Papan Pernyataan / Pengumuman
Sila "Like" Jika Suka Sangat!
Nak Tukar Font? Silakan....
Translator Bahasa Hamba!
Rabu, April 21, 2010
La Memoria De Dairies - Carte 5
Tweet
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers yang dihormati sekalian...Alhamdulillah, bertemu kita lagi di dalam lampiran yang tidak sepertinya pada hari ini. Syukran juga hamba tujukan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana masih memberi hamba kesempatan untuk melakar warkah di helaian ini...Hamba sangat bersyukur pada Tuhan kerana sebahagian besar masalah hamba telah selesai dan insyaallah hamba akan ceritakan di dalam tinta ini...
8.00 pagi
Hamba bangun dari tidur dan bersiap sekadarnya, Bib telefon menyatakan dia berada di kedai mamak untuk bersarapan pagi.
9.00 pagi
Hamba telah ke pejabat KHAR untuk bertanyakan perihal rumah di BAHTERA terrace atau arked. Alhamdulillah masih ada yang kosong. Berkesempatan bertemu dengan Nurra, Farah dan member dari satu course yang lain. Hamba membuat separuh bayaran dan akan melangsaikannya petang ini. Segera menelefon ayahanda dan bonda untuk mengkhabarkan berita tersebut. Rumah tersebut terletak berdekatan dengan sungai. Bayaran RM130 sebagai deposit, keseluruhan RM780.
11.00 pagi
Pulang ke rumah dan membuat ulangkaji terakhir. Sekadar melihat-lihat nota sepintas lalu, sambil mengingati kembali kata-kata pensyarah semasa di dalam kelas...syukran..semalas-malas hamba, telinga hamba masih berupaya menangkap setiap bibit kata pensyarah, yang mana hamba telah proses di dalam minda dan simpan. Nak cakap macamana, itu cara hamba belajar. Kalau nak baca buku, memang payah...kerana saat-saat akhir ni..hamba lebih suka buat rujukan ringan sahaja...kerana masa awal-awal sem hamba dah bersedia, banyakkan bacaan dan berikan tumpuan semasa berada di dalam kelas (walaupun hamba selalu mengantuk dalam kelas).
2.00 petang
Sudah berada di kawasan Taman Universiti untuk mengambil peperiksaan EDU 3034 (Pengurusan Pembelajaran). Ambil kesempatan mencuri-curi lihat nota pelajar-pelajar lain (tabiat hamba memang begitu), kerana malas hendak buka nota sendiri. Berbual sekadarnya dengan member-member seangkatan. Dapat menghubungi ayahanda, setelah berulangkali mencuba (asyik-asyik dapat sambungan ke peti mel suara) dan menyatakan apa yang perlu. Minta restu dan doa dari ayahanda dan bonda (Sudah jadi kemestian dan kewajipan hamba setiap kali nak masuk exam, dan dalam setiap paper yang hamba nak ambil).
2.30 petang
Exam bermula dan hamba menjawabnya dengan penuh tenang dan senang hati. Prof Habib sampai pelik dengan sikap hamba yang relax dan seolah-olah tak tertekan langsung. Syukran la...Tapi, hamba takut juga...sebab kat dalam kertas soalan itu, hamba telah ter'lukis' suasana di dalam dewan peperiksaan, siap dengan figura pelajar-pelajar sekali!! Ada figura pelajar termenung, dan macam-macam lagi...apa tidaknya, hamba siap tak sampai 15 minit...jadi ruang masa selebihnya, hamba luangkan dengan melakar apa-apa yang patut...(matilah hamba!!!) Hujan turun...sejuknya!!
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 1:32:00 PG 0 ulasan
Label Diari Seminggu
Isnin, April 19, 2010
Ryuuroden aka Lagenda Anak Naga
Tweet
Genre : Sejarah, Fantasi, Aksi, Pengembaraan, Seni Mempertahankan Diri & Percintaan.
