Papan Pernyataan / Pengumuman
Assalamualaikum sekali lagi dan selamat sejahtera kepada semua!!! Di sini, hamba lampirkan beberapa buah gambar yang menunjukkan proses penghasilan karya maha agung hamba dalam penghasilan batik yang dihasilkan secara individu - sepanjang 2 meter. Karya ini telah dipamerkan di dalam pameran batik secara besar-besaran di Studio Batik dan dihadiri oleh Prof. Dato. Dr. Aminah. Karya hamba dan rakan-rakan dijual mengikut harga pasaran dan tetapi boleh dirunding bersama pembuatnya. Sekiranya berminat untuk membelinya, mungkin hamba akan pertimbangkan tawaran berdasarkan harga. Kerana batik ini bukan dibuat dengan menggunakan cop, tetapi menerusi penggunaan pembuatan 'canting'; yang mana telah memakan banyak masa dan usaha hamba untuk merealisasikannya. Oleh itu, dengan segala hormatnya hamba persembahkan karya maha agung hamba dalam arena batik, serta gambar proses penghasilannya.
Langkah 1
Melakar dan melukis motif yang dikehendaki di atas kain yang disediakan. Kain yang digunakan adalah kain jenis rayon
Langkah 2
Assalamualaikum kepada semua rakan -rakan bloggers. Semoga dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-kisah hamba kini sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman hamba, pada awal keesokkan harinya. Oleh itu, ingin hamba maklumkan kepada sahabat-sahabat semua bahawa hamba tidak akan dapat melakar sebarang tinta di laman ini buat sementara waktu kerana ketiadaan line broadband lagi di rumah, setelah ayahanda menamatkan perkhidmatan tersebut 2 bulan yang lalu. Keadaan ini disebabkan ayahanda jarang menggunakan perkhidmatan ini, dek kerana sudah mempunyai line streamix di pejabat.
Pada 2 Disember yang lalu, hamba telah selesai menghantar tugasan kerja kursus bagi Studio Kayu Asas. Alhamdulillah....selesai sudah seksa hamba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hamba akui, bahawa hamba kurang mahir dalam mengukir kayu. Mungkin disebabkan sikap hamba yang kurang sabar dan tidak mempunyai 'jiwa' atau 'semangat kayu' yang diinginkan. Tapi, syukur segalanya sudah selesai. Kemudian, pada pukul 3 petang, hamba berangkat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Tujuan hamba ke sana sebenarnya adalah untuk menonton wayang bersama sahabat serta berjalan-jalan. Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, rakan-rakan tidak dapat menyusul dan tinggallah hamba seorang sahaja ke sana. Setibanya di KL, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hamba mendail sepupu hamba yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Nur Azlin untuk singgah semalam di rumahnya. Hamba kemudian terus menaiki lrt ke Sentul Timur dan menunggu selama 15 minit di sebuah gerai berhampiran LRT Sentul Timur tersebut. Hujan yang turun agak lebat juga, mengiringi kedatangan hamba ke rumah sepupu yang terletak berhampiran stesen berkenaan.
Hiasan di tingkat paling bawah (ground level) di KLCC bersempena Hari Krismas tidak lama lagi. Tema adalah berwarna ungu. Menarik dan cantik, bukan?