BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Halaman Yang Tercipta OlehKu

Sahabat-Sahabat Hamba Yang Dikasihi....

Papan Pernyataan / Pengumuman

1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.

2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis "Pergi Terus Ke Laman Anda"

3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks. Anda hanya perlu tekan "Skip This Ad" (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki.

4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian "Label Buku Terjemahan, Video@Audio", "Catatan Hamba Yang Ter'Hot'" dan "Senarai Catatan Hamba".

5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi "Ulasan" atau "ChatBox". Anda juga digalakkan untuk "Like" FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini.

6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja.

Sekian, terima kasih.

Sila "Like" Jika Suka Sangat!

Nak Tukar Font? Silakan....

Translator Bahasa Hamba!

Sabtu, November 24, 2012

Jalan2 Cari Makan & Tayangan Filem Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2!

     Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blog! Kisah hari ini lebih banyak memperkatakan tentang kisah  hamba yang sekadar berjalan-jalan melepas bosan dan juga menenangkan otak sebelum meneruskan tugasan assignment kedua untuk program GCAP. Sebenarnya, hamba keluar sekadar untuk menemani rakan sebilik untuk membeli tiket bas di Hentian Putra, berdekatan PWTC, Kuala Lumpur. Manakala perancangan untuk menonton wayang pula hanyalah rancangan sampingan hamba, kebetulan pula filem Twilight Saga - Breaking Dawn Bahagian Ke-2 telah keluar di pawagam. Baiklah, hamba senaraikan pengalaman hamba di sini di dalam bentuk penulisan diari, yang mana lebih mudah, jelas dan juga tidak melalut-lalut (Almaklum, hamba agak sukar memendekkan ceritera).

~ 9.30 pagi ~
Hamba dan Eza telah bertolak ke Pasar Seni. Jalan telah mula sibuk di sekitar Pasar Seni. Di LRT, bertemu dengan seorang pelancong dari Yaman yang kebetulan bertanyakan arah untuk ke suatu tempat di Masjid Jamek. Menaiki LRT menuju ke KLCC.

~9.48 pagi ~
Kami berdua tiba di KLCC. Merayau-rayau mencari TGV Cinemas, KLCC disebabkan tidak biasa dengan kawasan tersebut. Membuat keputusan yang agak lama untuk membeli tiket, disebabkan permintaan seorang lagi rakan Ida untuk menyertai kami menonton filem. Memperolehi 3 buah tiket dengan tempat duduk yang agak selesa untuk menonton wayang, dengan masa tayangan pada jam 12.30 tengahari. Merayau-rayau di kawasan sekitar KLCC, termasuk membeli fishball, fishkek dan susu HP di Cold Storage Suria KLCC.  Menjalani sedikit 'survey' dengan seorang kakitangan KLCC dan memperolehi sebatang pen cenderamata KLCC. Melepak seketika di taman di belakang KLCC sambil menunggu kedatangan Ida.



Pen cenderamata yang diperolehi melalui servey di KLCC

~10.30 pagi ~
Ida tiba dan menyertai kami berdua di taman. Kemudian, memasuki gedung ISetan KLCC. Hamba agak terpana melihat kaunter makanan-makanan Jepun dan Korea di sana. Merayau-rayau di sekitar kawasan itu dan berkesempatan mengenali beberapa juadah masakan Jepun seperti Tokiyaki, Onigiri, Raamen dan lain-lain. Manakala deretan bahan basah, termasuk ikan salmon kelihatan 'bersih' dan sangat kemas dibalut, yang mana kelihatan berbeza berbanding dengan makanan basah yang terdapat di pasaraya lain. Hamba terliur benar melihat raamen di kaunter makanan, dan berhasrat untuk mencubanya kelak setelah beroleh elaun nanti. Berehat di kawasan berhampiran TGV untuk menunggu waktu masuk ke dalam panggung.


