Papan Pernyataan / Pengumuman
Sila "Like" Jika Suka Sangat!
Nak Tukar Font? Silakan....
Translator Bahasa Hamba!
Ahad, September 13, 2009
Ramadhan Yang Bakal Melabuhkan Tirai Keberkatan-Nya, Syawal Yang Bakal Membawa Keriangan Dalam Kesedihan...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 2:43:00 PG 0 ulasan
Label Raya N Puasa
Sabtu, September 05, 2009
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian III
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 12:00:00 PTG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian II
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 4:27:00 PG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Kenangan STPM (PSV) 2007 : Bahagian I
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 2:52:00 PG 0 ulasan
Label Kenangan Terindah Hamba
Selasa, September 01, 2009
Hamba Seorang Pendikir...
TweetTinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 3:28:00 PG 0 ulasan
Sabtu, Ogos 29, 2009
Nasib Malang @ Nasib Buatan Sendiri?
TweetHamba sekadar ingin memberi pandangan hamba mengenai kes-kes kemalangan akibat bermain mercun semasa Ramadhan ini. Hamba cukup sedih membaca berita-berita tersebut. Sepatutnya kanak-kanak tersebut menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh kegembiraan, tetapi esak tangis tidak berguna lagi setelah kehilangan anggota badan dan pancaindera yang tidak sepatutnya 'hilang'. Pada mulanya, hamba ingin mengatakan mereka bodoh (maaf, hamba terpaksa menggunakan bahasa yang kasar sedikit) kerana masih bermain permainan yang diharamkan oleh kerajaan, tetapi pada hamba tidak salah bermain; namun hendaklah berhati-hati dan jangan dilekakan dengan keseronokan bermain sahaja. Hamba memahami naluri kanak-kanak kerana hamba juga pernah menjadi kanak-kanak. Sebut sahaja mercun jenis apa, meriam buluh, lampu daripada sekam kelapa sawit; semua telah hamba cuba, tapi mengapa hamba tidak tercedera semasa bermain dengannya?
Kuncinya terletak pada hati dan pegangan kita. Kanak-kanak pada zaman hamba mengetahui batas-batas mana mercun dan meriam itu dimainkan, dan berapa kuantiti yang diperlukan. Cabar-mencabar itu perkara biasa dalam permainan, tetapi langkah keselamatan dan keizinan daripada orang dewasa kami amalkan...Namun zaman kini, kanak-kanak kini berfikiran terlalu 'intelek', cuba membuat perubahan dengan bermain meriam menggunakan besi, mercun diletak dalam balang dan sebagainya lagi. Bagi mereka, keseronokan itu adalah lebih utama, keselamatan diabaikan. Maka, 'itu'lah hasilnya....jari yang putus, mata yang buta, telinga yang pekak dan sebagainya...
Hamba juga kesal dengan sikap segelintir pihak yang menganggap permainan mercun ini tidak berbahaya...Hamba kini hanya berani bermain mercun bawang, bunga api kecil, mercun lada dan mercun mancis....Walaupun bunyi dan letupannya tidak segah mercun pelangi atau bunga, ia dapat dikawal dan hamba dapat memastikan keselamatan setiap pemain (adinda hamba dan sepupu hamba yang masih kecil). Kadangkala, kami 'bertanding' dengan jiran sebelah rumah untuk melihat bunyi mercun siapa yang paling kuat, tapi kami tetap mementingkan keselamatan...
Walaubagaimanapun, hamba percaya bahawa keadaan ini akan dapat diubah...ingatlah bahawa tubuh badan kita ini adalah tunggal, tiada galang ganti. Jika rosak atau binasa, walaupun ada pengganti, keadaannya tidak akan sama dengan yang asal. Jadi, ingat, simpan dan fikir-fikirkanlah...Selain itu, khusus di bulan yang mulia ini, hamba ingin menyedekahkan doa hamba kepada arwah nenda hamba berdua (sebelah bonda hamba) yang telah pulang ke rahmatullah pada Febuari dan Mei lalu serta pada arwah nenda hamba (sebelah ayahanda hamba) yang meninggal pada Jun 1988. Mungkin ketika ini, mereka sedang 'melawat' kerabat-kerabat mereka termasuk diri hamba sendiri yang kini berada di bumi bertuah UPSI....
Oleh itu, sama-samalah kita membuat amal kebajikan dan beribadat di bulan yang mulia ini. Binatang juga makhluk Tuhan, janganlah ia disakiti...hormatilah ia sebagaimana kita menghormati manusia, kerana mereka juga dicipta untuk beribadat dan berzikir kepada Yang Pencipta. Janganlah bakhil untuk bersedekah pada yang perlu, kerana insyaallah pahala dan balasan yang kita perolehi mungkin berkali ganda banyaknya...lebih penting lagi, hidup terasa seperti sentiasa diberkati...bersihkanlah jiwa dan sayangilah insan disekeliling kita; termasuk diri kita...setelah itu, kita mencintai orang yang disayangi dan diambil berat kerana merekalah yang terpenting bagi kita namun cintailah Yang Satu, kerana cinta-Nya pada kita tidak akan pudar selagi hayat ditelan zaman. Sekian, tinta pena hamba....
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 11:01:00 PTG 0 ulasan
Label Ikhtibar Dan Petunjuk
Selasa, Ogos 25, 2009
Cintaku Yang Mula Bersemi.....Rindu Yang Kian Terserlah....
