Assalamualaikum sekali lagi dan selamat sejahtera kepada semua!!! Di sini, hamba lampirkan beberapa buah gambar yang menunjukkan proses penghasilan karya maha agung hamba dalam penghasilan batik yang dihasilkan secara individu - sepanjang 2 meter. Karya ini telah dipamerkan di dalam pameran batik secara besar-besaran di Studio Batik dan dihadiri oleh Prof. Dato. Dr. Aminah. Karya hamba dan rakan-rakan dijual mengikut harga pasaran dan tetapi boleh dirunding bersama pembuatnya. Sekiranya berminat untuk membelinya, mungkin hamba akan pertimbangkan tawaran berdasarkan harga. Kerana batik ini bukan dibuat dengan menggunakan cop, tetapi menerusi penggunaan pembuatan 'canting'; yang mana telah memakan banyak masa dan usaha hamba untuk merealisasikannya. Oleh itu, dengan segala hormatnya hamba persembahkan karya maha agung hamba dalam arena batik, serta gambar proses penghasilannya.
Langkah 1
Melakar dan melukis motif yang dikehendaki di atas kain yang disediakan. Kain yang digunakan adalah kain jenis rayon
Langkah 2
Meneliti dan memastikan setiap motif telah dilakar di atas medium dengan sepenuhnya
TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)
TEKAN DI SINI (SAMBUNGAN)
Langkah 3
Kain direntang di atas pemidang (tempat untuk melakar, mencanting (atau mengecop) dan mewarna batik. Sekiranya mahir dan mempunyai motif yang mudah dilukis, boleh terus dilakar di atas kain yang diletakkan di atas pemidang. Maka, tidak perlu melakar seperti Langkah 1
Langkah 4
Proses mencanting dimulakan (mengikut kehendak pembuat) dan mula meletakkan warna yang diingini mengikut tema - hamba mendapat tema negara India
Langkah 5
Proses mewarna batik. Hamba menggunakan 5 lapisan (layer), menggunakan warna biru turtoise dan biru gelap (badan) dan warna pelangi (MJKHBIU) pada tapaknya. Hamba bermula dari warna cerah kepada gelap
Langkah 6
Memastikan warna yang digunakan adalah benar-benar melekat pada kain. Pandangan dari atas
Semasa Proses / Penyelenggaraan Bagi Pameran Batik
Close-up batik hamba dari bahagian bawah
Close-up motif batik yang hamba gunakan. Motif yang hamba gunakan adalah bunga kenanga, burung merak dan cantuman variasi merak dan pohon bodhi
Pandangan keseluruhan hasil karya terulung hamba. Nama bagi karya hamba ini adalah "Bollywood Blue Sea"
Pandangan keseluruhan di dalam ruang pameran batik yang dijalankan. Kesemua batik ini (di bahagian hadapan ruang pameran) adalah dihasilkan oleh pelajar-pelajar Studio Lanjutan Batik; Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif, UPSI. Karya hamba terletak pada belakang kain batik di hadapan sekali, sebelah kanan (yang berwarna oren terang)
Baiklah, sampai di sini sahaja nukilan hamba. Sekiranya berminat untuk melihat-lihat karya rakan-rakan hamba, silalah ke laman Facebook milik rakan hamba bernama 'Mohd Hafiz Mohd Ismail' dan lihatlah ruangan 'Gambar' dan cari album 'Persiapan "Expose Batik Exhibition" Part 1'. Manakala, sekiranya berminat untuk menawar harga atau memiliki kain-kain ini (hanya satu dalam dunia), silalah berhubung dengan pensyarah hamba, juga di laman Facebook dengan menggunakan nama 'Harozila Ramli'. Hamba harap jangan menghubungi hamba, kerana hasil karya hamba masih berada di tangan beliau sebagai mata / markah untuk pembelajaran hamba. Sekian sahaja nukilan hamba. Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan