Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Supesharu 1 - Kaito Kiddo Tanjou no Himitsu
Terbahagi kepada 1 bahagian.
Sinopsis ringkas :
Selepas 8 tahun tidak muncul di khalayak ramai, Pencuri Terhandal yang dipanggil Phantom Thief Kid telah muncul semula dengan mencuri di permata terunggul di sebuah gedung permata. Berita itu menjadi sangat hangat, malah menjadi perbualan pelajar-pelajar di sekolah yang diduduki oleh Kuroba Kaito, seorang remaja yang sangat gemar dengan aktiviti silap mata. Apabila mengetahui daripada rakannya, iaitu Nakamori Aoko bahawa Phantom Thief Kid turut menggunakan silap mata dalam kegiatannya, Kaito berazam hendak menangkap pencuri itu untuk berlawan dengannya; silap mata milik siapakah yang terhebat. Rupa-rupanya Kaito merupakan anak kepada seorang pemain silap mata yang terkenal di dunia, bernama Kuroba Toichi yang telah meninggal dunia pada 8 tahun dahulu. Di rumah, ketika sedang menyentuh potret milik ayahnya, tiba-tiba Kaito ditarik ke dalam sebuah bilik yang asing baginya. Apakah sebenarnya bilik tersebut? Siapakah Phantom Thief Kid yang sebenarnya?
P/s : Antara watak-watak di dalam Detective Conan, hamba paling menyukai watak Kaito Kid. Ini disebabkan hamba amat menggemari permainan silap mata serta perwatakan Kaito Kid sendiri. Jikalau diberi kesempatan, ingin rasanya hamba mencuba mengenakan pakaian yang dipakai oleh Kaito Kid di dalam acara cosplay, tapi apakan daya, hamba tak mampu melakukannya. Hamba juga sangat menyukai lagu tema Kaito Kid ini, dan telah menukarkan lagu tema (pada akhir anime ini) ke dalam bentuk mp3. Insyaallah, hamba akan letakkan di sini sekali selepas ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan