BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, Oktober 05, 2013

Hari Keluarga Guru-Guru & Kakitangan SMK Pasoh 2 (Felda) 2013 Yang Ceria & Meriah!

Alhamdulillah....akhirnya sampai juga entri hamba ke dalam catatan rasmi blog ini. Assalamualaikum semua dan maaf kerana lama sudah tidak mengutus tinta. Apapun al-kisah yang ingin hamba kongsikan di sini adalah berkaitan dengan Hari Keluarga yang baharu sahaja dilaksanakan pada 28 September 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu dan berakhir pada 29 September 2013 (Ahad). Kemeriahannya seolah-olah masih terasa hingga kini, walaupun sudah hampir seminggu berlalu. Arakian, mari selak bersama-sama pengalaman ini untuk menimbulkan memori serta pengetahuan kepada rakan-rakan taulan yang pernah menjadi ahli di sekolah ini jua.

28 September 2013 (Sabtu)

8.30 pagi
Kesemua ahli berkumpul di kantin sekolah sebelum bertolak. Segala kelengkapan untuk memasak 'barbeque' telah disediakan (sejak petang Jumaat, kaum perempuan telah bergotong-royong di sekolah untuk menyediakan bahan-bahan mentah untuk digunakan bagi barbeque) dan dibawa bersama menggunakan kereta suami Kak Lah, Abang Zul. Manakala, sebahagian besar hamper diletakkan di dalam kereta Cikgu Fauzi. Setelah membuat pembayaran dan semakan berkali-kali, kami semua bertolak setelah membaca doa. 


Kak Aida, Acik Norma, Kak Nurul dan Kak Lah sibuk membersihkan ayam dan ikan sebelum diperap


Kami bertiga memotong bahan-bahan perapan sebelum dikisar



Buat kerja jangan tekanan sangat, ketawa dan senyum bila perlu


Kak Syahida sedang sibuk mengisar bahan yang dipotong-potong



Duduk-duduk sambil makan kacang rebus (dibawa Kak Lah & direbus oleh Cikgu Hafiz) serta melihat Kak Aida mencampur bahan perapan


Kak Aida sedang sibuk membahagikan dan mencampurkan bahan untuk diperap (Master Chef ni!)

1.45 petang
Singgah sebentar di Laban Chondong untuk berhenti rehat dan makan tengah hari. Suasana kelihatan bertambah sibuk setelah kedatangan segerombolan 'bikers' yang juga singgah di situ untuk tujuan yang sama. Berehat dan berjumpa dengan ahli-ahli yang datang 'kemudian'. Menyambung perjalanan setelah siap kesemuanya.

2.20 petang
Tiba di perkarangan hotel yang dijanjikan, Rompin Beach Resort. Kami semua telah diberikan kunci untuk 'check-in' ke bilik masing-masing untuk berehat dan menunaikan solat. Sebahagian kunci telah diberikan kepada Kak Syahida kerana ada yang masih tidak hadir untuk mendaftarkan diri. Hamba turut menjawab panggilan dari Cikgu Zul yang tersesat jalan. Sebahagian hotel sudah penuh ditempah, berikutan kedapatan bas persiaran serta deretan kereta dari peserta kursus ataupun  lawatan daripada kawasan-kawasan lain.




Suasana di lobi hotel sebelum 'check-in'


Sempat lagi bergambar dekat kaunter pendaftaran! Ish, ish, ish....



Khusyuk sungguh Acik Norma membaca brosur


2.45 petang
Melawat persekitaran kawasan hotel dan juga pantai yang terletak di belakang hotel. Sempat 'berkubang' di kolam mandi hotel bersama-sama dengan anak-anak guru yang lain; iaitu anak Kak Lah, anak Cikgu Nasir, anak Cikgu Zul dan anak Kak Aida. Suami Kak Salina dan Kak Aida juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama berendam ke dalam kolam. Meriah sungguh!




Jom makan!! Banyak makanan untuk diserbu beramai-ramai ni!








