Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan OVA 2 : Jurokunin no Yogisha?!
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis ringkas :
Pada suatu hari, Conan (Shinichi), Ran, Kogorou, Eri, Professor Agasa, Haibara, Genta, Ayumi dan Mitsuhiko telah menghadiri majlis yang diadakan oleh salah seorang anggota polis Jepun, Ninzaburo Shiratori di rumahnya. Ran turut membawa Hattori Heiji (Detektif Sekolah MenengahTimur Jepun) dan rakannya, Toyama Kazuha yang kebetulan datang berkunjung dari Osaka. Tumpuan utama di dalam majlis ini adalah koleksi arak terkenal (mahal, harganya mencecah jutaan ribu Yen!) milik beliau, yang mana salah satunya akan disajikan kepada mereka. Tetapi, ketika Shiratori kembali semula ke rak simpanan tersebut, dia mendapati botol arak tersebut telah dipecahkan! Oleh itu, setiap orang yang berada dalam majlis tersebut merupakan suspek dalam kejadian ini. Bagaimanakah Conan (Shinichi) menyelesaikan masalah yang rumit ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan