Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Mei Tantei Conan 5 : Tengoku e no Kauntodaun
Terbahagi kepada 5 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Gin dan Vodka, dua pembunuh upahan daripada Organisasi Berbaju Hitam (yang telah mengecilkan Shinichi menjadi Conan) masih dalam pencarian untuk menjejak Miyano Shiho (kini telah bertukar nama sebagai Haibara Ai). Mereka telah ke rumah kakak Ai dan telah menemui pesanan ringkas di telefon, menyatakan mengenai maklumat keberadaan Ai di bangunan yang baru dibina dan bakal dirasmikan tidak lama lagi di Tokyo (Niitamashi Twin Towers) dengan Kudo Shinichi. Ini membuatkan mereka membuat rancangan bagi menghapuskan kedua-dua 'ancaman' sekaligus. Dalam perjalanan pulang, Ahli Detektif Muda dan Prof Agasa singgah sebentar untuk melihat-lihat bangunan baru tersebut. Di sana, mereka bertemu dengan Ran, Sonoko dan Mouri yang telah dijemput untuk majlis perasmian bangunan baru tersebut. Namun, peristiwa yang tidak disangka berlaku apabila berlaku kes pembunuhan yang melibatkan 3 orang, iaitu Iwamatsu Ohki (pencipta bangunan itu), Hara Yoshioka (Eksekutif bagi Tokiwa Coorperation) dan juga Tokiwa Mio (Presiden Tokiwa Coorperation). Kematian mereka dikaitkan dengan seorang pembunuh berangkai yang kejam dan meninggalkan identitinya menerusi cawan sake yang ditelungkupkan serta terdapat pada sisi mayat yang ditemui. Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimanakah Conan (Shinichi) dan Mouri merungkaikan kes yang rumit ini? Apakah Gin dan Vodka dapat menemui Ai yang telah mengecil serta adakah mereka yang membunuh ketiga-tiga mangsa?
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5 (Last)
P/s : Menerusi filem ini, kita semua dapat menyaksikan bagaimana bijak dan mengapa Ai (Miyano Shiho) terpilih menggantikan bapanya untuk menghasilkan 'projek' bagi organisasi ini. Kadar penaakulan serta ketepatan pemikirannya hampir menandingi Shinichi, tetapi hanya berdasarkan beberapa sandaran serta memerlukan bantuan/'hint' kadangkala daripada Shinichi sendiri. Malah, dapat disaksikan begitulah kekejaman organisasi yang tertutup serta terlindung hanya semata-mata untuk memastikan 'ambisi' mereka tercapai.
0 ulasan:
Catat Ulasan