Papan Pernyataan / Pengumuman
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan Live-Action Drama Series Episode 1 :
Conan ni naru mae no Koukousei Tantei ga, Furin Satsujin no Nazo o abaku!
Terbahagi kepada 2 bahagian sahaja.
Sinopsis ringkas :
Kudou Shinichi (Mizubata Junpei), Mouri Ran (Kutsuna Shioli) dan Mouri Kogoro (Jinnai Takanori) telah tersedar dari 'tidur' yang panjang dan mendapati mereka terkurung di dalam sebuah bilik putih yang luas. Shinichi dan Ran mendapati tangan mereka digari bersama, manakala Kogoro masih seperti biasa. Mereka telah terjumpa dengan sepucuk surat, yang merupakan daripada peminat setia dan pengkagum Shinichi. Mereka dikehendaki meyelesaikan 'puzzle' dari sebuah mesin. Penyelesaian kepada 'puzzle' itu membawa mereka mengimbau kembali peristiwa pembunuhan melibatkan seorang jurugambar terkenal yang membunuh modelnya akibat cemburu dan salah sangka.
Part 1
P/s : Siri drama ini adalah meraikan 50 tahun wujudnya Detective Conan oleh Shonen Jump. Drama ini ditayangkan setiap malam Khamis, dan mempunyai 13 episod yang baru berakhir minggu lepas. Hayati drama yang mencabar ini secara live-action, berbanding anime yang lebih 2D.
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan OVA 1 : Conan tai Kiddo tai Yaiba Hoto Soudatsu Daikessen
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis ringkas :
Pada suatu hari, Mitsuhiko telah membawa sebuah beg yang sarat dengan manga (istilah komik dalam Bahasa Jepun) ke kelas. Ini disebabkan dia telah berjanji dengan Conan (Shinichi) untuk membawanya kerana kalah dalam permainan. Ketika pulang dari sekolah, Conan, Ayumi, Genta dan Mitsuhiko telah terserempak dengan seorang ahli sihir muda, Koizami Akako (salah satu watak yang terdapat dalam siri Kaito Kid, pencuri terhandal) dan Akako telah meramalkan sesuatu kepada Conan. Ini merunsingkan Conan. Di rumah Mouri Kogoro pula telah didatangi oleh dua orang pelanggan dari keluarga Mine, yang telah diberi sepucuk surat oleh Kaito Kid yang menyatakan hasratnya untuk mencuri khazanah berharga keluarga itu, Pedang Pusaka Mine. Oleh itu, Conan mesti mencari jalan untuk memastikan khazanah itu tidak berjaya dicuri oleh Kaito Kid dan telah merancang sebuah perangkap untuk penjenayah 'tersohor' itu....
Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan 4 : Hitomi no Naka no Ansatsusha
Terbahagi kepada 5 bahagian.
Sinopsis ringkas :
Dalam satu perbualan telefon, Mouri Ran telah menyatakan kepada Kudo Shinichi (Conan) untuk kembali ke Taman Tema (tempat di mana kejadian Shinchi bertukar menjadi kanak-kanak oleh Gin). Keadaan ini menyebabkan Shinchi menjadi serba salah. Kemudian, Conan terserempak dengan Ayumi, Genta dan Mitsuhiko. Dalam perjalanan pulang, mereka telah menyaksikan kejadian seorang anggota polis Jepun yang ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Conan sedar bahawa pembunuh yang telah melakukan beberapa pembunuhan sebelum ini dengan menjadikan anggota polis sebagai sasaran utama, mempunyai hubungan dengan jabatan polis sendiri. Keadaan semakin runcing apabila Sato Miwako, anggota polis yang dikenali oleh Ran, Kogoro dan Conan ditembak oleh pembunuh itu dalam sebuah parti. Ran yang ketika itu bersama-sama dengan Sato, merupakan satu-satunya saksi yang telah menyaksikan kejadian tersebut. Akibatnya, Ran menjadi trauma (kejutan) dan mengalami temporary retrograde amnesia; iaitu kehilangan akses kepada peristiwa yang berlaku, atau maklumat yang telah dipelajari sebelum berlakunya kejadian atau kecederaan. Jadi, Shinichi (Conan) mesti mencari siapakah pembunuh itu sambil melindungi Ran, supaya pembunuh itu tidak mendapat akses untuk mendekati Ran. Conan mula menyiasat dengan lebih mendalam dan teliti.....
Part 1