BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Khamis, Oktober 06, 2011

Baby-Faced Beauty/동안미녀 - Korean Drama (Youthful Beauty / Pretty Young Woman)




Sinopsis drama : 

      Drama ini adalah mengenai seni rekaan fesyen yang berlaku pada masa kini. Watak utama, Lee So Young (Jang Na Ra) adalah seorang wanita yang masih bujang, walaupun sudah berusia 34 tahun. Sungguhpun begitu, So Young dikurniakan dengan wajah yang sentiasa kelihatan muda (baby-faced) sehingga menyebabkan ramai orang salah faham dengan anggaran usia sebenarnya. So Young sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen terkenal, tetapi disebabkan keadaan keluarganya yang tidak stabil ketika itu (ayahnya meninggalkan keluarga), menyebabkan dia terpaksa melupakan impiannya itu. Disebabkan faktor usia, So Young telah dipecat daripada pekerjaannya, menyebabkan So Young resah kerana menanggung keluarganya; ibunya yang sakit dan adiknya, Lee So Jin (Oh Yeon Seo), berusia 25 tahun yang bersikap penggoda. Akibat salah faham, So Young telah bertemu dengan Choi Jin Wook (Daniel Choi) yang berusia 7 tahun (27 tahun) lebih muda darinya. Lebih menyulitkan keadaan, disebabkan wajahnya yang kelihatan muda itu, So Young diterima bekerja di sebuah perusahaan fesyen terkenal iaitu The Style dengan menggunakan nama adiknya, Lee So Jin. 

      Syarikat itu diterajui oleh Ji Seung Il (Ryu Jin), seorang lelaki berusia 35 tahun yang kelihatan sombong, bongkak dan dingin; tetapi sebenarnya adalah seorang yang mesra, penyayang dan mengambil berat. Seung Il adalah seorang duda, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ji Hyeon Yi (Ahn Seo Hyun). Sikap So Young yang positif, naif, mesra dan tidak mudah berputus asa menyebabkan Hyeon Yi sangat rapat dengannya. Sikapnya amat berlainan terhadap kenalan ayahnya, Kang Yoon Seo berusia 26 tahun (Kim Min Seo) yang bekerja di syarikat ayahnya semata-mata untuk lebih 'rapat' dengannya. Yoon Seo sebenarnya telah lama menyintai Seung Il sejak menuntut di universiti, tetapi disebabkan Seung Il telah berkahwin ketika itu, dia mengambil keputusan untuk ke luar negara. So Young menempuh pelbagai rintangan dan halangan bagi menunaikan impiannya. Namun, tanpa diduga, segala kelakuannya dan tindakannya itu mendapat perhatian daripada dua orang jejaka yang menyukainya dalam diam. Dapatkah So Young mencapai cita-citanya atau terhalang di tengah jalan? Adakah dia akan dapat bertemu dengan jejaka yang dapat bersama-sama dengannya untuk menuju ke arah itu?



Rabu, Oktober 05, 2011

Kedatangan 'Orang Baru' Ke Dalam Blog Ini

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, terutama rakan-rakan bloggers semua. Pada hari ini dengan sukacitanya hamba ingin menyatakan kedatangan 'Orang Baru' ke dalam laman blog hamba ini. 'Orang Baru' yang dimaksudkan adalah tayangan perdana terbaru yang hamba akan masukkan secara mingguan sehingga habis. Tayangan perdana ini adalah melibatkan drama bersiri Korea terbaru yang amat hamba gemari dan sukai pada ketika ini, iaitu "Baby-Faced Beauty". Selain daripada itu, hamba akan meletakkan cerita sampingan daripada Detective Conan, iaitu Detective Conan Live-Action Drama, Detective Conan OVA, Detective Conan Magic File dan Detective Conan : Episod Istimewa Pencuri Terhandal - Kaito Kid. Di sini, hamba akan meletakkan sinopsis drama Baby-Faced Beauty serta watak-watak utama yang menjayakan cerita ini. Oleh itu, buat sementara ini, hayati edisi 'trailer' Baby-Faced Beauty, Detective Conan Live-Action dan Detective Conan OVA.


