BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Jun 21, 2013

Mari Singgah Ke Restoran Selera Pok Long Di Terengganu Sebentar!!!




Assalamualaikum w.r.t. Pada warkah hamba pada hari ini, ingin hamba sama-sama mewar-warkan mengenai sebuah restoran yang menyediakan banyak hasil hidangan masakan yang lazat serta mampu membuatkan anda menjilat jari sendiri tatkala habis menjamahnya! Adapun restoran ini terletak di negeri yang sangat terkenal sebagai negeri penyu bertelur serta bak kata penyanyi Salim Iklim, "Ganu Kite!!" dan sangat popular dengan aneka masakan lauk yang serba panas, dari masakan tengaharinya sehinggalah ke malam terbit purnama. Bak kata orang, "Tak Kenal Maka Tak Cinta"lah kita dengan hidangannya, selagi kita tidak mampu untuk merasa keenakan masakan yang sebahagian besarnya bersandarkan keenakan dan kemanisan aneka makanan dari laut; seperti ikan, udang, sotong, kepah dan sebagainya! Tambahan pula, kesemua bahan ini diambil terus dari jeti bagi mengekalkan keenakan dan kemanisan masakan yang dihasilkan. Jom kita intai sedikit menu-menu bagi masakan popular di restoran ini!


Ha, ini baru sedikit hidangan yang dimakan oleh salah satu pelanggan di restoran ini, sudah penuh satu meja! Terdapat banyak lagi lauk pauknya! Jom!



Antara artis tempatan yang dah menikmati masakan di restoran ini!! Antaranya Faizal AF4 dan Afdlin Shauki!!


Restoran ini diberi nama sebagai Restoran Selera Pok Long dan tempatnya strategik terletak di PT4, Tingkat Bawah Pekan Bukit Payong, 21600 Terengganu Darul Iman. Restoran ini menyediakan pelbagai sajian bagi masakan tengahari antaranya masakan tradisional Terengganu dan istimewanya lagi keenakan Gulai Ayam Kampung, Gulai Kawah, Gulai Daging serta 3 lagi gulai yang mampu membuatkan anda tidak jemu untuk menjamahnya! Lebih dahsyat lagi, mungkin sampai teringin hendak membawanya pulang untuk santapan kali kedua pula di rumah! Jadi tunggu apa lagi? Datanglah ke restoran Selera Pok Long!



Sedapnya!! Nampak sangat menyelerakan!!! Inilah Gulai Ayam Kampung &Gulai Daging!!


Tengok tu!! Sampai tak menang tangan nak mencedok lauk ini untuk pelanggan! Sampai nak bawa balik lagi! Anda? Bila pula?


Selain itu, turut disediakan menu-menu pemanas yang mampu membuatkan anda bertambah selera untuk singgah ke sini. Apa lagi jika bukan hasil bakar yang terdiri daripada ikan, udang, sotong serta hidangan laut lain yang diambil terus dari jeti! Segar lagi manis! Bahkan melazatkan isinya lagi, ia disira dengan sos berlada yang pasti membuatkan anda 'TERANGKAT'!! Umh, sedapnya!!







 Semuanya ada!! Ayam, Daging, Ikan Siakap, Ikan Laut, Udang, Sotong dan macam-macam lagi! Jadi, marilah ke sini jika nak menikmati hidangan ini!!

Di sini juga disajikan hidangan bagi Makanan 1 Malaysia yang mana boleh didapati dengan harga yang berpatutan serta sedap untuk dijamah oleh adik-adik, kakak-kakak dan semua sekalian rakan-rakan.


Murah, bukan? Berpatutan sangat untuk golongan belia yang masih bujang atau hendak mendapatkan hidangan yang lengkap dengan murah dan lazat!



Lihatlah, betapa banyak dan lazatnya masakan yang dihidangkan! A - Z ada! Apa tunggu lagi?!



Jangan risau, terdapat banyak ulam ulaman dan sambal kampung yang mewarnai dan 'berhimpun' di sini! Bagi penggemar ulam-ulaman dan sambal-sambal kampung, terus ke restoran ini dan nikmatilah tanpa had!!

