetik Dari Akhbar UTUSAN Malaysia)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Maaf buat sekelian kalinya, hamba telah lama tidak mengemaskini maklumat di dalam blog ini. Hamba kini telah bekerja dan agak sibuk untuk menulis di laman ini juga agak terhad dek kerana keletihan usai bekerja pada siang hari. Namun, di sini ingin hamba kongsikan bersama-sama semua sedikit gambar dan maklumat yang mana diperolehi dari akhbar mini yang terkandung di dalam suratkhabar UTUSAN Malaysia 2 hari yang lalu. Maklumat ini boleh digunakan sebagai tambahan untuk bakal-bakal guru yang bakal menghadapi temuduga (jika berita gembira yg diumumkan pada 29 September ini terjadi). Di sini hamba sertakan maklumat ini di dalam bentuk dokumen (pdf). Harap dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan sealiran di luar sana.


SILA TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN DOKUMEN (4SHARED)



Isnin, Ogos 06, 2012

Terima Kasih, Dato' Lee Chong Wei!! - Perjuangan Emas Di Olimpik


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati dan dicintai sekalian. Sudah sekian lama juga hamba tidak menulis sebarang tinta setelah pos terakhir di laman ini. Mungkin pada masa kini sudah berpuluh-puluh post telah dikeluarkan mengenai Dato' Lee Chong Wei. Post dari hamba ini juga mungkin salah satu daripadanya. Namun, hadirnya pos hamba bukannya untuk memberi kritikan atau membuat analisis permainan yang telah pun berlalu.


Perlawanan sengit antara Dato' Lee Chong Wei dan Jaguh No.1 Badminton Dunia, Lin Dan dari China untuk menentukan pingat emas Olimpik 2012, badminton perseorangan lelaki.

     Boleh dikatakan sebahagian rakyat Malaysia adanya, terutama peminat setia badminton pasti tidak sanggup melepaskan peluang untuk melihat aksi beliau tepat pada jam 8.00 malam tadi, menerusi TV1 atau siaran berbayar Astro. Hamba juga tidak ketinggalan menyaksikannya, walaupun agak kelewatan menyaksikannya. Terima kasih pada pihak stesen televisyen Malaysia yang telah bersusah payah menyambung siaran langsung perlawanan tersebut. Tatkala melihat adegan pertarungan di layar televisyen tersebut, hamba turut terasa debarnya. Rasa teruja, kalut, gementar, debar kesemuanya brcantum menjadi satu. Tidak selesa rasanya duduk di atas kerusi, menurun ke lantai kemudian di dalam bilik. Keluarga turut tak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut dengan ayahanda dan bonda turut bersorak memberikan sokongan. Hamba tak dapat menahan diri dari menjerit menyatakan sokongan setulus hati pada Dato' Lee Chong Wei, meskipun hanya dari rumah; walaupun tahu tak dapat didengari beliau yang bertarung sehabis daya di situ. Tatkala mendengar sorakan dari pasukan seteru, China kepada pemain mereka rasa panas di hati dan membalas kembali sorakan itu, meskipun tahu bahawa mereka semua tak akan mendengarnya.


Dato' Lee Chong Wei tidak dapat menahan sebak apabila tumpas tipis di tangan Lin Dan, dengan keputusan  15-21, 21-10 dan 21-19

       Tak malu dikatakan sekeluarga bersorak sorai tak ubah melihat perlawanan bola sepak pula. Hampir sakit jantung hamba dibuatnya, setiap kali melihat bulu tangkis tujahan lawan berjaya membolosi pertahanan beliau. Berdiri bulu roma, bila melihat stroke-stroke, lob dan smash kencang yang dilayangkan oleh Lin Dan pada beliau. Hamba turut menghela nafas lega bila hentaman dari Lin Dan dapat ditangkis, dielak oleh beliau. Seiring sekata bak kata orang. Apabila tiba saat-saat penentuan, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya dan kencangnya getaran hati hamba (bahkan seluruh rakyat Malaysia umumnya);  bahkan mungkin Dato' Lee Chong Wei sendiri yang ketika itu bertarung berhabis-habisan untuk dirinya dan rakyat Malaysia. Hanya Tuhan juga yang tahu bila melihat kesayuan dan kesedihan yang terpampang pada wajah jaguh badminton Malaysia itu bila tumpas tipis pada jaguh dari China itu pada set penentuan terakhir. Malah tidak segan juga hamba katakan bahawa hamba dan bonda menitiskan air mata bila melihat wajah sedih beliau kala itu.


