Dengan segala hormat dan takzimnya, hamba mempersembahkan
Hachi-ko Monogatari (1987)
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Perhatian :
Hamba sarankan sila sediakan tisu, kain kecil atau sapu tangan untuk menontonnya.
Sinopsis Ringkas :
Filem ini merupakan adaptasi daripada kisah benar yang mengisahkan tentang kesetiaan dan kasih sayang antara seekor anjing yang bernama Hachiko terhadap tuannya. Anjing ini dilahirkan di sebuah kawasan pergunungan di pedalaman Jepun, dan dibawa ke Tokyo (Shibuya) untuk dihadiahkan kepada keluarga Ueno yang baru kematian haiwan peliharaan mereka. Anak anjing ini merupakan baka asal "Akita Inu" yang jarang didapati di Jepun ketika itu. Pada permulaannya, keluarga ini menolak untuk memeliharanya, namun setelah perkahwinan satu-satunya anak perempuan Ueno Hidesaburo; anak anjing ini dilihat sebagai satu-satunya tempat untuk dia mencurahkan kasih sayang dan teman selain daripada isterinya. Anak anjing ini diberi nama "Hachi" yang bermakna 'lapan' dan ' nasib yang baik' manakala "ko" bermakna 'anak' atau 'putera'. Pada setiap hari, Hachiko akan menemani tuannya ke stesen kereta api Stesen Shibuya dan akan menunggu tuannya di pintu keluar pada sebelah petangnya. Namun, malang berlaku apabila Ueno diserang strok dan meninggal di tempat kerja, menyebabkan Hachiko menunggunya sehingga diambil oleh pembantu rumah pulang ke rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya??
P/s : Cerita ini amat berbaloi untuk ditontoni, terutama peminat-peminat haiwan sedunia....Sesungguhnya perhubungan antara insan digalakkan, apa pula perhubungan antara manusia dan haiwan. Hachiko merupakan lambang kesetiaan dan ketaatan yang tinggi kepada kita manusia, yang sanggup menunggu 10 tahun semata-mata untuk 'berjalan' dan 'bersama' dengan tuannya. Anjing tergolong dalam kalangan haiwan yang sangat-sangat setia pada tuannya, sekiranya dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Walaupun dalam agama Islam, anjing tergolong dalam haiwan yang 'bernajis besar', tapi mereka juga berhak disayangi dan dihormati, kerana mereka juga makhluk Allah yang dicipta dengan tujuan yang kita tak dapat huraikan.
Malah, berbakti pada sesama makhluk juga tidak salah, waima seekor anjing sekalipun. Untuk mengetahui kisahnya (Klik Di Sini) . Pada sesiapa yang masih belum mengetahui kisah sebenar Hachiko (Klik Di Sini) . Jadi, sayangilah haiwan dan hormatilah mereka seperti mana makhluk Allah yang lain.
Insyaallah, hamba akan letakkan pula adaptasi cerita Hachiko ini dalah versi Amerika pula.
0 ulasan:
Catat Ulasan