Kira-kira pukul 2 petang, tibalah rombongan dari saudara-mara sebelah ayahanda saudara yang hamba panggil Chik Mie. Dia adalah suami kepada bonda saudaraku, Asmadiah atau hamba panggil Chik Diah. Seronok rasanya berbual dengan mereka. Bonda apatah lagi, melayan kerenah mereka yang berselera benar bersantap dengan masakan wajib keluarga hamba semasa raya; Masak Lodeh Johor, Sayur Goreng, Ayam Masam Manis 3 Rasa, Rendang Daging Ala Minang dan Nasi Impit (buat secara tradisional : guna tangan). Kemudian, datang pula bonda saudara hamba yang bongsu, Achik Siti dan suami, Achik Apis. Bertambah gamat jadinya suasana di rumah. Rumah hamba jadi tempat berkumpul kerana nenda hamba yang berdua telah pulang ke rahmatullah, maka bonda hambalah yang menjadi ingatan mereka menggantikan arwah nenda.Papan Pernyataan / Pengumuman
Sila "Like" Jika Suka Sangat!
Nak Tukar Font? Silakan....
Translator Bahasa Hamba!
Isnin, September 28, 2009
Catatan Kenangan Di Hari Raya
Tweet
Kira-kira pukul 2 petang, tibalah rombongan dari saudara-mara sebelah ayahanda saudara yang hamba panggil Chik Mie. Dia adalah suami kepada bonda saudaraku, Asmadiah atau hamba panggil Chik Diah. Seronok rasanya berbual dengan mereka. Bonda apatah lagi, melayan kerenah mereka yang berselera benar bersantap dengan masakan wajib keluarga hamba semasa raya; Masak Lodeh Johor, Sayur Goreng, Ayam Masam Manis 3 Rasa, Rendang Daging Ala Minang dan Nasi Impit (buat secara tradisional : guna tangan). Kemudian, datang pula bonda saudara hamba yang bongsu, Achik Siti dan suami, Achik Apis. Bertambah gamat jadinya suasana di rumah. Rumah hamba jadi tempat berkumpul kerana nenda hamba yang berdua telah pulang ke rahmatullah, maka bonda hambalah yang menjadi ingatan mereka menggantikan arwah nenda.Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 10:01:00 PG 0 ulasan
Jumaat, September 18, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Tweet
Assalamualaikum sekali lagi...hamba dengan rendah dirinya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada kata tersilap bicara, ada perlakuan yang melampaui batasnya...Kini, kolej-kolej di UPSI mula mengalami 'kekosongan' yang amat tinggi kerana ketiadaan para pelajarnya yang telah pulang ke pangkuan keluarga yang tersayang sempena cuti Hari Raya yang bermula pada hari ini (maaf kalau salah maklumat). Hamba masih bertafakur di bumi UPSI ini kerana menghadiri kuliah terakhir pada pagi ini. Namun, pemandangan biasa melihat bilangan pelajar yang sedikit kerana telah 'menyahut' seruan keluarga di teratak masing-masing.
Tidak lupa juga hamba ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar hamba dari Semester 1 hingga kini; Prof. Zakaria Ali (Estetik & Sj Seni Dunia), Dr. Suhaimi (Sj Seni Tampak), cik Diyana Jumadi (Wacana BM), En Adnan Abd Aziz (Art Fundamental & Lakaran Asas), En. Amir Hashim (Asas Grafik), cik Zuraini Hj Jamil@Osman (Kenegaraan), Kapten Shahrizan Jamil (Pengurusan Kokurikulum), cik Norhana Mohd Salleh (Bahasa Jepun I), Dr. Harozila Ramli (Batik), cik Muriza Mustafa (Reka Bentuk Hiasan Dalaman@ Interior Design), Pn Mazyani Mat (English for Communication I), En Yusri (Olahraga), En. Roslan Sarmin (Pembangunan Sahsiah), Dr Suppiah a/l Nachiappan (Pembelajaran & Perkembangan Pelajar), Dr Mohd Johari Ab Hamid (Kritikan & Apreasiasi Seni), En Zaini Abdullah (Perkembangan Pendidikan di Malaysia-Falsafah & Dasar), Dr. Goh Hock Seng (English for Communication II), Dr. Roskang Jailani (Studio Lukisan), Dr Mohd Fauzi Sedon (Catan), En Abd Aziz Zalay@Zali (Reka Bentuk Industri), Dr Hassan Ghazali (Kurikulum Pendidikan Seni), En Nor Azman Abd Aziz (Seni Silat Gayong I) dan En Andy Hopkins dan cik Najwa (pembantu pensyarah Asas Grafik & Reka Bentuk Industri). Tidak dilupakan juga salam perpaduan dan Selamat Hari Raya kepada semua anak-anak gayong seluruh Malaysia, termasuk di UPSI.Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 1:00:00 PTG 0 ulasan
Label Ucapan Hari Raya
Peristiwa Yang Menggemparkan!!!
Tweet
Assalamualaikum, kepada semua rakan-rakan blog terutama kepada rakan-rakan yang mengambil Pendidikan Seni (AT 23)...sesungguhnya berlaku kegemparan yang maha dahsyat sedang melanda fakulti kini...hamba tidak dapat untuk menceritakannya dengan lebih lanjut kerana bimbang tersilap maklumat...Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 6:58:00 PG 0 ulasan
Label Berita Panas
Ahad, September 13, 2009
Ramadhan Yang Bakal Melabuhkan Tirai Keberkatan-Nya, Syawal Yang Bakal Membawa Keriangan Dalam Kesedihan...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 2:43:00 PG 0 ulasan
Label Raya N Puasa
Sabtu, September 05, 2009
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian III
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 12:00:00 PTG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian II
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 4:27:00 PG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian I
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 2:52:00 PG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Selasa, September 01, 2009
Hamba Seorang Pendikir...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 3:28:00 PG 0 ulasan











