Salah satu gerai yang menjual raamen. Hamba pasti mencubanya kelak!


Deretan gerai makanan Jepun dan Korea (sebelah kiri, tak kelihatan). Setiap satu hidangan mengiurkan!



Antara makanan Jepun yang disejuk bekukan. Murah-murah tu!! Harga sushi pun boleh dapat dalam harga yang berpatutan kot!


Nigiri sushi (kecil) - Sushi dari telur ikan salmon. Harganya sekitar RM28.90.


Nigiri sushi (lengkap) - Rm14.90. Biar betul?! Jangan tak percaya!


 Ni pulak Unagi - Ikan keli bakar Jepun. RM18.90 untuk 1 baris (dalam gambar) dan besar-besar pulak tu!


Rabu, November 21, 2012

Oh My English! ~~ Perbentangan Pertama (Individual Presentation) At AEU, Kuala Lumpur


     Selamat tengahari semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati sekalian. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya masih dapat bersama-sama semua untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang dicipta Allah s.w.t. Pada hari ini juga, hamba dan rakan-rakan sedang menjalani proses pembentangan secara individu bagi latihan GCAP yang sedang kami semua jalani yang mana akan berakhir pada 23 Disember 2012.


Mr. Raj sedang meneliti/memerhati pembentangan peserta


Salah seorang rakan sekelas sedang membuat pembentangan


Rakan-rakan sekelas sedang khusyuk mendengar pembentangan selama 5 minit (bagi setiap orang)


Ada juga sedang sibuk mendownload sesuatu....


Salah seorang rakan dan juga kertas pembentangan

      Jujur hamba katakan bahawa hamba bersedia untuk menjalani pembentangan, tetapi apabila mendapati bahawa hamba merupakan orang pertama menerusi cabutan nombor, hamba sangat cuak dan mula mengalami gemuruh. Tatkala memberikan ucapan di hadapan, mulalah 'darah gemuruh' meluru ke dada dan muka, seolah-olah mahu membuarkan diri dari tuan empunya tubuh. Ucapan mula tunggang langgang, jantung berdegup kencang dan point yang disampaikan tiada kesan. Aduh!!! Sakit sungguh rasanya bila tak dapat mengolah dengan baik ayat untuk digunakan di dalam pembentangan.


     Tetapi, rasa sungguh lega apabila menjadi orang pertama yang memulakan pembantangan. Apapun segalanya telah berlalu, dan di sini hamba paparkan beberapa detik di dalam pembentangan dan juga video pembentangan ~~Insyaallah, hamba akan perbaiki kemahiran berbahasa ini dan berupaya mencabar diri untuk menjadikan persembahan di masa depan kelak lebih baik.


Sabtu, November 10, 2012

Memoria D' Diaries Nov 2012 ~ Explanation


  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan blogger hamba yang dikasihi sekalian. Maafkan hamba seandainya sudah lama benar meninggalkan laman tinta ini. Adapun kini hamba telah menjadi seorang 'pelajar' sekali lagi di bawah program GCAP atau nama penuhnya ialah Graduate Career Accelerated Programme yang mana bertempat di bangunan menara TA One, berhampiran dengan KLCC. Syukur dipanjatkan juga ke hadrat Illahi kerana dengan berkat limpah dan kurniaNya hamba masih diberi peluang untuk bernafas di sini. Hamba kini sedang bercuti selama seminggu daripada program tersebut, kerana memberi laluan kepada perayaan Deepavali dan juga Awal Muharram. Sebenarnya, program yang hamba ikuti ini telah pun bermula sejak 5 Nov 2012 (Isnin) yang lalu dan bakal tamat pada 15 Dis 2012, tetapi setelah di'lepas'kan selama seminggu, maka ia dilanjutkan kepada 22 Dis 2012. 