Tweet
Adinda hamba yang sulung, Mohd Kamal (Benteng, pertahanan)
Seorang yang serius, tetapi masih gemar berjenaka
Berada di Matrikulasi Teknik, Kedah dalam bidang mechanical engineering
.jpg)
Adinda hamba yang kedua, Muhamad Husain (nama cucu Nabi)
Diam-diam ubi berisi & gemar bersilat dengan kekandanya
Kini menetap di asrama SMK Seri Bera, Bandar Bera, Pahang

Atlit dan perpustakawan di sekolah...SK (F) Tementi, Bera, Pahang

Adinda hamba yang bongsu, Muhammad Qayyum (berdiri & berdikari sendiri)
Paling nakal; tetapi tetap cute..bersekolah di SK (F) Tementi, Bera, Pahang
Benar, yang sesungguhnya hamba telah jatuh asyik pada kecantikan seni silat yang hamba pelajari kini. Bukan kerana ingin mempelajarinya demi tujuan perlindungan dan keselamatan, tetapi kerana keunikannya yang tersendiri...kerana nilai tradisi dan tradisional sendiri....Bagi hamba, sebagai orang Melayu, hamba hendaklah cuba 'mencintai'nya kerana ia merupakan budaya dan adat resam kita. Malah, Laksamana Hang Tuah juga merupakan pesilat yang handal dalam mempertahankan maruah dan keagungan Sultan meskipun terpaksa berkorban dan menahan rasa. Namun, itulah orang Melayu pada zaman dahulu, Sultan mereka tetap di hati. Dapatkah kita semua menandingi mereka? Fikirkanlah sendiri...Malah, Tun Fatimah juga dikatakan handal memainkan pencak silat, yang nyata adalah untuk mempertahankan nusa dan bangsanya...Jadi, mengapa hamba tidak cuba mengikuti jejak langkahnya?
Ya Tuhan, hambamu ini merindui saat-saat bersama-sama adinda-adinda hamba terutama ketika menunaikan puasa....Lebih-lebih lagi pada adinda hamba yang bongsu...Dia sentiasa ingin hamba memasak nasi goreng kampung dan ayam golek, kerana katanya masakan hamba itu sedap dan berlainan daripada bonda...Baru berusia 6 tahun, sudah pandai memberi komen mengenai masakan hamba dan bonda...Hai, cukup memeningkan kepala juga apabila memikirkan menu untuk berbuka, kerana adinda hamba ini amat cerewet tentang rasa makanan. Apabila hamba berada di rumah semasa cuti semester, dia akan menyuruh hamba memasak makanan dan membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan pada rakan-rakannya....Hendak tergelak pun ada, kadang-kadang dia yang beria-ia memberi hamba buku masakan (bonda hamba gemar membeli majalah masakan dan meletakkannya di rak buku) dan memilih masakan yang ingin dirasai...Herm, begitulah adinda bongsuku....
Apatah lagi bonda akan menyerahkan bulat-bulat tugasan memasak jika hamba pulang ke teratak usang...Tugas bonda menjadi ringan, dan menjadi 'tukang rasa' sahaja usai hamba memasak...Adinda-adinda hamba berdua yang kini kian meningkat teruna, sudah semestinya bersantap pada kadar yang banyak...Selalunya, hamba terpaksa menanak nasi sebanyak 2 kali dengan kuantiti 6 cawan beras kecil, kerana selera santap mereka yang tinggi itu...Tapi, hamba puas juga, mereka menikmati hidangan dengan sempurna. Sudah menjadi kebiasaan, sekiranya mereka pulang, hambalah yang akan dituju dahulu..."Along, boleh masakkan Angah dan Ude lauk ini, ini dan ini?" itu lah ayat yang sudah lali hamba dengarkan. Hamba pula jenis yang tidak ambil kisah dan terus bersetuju, dengan syarat bahan-bahan basah hendaklah mereka belikan dan membantu hamba untuk menyiapkan hidangan tersebut. Mujur mereka hendak menolong...dapat juga mengajar mereka memasak sedikit, supaya jika teringin semasa berada di perantauan, dapat memasaknya...
Kenangan itu tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat hamba...mereka merupakan permata hati hamba, siapa tidak sayang adinda sendiri, betul kan? Hamba tidak dapat meluahkan rasa sayang tersebut pada mereka secara berhadapan, namun melalui masakan dan bergurau sendalah hamba dapat menyalurkannya pada mereka. Doa hamba, semoga adinda-adindaku sentiasa sejahtera hidupnya dan dimurahkan rezeki selalu...Buat ayahanda dan bonda, semoga anakandamu ini akan dapat pulang dengan kejayaan di tangan dan membuat mereka berbangga dengan hamba, walaupun hamba adalah seorang puteri...
Sekian, dahulu nukilan tinta hamba pada warkah maya ini...Ingatlah bahawa amanah yang kita galas merupakan perkara terpenting dalam hidup kita. Janganlah mengalirkan airmata duka ayahanda dan bonda kita dengan berita memalukan mereka, sebaliknya dengan airmata ria kerana kejayaan dan kebahagian kita....Bersuka ria itu semestinya, tetapi terhad. Serius itu perlu, tetapi adakalanya diselangi dengan kerehatan fizikal, rohani dan emosi menerusi senyuman, ketawa dan gurauan...Sinarilah hidup anda dengan menyintai Tuhan, sepertimana anda menyayangi ayahanda dan bonda...kerana kasih Tuhan itu tetap yang satu...
Penuh kesyukuran dan nikmat pahala,
Keluarga dikenang jauh di mata,
Namun di hati tetap terpahat jua
Cantik manis gadis Melayu,
Sopan dan santun penuh budaya,
Andai ada silap di situ,
Maaf dipohon salam disua
Wassalam....
Tinta nukilan oleh Seiryuu Ai / Fiesha Hafimi di 12:22:00 PG 0 ulasan