Sinopsis Cerita :
Mengisahkan 2 watak utama, iaitu Shiro Tenchi dan Masumi Izumi; pelajar tahun ketiga Sekolah Tinggi di Jepun yang telah 'dihantar' ke zaman pergolakan China, iaitu "Zaman Tiga Kerajaan" ketika dalam penerbangan lawatan cuti musim panas. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan yang 'berlainan', terutama berkaitan dengan 'perjalanan' atau jalan cerita yang sepatutnya berlaku di dalam sejarah. Ia secara tidak langsung mengakibatkan Shiro dan Masumi terpaksa mengadaptasikan kehidupan tersebut dengan segera. Mereka terpaksa memastikan bahawa sejarah tetap berjalan seperti yang telah termaktub di dalam buku-buku sejarah moden yang mereka pelajari, supaya tidak berlaku ralat di dalam dunia asal mereka, iaitu pada abad ke-21. Di dalam zaman huru-hara tersebut, mereka telah digelar sebagai 'Anak Naga' dan 'Dewi Naga', berdasarkan kepercayaan masyarakat China pada masa dahulu di samping ketibaan mereka yang diiringi oleh seekor naga yang gagah. Misi mereka kini adalah untuk pulang semula ke abad-21 tanpa meninggalkan kesan sejarah 'kewujudan' mereka di zaman tersebut, selain daripada menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku sebagaimana yang 'sepatutnya' berlaku di dalam sejarah, serta menghalang Chung Ta dari mencapai cita-cita jahatnya; supaya tidak berlakunya percanggahan sejarah pada masa hadapan.
Watak-Watak Di Dalam Manga :


3. Liu Bei - Seorang pemerintah dan memainkan peranan yang penting dalam "Zaman Tiga Kerajaan". Merupakan abang angkat kepada pejuang yang sangat handal, iaitu Kuan Yu dan Chang Feng. Sangat setia dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat baik hati oleh pengikut-pengikutnya. Lebih gemar menggunakan cara yang lembut dan berdiplomasi dalam perbincangan mahupun peperangan. Mempunyai 2 orang isteri, yang ditinggalkan di sebuah kawasan yang tersembunyi kerana bimbang akan diburu dan dibunuh oleh musuhnya. Seorang yang dilihat sangat sederhana dalam kehidupan sehariannya, malah boleh diajak bergurau jika keadaan mengizinkan.
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 3:44:00 PTG 0 ulasan
Ahad, April 18, 2010
Ouke No Manshou aka Sumpahan Diraja Mesir
Tweet
Genre : Fantasi, Sejarah
Sinopsis Cerita :
Cerita ini mengisahkan tentang watak utama, Carol Rido (Carol); gadis remaja warganegara Amerika yang berambut perang keemasan dan mempunyai mata berwarna biru laut adalah anak kepada sebuah keluarga ternama yang kaya-raya. Carol menuntut di sebuah universiti di Cairo dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang arkeologi. Apabila keluarganya menemui sebuah makam yang menempatkan seorang Firaun muda, sebuah sumpahan telah berlaku ke atas ahli ekspidisi, Carol dan seluruh keluarganya. Sumpahan ini telah membawa gadis ini kembali ke masa lampau, iaitu kira-kira 3000 tahun dahulu; iaitu pada zaman Mesir Purba. Keadaan in telah membawa kepada perkaitan sejarah dan membawa Carol untuk lebih mengetahui tentang peristiwa sejarah di Mesir, Assyira dan Babylon. Pada zaman tersebut, Carol telah bertemu dengan Memphis, Firaun muda yang tampan (Carol telah memasuki makam miliknya pada abad ke-21) dan kejam. Walaupun Memphis adalah seorang yang keras kepala dan kejam pada awalnya, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah tertarik antara satu sama lain. Ini menimbulkan kemarahan kakak (kekanda) Memphis, Isis yang telah lama menyukai Memphis dan hendak mengahwininya. Manakala, Carol yang pada zaman itu dianggap mempunyai rupa paras yang unik dan mempunyai kebolehan yang diperolehinya dari abad 21, menjadikannya seorang yang memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah ketamadunan Mesir.