Wah!! Adik pun berenang jugak? Tak ape, ada abah tolong tengokkan.Hehe



3.30 petang
Hamba, Kak Salina, Kak Lah, Kak Syahida dan Kak Shima keluar sebentar ke pekan Rompin untuk ke gerai Udang Galah King. Tujuannya adalah untuk mengambil udang galah yang telah ditempah terlebih dahulu oleh hamba. Walaupun harganya adalah agak mahal, iaitu RM55 untuk 1kg, tetapi ianya dilihat berbaloi dengan saiz udang yang diberikan. Lebih unik, udang tersebut telah pun diproses serta diasingkan (diikat seekor demi seekor). Kami turut singgah di pasaraya yang berdekatan untuk membeli beberapa cenderahati (untuk hadiah ahli) serta barangan yang lain. Pulang segera untuk menyediakan persiapan untuk sukaneka, tambahan pula cuaca kelihatan mendung seolah-olah hujan sudah mahu turun.

4.00 petang
Kesemua ahli berkumpul di kolam hotel untuk melaksanakan aktiviti sukaneka. Hujan yang turun agak merencatkan agenda yang telah dirancang, tetapi tidak lama kemudian sukaneka dapat dijalankan juga walaupun hanya acara yang ringkas sahaja. Sungguhpun begitu, suasana berlangsung dengan sangat meriah dan ceria. Hamba turut berpeluang menyertai acara yang dijalankan walaupun hanya seketika. Berehat di kamar masing-masing setelah selesai acara. Agak malang, disebabkan hamba terlupa bahawa telefon skrin sentuh tidak boleh masuk ke dalam air; (sebab berendam ke dalam kolam) telefon hamba mengalami kerosakan pada skrin telefon (Fuh! Nasib baik skrin aje). Pulang ke bilik, hamba mengeringkan telefon itu dengan hair dryer yang diminta pada pihak pengurusan hotel (mujur free!)


Cikgu Hafiz dan Cikgu Fauzi memberikan penerangan kepada kanak-kanak yang ada sebelum permainan dimulakan



Tiup belon tu dik!! Aish, ngeri tengok belon diaorang tiup besar-besar ni! (Dah le hamba fobia belon!)


Ha! Ni acara merebut gula-gula dalam tepung (kot?) Semangat budak-budak ni berebut!


Sesi penerangan permainan bagi orang dewasa pulak! Alamak, tak ready lagi la Kak!!



Suasana semasa acara berlangsung. Adoi, kemain ustaz nak 'sapu' belon kumpulan lain yerk!


Ha...ni dia 2 orang bouncer Pasoh 2...hehehe (Jangan mare)

8.00 malam
Acara bagi makan malam atau barbeque telah dimulakan. Kaum lelaki kelihatan sangat sibuk 'menguruskan' ayam, ikan dan udang galah untuk dibakar di atas tempat pemanggang yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Keadaan berlaku seperti yang dirancang, kecuali bagi berkaraoke. Keadaan ini disebabkan 2 bilik persendirian telah ditutup untuk 'ditambah baik' meninggalkan ruang terbuka untuk digunakan. Namun, hasrat terbantut setelah mendapati ruang terbuka itu penuh 'dihurung' oleh ramai lelaki yang kebetulan penginap hotel dari kumpulan 'pemancing'. Kaum perempuan pula sibuk menguruskan makanan dan minuman yang dibawa bersama untuk menampung mana yang ada. Kak Maz dan Kak Nurul turut hadir walaupun tiba lewat ke majlis. 


Harum benar bau ayam dan ikan yang sedang dipanggang ni. Kecur air liur dibuatnye!


Acik Norma, Kak Shima dan Kak Lah sedang menuang air oren untuk minuman orang ramai.


Persediaan makanan untuk dimakan


Cikgu Ali sempat lagi berposing tu! Senyum mau lebih! Hehehe





Api udah menyala-nyala!! Padam, jangan tak padam! Nanti hangus pulak.


Cikgu Mazlan tunjuk skill goreng telur ayam. Nyum, nyum!!