Baby-Faced Beauty Trailer



Detective Conan Live-Action Drama Trailer



Detective Conan OVA Trailer



Jumaat, September 30, 2011

Sekadar Berkongsi Rasa Di Jiwa

         Assalamualaikum dan selamat malam kepada rakan-rakan blogger semua. Maafkan hamba kerana sudah lama benar tidak 'mengusik' hatta menulis di laman ini. Kala ini, hamba kian sibuk dengan tugasan Tahun Akhir hamba di sini. Sungguhpun begitu, hamba masih ada juga masa luang untuk merehatkan diri dari kepenatan yang kadang-kala merencatkan juga agenda hamba untuk menulis. Di sini, hamba sekadar untuk berkongsi lagu terbaru Korea dari artis/pelakon Korea kegemaran hamba, iaitu Jang Na Ra bertajuk Snowman In May. Susunan dan gubahan lagu ini sangat lembut dan menarik, malah makna lagu ini sangat sesuai untuk wanita seperti hamba. Baiklah, hamba akan meletakkan video lagu tersebut, yang merupakan OST bagi drama terbaru lakonan beliau iaitu "Baby-Faced Beauty". Harapan hamba agar semua terhibur. Wassalam....


OST Baby-Faced Beauty 2011 : Jang Na Ra - Snowman In May



Lirik Lagu (Korea + Korea (Roman) + Bahasa Melayu)

밖엔 지금 바람이 불어 그 오래전에 바람처럼 바람이 불어
Bakken jigeum barami bureo Geu oraejeone baramcheoreom barami bureo
Angin sedang bertiup di luar, Seperti angin yang bertiup tidak lama dahulu, Angin sedang bertiup sekarang

넌 먼곳을 보고 내가 널 바라보던 그날 처럼 바람이 불어
Neon meongoseul bogo naega neol barabodeon geunal cheoreom barami bureo
Kamu melihat jauh ke depan, Angin sedang bertiup sekarang, Sama seperti hari aku sedang memandang ke arahmu

*술잔을 든 너의 모습과 같이 있어도 홀로이던 나
*Suljaneul deun neoui moseupgwa gachi isseodo holloideon na
*Imej kamu yang sedang memegang gelas wain, Aku keseorangan walaupun ketika itu kita masih bersama

 내가 사랑을 하면 모두 이뤄진다는 얘긴 동화속 이야기기에
Naega sarangeul hamyeon modu irwojindaneun yaegin donghwasok iyagigie
Jika aku jatuh cinta, Semua impian yang aku mahu akan jadi kenyataan, Ayat-ayat itu hanya ada dalam cerita-cerita dongeng

Korus :

너무 사랑했었어 너는 몰랐겠지만 너를 바라보던 내눈에선
Neomu saranghaesseosseo neoneun mollatgejiman neoreul barabodeun naenuneseon
Aku amat mencintaimu, Kamu mungkin tidak tahu, Aku selalu memerhatikanmu, Adakah kau tidak menyedarinya

알수 없었니
Alsu eobseonni
Melalui renungan mataku

너무 사랑했기에 홀로 너무 많이 사랑했기에
Neomu saranghaetgie hollo neomu manhi saranghaetgie
Kerana aku sangat mencintaimu, Kerana aku sangat mencintaimu dengan seluruh jiwaku

나는 혼자 널 그리워서
Naneun honja neol geuriwoseo
Aku sangat merinduimu dengan seluruh jiwaku

Ulang rangkap bertanda * dan korus

같은 바람이 불어 헤어지던 날처럼 너를 그리워한 내 마음을 정말 몰랐니
Gateun barami bureo heeojideon nalcheoreom neoreul geuriwohan nae maeumeul jeongmal mollanni
Angin yang sama sedang bertiup, Sama seperti hari kita berpisah, Tidakkah kau tahu bahawa hati ini sangat merinduimu

바람이 불어와 너와 사랑하던 그날처럼
Barami bureowa neowa saranghadeon geunalcheoreom
Angin sedang bertiup sekarang, Sama seperti hari yang kita sukai dulu

밖엔 바람이
Bakken barami bureo
Angin sedang bertiup di luar


P/s : Hamba sangat menyukai lakonan Jang Na Ra dalam drama ini. Lakonannya mengingatkan hamba tentang diri hamba sendiri. Hamba juga 'jatuh hati' dengan watak yang dibawa oleh Ryu Jin iaitu Ji Seung Il. Insyaallah, mungkin hamba akan paparkan drama ini sebagai tayangan perdana nanti. 

Rabu, Julai 27, 2011

Tayangan Perdana 4 : Detective Conan The Movie 3 - The Last Wizard of the Century

Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan,


Mei Tantei Conan 3 - Seikimatsu no Majutsushi



Terbahagi kepada 5 bahagian.