Projek Peningkatan Kemahiran Graduan Untuk Tenaga Kerja Bertaraf Dunia

  Sepanjang menyertai program ini, hamba dapati bahawa sebenarnya adalah sangat mudah untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris. Di bangunan ini, hamba dapati 100% lingua franca yang digunakan adalah bahasa kedua ini. Ia bertepatan dengan konsep program ini sendiri yang mewajibkan para pelajarnya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris di setiap pelusuk bangunan tersebut. Nyata penggunaan bahasa ini dilihat sangat penting dalam menghubungkan serta menjalankan pekerjaan harian, khususnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini. Hamba turut mempelajari pelbagai kemahiran komunikasi yang diperlukan semasa menghadapi temuduga dan juga semasa bekerja kelak. Sungguhpun hamba berkelulusan Pendidikan Seni dan merupakan graduan di bahagian pendidikan, mereka mengalu-alukan kedatangan hamba dengan tangan yang terbuka. Selain itu, program ini adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran kerana merupakan anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Scicom, TalentCorp. dan MyPartners Sdn. Bhd. 




Gambar hamba dengan rakan-rakan sekelas TA Eight bersama pengajar, Mr. Raj

    Jika berminat, kawan-kawan boleh mendaftar dengan pihak ini di laman web GCAP iaitu http://www.gcap.my/index-malay.php. Hamba sememangnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk memperoleh ilmu pengetahuan ini serta kawan-kawan baru yang aktif, ceria dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan serta mendapatkan pekerjaan yang baik. Semoga Allah menghargai usaha yang telah diberikan oleh orang-orang ini untuk menjamin kehidupan semua, para graduan yang masih belum bekerja pada masa kini.

Sabtu, November 03, 2012

Tayangan Perdana 31 : Detective Conan Live-Action Drama Series Episode 4 - Perfect Crime! The Notice Of A Murder At A Wedding, Reveal The Mystery Of The Locked Room Poisoning Trick!


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan 

Mei Tantei Conan Live Action Drama Series Episode 4 : Kanzen Hanzai! Kekkonshiki de Satsujin Yokoku, Misshitsu Dokusatsu Torikku no Nazo o abake!



Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Kudou Shinichi terpaksa menjalani 'denda' setelah kalah dalam permainan yang dijalankan oleh Mouri Ran dan Suzuki Sonoko semasa rehat di sekolah. 'Denda' tersebut adalah Shinichi tidak boleh mengabaikan atau tidak menunaikan 'permintaan' dari sesiapa pun selama satu hari. Sebenarnya 'denda' itu diadakan untuk membolehkan Ran mengajak Shinichi ke sebuah restoran dengannya, tetapi tidak berjaya setelah Shinichi terpaksa membantu ayah Ran, Mouri Kogoro di dalam sebuah majlis perkahwinan rakan sekolahnya iaitu Shimabara Kanon dan Motoki Kensuke. Ini disebabkan permintaan dari pihak pengantin sendiri dan menyiasat akan sepucuk surat berbaur ugutan yang ditujukan kepada kedua-dua mempelai. Keadaan menjadi lebih tegang apabila mendapati rakan kepada Kanon, iaitu Matsumoto Nana didapati mati setelah meminum air yang telah di'kocak' oleh Kensuke, yang mana didapati mengandungi soba yang mana merupakan punca kematiannya. Nana disahkan telah mati diracun kerana alahan (elergi) dengan soba. Tetapi, keseluruhan makanan dan minuman yang disediakan di restoran tersebut tidak mengandungi bahan tersebut, kerana setiap orang tahu akan alahan yang dialami oleh Nana. Siapakah yang bertanggungjawab membunuh Nana?


P/S : Sekiranya setiap manusia mampu untuk memahami antara satu sama lain, maka tiada sebarang bencana yang akan melanda kehidupan. Tetapi, jika memendam perasaan tanpa meluahkannya ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk dilakukan. Maka, kenalilah orang disekeliling anda dan bertegur sapa walaupun hanya ucapan ringkas. Juga, jangan berpura-pura.