Watak-Watak Di Dalam Manga :


3. Isis - Puteri dan Paderi Tertinggi Kerajaan Mesir Purba (memerintah kerajaan Selatan Mesir) dan merupakan kakak (kekanda) kepada Memphis. Merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Carol ke zaman Mesir Purba sebagai hukuman kepada keluarga Carol yang membiayai ekspidisi membongkar makam Memphis dan dirinya pada abad ke-21. Sangat mencintai Memphis dan sanggup membuat apa sahaja tindakan yang dianggap boleh memenangi cintanya. Pada luarannya, dia adalah seorang wanita yang jelita dan menawan, tetapi dia juga seorang yang kejam, licik serta kurang berperikemanusiaan, terutama jika mendapat tahu ada orang lain yang mencintai Memphis (Melalui tindakannya membunuh Milanun dengan membakarnya di kuil dan percubaannnya untuk membunuh Carol setelah mengetahui Carol hamil). Sentiasa cuba merancang untuk menjatuhkan atau membunuh Carol, tetapi selalu gagal. Berkahwin dengan pemerintah Babylon, Ragashu setelah sangat kecewa dengan keputusan Memphis mengahwini Carol (dia diarahkan oleh Memphis untuk menjadi saksi perkahwinannya). Walaupun sudah berkahwin, Isis masih mengharapkan cinta Memphis dan sentiasa berusaha untuk kembali ke Mesir, dengan harapan Memphis akan memperisterikannya setelah kematian / kehilangan Carol. Ini seringkali menimbulkan syak wasangka suaminya, tetapi tidak didedahkan. Ketika berlakunya peperangan di mana Ragashu ditewaskan oleh Memphis, hamba abdi Isis yang setia telah dapat mengesan perubahan kelakuan Isis dan mendapati bahawa Isis telah mengandung. Ini menyebabkan Isis sangat kecewa dan hampir putus harapan untuk dapat memiliki Memphis lagi - kerana anaknya itu.

5. Ishmin aka Ishfaq Minhaz - Putera Mahkota Kerajaan Hittite yang terkenal dengan kebolehannya dalam peperangan. Seorang yang kacak, bijak, licik, agak kejam namun berjiwa pahlawan. Sangat memusuhi Memphis, kerana dipercayai telah cuai dalam menjaga serta terlibat dalam konspirasi membunuh adik perempuannya, Puteri Milanum. Jatuh hati terhadap Carol pada pandang pertama (ketika ke Mesir untuk menyiasat punca kematian adiknya). Pada permulaan, dia mahu menggunakan Carol sebagai 'tawanan' bagi menghapuskan Memphis, tetapi sikap Carol yang berani, sentiasa cuba melarikan diri darinya, tidak mudah mengalah serta tidak takut dengan sistem monarki (pemerintah beraja) menyebabkan Ishmin terpikat padanya. Dia sentiasa beranggapan bahawa perkahwinan antara Carol dan Memphis adalah tidak sah dan mencari peluang untuk membawa pulang Carol ke Hittite, supaya dapat memperisterikannya. Sangat mengambil berat akan keselamatan serta kesejahteraan hidup Carol serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya, meskipun terpaksa menggunakan khidmat ahli sihir untuk 'menghilangkan ingatan' Carol terhadap suaminya sekaligus mengahwininya. Status dirinya dan Carol adalah tidak jelas, iaitu sama ada mereka adalah suami isteri atau tidak kerana Carol sama sekali tidak mengakui kesahihan perkahwinan tersebut. Kecederaan di bahu kanannya yang tidak dapat disembuhkan diakibatkan daripada Ryan, yang mana muncul secara tiba-tiba ketika kebakaran berlaku dan menyebabkan terjadinya 'relung masa'. Kemahirannya dalam peperangan sangat unggul, tetapi mudah teralih sekiranya dikejutkan dengan perkara yang berkaitan dengan Carol. Sebagaimana kaum lelaki Hittite yang lain, Ishmin turut menyimpan rambut yang panjang dan diikat sepanjang masa berdasarkan tradisi bangsanya, yang membuatkannya kelihatan seperti seorang wanita.
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 7:35:00 PTG 2 ulasan
Pengumuman Penting!!
Tweet
Assalamualaikum....syukran kerana banyak kerja-kerja telah beres...kecuali bagi Pengajaran Komunikasi Visual. Memang memeningkan kepala....Baiklah, apa yang hamba ingin catatkan di sini adalah...bagi memenuhi citarasa hamba yang kian membuak-buak di dalam jiwa, hamba akan cuba menerbitkan 'manga' sendiri dan juga insyaallah akan 'menterjemahkan' manga-manga kegemaran hamba, yang hamba sukai... Tidak banyak manga yang hamba minati, dan sememangnya hamba berasa kasihan dengan rakan-rakan hamba yang tidak memahami bahasa Inggeris tetapi ingin membaca manga. Insyaallah, hamba akan cuba menterjemahkan karya-karya tertentu yang hamba sukai dan harap rakan-rakan bloggers menyukainya...Ini sekali gus membantu semua..hamba akan cuba buat perlahan-lahan kerana kebanyakannya perlu ditapis dahulu...
