Dengan segala hormatnya, hamba mempersembahkan
Ra-One 2011 - Hindi Movie
Terbahagi kepada 1 bahagian sahaja.
Sinopsis Ringkas :
Filem ini mengisahkan zaman milinium, iaitu pada tahun 2030; iaitu zaman di mana kemudahan teknologi berkembang dengan pesat serta menjadi 'nadi' dalam kehidupan manusia sehari-hari. Kisah bermula di United Kingdom (UK) pada tahun 2030, iaitu dalam sebuah persidangan teknologi. Di dalam persidangan itu, Jenny Nayar (Goswami) seorang pekerja bagi Syarikat Perindustrian Baron telah memperkenalkan sebuah teknologi baru yang mana membolehkan sebarang ciptaan daripada dunia siber 'diwujudkan' atau 'dibawa' ke dunia nyata, menggunakan transmisi wireless daripada gabungan beberapa perisian wireless yang lain. Shekhar Subramanium (Shah Rukh Khan), yang juga merupakan rakan sekerja Jenny pula, berdepan dengan peluang terakhir bagi menghasilkan sebuah 'video permainan maya' yang berlainan serta mampu menjana keuntungan kepada syarikat. Bagi mendapat pengiktirafan dan pujian daripada anaknya, Prateek Subramanium (Verma) dan juga permintaan daripada isterinya, Sonia Subramanium (Kareena Kapoor); akhirnya dia menghasilkan sebuah permainan video yang menjadikan penjahat (villain) lebih kuat dan bijak berbanding wira (hero). Idea ini terhasil melalui kenyataan anaknya, yang menyatakan penjahat adalah lebih banyak kelebihan serta tiada peraturan. Kumpulan itu akhirnya berjaya menghasilkan sebuah video permainan bernama Ra-One, dengan Ra-One sebagai penjahat dan G-One sebagai wira (watak yang akan digunakan oleh pemain). Kedua-dua nama ini diambil daripada kisah kitab Mahabrata yang terkenal, iaitu Ravan (Ra-One) dan Jeevan (G-One). Semasa penghasilan permainan ini, Shekhar dan Akashi (Tom Wu) menyedari bahawa karekter Ra-One seolah-olah bergerak, tersenyum malah bertindak balas dengan sendiri, akibat tindak balas daripada cip teknologi ciptaan Jenny. Apakah yang terjadi? Adakah permainan ini mampu mendatangkan keuntungan kepada syarikat? Dapatkah Shekhar mendapat pengiktirafan daripada anaknya sendiri?
P/s : Cerita ini menarik untuk ditonton, namun dinasihatkan bahawa filem ini mengandungi beberapa gurauan 'nakal' serta kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak pada babak-babak tertentu. Dinyatakan bahawa terdapat 2 buah lagu di dalam filem ini menggunakan suara penyanyi terkenal Akon yang terkenal dengan lagu "Lonely". Lagu-lagu yang dibawanya adalah "Criminal" dan "Chammak Challo", dan tiada dubbing dalam penggunaan bahasa Hindustan, kerana sememangnya dinyanyikan oleh Akon sendiri. Hamba sertakan sekali video "Making of Chammak Challo" untuk tatapan semua, bahawa hamba tidak menipu anda semua. Selamat menonton!!
Jangan tak percaya....Akon pun mampu menyanyi lagu Hindustan tau!
0 ulasan:
Catat Ulasan