Assalamualaikum kepada semua bloggers di dunia maya ini...Syukur ke hadrat Illahi akhirnya dapat juga hamba menjengah laman ini hatta untuk seketika bagi bersama-sama dengan saudara dan saudari semua. Al-kisah hamba kini sedang bertungkus lumus melihat-lihat semula ulangkaji nota-nota terdahulu...Al-maklum, 21 Jun - 2 Julai ini hamba akan sibuk bagi menjalankan ROS pertama hamba di sekolah lama hamba dahulu, SMK (LKTP) Kampung Awah.
Boleh dikatakan bahawa pada bulan Jun nanti adalah bulan yang agak sibuk bagi hamba. Keadaan ini disebabkan kedua-dua orang sepupu hamba, iaitu anak kepada ayahanda saudara iaitu Pak Ngah akan melangsungkan perkahwinan pada 10-12 Jun ini. Ia dibuat serentak, kerana kedua-duanya adalah anak perempuan. Adindanya, Nurul Azizah akan bernikah pada 10 Jun, manakala kekandanya, Nurul Hayati pada 12 Jun dan hari besarnya akan dilangsungkan pada 12 Jun itu juga. Syukran, mereka akan diijabkabulkan dengan insan yang mereka percayai akan dapat menjaga dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Kemudian, pada 18-20 Jun pula, ayahanda saudara yang bongsu, Pak Su dan isterinya, Mak Su akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di PWTC. Mereka mengajak hamba sebagai teman, selain mengajak nenda (hamba akan menjadi juru pandu arah semasa di sana). Hamba tidak kisah, asalkan semuanya selamat, tetapi tersemat di hati bangga kerana dapat menemani mereka, walaupun hanya sekadar melihat mereka menggengam ijazah di Majlis Konvokesyen Open University. Ia secara tidak langsung akan menaikkan semula semangat hamba untuk terus berjuang dengan lebih gigih bagi menggengam segulung ijazah selain daripada ilmu yang bertambah di dada.
Sekian sahaja tinta hamba pada kali ini. Bertemu kita lagi di dalam warkah seterusnya. Mungkin ketika itu, hamba telah usai menterjemahkan 1 atau 2 manga dan akan dipamerkan di dalam web ini supaya dapat dibaca, didownload oleh pembaca sekalian.
Wassalam.....
0 ulasan:
Catat Ulasan