BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Jumaat, Julai 16, 2010

Kelas Grafik (Photoshop) : Bina Tekstur Dinding & Teks Bersinar (Bahagian I)

Tekstur adalah salah satu ciri penting dalam Photoshop dan ia memberikan satu kemudahan untuk menghasilkan tekstur bagi gambar atau objek 3D. Ikuti langkah-langkah di bawah :

Langkah 1 : Tekan Ctrl + N untuk buka ruang kerja baru dan gunakan tetapan seperti pada rajah. Klik OK.













Langkah 2 : Ini adalah satu ruang kerja anda.

 















Langkah 3 : Klik 2 kali pada Background Color pada palet.



















Langkah 4 : Tetingkap Color Picker akan muncul. Pilih warna yang anda mahu. Pada rajah, saya pilih hijau (3CB878). Klik OK. Kini warna hijau ada pada palet Background Color.
















Langkah 5 : Klik Filter > Render > Clouds.



Jumaat, Jun 04, 2010

Kelas Grafik (Photoshop) : Membentuk Imej Beralun (Bahagian 2)


14. Pilih White pada Contents > Use. Klik Ok.


















15. Sekarang ruang belakang imej sudah berwarna putih.


















16. Klik kembali ke Layer 1. Pilih Layer > Layer Style > Drop Shadow.























17. Ubah tetapan Layer Style kepada seperti dalam Rajah. Klik Ok untuk memilihnya.


















18. Sekarang imej itu sudah ada bayang. Kemudian, salin Layer 1 dengan klik pada Create a New Layer seperti pada Rajah. Ini adalah hasilnya.





19. Namun, latar belakang putih tidak kelihatan menarik. Anda boleh tukar kepada sebarang warna. Klik pada warna hitam pada palet wara dan Color Picker akan muncul. Anda boleh memilih sebarang warna dan di sini hamba memilih warna ungu.










Kelas Grafik (Photoshop) : Membentuk Imej Beralun (Bahagian 1)

1. Buka imej seperti pada  Rajah. Anda boleh menggunakan sebarang imej yang berbentuk segiempat tepat  mendatar.


















2. Besarkan sedikit ruang kerja imej.
















3. Tekan Ctrl + A untuk Select seluruh imej.














4. Kemudian tekan Ctrl + T untuk Free Transform dan kecilkan imej asal ke ruang tengah tetingkap.
















5. Kemudian tekan Ctrl + C untuk Copy dan Ctrl + V untuk Paste dan satu Layer baru akan muncul.
















6. Klik pada Layer 1 dan tekan Ctrl + T untuk Free Transform.


Khamis, Mei 27, 2010

Pengumuman Penting!!

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua!!! Dengan secara rasminya, hamba telah membuka ruangan Manga Terjemahan Hamba dan juga ruangan Mari Belajar Grafik. Hamba harap ruangan ini akan dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan sekalian, juga sedikit hiburan. Hamba juga harap para pelawat sekalian sudi kiranya memberikan respond dengan menyatakan komen sama ada di ruangan chat atau laman-laman sosial hamba. Selamat Beristirehat dan salam sejahtera...

Wassalam....

Kelas Grafik (Photoshop) : Alunan Pada Imej

Berjumpa kita untuk pembelajaran kita yang pertama. Photoshop mempunyai kaedah untuk menimbulkan alunan pada imej. Ini memberikan kesan seperti alunan kain atau lipatan pada kain. Pada pengajaran yang pertama ini, hamba akan mengajar semua berdasarkan idea yang diperolehi daripada majalah, bagaimana untuk membuatnya dan dari sini anda boleh mencuba beberapa kali bagi menyempurnakan teknik ini. Selamat mencuba!!!


    1. Bina sebuah ruang kerja baru 400 x 400 pixel dengan mod RGB Color




      2. Ruang kerja anda adalah seperti dalam Rajah.


















        3. Tukar warna Foreground kepada kod warna #EE0743



















        4. Tukar warna Background kepada kod warna #108CD4



        5. Sekarang pergi ke menu Filter > Render > Clouds



        6. Inilah hasil Clouds tadi.



        7. Sekarang pergi ke Shape Tool dan pilih sebarang bentuk yang anda mahu. Rajah menunjukkan bintang yang dipilih.




        Isnin, Mei 17, 2010

        SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!!

                Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog yang setia dan sudi berkunjung ke laman saya yang tidak seberapa ini. Syukur kepada Tuhan, hamba masih dipanjangkan umur untuk masih bertapak di bumi yang fana ini, disamping mencari keberkahan hidup, juga menunaikan ibadah kepada Tuhan Yang Satu. Alhamdulillah...


                Kira-kira 27 jam yang lepas, kita semua telah menyambut hari yang paling istimewa, hari di mana kita semua mengenang dan menghargai jasa seorang pendidik, yang mana telah banyak berbakti mencurah ilmu dan keringat untuk kita....Pelbagai gelaran diberi kepada mereka seperti cikgu, Dr., Professor dan sebagainya...tapi mereka masih seorang pendidik yang mana telah memberikan ilmu kepada kita, walaupun hanya ilmu yang kecil; hatta mengajar kita menyuapkan makanan juga layak digelar guru. Begitu mulianya peranan dan gelaran guru, dan tidak hairan sekiranya peranan guru sangat penting pada zaman sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan; iaitu ketika penggubalan dilaksanakan. Sememangnya, guru memang telah banyak berjasa pada kita...dan juga bergantung pada usaha kita untuk menjadikannya kenyataan.

