Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Hachi : A Dog's Story (2009)
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Perhatian :
Hamba sarankan sila sediakan tisu, tuala atau sapu tangan semasa menonton filem ini.
Sinopsis Ringkas :
Filem ini merupakan adaptasi daripada filem Hachiko Monogatari (1987). Kisah bermula pada masa kini, di sebuah kelas sekolah rendah di Amerika Syarikat. Pada hari itu, setiap pelajar dikehendaki menceritakan mengenai siapakah 'hero' yang mereka sanjungi. Ketika tiba gilirannya, seorang pelajar bernama Ronnie (Kevin De Coste) bangun dan menyatakan bahawa 'hero' yang paling dia kagumi adalah seekor anjing kepunyaan mendiang datuknya, Parker Wilson (Richard Gere) bernama Hachi. Kesemua rakannya mentertawakannya tetapi diminta oleh gurunya untuk meneruskan penceritaannya; dengan menyatakan mengapa dia mengagumi haiwan tersebut. Hachi adalah seekor anjing dari baka "Akita Inu" yang dibawa dari Jepun ke AS, yang kemudiannya ditemui secara tidak sengaja oleh Parker. Parker membawa pulang anjing itu untuk sementara waktu dan mencari siapakah pemiliknya yang sebenar. Isterinya, Cate Wilson (Joan Allen) menentang keras tindakannya untuk memelihara anjing tersebut setelah didapati tiada siapa yang menuntut hak penjagaan anjing itu. Parker telah menamakannya Hachi berdasarkan simbol yang terdapat pada colar anak anjing tersebut. Parker adalah seorang pensyarah dan ke tempat kerjanya setiap hari dengan menaiki kereta api. Setiap hari, Parker akan ditemani oleh Hachi pergi dan menunggunya di depan pintu stesen pada waktu petang. Tiba-tiba, Parker diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Apakah yang bakal terjadi kepada Hachi? Saksikan filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
P/s : Saat menyaksikan filem ini, air mata hamba menitis lagi....penat menangis ni tahu? Tapi, berbaloi untuk ditonton dan dihayati. Tema masih sama, iaitu kesetiaan haiwan terhadap tuannya. Apa yang lebih mustahak, janganlah kita menganiaya haiwan dan sayangilah mereka, hatta seekor anjing. Memang menyayatkan hati dan yang penting segalanya adalah memori serta setia. Maaf tidak dapat menyediakannya menerusi laman Youtube, disebabkan masalah 'copyright' dalam video-video yang dimasukkan oleh orang-orang terdahulu (faham-faham ajelah)....
SELAMAT MENONTON!!
0 ulasan:
Catat Ulasan