Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang mengenali hamba di laman maya ini. Terlebih dahulu hamba ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana sudah begitu lama tidak melakar sebarang berita atau ceritera di laman ini. Kesibukan yang menghambat hamba, ditambah lagi dengan bebanan tugas sama ada dari tugasan kerja dari studio dan kelas serta dari persatuan/kelab yang disertai menyebabkan jari hamba kurang pantas untuk menaip tinta di sini. Hamba di sini boleh diibaratkan seperti chipsmore yang seringkali dimakan oleh orang ramai, sekejap ada sekejap tiada. Tapi, alhamdulillah...dengan dorongan dan doa dari ayahanda dan bonda serta rakan-rakan seperjuangan..hamba cuba harungi perjalanan sebagai seorang mahasiswa yang mencabar ini.
Baiklah, di sini ingin hamba war-warkan mengenai sebuah pameran yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar studio bagi Asas Batik dan Lanjutan Batik. Hamba sebagai salah seorang pelajar yang terlibat serta naib pengarah dan juga ketua bahagian publisiti dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan/cik/ adik-adik/ kakak-kakak/abang-abang ke majlis tersebut. Majlis ini adalah sebagai upacara kemuncak bagi memaparkan hasil karya pelajar yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Tema pada semester ini adalah lebih mencabar berbanding semester lalu, terutama kami (termasuk hamba) pelajar Lanjutan Batik yang diarah menyiapkan tugasan yang lebih menuntut masa, tenaga dan kreativiti yang mencabar diri dan intelektual kami. Oleh itu, hamba menjemput rakan-rakan semua; terutama yang berada di sekitar Tanjung Malim untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. majlis kemuncak adalah pada malam hari dan menjanjikan pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan!
Sekian dahulu daripada hamba. Di sini hamba lampirkan banner dan kad jemputan bagi majlis yang akan dilangsungkan nanti. Semoga bertemu lagi di tinta yang seterusnya. Wassalam.
Gambar 1 : Banner Bagi Majlis Yang Akan Dijalankan
Gambar 2 : Kad Jemputan Bagi Jemputan Dalam Majlis Ini
0 ulasan:
Catat Ulasan