                Hamba berkata sedemikian kerana ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hamba sendiri. Hamba sebenarnya bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar yang pintar, hamba boleh dikatakan sebagai pelajar yang agak lembab, malah agak lemah dalam mengingati sesebuah perkara. Tetapi, akan menjadi mudah, sekiranya hamba melakukannya dalam bentuk pengulangan. Sejak berusia 3 tahun, hamba telah diarah untuk menulis dengan menggunakan tangan kanan oleh bonda. Bonda adalah guru hamba yang pertama, selain ayahanda hamba. Bonda menyediakan buku tulis bergaris 3, dan menulis A, B, C sehingga Z dalam setiap muka surat. Bonda juga akan menyemak hasil kerja hamba setiap kali usai melakukan kerja rumah. Hasilnya, hanya hamba seorang sahaja yang boleh menggunakan tangan kanan untuk menulis dan melukis. Adinda hamba yang lain pula bertangan 'kidal', mengikut ayahanda. Malah, boleh dikatakan tulisan hamba agak kemas dan seringkali 'perkhidmatan' hamba akan digunakan sekiranya menulis surat atau mengisi borang-borang sekolah atau buku-buku. Ayahanda pula rajin membelikan hamba 'jingsaw puzzle' dan ini melatih hamba untuk lebih cekap dalam mengingat patah perkataan dengan baik. Sekiranya hamba malas, alamatnya hamba akan dihukum, bukan dengan rotan, bukan dengan tamparan, tetapi dengan tali pinggang yang akan dilibas pada tangan. Pedihnya...Tuhan saja yang tahu...

             Dalam keagamaan pula, ayahanda adalah guru yang sangat tegas dan garang. Jangan sesekali meninggalkan solat!!! Juga amalkanlah membaca Al-Quran. Masih ingat lagi, hamba dan adinda hamba, Kamal diajar ayahanda mengaji Muqaddam, terutama usai solat Maghrib dan Isyak. Waktu pengajaran itu, amatlah menyeksakan. Keadaan ini disebabkan hamba tidak boleh silap sebut ayat semasa membaca. Alamatnya, teruklah rotan ayahanda melibas lantai. Apalagi, terketar-ketarlah hamba dan adinda hamba membaca...Itu belum lagi dengan juraian air mata yang dah lama melimpah di mata...Adinda hamba sampai terkencing-kencing akibat ketakutan...Bila diingatkan kembali, lucu pula rasanya...Tapi, kini akibat penangan itu, hamba dan adinda hamba Kamal lebih baik dalam bacaan Al-Quran. Adinda hamba tamat ketika berada dalam Darjah 3, manakala hamba pada Darjah 5. Cuma hamba agak kesal, kerana tidak sempat mempelajari bacaan Al-Quran secara berlagu secara mendalam, kerana 'penyakit wanita' yang tidak menentu. Tapi, hamba akan cuba untuk memperbaikinya...Insyaallah...

               Guru hamba yang ketiga pula adalah ayahanda saudara dan bonda saudara pihak ayahanda hamba. Ayahanda saudara, Pak Su adalah seorang lelaki yang sangat gemar membaca. Keadaan ini ditambah lagi dengan kedudukannya sebagai seorang pelajar, dan mengambil peperiksaan STPM sebanyak 3 kali. Maka, hamba seringkali menemaninya membaca di rumah, di perpustakaan sekolah, di rumah guru dan juga di masjid. Buku pertama yang hamba baca adalah Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Koleksi buku-buku Pak Su amat banyak; tetapi yang hamba paling gemar ambil untuk dibaca antaranya adalah Hikayat Merah Silu, Hikayat Hang Tuah (versi lama), Hikayat Raja Bersiung, Buku Cerita-Cerita Rakyat Malaya Lama, Hikayat Pahang, Hikayat Pangeran Diponigoro (tak ingat nama penuh) dan Hikayat Panji Semirang. Bonda saudara pula, iaitu Mak Chik adalah orang yang paling menghargai bakat melukis hamba, sejak hamba kecil lagi. Mak Chik akan membelikan hamba alatan lukisan sekurang-kurangnya sehelai kertas lukisan untuk melukis pelbagai bentuk yang hamba inginkan (ayahanda tidak suka hamba melukis, katanya membuang masa). Perkara yang paling tidak dapat hamba lupakan adalah mendapat hadiah sebuah buku cerita "Cerita Rakyat Seluruh Dunia" dan set melukis daripadanya apabila mendapat tempat pertama dalam kelas semasa Darjah 4.





        Isnin, Mei 10, 2010

        Cara Untuk Mengenali Anak-Anak Anda

        Ciri Kelakuan Anak-Anak

        Anak Pertama

        Anak pertama atau anak sulung dalam keluarga akan menunjukkan sikap ketidakpastian, berasa curiga dan tidak mudah mempercayai seseorang atau sesuatu, sangat cerdas, pintar, agak kedekut dalam memberi, agak bergantung kepada orang lain, bertanggungjawab, autoritariasnisme, konservertisme, mudah terpengaruh dengan sesuatu, mudah berasa teruja, agak sensitif, mempunyai hasrat yang tinggi dalam pencapaian diri secara individu serta keperluan dalam penggabungan.

        Anak Kedua

        Anak kedua pula akan menunjukkan sikap seperti berdikari, agresif, bersikap ekstrovert, sangat menyukai keseronokan, sangat gemar berkawan, boleh dipercayai dan diharapkan, tenang tetapi ada 'angin' yang tersendiri dan agak serius.

        Anak Ketiga/ Seterusnya

        Tingkahlaku atau sikap anak-anak yang seterusnya pula agak sama, seperti agresif, mudah mengalihkan perhatian seseorang, sentiasa mahukan perhatian ibu bapa, menunjukkan kasih sayang, mudah cemburu (terutama pada adik bongsu), merasakan ibu bapa tidak ambil berat terhadapnya, mudah merasa rendah diri, berasa kekurangan

        Buih Yang Berterbangan