Isnin, Oktober 29, 2012

Pengalaman Pahit Untuk Dikenang & Berita Tentang Diri


   Assalamualaikum w.r.t. Bertemu kita lagi di dalam halaman yang luas di alam maya ini. Syukur ke hadrat Illahi hendaknya kerana masih berbesar hati memanjangkan usia hamba untuk menulis lagi tinta di laman maya ini untuk tatapan semua. Adapun demikian hendaklah kita sekaliannya bersyukur kepada Illahi agar sentiasa dipanjangkan umur dan sihat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah di dunia yang serba sederhana ini. Hamba sekadar ingin menyampaikan berita bahawa hamba akan menjalani latihan untuk memantapkan lagi kemahiran hamba serta mendapat kerjaya yang diinginkan ~ Guru.

   Selain itu, hamba dan keluarga menerima dugaan sekali lagi apabila bapa saudara hamba telah pergi selama-lamanya mengadap Illahi pada hari semalam, tepat jam 9 pagi di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang setelah bertarung nyawa sehabis daya. Ini disebabkan kecederaan parah di otak yang tidak dapat diselamatkan lagi dan mengalami keadaan koma selama 1 minggu. Doktor turut mengatakan harapan arwah telah tipis dan hanya menunggu saat degupan jantungnya terhenti. Dikhabarkan oleh bapa saudara hamba yang kedua terakhir, Achik Khamis bahawa ramai kenalan arwah dari seluruh negeri khususnya dari Jabatan Kastam di Pulau Pinang tidak putus-putus melawat arwah dan menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah sepanjang arwah dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) hopital tersebut. Bahkan setelah meninggal dunia, jenazah beliau diiring kembali ke tanah kelahiran arwah di Felda Mayam, Bera oleh beberapa kereta peronda dari Jabatan Kastam yang mana sarat dengan muatan (orang) iaitu rakan-rakan seangkatan bapa saudara. Arwah sememangnya disenangi oleh ramai kenalan beliau kerana keramahannya serta sikap baik hatinya.

     Paling menyentuh hati apabila saat menatap wajah sepupu hamba, iaitu anak arwah yang sulung yang dipanggil Fitri. Fitri yang kini berusia 2 tahun lebih masih belum mengerti apa-apa dan masih pantas untuk mengulum senyum tawa sedangkan ramai yang datang mengendong mahupun memeluknya penuh keharuan kerana mengenangkan status anak kecil itu yang kini bergelar anak yatim. Lebih meruntun jiwa, bila melihat keadaan bonda saudara hamba yang juga adinda kepada bonda hamba yang kini sedang sarat mengandung anak kedua, yang bakal melahirkan anak pada penghujung tahun ini. Besar sungguh dugaan yang diterima oleh keluarga bonda hamba lebih-lebih lagi bonda saudara. Wajahnya kelihatan 'kukuh' memperlihatkan kekuatan sedangkan di hatinya, hamba dapat merasakan betapa hatinya sayat dan pilu apabila kehilangan suami tercinta apatah lagi apabila melihat anak sulungnya, Fitri yang saling tak tumpah dengan wajah ayahandanya. Hampir menitis air mata ini melihat bonda saudara, apatah lagi bonda hamba sendiri yang mula 'banjir' sejak dari awal lagi.

     Apapun, syukur semuanya selamat dengan baik. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 2 pagi setelah agak lama 'tersangkut' di Genting apabila van pertama rosak. Semoga keluarga kami tabah menghadapinya setelah kehilangan nenda berdua (ayahanda dan bonda kepada bonda), yang pergi menghadap Illahi 3 tahun yang lalu. Apapun, hamba berharap hamba akan dapat membantu apa yang patut dan sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan mereka. Sekian, warkah hamba buat masa kini. Esok sinar harapan menanti dan hamba akan meneruskan kehidupan demi masa depan yang tak dapat dibayangkan. Wassalam.

