Papan Pernyataan / Pengumuman
Kon'nichiwa subete! Ohayōgozaimasu, mattaku atarashii ichi-nichi! Kore de watashi ga teiji suru....
Gekijō-ban-mei tantei konan 14: Tenkū no nanpa-sen
劇場版名探偵コナン14:天空の難破船
Sinopsis Ringkas :
Berita mengenai rompakan dan kebakaran melibatkan sebuah kumpulan pengganas di sebuah makmal Bio-Teknologi telah menjadi tajuk hangat di seluruh Jepun. Keadaan ini diburukkan lagi apabila pihak polis Jepun menerima sebuah e-mail yang disahkan daripada kumpulan tersebut, Red Siamese Cat (Akai Shamu Neko) menyatakan bahawa mereka telah memiliki senjata kimia bakteria berbahaya dari makmal tersebut. Berita ini bagaimana pun dianggap sebagai 'menyibuk' oleh bapa saudara Suzuki Sonoko, Suzuki Jirokichi yang turut mengeluarkan kenyataan untuk membuat pameran menggunakan batu permata terkenal, diberi nama Lady Sky. Menggunakan sebuah kapal udara mewah hak milik Syarikat Suzuki, ia diharap akan dapat menarik minat Pencuri Terkenal, Kaito Kid untuk datang ke kapal tersebut dan menangkapnya. Namun, kejadian yang tidak diduga berlaku, apabila mendapati beberapa orang termasuk Ran telah dijangkiti oleh bakteria yang dikatakan dirampas oleh kumpulan pengganas berbahaya itu. Apakah motif sebenar mereka? Bagaimanakah caranya Conan (Shinichi) menyelamatkan semua penumpang dari pengganas tersebut dan sempatkah dia menyelamatkan Ran?
Part 1