Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog yang dihormati dan disayangi. Alhamdulillah, hamba berada dalam keadaan yang baik; walaupun mengalami komplikasi sakit belakang yang kadang-kadang mengganggu hamba. Mungkin inilah kesan akibat terlalu banyak duduk dan kurang membuat senaman, mungkin juga tabiat hamba yang gemar tidur di lantai tanpa beralas. Syukur ia tidak begitu serius, walaupun kadangkala hamba berdecit juga menahan sakit sepanjang semester lepas, sehingga menyebabkan kerja/assignment hamba agak terganggu. Hamba tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu rakan-rakan serta keluarga hamba susah hati. Tapi, sahabat hamba mulai perasan bahawa hamba banyak berubah sepanjang semester lepas, kerana dia mengatakan bahawa hamba agak pendiam dan kurang aktif berbanding semester lain. Herm, tidak mengapalah. Hamba diamkan sahajalah.
Beralih pula kepada tajuk utama kita. Pada hari semalam, 25 Disember hamba telah berangkat pulang ke Tanjung Malim. Sengaja hamba pulang awal untuk berjumpa dengan pensyarah Kajian Kraf, bagi memulakan kajian tesis. Malah, untuk mengupload semula blog ini serta hal-hal yang lain. Semasa dalam perjalanan ke Pasar Seni, hamba agak hairan apabila melihat agak ramai pelancong yang berada di situ. Mereka sibuk mengambil foto di sekitar kawasan berdekatan LRT Pasar Seni. Setelah diteliti, barulah hamba mengerti bahawa rupa-rupanya ada banyak lukisan Street Art di dinding-dinding di sepanjang terowong berhampiran sungai (hamba tak tahu nama sungai, maaf ya!). Hamba terpegun kerana kawasan sepanjang sungai itu menjadi sangat cantik dengan hasil karya yang pada hamba sangat menarik dan berharga! Oleh itu, hamba persembahkan hasil seni ini sebagai tanda hamba menghargai seni ini.
Kawasan Pertama Berhampiran Jalan Ke Pasar Seni
Hasil-Hasil Street Art - Pada hamba, sangat baik dan merupakan luahan hati yang paling jujur
(Walaupun mengikut tema)
0 ulasan:
Catat Ulasan