Kelas Grafik (Photoshop) - Merekabentuk Poskad Dengan Menggunakan Photoshop


Pengenalan Adobe Photoshop CS4 menyediakan peluang yang tidak terbatas dalam kalangan pereka dan jurufoto untuk memaksimumkan penggunaan perisian ini bukan sahaja untuk memproses imej digital malah rekaan kreatif juga boleh dihasilkan dengan mudah dan pantas. Atrikel ini akan mengeksplorasi antara muka Photoshop CS4 dan dalam masa yang sama mendemontrasikan bagaimana untuk menghasilkan rekaan poskad untuk kegunaan komersial dan peribadi.

1. Buka perisian Adobe Photoshop CS4. Namakan dokumen ini Poskad atau apa sahaja nama yang berkaitan dalam petak Preset > Photo dan klik OK.















2. Adobe Photoshop telah pun menyediakan sejumlah preset dimensi dokumen yang standard dan sering digunapakai oleh pengguna. Menerusi petak Saiz, pilih menu Landscape 4 x 6. Dalam petak Resolusi, taipkan jumlah resolusi antara 72ppi hingga 300ppi.















3. Jika poskad ini diedarkan menerusi e-mail maka jumlah 72ppi adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun, untuk tujuan cetakan maka resolusi antara 150ppi hingga 300ppi adalah bersesuaian.















4. Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan gambar foto yang akan digunakan untuk poskad yang bakal anda reka. Untuk mendapatkan gambar, kita akan menggunakan perisian Adobe Bridge CS4 (Terdapat dalam pakej Adobe). Perisian ini boleh diakses secara terus menerusi menu File > Browse in Bridge.























5. Sejurus selepas itu, perisian Bridge dipaparkan. Pilih gambar yang bersesuaian (Hamba kebiasaannya menggunakan gambar rakaman imej digital dilakukan menggunakan format RAW). Sehubungan dengan itu, gambar tersebut perlu diproses supaya formatnya boleh diubah dan diakses menerusi perisian Adobe Photoshop CS4. 







Sabtu, Oktober 13, 2012

Tayangan Perdana 30 : Detective Conan Special 3 - The Princess Who Prefers Magic


Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan 

Mei Tantei Conan Supersaru 3 : Ojo-sama wa Magikku ga o Suki




Terdapat dalam 1 bahagian sahaja.

Sinopsis Ringkas :

Puteri Anne, iaitu puteri dari kerajaan Duchy Sabrina telah berangkat ke Jepun untuk mengadakan sebuah majlis keraian untuk ahli-ahli magik. Beliau ditemani oleh seorang detektif dari Eropah bernama Delon, yang terkenal namun bersikap sombong serta tidak suka bekerjasama dengan orang lain. Selain itu, Puteri Anne telah mengemukakan cabaran terbuka kepada Pencuri Terhandal, Kaito Kid untuk hadir ke majlis untuk mencuri rantai permata warisan keluarganya, Beaucoup de Soleil a Paris atau "Mentari Yang Menyinar Di Paris" di dalam media massa dan cetak. Ini menimbulkan keinginan Kuroba Kaito (alias Kaito Kid) untuk mengambil rantai itu, kerana merasakan tercabar dengan kata-kata puteri tersebut. Sementara di hotel, Inspektor Nakamori tidak selesa untuk bekerjasama dengan Detektif Delon yang sombong, diikuti oleh Aoko yang hadir memeriahkan majlis. Kedatangan Kaito pada malam itu nyata membuahkan hasil dan merupakan satu kejutan, bahawa sebenarnya Puteri Anne hanya ingin bertemu dua mata dengannya kerana beliau adalah peminat setianya! Apakah yang bakal berlaku kepada Kaito? Bagaimanakah caranya Kaito melepaskan diri dari kawasan itu?





Buih Yang Berterbangan