Assalamualaikum semua rakan-rakan bloggers yang dirahmati sekalian. Terlebih dahulu hamba memohon ampun dan maaf kerana sudah agak lama tidak mengirim sebarang kiriman di dalam blog ini. Di sini hamba ingin berkongsi satu rakaman video yang memaparkan khas mengenai Seni Silat Melayu khususnya mengenai Seni Silat Gayong. Rakaman ini dihasilkan oleh National Geographic dan memaparkan sebahagian besar skill-skill yang terdapat di dalam Seni Silat Gayong ini. Video ini adalah sumbangan dari insan lain (tidak diberitahu namanya) dan turut memaparkan mengenai Seni Silat Olahraga. Hayatilah paparan ini dan semoga para peminat, penggemar, ahli-ahli Persilatan Se-Gayong akan mendapat manfaat daripadanya. Yang baik itu hanya datang dari Allah, dan yang buruk dan cela itu adalah dari kelemahan/ kekhilafan hamba sendiri.
Kisah bermula apabila Inspektor Megure ditembak dengan senjata crossbow, dan ditemui sebilah pisau pemotong kertas dan daun terup bertanda 'King' di atas mejanya. Manakala, Kisaki Eri (bekas isteri pada Mouri Kogorou dan ibu kepada Mouri Ran), telah menerima satu set bungkusan coklat dan diracuni. Di atas mejanya terdapat daun terup bertanda 'Queen' dan bunga buatan kertas. Kemudian, Dr. Agasa pula telah ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali dengan menaiki motorsikal. Ia juga meninggalkan tanda, iaitu sebuah perhiasan berbentuk lapan dan sehelai daun terup bertanda 'Jack'. Kudo Shinichi turut menerima sehelai daun terup bernombor 'Satu' atau 'Ace of The Spade'. Jadi, kini Shinichi harus mencari pemilik kad yang ke-14, bagi menyelamatkan mereka semua dari menjadi mangsa pembunuh kejam itu....
Seorang arkitek yang terkenal di Jepun, Professor Moriya Teiji telah menghantar surat jemputan ke rumah Shinichi. Kudou Shinici telah memaklumkan kepada rakannya, Mouri Ran untuk menggantikan tempatnya sebagai untuk tidak menghampakan permintaan tuan rumah. Ran menerimanya dengan satu syarat, bahawa dia hendaklah sama-sama menonton wayang di Bangunan Terulung Beika pada jam 10 malam, bersamaan 3 Mei. Di rumah Professor Moriya, Conan (aka Shinichi) telah berjaya menyelesaikan kuiz dan dibenarkan melihat hasil-hasil karya beliau di galerinya. Kemudian, pada tarikh 3 Mei itulah, segala insiden ini bermula....
Kon'nichiwa subete! Ohayōgozaimasu, mattaku atarashii ichi-nichi! Kore de watashi ga teiji suru....
Gekijō-ban-mei tantei konan 14: Tenkū no nanpa-sen
劇場版名探偵コナン14:天空の難破船
Sinopsis Ringkas : Berita mengenai rompakan dan kebakaran melibatkan sebuah kumpulan pengganas di sebuah makmal Bio-Teknologi telah menjadi tajuk hangat di seluruh Jepun. Keadaan ini diburukkan lagi apabila pihak polis Jepun menerima sebuah e-mail yang disahkan daripada kumpulan tersebut, Red Siamese Cat (Akai Shamu Neko) menyatakan bahawa mereka telah memiliki senjata kimia bakteria berbahaya dari makmal tersebut. Berita ini bagaimana pun dianggap sebagai 'menyibuk' oleh bapa saudara Suzuki Sonoko, Suzuki Jirokichi yang turut mengeluarkan kenyataan untuk membuat pameran menggunakan batu permata terkenal, diberi nama Lady Sky. Menggunakan sebuah kapal udara mewah hak milik Syarikat Suzuki, ia diharap akan dapat menarik minat Pencuri Terkenal, Kaito Kid untuk datang ke kapal tersebut dan menangkapnya. Namun, kejadian yang tidak diduga berlaku, apabila mendapati beberapa orang termasuk Ran telah dijangkiti oleh bakteria yang dikatakan dirampas oleh kumpulan pengganas berbahaya itu. Apakah motif sebenar mereka? Bagaimanakah caranya Conan (Shinichi) menyelamatkan semua penumpang dari pengganas tersebut dan sempatkah dia menyelamatkan Ran?
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan bloggers semua. Hamba berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, bersama-sama yang tersayang serta keluarga. Hamba sekadar ingin berceloteh seketika bagi meraikan Tahun Baru yang bakal tiba beberapa minit sahaja lagi. Malah, sekaligus menutup 'jurnal' hamba pada tahun 2010. Tahun 2010 akan ditinggalkan, penuh dengan nostalgia dan peristiwa yang mungkin akan tersemat di ingatan sampai bila-bila. Buat hamba juga, azam pada tahun ini masih sama, "BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA DALAM HIDUP, BUKAN DALAM UJIAN SEMATA-MATA". Bukan bermakna azam hamba pada tahun ini masih belum tertunai, tetapi sekadar untuk lebih berjaya dalam tahun ini juga.
Hamba juga dengan sukacita menayangkan anime pertama hamba di layar blog. Iaitu menerusi anime Eye-Shield 21( Episod 1) di ruangan terbaru hamba, iaitu "Video/Anime". Harap anda semua akan menikmatinya!! Malah, di sini hamba sertakan sekali salah satu anime penyiasatan yang hamba gemari, iaitu Mei tantei Konan atau Detective Conanmenerusi Detective Conan The Movie 14 - The Lost Ship In The Sky. Harap semua terhibur, dan "watashi wa anata no happīnyūiyā 2011 shitai!" (私はあなたのハッピーニューイヤー2011したい!
Di sini, hamba telah sertakan sebahagian besar link siaran radio untuk pilihan anda semua; bergantung pada radio-radio yang anda semua suka dengar dan minati. (Sebahagiannya terdapat dalam bentuk pemain yang akan keluar automatik apabila ditekan linknya)