Ouke No Manshou aka Sumpahan Diraja Mesir
Ryuuroden aka Lagenda Anak Naga (cuba untuk dicari sambungannya)
Sailormoon aka Gadis Berbaju Kelasi Bulan
Naruto dan Naruto Shippuden
Eye-Shield 21 aka Pemain Berhelmet Tertutup No.21
Mahou Sensei Negima aka Guruku Adalah Ahli Magik Negi
Selain itu, saya akan cuba memperkenalkan laman 'Mari Belajar Asas Photoshop Dan Illustrator' khusus buat rakan-rakan blog yang ingin mempelajari asas (basic). Malah, saya harap akan ada komen-komen membina dari sahabat-sahabat yang prihatin dan mungkin akan turut sama memberikan nota bagi menguatkan lagi laman tersebut. Ini disebabkan saya juga amat 'hijau' dalam ilmu tersebut dan hanya ingin berkongsi maklumat ringkas dengan rakan-rakan blog yang lain...
Baiklah, tunggu berita daripada hamba dan insyaallah yang lain akan menyusul tidak berapa lama lagi. Semoga bertemu kita di dalam penulisan hamba yang seterusnya. Ja Mata!!!
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 1:31:00 PTG 0 ulasan
Jumaat, April 16, 2010
La Memoria De Dairies - Carte 4
Tweet
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers, dari Selatan ke Utara, dari Barat lalu pula ke Timur.... Alkisah pun hamba mohon maaf dan ampun kerana tidak berkesempatan menulis mahupun melakar tinta yang menarik di dalam blog ini. Hamba kini sedang sibuk mengulangkaji mata pelajaran, kerana pada minggu hadapan exam telah bermula...Takut ada, gementar pun ada....syukran hamba dapat mengimbanginya dengan baik di sini.
Hari ini hamba akan mengikuti taklimat ROS (Rancangan Organisasi Sekolah) yang akan diadakan di Auditorium 1 UPSI, pada pukul 9 pagi ini. Taklimat tersebut akan dijalankan oleh En Hassan Ghazali, salah seorang pensyarah hamba di Fakulti Seni Dan Muzik (FSM). Taklimat ini wajib hamba hadiri kerana ia mengandungi input yang penting dan akan digunakan oleh hamba dan rakan-rakan semasa menjalankan ROS di sekolah kelak. ROS akan dijalankan di sekolah menengah sahaja (pada masa kini). Manakala sekolah yang hamba pilih untuk menjalani ROS adalah Sekolah Menengah Kampung Awah (F) yang terletak di Felda Kampung Awah. Hamba menetap di Felda Kampung Awah selama 9 tahun; dan ia merupakan rumah nenda (ayahanda kepada ayahanda hamba).
Sudah lama juga kiranya, hamba tidak berkunjung ke teratak ilmu tersebut, kerana kali terakhir hamba ke sana hamba mengambil sijil PMR hamba. Sekolah itu merupakan salah sebuah sekolah kenangan remaja hamba, terutama semasa Tingkatan 2, 3 dan 4. Namun, semasa pertengahan tahun 2004, hamba telah mengikut keluarga berpindah ke Kuala Lipis atas kenaikan pangkat ayahanda hamba dalam jabatan. Rezeki anaklah katakan! (Adinda hamba, Muhammad Qayyum dilahirkan pada bulan 10, tahun 2003). Maka, tinggallah sekolah tersebut, tetapi masih ada kenangan yang hamba tinggalkan di sekolah itu. Kalau tidak percaya, silalah ke sekolah dan cari Majalah Sekolah yang disiarkan pada tahun 2002 dan 2003. Bukan sahaja mengandungi gambar hamba, malah karya hamba turut dipamerkan. Antaranya dalam bentuk sajak dan juga lukisan kartun yang tidak seberapa. (Majalah Sekolah milik hamba sudah rosak teruk, kerana stor bawah rumah hamba pernah banjir ketika hujan lebat).
