Assalamualaikum pada semua bloggers...Maaf andainya sudah lama tiada mengutuskan secebis untaian berita mahupun cerita mengenai hamba di kampus sepanjang 2 minggu ini...Al-maklum, hamba kini ibarat kehilangan 'tangan' yang berharga, iaitu laptop kerana kerosakan yang tidak dapat dielakkan...atas sebab tersebut hamba akan jarang-jarang dapat menulis di dada blog ini. Tapi, insyaallah..hamba akan memperoleh laptop & printer baru dalam jangka masa minggu hadapan...syukran...Namun, masa yang membataskan akibat kerja assignment & studio yang kian bertambah mungkin akan menghalang hamba juga sedikit sebanyak untuk berkarya di sini. Harap kamu semua dapat memahami & hamba mohon maaf pada semua.
Baiklah...arakian beginilah cerita-cerita hamba di sini...pada hari ini..
8 pagi - Hamba menjalani latihan Silat Gayong II di Gelanggang Tok Jenai. Pelajaran tambahan diajar oleh cikgu Azman iaitu dengan pelajaran Gerakan 41-50 & Gerakan Bunga Teratai. Agak sukar juga untuk mengingati langkah-langkah tambahan ini. Tapi hamba gagahi juga. Ini disebabkan kerana hamba tidak dapat mengikuti pelajaran minggu lepas, disebabkan Istiadat Perlimau Tapak & Perlimau Seni. Lebih mengujakan hamba, semakin ramai yang mendaftar dalam mata pelajaran Silat Gayong I pada hari ini. Ini sekaligus menambah semangat hamba untuk berlatih & memberikan yang terbaik dalam latihan. Keadaan tanah agak lembab & lecah, menyebabkan habis baju kami dilumuri oleh lumpur dan menjadikan kami tak ubah seperti anak kerbau yang berkubang di lumpur. Paling tidak pun, seperti pesawah & petani yang membanting tulang di sawah dan ladang...Cikgu kelihatan serius, tetapi hamba tahu di hatinya terselit rasa gembira dengan sambutan dari pelajar-pelajar (Gayong I) yang bersungguh-sungguh ingin mempertahankan warisan Melayu.
11 pagi - Ramai rakan-rakan hamba terpaksa pulang awal disebabkan tugasan yang harus diselesaikan. Hendak ditahan, tidak mungkin. Hamba juga faham, kerana tugasan hamba juga siap menanti di rumah. Kami menutup gelanggang setelah tamat semua latihan gerakan dengan Abang Jen & Kak Fizah. Kemudian, hamba tinggal di situ untuk melihat latihan rakan-rakan lelaki yang masih giat berlatih. Hamba juga menulis kembali catatan gerakan dalam latihan tadi sebagai panduan & ingatan dalam pertemuan atau latihan seterusnya. Berbual sebentar dengan Aliff dan Hafiz (Mr Kaiba), bertanyakan bagaimana keadaan & persepsi mereka tentang latihan & Silat Gayong sendiri. Syukran....Kemudian, berborak panjang dengan cikgu & senior-senior lain.
2 petang - Pulang ke rumah setelah membeli 2 ketul ayam goreng, Milo bungkus & 2 bungkus sabun basuh. Di kedai, hamba bertemu dengan seorang pakcik yang mulanya bertanyakan di mana gelanggang Silat Gayong di sini dan nama guru silat hamba (maknanya sekitar sini; mungkin disebabkan hamba berpakaian Gayong). Hamba menjawab di dalam kampus dan nama cikgu Nor Azman.. Pakcik tersebut mengatakan bahawa pilihan hamba memang tepat dan menyatakan kebaikan-kebaikan mengenai Gayong. Hamba juga senang dengan penyataan itu. Pakcik tersebut juga menasihati hamba supaya belajar gerakan-gerakan dalam silat dengan rajin dan tekun, sebagai mempertahankan sekaligus memelihara warisan bangsa Melayu. Kemudian, beliau beredar bersama isterinya. Apa yang hamba ingat, pakcik tersebut berpakaian batik berwarna biru, berusia kira-kira 40-an atau 50-an dan memakai ketayap. Matanya lembut namun tajam memerhati. Mungkin beliau orang 'lama' dalam Gayong tapi sungguh hamba masih 'hijau' dalam organisasi ini, maka hamba hanya boleh sekadar panggil 'pakcik' sahaja dan memberikan senyuman. Maafkan hamba, pakcik!
8 malam - Bergegas ke kampus untuk berurusan dengan ATM Bank Islam atas tujuan tertentu. Menghantar SMS kepada ahli group Seni Islam Perbandingan, mengenai pembatalan program untuk resourse masjid di Kuala Kubu. Menghantar mesej pada Md Din dengan tujuan meminjam laptop buat 1 malam sahaja dan dipersetujui olehnya dengan memberikannya pada hamba pada pukul 6.30 pagi esok. Hamba sekadar ingin mengenakan Md Din dengan menghantar SMS ucapan terima kasih dalam Bahasa Jepun, dan dibalas kembali dengan permintaan supaya men'translate' ucapan itu dan jawapannya dalam Bahasa Jepun. Hamba hanya mampu ketawa sendirian kerana geli hati.
8.30 malam - Pulang ke rumah dengan 2 slip dari Bank Islam. Ingin ke cybercafe untuk memasuki laman web untuk pengesahan kod, tetapi diajak oleh Bib ke rumah untuk meminjam laptopnya sahaja. Hamba pun duduk di biliknya kini, yang mana masa kian menganjak dan mungkin akan pulang ke rumah lewat. Al-maklum, hamba jika menulis & berurusan di dunia cyber ini memakan masa berjam-jam lamanya. Apa pun, terima kasih, Bib!
Itu sahaja nukilan hamba di sini buat masa ini. Berjumpa lagi dalam kisah seterusnya; Bab 2...

16 Januari 2010 (Sabtu)

0 ulasan:
Catat Ulasan