Jangan bersedih Dato'! Kami semua sangat bangga dengan Dato'!

       Ayahanda pula bertepuk tangan, bangga katanya kerana beliau telah menunjukkan semangat menentang dan berusaha yang gigih. Hamba turut bertepuk tangan, bangga sebangganya melihat kesungguhan beliau. Walaupun tewas, tapi dengan penuh maruah dan penghormatan sebagai seorang jaguh sejati, sebagaimana orang Malaysia yang tak rela mengaku kalah dan berjuang penuh upaya dalam setiap bidang / usaha yang diceburi. Boleh dikatakan hamba turut kagumi semangat beliau. Bila melihat majlis penyampaian pingat, sekali lagi hamba menitiskan air mata keharuan bilamana melihat wajah duka Dato' Lee Chong Wei kala itu. Di hati, terdetik berkata," Jangan sedih! Anda sedih, kami jua turut bersedih!" Lalu, terus membuka laman Facebook dan Twitter hamba, menyatakan dorongan kepada beliau.

      Insyaallah, semangat ini akan terus berkembang dan menjadi dorongan kepada atlet-atlet pelapis seterusnya untuk maju ke hadapan. Dato' Lee Chong Wei suatu masa kelak akan menjadi jurulatih, yang mana insyaallah juga akan dapat melahirkan pelapis badminton masa hadapan kelak. Bukan sahaja dalam sukan badminton, malah dalam sukan-sukan yang lain juga. Di sini ingin hamba selitkan rasa penghargaan kepada Dato' Lee Chong Wei atas daya usaha anda, keringat anda, susah payah anda dan perhatian anda atas permintaan rakyat Malaysia ini. Terima kasih banyak-banyak atas usaha anda, jangan bersedih atas kekalahan itu, kerana kami rakyat Malaysia sangat-sangat berbangga atas usaha dan semangat yang anda tunjukkan di gelanggang itu. Kami sentiasa di belakang anda, memberikan semangat pada anda untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih Dato' Lee Chong Wei dan hamba bangga kerana kita sama-sama anak Malaysia, di bumi berdaulat ini, bumi bertuah ini. Terima kasih!

Rabu, Julai 18, 2012

STPM Memoria - Contoh Folio Pendidikan Seni Visual STPM (Kertas 3)

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati. Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana hamba diberi peluang untuk menulis di ruangan ini kembali setelah beberapa lama menyepikan diri. Alhamdulillah juga, hamba akhirnya menemui 'sejarah' hasil karya hamba yang tertanam di dasar fail yang telah lama disimpan. Ini adalah salinan gambar berkaitan dengan folio Pendidikan Seni Visual (PSV) STPM yang mana merupakan hasil untuk PSV Kertas 3 ketika itu. Ini sekaligus menggamit kenangan hamba terhadap sekolah yang mencatat sejarah kegemilangan tersendiri, iaitu SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Baiklah, hamba akan membiarkan rakan-rakan semua meneliti kesemua gambar yang hamba sediakan.

 ~ Peringatan ~ 
Ini merupakan hanya sebahagian daripada bahagian-bahagian di dalam folio

Untuk kertas 3 tersebut, hamba telah mengambil soalan yang menghendaki pelajar untuk membina sebuah rekabentuk landskap bagi sebuah taman permainan kanak-kanak yang bersesuaian dengan taska / tabika. Oleh itu, hamba telah mengambil inspirasi daripada haiwan akuatik untuk dijadikan sebagai sumber idea. Oleh itu, secara logiknya kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) Aspek keselamatan kanak-kanak yang bermain
- Rekabentuk peralatan permainan, struktur permainan, bahan / medium yang digunakan untuk pembinaan peralatan permainan dan rekabentuk landskap taman.

b) Aspek keceriaan taman
- Tumbuh-tumbuhan yang sesuai diletakkan di taska : tidak mendatangkan ketidakselesaan pada kanak-kanak, memudahkan penjagaan.
- Warna-warna yang digunakan adalah ceria dan bersesuaian dengan dunia kanak-kanak.