Hamba akan menjalani ROS bersama rakan-rakan hamba yang lain, iaitu Yen, Lela dan rakan-rakan yang lain. Guru hamba, Cikgu Raof telah dimaklumkan. Beliau berasa sangat gembira apabila mengetahui hamba hendak menjalankan ROS di sekolah itu. Hamba bukan sahaja ingin melepas rindu di sekolah itu, tetapi melihat perkembangan 'adik-adik' yang datang ke sekolah itu, kerana pada hamba mereka amat bertuah kerana fasiliti sekolah telah banyak berubah dan ini akan membantu pelajar menjadi lebih aktif dan giat dalam kurikulum malah ko-kurikulum. Jarak rumah dan sekolah sangat dekat, iaitu selama 5 minit berjalan kaki sahaja, disebabkan rumah nenda hamba hanya bersetentang dengan padang sekolah! Jadi tak menghairankan sekiranya hamba dapat lihat pembangunan sekolah walaupun hamba sudah tidak bersekolah di situ lagi. Tidak sabar rasanya hamba ingin menjalankan ROS di situ!!!
Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan semasa di sekolah tersebut amat banyak.....tetapi hamba sebutkan yang paling hamba hargai dan ingati....Antaranya, di sekolah inilah hamba mempelajari Pendidikan Seni Visual secara menyeluruh dan mendalam; iaitu dari Cikgu Raof sendiri. Beliau sentiasa memberikan galakan pada diri hamba supaya sentiasa maju dalam menghasilkan karya di sekolah. Beliau juga sentiasa menggalakkan hamba untuk melakar (sketches) benda-benda hidup dan bergerak, terutama manusia dan haiwan. Paling tak dapat dilupakan, hamba ni bebal sangat agaknya; cerdik sangat pergi melukis bawah sarang tebuan (yang sesat di tangga sekolah) semata-mata nak mendapatkan pergerakan yang diinginkan! Bila ingat semula, betapa gilanya hamba terhadap seni ketika itu....namun, alhamdulillah...atas inisiatif itulah, tangan hamba agak 'lembut' dalam melakar dan melukis karya. Tapi, agak malang kerana kebanyakan hasil karya hamba telah dibakar (dilupuskan) oleh ayahanda kerana pada ketika itu, ayahanda tidak menyokong minat hamba dan hanya mahu hamba menumpukan sepenuh perhatian pada mata pelajaran yang lain; terutama mata pelajaran Sains dan Matematik (kerana ayahanda bercita-cita mahu melihat hamba menjadi seorang doktor atau atau saintis pada awalnya). Semasa Tingkatan 4, ayahanda tidak membenarkan hamba mengambil mata pelajaran Seni Visual kerana beranggapan pelajaran itu tidak penting, membuang masa dan hanya untuk orang-orang yang berangan-angan seperti Mat Jenin. Tetapi, hamba secara senyap-senyap mengikuti kelas bimbingan Cikgu Raof (atas sokongan dan galakan ayahanda dan bonda saudara; Mak Chik dan Pak Su), dan sentiasa melakukan latihan amali di Bilik Seni. Namun, segalanya terhenti apabila hamba bertukar ke Kuala Lipis. Hamba tidak dibenarkan sama sekali mengikuti kelas Seni Visual, kerana ayahanda mahu hamba memberikan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Pada ketika itulah, hamba mengikuti kelas Teknologi Maklumat (atas dorongan minat dan juga tiada pilihan lain; kerana di SM Setiawangsa ketika itu hanya menawarkan mata pelajaran Sains (Biologi & Kimia), Prinsip Akaun atau Teknologi Maklumat (kena pilih salah satu); kelas Biologi bertindih dengan kelas Seni Visual) dan akhirnya berjaya menguasai asas Visual Basic 6.0 dan Pengaturcaraan Internet dan Komputer dalam masa 6 bulan sahaja (terima kasih hamba tujukan kepada rakan hamba, Nur Naiemah yang banyak mengajar hamba mengenai komputer pada waktu tersebut). Malah, mendapat keputusan 3 B dalam mata pelajaran tersebut di dalam SPM. (Hamba hanya mempelajari mengenai komputer semasa berada di Kuala Lipis)
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 6:54:00 PG 0 ulasan
Label Luahan Rasa Hati
Isnin, Mac 29, 2010
La Memoria De Dairies - Carte 3
Tweet
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers....maafkan hamba kerana sudah sekian lama tidak mencatat apa-apa tinta di sini...hamba sangat-sangat sibuk. Hinggakan hendak membuka blog pun tidak sempat. Kini ada sedikit ruang kelapangan bagi menulis, maka hamba terus rebut peluang ini.