Sinopsis ringkas:


Pencuri terhandal, Kaito Kid telah menghantar sebuah teka-teki yang kemudiannya mendapat perhatian utama, bukan sahaja bagi pihak polis kawasan Osaka, malah pasukan polis seluruh Jepun. Teka-teki yang diberikan merupakan pembayang kepada sasaran rompakan yang akan dilakukan seterusnya. Pihak polis telah berjaya membongkar sebahagian teka-teki tersebut, yang turut menyebut tentang karya seni terulung dari Rusia, iaitu Telur Faberge (Imperial Easter Egg); khazanah termahal yang pernah dimiliki oleh Nicholas II dan akan dipamerkan di Muzium Seni Moden milik keluarga Suzuki (keluarga Suzuki Sonoko, rakan karib Ran dan Shinichi) pada 22 Ogos. Pada malam yang dijanjikan, Kaito Kid telah berjaya mencuri khazanah tersebut, tetapi berjaya diekori oleh Shinichi (Conan) dan Heiji. Namun, nasib tidak menyebelahi Kaito Kid apabila dia ditembak di mata kanan oleh seorang penembak hendap yang tidak dikenali; yang kemudian dipanggil 'Scorpion'. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada kedua-dua detektif muda itu, yang mana membawa mereka ke tempat asal khazanah itu dihasilkan....

Part 1




Jumaat, Mac 18, 2011

Warisan Bangsa Kita - Silat Seni Gayong!


     Assalamualaikum semua rakan-rakan bloggers yang dirahmati sekalian. Terlebih dahulu hamba memohon ampun dan maaf kerana sudah agak lama tidak mengirim sebarang kiriman di dalam blog ini. Di sini hamba ingin berkongsi satu rakaman video yang memaparkan khas mengenai Seni Silat Melayu khususnya mengenai Seni Silat Gayong. Rakaman ini dihasilkan oleh National Geographic dan memaparkan sebahagian besar skill-skill yang terdapat di dalam Seni Silat Gayong ini. Video ini adalah sumbangan dari insan lain (tidak diberitahu namanya) dan turut memaparkan mengenai Seni Silat Olahraga. Hayatilah paparan ini dan semoga para peminat, penggemar, ahli-ahli Persilatan Se-Gayong akan mendapat manfaat daripadanya. Yang baik itu hanya datang dari Allah, dan yang buruk dan cela itu adalah dari kelemahan/ kekhilafan hamba sendiri.



Sabtu, Januari 08, 2011

Tayangan Perdana 3 : Detective Conan The Movie 2 - The Fourthteenth Target


Dengan ini, hamba mempersembahkan, 

Mei Tantei Conan 2 : Jūyon banme no Taggetto





Terbahagi kepada 5 Bahagian.

Sinopsis ringkas:

Kisah bermula apabila Inspektor Megure ditembak dengan senjata crossbow, dan ditemui sebilah pisau pemotong kertas dan daun terup bertanda 'King' di atas mejanya. Manakala, Kisaki Eri (bekas isteri pada Mouri Kogorou  dan ibu kepada Mouri Ran), telah menerima satu set bungkusan coklat dan diracuni. Di atas mejanya terdapat daun terup bertanda 'Queen' dan bunga buatan kertas. Kemudian, Dr. Agasa pula telah ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali dengan menaiki motorsikal. Ia juga meninggalkan tanda, iaitu sebuah perhiasan berbentuk lapan dan sehelai daun terup bertanda 'Jack'. Kudo Shinichi turut menerima sehelai daun terup bernombor 'Satu' atau 'Ace of The Spade'. Jadi, kini Shinichi harus mencari pemilik kad yang ke-14, bagi menyelamatkan mereka semua dari menjadi mangsa pembunuh kejam itu....


Part 1




Tayangan Perdana 2 : Detective Conan The Movie 1 - The Time-Bombed Skyscraper!

Dengan ini hamba mempersembahkan,

Mei Tantei Conan 1 - Tokei-Jikake no Matenrou



Terbahagi kepada 5 bahagian.

Sinopsis ringkas

Seorang arkitek yang terkenal di Jepun, Professor Moriya Teiji telah menghantar surat jemputan ke rumah Shinichi. Kudou Shinici telah memaklumkan kepada rakannya, Mouri Ran untuk menggantikan tempatnya sebagai untuk tidak menghampakan permintaan tuan rumah. Ran menerimanya dengan satu syarat, bahawa dia hendaklah sama-sama menonton wayang di Bangunan Terulung Beika pada jam 10 malam, bersamaan 3 Mei. Di rumah Professor Moriya, Conan (aka Shinichi) telah berjaya menyelesaikan kuiz dan dibenarkan melihat hasil-hasil karya beliau di galerinya. Kemudian, pada tarikh 3 Mei itulah, segala insiden ini bermula....


Part 1




Buih Yang Berterbangan