Ha...kipas yang macam ni yang dibenarkan dalam kehidupan kite! Kipas lain jangan ye!

Suasana bertambah meriah dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan juga cabutan bertuah di kalangan ahli. Setelah acara selesai, kami semua mengemas kawasan persekitaran dengan membuang sisa-sisa makanan ke tempat pembuangan sampah yang disediakan. Kami pulang ke kamar masing-masing setelah selesai. Hamba turut mengambil peluang 'berehat-rehat' di hadapan bilik penginapan menikmati suasana malam (sebab bilik hamba mengadap pantai) sambil menunggu Kak Syahida dan Kak Shima pulang ke bilik. Kami turut menyambung acara makan dan berbual-bual sebelum terlena dalam kepenatan.



Sebahagian hadiah untuk sukaneka dan juga cabutan bertuah (sumbangan ahli-ahli dan persendirian)


Cikgu Mazlan selaku Pengerusi Kelab Staf SMK Pasoh 2 memberikan ucapannya


Kak Shima selaku GPK Pentadbiran memberikan ucapan perasmian







Kesemua ahli sedang asyik menikmati jamuan yang disediakan. Tukang tangkap gambar ni pun masa ni tengah makan....hehehe


Hamba juga turut menerima hadiah cabutan bertuah - bernombor 14

29 September 2013 (Ahad)

6.30 pagi
Kami bersiap di bilik masing-masing sementara menunggu sarapan pagi disiapkan oleh pihak hotel. Kami bertiga mengambil kesempatan ke pantai untuk bersiar-siar di pesisir pantai. Di sana, terserempak dengan Cikgu Ali dan Cikgu Fauzi yang kebetulan mengambil angin di sana. Hamba juga mengambil kesempatan melakar beberapa gambar sebagai 'menandakan' kehadiran kami di sana. Suasana sangat santai dan mengimbas banyak nostalgia dan sememangnya sangat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga yang tersayang.

7.15 pagi
Bersarapan pagi di ruang makan hotel. Walaupun sarapan yang disediakan sangat ringkas, tetapi masih dapat mengenyangkan sekalian tetamu yang ada. Berbual-bual dan beramah mesra bersama rakan-rakan sejawatan sambil menjamah makanan dengan berselera. Sempat bergambar kenangan menggunakan kamera milik Kak Lah.


Tak perasan pulak masa ni ada juga orang ambil gambar. Buat teh untuk diri sendiri dan Along (anak Kak Lah)





Ni sapa layan sapa la ni....




Gambar kenangan semasa bersarapan dengan keluarga yang turun bersarapan di cafe


Besar sungguh Kak Lah gelak...masa ni lawak ape la yang Abang Za buat? Tak ingat pulak


Aik? Irsyad dok tenung-tenung apa tu?

8.30 pagi
Semua ahli mengambil kesempatan dengan berendam buat sekalian kalinya ke dalam kolam renang hotel. Keadaan sangat riuh rendah dan meriah apabila 'bola' memasuki gelanggang. Ahli yang berada di kolam mengambil kesempatan dengan bermain 'bola air'. Setiap ahli bermain dengan penuh semangat kesukanan dan gembira. Manakala yang tidak bermain mengambil kesempatan ke Gym yang tersedia bermain sama ada permainan ping pong atau bersenam menggunakan peralatan sedia ada. Sebahagian yang tidak melakukan apa-apa pula hanya duduk mengawasi dan memerhatikan sekeliling atau menjamah makanan lebihan yang disimpan dari 'parti barbeque' semalam.


Ustaz Shahyar, Cikgu Fauzi, Cikgu Nasir & Cikgu Hafiz sedang sibuk bermain ping pong


Yeargh!! Kuat lagi Kak Salina!!





Hamba bermain gelungsur air bersama dengan budak-budak. Sekali sekala jadi bebudak, tak salah kan?





Suasana semasa permainan bola air dijalankan. Meriah sungguh!!


