Papan Pernyataan / Pengumuman
Umum mengetahui bahawa untuk menghasilkan objek 3 Dimensi, kita memerlukan perisian khusus untuk permodelan dan animasi 3D. Namun begitu, tidak semua kesan 3 Dimensi yang hendak dihasilkan itu perlu dihasilkan dengan menggunakan perisian khusus terutamanya jika imej tersebut akan digunakan hanya untuk tujuan penerbitan dan bukannya untuk dianimasikan secara 3D. Majoriti perisian grafik boleh digunakan dan berkeupayaan untuk menghasilkan grafik yang mempunyai illusi kedalaman (depth) terutamanya untuk teks. Tutorial kini akan mendemonstrasikan teknik ringkas yang boleh diaplikasikan menerusi penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan teks 3D yang kemudiannya boleh dipindahkan ke dalam pelbagai dokumen foto untuk digunakan sebagai tajuk atau teks yang pelbagai.
1. Buka perisian Photoshop dan taipkan teks '3D' atau pun apa-apa perkataan yang anda sukai. Hal ini demikian kerana, jika lapisan teks masih disimpan sebagai lapisannya yang asal, maka perkataan yang ditaip sebelum ini boleh tukar dengan mudah.
2. Klik pada lapisan teks (Layer yang berikan T) untuk mengaktifkan lapisan yang berkenaan. Klip pada ikon teks yang bertanda 'fx' dan pilih menu Blending Options.
3. Rajah ini menunjukkan dialog Layer Style. Di dalam dialog inilah majoriti pilihan atribut perlu dilakukan untuk menghasilkan teks yang kelihatan seperti 3 Dimensi.
4. Rajah ini menunjukkan atribut secara terperinci. Anda hanya perlu memindahkan pilihan atribut ini ke dalam teks yang dihasilkan. Untuk memulakan proses membina teks berbentuk 3 dimensi, klik pada label yang bertanda Bevel and Emboss > Contuour. Dalam petak Structure pilih Style > Outer Bevel. Seretkan penunjuk Size kepada 30 pixel (px) dan anjakkan penunjuk Soften menjadi 16 px. Dalam petak Shading > Highlight Mode pilih Screen sebanyak 75% dan Shadow Mode kepada Multiply sebanyak 75%.
5. Klik pada ikon yang berlabel Gloss Contour. Dialog akan memaparkan sejumlah profil yang boleh dipilih bagi membentuk illusi 3 Dimensi yang berbeza.
Pada kali ini, hamba akan memberi pengajaran tentang penukaran warna dan menambah corak.
A) Tukar Warna
1. Pilih sebuah gambar seperti pada rajah.
2. Kemudian gunakan Pen Tool dan buat Outline di sekeliling kereta itu.
3. Pergi ke palet Path dan Make Selection. Pilih Feather 0. Klik OK.
4. Setelah melakukan Make Selection.
5. Pilih menu Image > Adjust > Hue & Saturation.