Maklumat isi kandungan - Perlu diisi dengan kemas dan teliti



 Permasalahan - Adalah perkara yang berkaitan dengan topik / sesuatu yang kita sedang kaji / teliti. Tujuannya adalah supaya kita akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan tajuk atau perkara yang ingin dikaji / diteliti / diadakan.

          

Kajian Perpustakaan - Kajian yang diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan (buku, majalah, poster dan sebagainya; yang maknanya boleh dilihat dan dibaca) sama ada milikan sendiri atau diperolehi dari perpustakaan. Nota pelajaran juga boleh dijadikan bahan.





Contoh hasil kajian perpustakaan



Kajian Gambar - Kajian yang diperolehi daripada gambar-gambar yang diperolehi sama ada menerusi internet, buku dan sebagainya (bukan dari kamera)





Contoh hasil kajian gambar



Rabu, Julai 04, 2012

Kelas Grafik (Photoshop) - Memahami Tool Extracts Dalam Adobe Photoshop

Latar belakang yang 'bersih' akan menimbulkan impak terhadap subjek utama yang disusun dalam sesebuah komposisi gambar. Namun begitu tidak semua gambar yang dirakam memiliki latar belakang yang bersih atau bersesuaian dengan subjek tersebut terutamanya jika subjek tersebut adalah di luar kawalan kita seperti subjek alam semulajadi serangga, bunga-bungaan dan sebagainya. Jika ini berlaku, jurugambar digital biasanya terpaksa menggantikan latar belakang asal dengan gambar latar belakang yang berbeza semata-mata untuk memantapkan kualiti gambar yang dihasilkan. Untuk menghasilkan proses menukar latar belakang gambar dengan mudah maka Adobe Photoshop telah menyediakan tool yang khusus untuk tujuan ini iaitu tool Extract. Artikel kali ini akan melihat secara terperinci fungsi tool Extract dan seterusnya langkah-langkah mudah untuk menukar gambar latar belakang supaya ia kelihatan serasi atau 'seamless' yakni, keseluruhan komposisi gambar tidak kelihatan seperti kolaj.

1. Rajah ini menunjukkan gambar sebelum dan selepas latar belakang ditukar kepada latar belakang baru.



















2. Sediakan dahulu gambar yang hendak ditukar latar belakangnya. Antara kriteria utama yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu gambar sesuai diaplikasikan dengan tool Extract adalah memilih gambar yang memiliki latar belakang yang tidak terlalu 'bersekali' dengan subjek utama. Gambar yang terdapat perbezaan jelas antara subjek dengan latar belakang adalah antara gambar yang mudah diaplikasikan dengan tool Extract.























3. Pilih menu Filter > Extract.
















4. Rajah ini menunjukkan dialog tool Extract.




















5. Sebelum proses 'melukis' bahagian tepi boleh dimulakan, beberapa pilihan parameter mesti dilakukan. Pertama, klik pada ikon tool Edge Highlighter dan keduanya, pilih saiz berus yang bersesuaian dengan gambar yang anda gunakan.




















Kelas Grafik (Photoshop) - Penggunaan Filter

Photoshop CS3 adalah antara perkakasan yang digunakan untuk merawat gambar atau membina tekstur. Untuk membina tekstur, anda boleh gunakan Filter yang telah disediakan dalam Photoshop bagi memudahkan tugas dan cepat dihasilkan. Mari kita lohat penggunaan Filter.

1. Buka Photoshop.














2. Buka sebuah gambar fail yang mudah dan ringkas. Sebagai contoh hamba gunakan gambar di atas.
















3. Klik pada Filter dan anda dapati ada Extract, Filter Gallery, Liquify, Pattern Maker dan Vanishing Point.























* Extract *

4. Mula-mula kita gunakan Extract. Extract digunakan untuk mengekstrak atau menarik keluar mana-mana bahagian gambar yang dikehendaki.
















5. Klik pada Highlight Pen dan tandakan sekeliling imej yang anda mahu. Anda boleh ubah saiz pen dengan mengubah pada Tool Options.

















6. Teruskan dengan Highlight Pen pada segala objek yang anda mahu.

















Buih Yang Berterbangan