Hamba hanya ambil bola yang terdekat sahaja, sebab tak reti berenang. Ni pun duduk kat tempat cetek


Umang aih!! Punyalah desperate nak ambil bola...sampai panjat tepi tu...(ketawa)


Sedang bersantai di tepi kolam. Best berendam ramai-ramai ni!

12.00 tengah hari
Kami semua 'check-out' dari bilik masing-masing. Kedapatan beberapa orang guru yang 'check-out' awal atas urusan yang penting. Sebelum bertolak pulang, berlaku proses pembahagian udang galah yang telah dibeli /ditempah oleh Abang Zul dan Abang Za pada malam sebelumnya. Rupa-rupanya pada malam semalam, mereka keluar ke pekan Rompin dan singgah di restoran Udang Galah King. Mereka telah menempah udang untuk bekalan keluarga masing-masing serta guru yang menempah. Suasana meriah sekali lagi apabila sesi 'pembahagian' berlaku. Kemudian, kami bertolak keluar untuk pulang.


Irsyad sempat lagi posing sambil diperhatikan oleh suami Acik Norma


Semua akak-akak berkumpul di sini sebelum bertolak keluar



1.20 petang
Singgah sekali lagi di hentian Laban Chondong untuk menikmati makan tengah hari. Kemudian, singgah di gerai berhampiran (yang memelihara dan menjual udang hidup serta ikan). Terdapat beberapa ahli yang membeli ikan yang ditangkap sendiri dari kolam yang tersedia. Udang tidak dapat dibeli kerana kehabisan stok dan jika hendak menunggu, kami terpaksa menunggu sehingga 4 petang. Setelah selesai urusan jual-beli, kami bertolak kembali dan bercadang untuk singgah di pekan Muadzam Shah bagi berhenti rehat sekaligus menunaikan solat Zohor.



Ketika singgah untuk makan tengah hari di Laban Chondong.





Suasana ketika membeli ikan di tempat penjualan ikan dan udang galah di gerai berhampiran gerai makan di Laban Chondong

2.15 petang
Singgah sebentar di masjid besar Muadzam Shah untuk bersantai dan menunaikan solat. Terdapat beberapa kawasan yang terpaksa ditutup kerana sebahagian masjid sedang menjalani proses penambahbaikkan. Bertolak pulang dengan segera kerana ingin cepat tiba di destinasi. 

4.30 petang
Hujan yang turun di sepanjang laluan dari Muadzam Shah ke Bandar Baru Serting, menyebabkan perjalanan diperlahankan. Mungkin disebabkan keadaan yang panas pada waktu pagi menyebabkan hujan turun dengan lebat di kawasan tersebut. Senda dan gurau turut menghias suasana di dalam kereta, sekaligus mengelakkan kebosanan serta membuang rasa mengantuk. Keadaan agak perlahan juga disebabkan jumlah kenderaan yang agak banyak pada petang itu. Namun, kami semua mengucapkan syukur setelah selamat tiba di Bandar Baru Serting. Singgah sebentar di sebuah gerai berhampiran Petronas dan minum petang. Cikgu Fauzi dan Cikgu Hafiz (guru praktikal) turut menyertai kami, manakala yang lain telah meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada Kak Shima yang telah 'membelanja' kami semua bagi minum petang tersebut.

5.15 petang
Tiba di perkarangan sekolah untuk mengambil motor yang diletakkan di sana. Kemudian beriringan pula ke rumah Kak Aida untuk mengambil bungkusan udang galah (sebab Kak Aida ada kotak ais untuk letak udang) yang dibeli di Rompin. Kemudian, kami pulang ke rumah masing-masing dan berehat sebelum ke sekolah esoknya untuk meneruskan agenda pendidikan yang seterusnya.

P/S : Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga Guru-Guru & Kakitangan SMK Pasoh 2 (Felda) 2013. Semoga program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya pada masa akan datang. Sekian, itu sahaja coretan hamba buat kali ini. Bertemu kita pada tinta yang seterusnya.

0 ulasan:

Buih Yang Berterbangan