Kini, hamba sedang sibuk menghabiskan tugasan akhir bagi studio-studio dan juga kajian pra-tesis hamba. Syukran, segalanya berjalan dengan lancar. Lebih-lebih lagi semenjak hamba terasa semakin 'putus asa' untuk meneruskan pengajian di sini. Hamba pun tidak tahu apakah sebabnya. Hamba kini sedang bertarung hebat dengan diri hamba sendiri!!!! Ya Allah, kuatkanlah jati diri ini.....
Hamba bercadang hendak ke kolam air panas, jika ada ruang-ruang yang diizinkan. Dapat juga hamba merehatkan diri di samping melancarkan aliran darah dan menyihatkan badan hamba. Sudah lama juga kiranya hamba tidak melakukan teknik 'akupuntur' di kolam air panas. Dahulu, semasa masih menetap di Kuala Lipis, adakala rakan-rakan hamba mengajak ke kolam air panas untuk beristirehat dan menyegarkan kembali otak yang sarat dengan belajar dahulu. Di sana, hamba melakukan teknik tersebut; dengan bantuan seorang auntie yang mahir dengan teknik tersebut....badan jadi sangat segar. Sungguh pun hamba ni fobia jarum, hamba masih boleh tahan dengan jarum jenis ini. Tak sakit pun, macam kena gigit semut. Selepas menjalani rawatan tersebut, badan hamba jadi makin segar dan kesihatan menjadi lebih baik...
Ha, di sini hamba lampirkan sekali laman-laman blog yang men'download' komik-komik Hong Kong. Kepada kaki-kaki komik yang ingin membacanya, sila-silalah ke laman ini. Hamba juga sedang melayarinya kini, sebagai peneman, terutama di waktu stress dan bosan.
Masterfikar (Hong Kong Komik)
ComiczCrazy (Hong Kong Komik)
Ha, di sini hamba lampirkan sekali laman-laman blog yang men'download' komik-komik Hong Kong. Kepada kaki-kaki komik yang ingin membacanya, sila-silalah ke laman ini. Hamba juga sedang melayarinya kini, sebagai peneman, terutama di waktu stress dan bosan.
Masterfikar (Hong Kong Komik)
ComiczCrazy (Hong Kong Komik)
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan hamba buat kali ini. berjumpa kita lagi di laman seterusnya. Sekian, wassalam.
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 11:20:00 PTG 0 ulasan
Label Diari Seminggu
Khamis, Januari 28, 2010
La Memoria De Campus - Carte 2
Tweet
Assalamualaikum...pada semua rakan-rakan bloggers...hari ini mencatatkan sejarah yang maha penting buat hamba, kerana pada hari ini hamba telah menjalankan tanggungjawab hamba sebagai seorang pengundi yang berdaftar, sebagai pelajar UPSI. Syukran, hamba telah menjalankan tanggungjawab dan menyokong calon yang hamba fikir amat layak untuk dibawa ke atas. Hamba tidak arif dengan perihal politik kampus, kerana hamba bukan ahli politik yang mahir...Arakian, hamba tetap ambil peduli dengan perkembangan semasa di kampus dan hamba berasa amat bangga kerana fakulti hamba turut meletakkan calon sebagai menyahut seruan dan saranan pihak yang berkaitan....Tahniah pada calon-calon fakulti semua...
Pada hari ini tiada berita yang dapat hamba catitkan, cukuplah sekadar hamba katakan bahawa jadual hamba amat padat dan hamba seolah-olah seekor ikan yang kini tercungap-cungap kelemasan akibat kekurangan oksigen...ibarat "Nyawa-nyawa ikan". namun, sebagai menunaikan janji dan tanggungjawab hamba di dada warkah ini, hamba lakarkan jua untuk tatapan semua...disini hamba turut selitkan lampiran daripada Blog UPSIkini yang memaparkan sedikit sebanyak kisah perjalanan pilihanraya kampus pada hari ini...
Sampai di sini sahaja nukilan hamba pada hari ini. Hamba bermohon diri....Wassalam....
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 5:25:00 PTG 0 ulasan
Label Pilihan Raya UPSI
Langgan:
Catatan (Atom)