Lebih membuatkan pelanggan di restoran ini 'lekat' di sini adalah dengan rangkaian minuman yang bukan saja lazat serta berlainan dan jarang didapati di restoran-restoran yang lain! Antaranya air kelapa muda, air buah-buahan bergelas besar dan juga air panas dan sejuk. Harganya juga berpatutan dan boleh didapati, bukan sahaja oleh golongan dewasa malah adik-adik juga!

Harga minuman adalah berpatutan dan menyelerakan.
Air buah pelbagai jenis :
Gelas setengah liter (RM3.50), Gelas 1 liter (RM4.50) dan Gelas 2 liter (RM6.00)
Air kelapa muda :
Air kelapa biasa = RM 3.00 sebiji
Air kelapa pandan = RM 3.50 sebiji
Air kelapa biasa = RM2.00 segelas

Dalam pada itu, jangan lupa bahawa restoran ini juga menyediakan tempahan atau hidangan set sama ada secara bufet dan juga untuk majlis perkahwinan! Antara menu yang terkenal adalah Nasi Arab! Nasi ini sangat terkenal dan selalu dipesan oleh para pelanggan kerana keenakan aroma nasi serta lauk yang terdapat di dalam nasi tersebut yang mampu membuatkan air liur anda kecur di dalam kerongkong; serta terus teringin memakannya sebelum tetamu menjamah! Apa lagi, silalah ke Restoran Selera Pok Long untuk membuat tempahan anda sekarang! Anda boleh ke restoran yang dimaksudkan atau menghubungi terus nombor ini iaitu 014-9292964 sekarang juga! Jangan tunggu lama-lama!


Nasi Arab yang sedang 'hangat' diperkatakan orang di sekeliling pekan!!! Sedapnya!!! Pengantin pun garenti nak tambah lagi!!

Kita beralih pada sajian waktu malam. Sajian panas menggantikan sajian tengahari bermula pada jam 5 petang  sehinggalah waktu malam! Sajian terkenal antaranya Sup Tulang, Sup Gear Box, aneka masakan panas nasi, aneka masakan panas mee serta Tomyan akan membuatkan anda datang lagi ke restoran ini! Tom Yam di sini adalah pekat, hangat dan menyelerakan!! Mari, mari!! Malah, anda juga boleh memesan TomYam Kelapa, yang mana menjadi hidangan istimewa di restoran ini, dengan harga RM8 yang mana Tom Yamnya dihidangkan di dalam buah kepala dan kuahnya menggunakan isi dan air kelapa itu sendiri! Bagaimana? Sedap, bukan? Apa lagi, silalah ke Restoran Selera Pok Long!!!


Ini adalah senarai harga bagi tempahan keluarga atau individu. Pembetulan : Bagi SET B, harganya ialah RM65 manakala SET C berharga RM95. Boleh hubungi pihak terbabit untuk maklumat lanjut!!


Inilah dia Daging Barbeque Special!! 



Ikan Kerapu Masak 3 Rasa & Masam Manis!!


Nasi Goreng Ikan Bubuh Petai!! Sedap!!


Nasi Goreng Ikan!! Harum dan sedap!! Siap ada sambal lagi!!


Nak tahu bagaimana Nasi Goreng USA yang sebenar? Inilah dia!!


Nasi Lemak Daging!! Jarang kita dengar dan rasa semuanya ada di sini!!!



Sup Gear Box ni selalunya rebutan pelanggan lelaki~~Dan memang terbukti sedap!!



Sup Tulang Lembu!! Wah, sedapnya!! Menggoda iman sungguh!!



Jangan tunggu jangan lihat saja, teruslah masuk ke kereta atau hidupkan enjin motorsikal anda dan memecut ke Restoran Selera Pok Long!! 

Nanti habis, menyesal tak sudah! Terlepas hari ini, belum tentu sempat hendak 'rembat' pada esok hari!! 

Mari, mari dan nikmatilah hidangan dari restoran ini bersama keluarga tersayang! 
Bawa adik, kakak, abang, pakcik, makcik, datuk, nenek, ibu dan ayah; dari satu keturunan atau satu bas pun tak apa! Asalkan dapat rasa masakan di sini! 

Mari-Mari!!!

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan