Mei Tantei Conan Magic File 5 : Niigata - Tokyo Omiyage Kapurichio (Saidosutori)
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Situasi selepas berlakunya kejadian di dalam filem Detective Conan 15: Quarter of Silence. Hattori Heiji telah datang melawat Shinichi di rumah Kogoro setelah terbaca mengenai insiden yang melanda Conan. Ahli Detektif Muda dan Suzuki Sonoko telah memberikan hadiah cenderamata kepada orang-orang yang mereka hargai; tetapi terjadi kejutan apabila mendapati bahawa hadiah yang diberikan adalah berlainan dengan hadiah yang dibeli sebelumnya. Rupa-rupanya, hadiah tersebut telah tertukar, disebabkan pembalut hadiah yang serupa dan ini mendatangkan tanda tanya kepada mereka semua. Bagaimanakah pertukaran tersebut terjadi? Dapatkah Heiji dan Conan (Shinichi) menyelesaikannya?
P/s : Hamba dapati bahawa pemerhatian dan 'penaakulan' yang dibuat oleh Shinichi adalah lebih tajam berbanding Heiji menerusi cerita ringkas ini. Walaupun bertubuh kecil, namun Conan masih mampu menganalisis persekitarannya dengan baik dan cemerlang. Heiji masih seorang detektif yang baik, dan kadang-kala pemerhatiannya tajam namun pertuturannya dalam Bahasa Inggeris adalah lebih baik berbanding Shinichi (dia masih ada pelat Jepun apabila menuturkannya).
Di sini, hamba telah sertakan sebahagian besar link siaran radio untuk pilihan anda semua; bergantung pada radio-radio yang anda semua suka dengar dan minati. (Sebahagiannya terdapat dalam bentuk pemain yang akan keluar automatik apabila ditekan linknya)
0 ulasan:
Catat Ulasan